Isnin, 6 Disember 2010

Antara Dua Jantung


Dalam artikel lepas, saya telah bahaskan tentang qalb atau jantung hati dalam bahasa melayu dan heart dalam bahasa Inggeris. Dalam kesihatan tubuh kita mesti memiliki jantung yang sihat atau healthy heart. Perkataan jantung yang sejahtera atau healthy heart disebut dalam bahasa ‘Arab qalb salim’.

Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan tubuh kita memerlukan kesihatan jantung, menjaga kesihatan ruh atau nilai-nilai spiritual dalaman juga memerlukan ‘qalb salim’ atau healthy heart atau jantung yang sihat sejahtera. Walaupun maksud jantung spiritual dalam al-Quran dan Sunnah itu agak simbolik, namun kaitan dengan jantung fizikal menunjuk kepada tempat berfungsi dan peranan kerohanian yang dimain. Firman Allah: (maksudnya)
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi (mengambil iktibar) supaya maka mereka menjadi orang-orang yang ada jantung hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka tidak mengambil iktibar) maka itu bukanlah mata mereka yang buta, tetapi buta jantung hati yang berada dalam dada” (Surah al-Hajj: 66).

Yang Selamat
Al-Quran menyebut:
“Hari (Kiamat) yang tidak bermanfaat harta benda dan anak-pinak. Kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan jantung yang sejantera”. (Surah al-Syu’ara’,: 88-89).
Inilah gambaran Allah mengenai Hari Kiamat kelak. Harta dan anak-pinak termasuklah kedudukan, kemuliaan, pangkat dan segala kemegahan yang lain yang dimiliki oleh seorang di dunia ini tidak lagi dapat memberi manfaat kepadanya jika dia tidak memiliki jantung atau dalam kefahaman melayunya ‘jantung hati yang sejahtera’. Jika hidup di dunia kita amat yakin betapa kita perlukan jantung yang sihat, maka bagi yang yakin tentang kewujudan kehidupan selepas mati (hereafter) dia pasti merasa betapa wajib baginya untuk memiliki qalb salim atau jantung hati yang sejahtera di sudut spiritualnya.
Dua Jenis Jantung


jantung-1.jpg
Jantung fizikal berbeza dengan jantung spiritual. Sesiapa dari segi fizikalnya mempunyai masalah jantung fizikal seperti sakit jantung atau lemah jantung, tidak menghalangnya sama sekali untuk memiliki jantung yang sejahtera dari segi kerohaniannya (spiritualnya). Bahkan seorang yang memiliki jantung yang sihat dari segi fizikalnya, belum tentu memiliki jantung yang sihat dan disayangi Allah dari segi kerohaniannya. Jantung fizikal (physical heart) dan jantung ruhani (spiritual heart) amat berbeza di sudut peranan dan alam yang keduanya berada. Ia sama pada tempat ia berpusat ia di dada insan, tetapi berbeza peranan yang dimainkan.
Untuk kehidupan atau kesihatan fizikal, organ jantung fizikal perlu sihat. Demikian, untuk kedamaian kehidupan rohani agar jiwa penuh pasti hala tujunya, sabar, tenang, yakin dan tawakal, seseorang insan memerlukan jantung hati atau jantung spiritual yang sihat sejahtera. Inilah yang diistilah sebagai qalb salim dalam al-Quran. Inilah yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Saffat ayat 84.
Qalb Salim
Saya tertarik dengan kesimpulan makna qalb salim atau jantung hati yang sejahtera yang dinyatakan oleh al-Imam Ibn Qayyim r.h (meninggal 751H). Kata beliau:
“Jantung hati yang sejahtera ialah yang selamat dari kewujudan sebarang syirik kepada Allah. Bahkan mengikhlaskan segala pengabdian untuk Allah samada dari segi kehendak, cinta, tawakkal, kembali kepadaNya, merendah diri kepadaNya, takut dan harap”. (Ibn al-Qayyim, Tibb al-Qulub, 37, Damsyik: Dar al-Qalam).
Tambah beliau juga: “Ini semua tidak memadai sehinggalah selamat tindakan seseorang dan hukumannya dari mencontohi selain Rasulullah s.a.w. Maka jantung hatinya menetapkan satu ketetapan pasti bahawa teladan dan contoh dalam ucapan dan perbuatan hanya dari Rasul s.a.w, bukan orang lain”.

jalan-lurus-copy.jpg
Ertinya, jantung hati atau spiritual heart yang sejahtera yang membolehkan insan pulang kepada Allah dengan selamat dan diterimaNya ialah jantung yang bersih dari segala penyakit jiwa kotor seperti syirik, tidak bergantung kepada Allah, tidak ikhlas, tamak, sombong, riyak dan kontang dari perasaan takut dan gerun kepada Allah.
Setelah itu semua dipenuhi, hendaklah dipastikan jalan yang ditempohi dalam menterjemahkan kandungan jantung hati ke alam tindakan itu bertepatan dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Apa-apa sahaja teladan dan contoh yang tidak seiras atau bertentangan dengan Rasul yang diutuskan Allah itu hendak dipinggirkan. Ini kerana, tindakan atau perbuatan insan adalah terjemahan dalaman jantung hatinya. Jika jantung hati itu telah berazam untuk berpegang dengan jalan Allah, pasti apabila diterjemahkan ia akan menepati jalan Rasul yang ditabalkan Allah. Dengan itu lahirlah qalb salim.
Keindahan Jantung Sejahtera
Jantung yang berpenyakit adalah keperitan. Samada jantung fizikal atau rohani. Apabila ia sakit, kehidupan menjadi sukar. Banyak yang terganggu. Jantung rohani jika sakit dicemari nilai-nilai buruk amat pedih dan perit. Mungkin yang tidak pernah sihat, tidak dapat menghayati erti kesakitan yang sebenar.
Namun, sesiapa yang pernah sihat dan tahu nikmat sihat, akan mengerti betapa bezanya antara sakit dan sihat. Jantung yang sihat dari segala penyakit rohani akan menikmati erti hidup, kelapangan makna perjalanan hidup dan nikmat bergantung kepada Allah. Siapa yang tidak merasainya, gagal memahaminya!
Ia satu keindahan. Dunia dilihat hanya satu dataran kecil atau lintasan hidup dalam menuju bahagia abadi. Ujian dunia sering membawa insan yang sejahtera jantung rohaninya mendekati Tuhannya. Tangisan dan senyuman, sedih dan gembira, senang dan susah, hidup dan mati semuanya dihubungkan dengan Allah Yang Maha Pencipta. Dia menangis dalam tersenyum dan tersenyum dan menangis. Pilu dalam tawa, dan tawa dalam duka.
Kehidupan sentiasa dipulangkan kepada Penciptanya. Ketika dia ketawa ria, dia memahami kadar kegembiraan dunia ini. Demikian ketika dia menangis duka, dia juga tahu kadar kedukaan di dunia ini. Dunia hanya lintasan tempat menumpang lalu. Baginya di sana kehidupan abadi sentiasa menanti untuk menyambut jantung hatinya yang sejahtera!

Rabu, 1 Disember 2010

Dinar Emas , Islam & Masadepan Wang - 1/8

Underground gold mine

Beli Emas Sekarang!

Montaj Dinar & Dirham Oleh Nubex

WAKTU YANG SESUAI UNTUK MEMBELI EMAS

Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya-tanya waktu yang sesuai untuk mula membeli?

PERTAMA 

Mungkin info ini dapat membantu. Lihat ekonomi dunia, adakah harga Dollar semakin naik atau tidak? Jika Dollar jatuh harga emas akan naik, itu yang pertama.

KEDUA 
Yang kedua, apakah ada sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas. Jika ada ia mungkin waktu terbaik anda beli sebelum event tersebut, Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini, adalah bukti event di negara-negara tersebut mempengaruhi harga emas dunia.  

 KETIGA
Ketiga, apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

KEEMPAT 
Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa (banyakkan membaca dan research), jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. dan yang terakhir? Sudah lamakah anda mendengar pelaburan emas? Apa yang kami tahu, pelaburan emas masih agak baru di negara kita, masih ramai yang tidak menyedari pentingnya melabur didalam emas. Jika ini kali pertama sampai ke telinga anda, maka jangan tunggu lagi untuk bermula. Lebih awal anda bertindak, lebih banyak keuntungan anda.

Kadang-kadang ada yang bertanya kepada kami, apakah jenis emas terbaik untuk mereka beli?  emas mempunyai banyak jenis, ada 24 karat, 22k, 18k, 14k dan bermacam lagi, kalau ditanya kami, jawapannya tentulah emas 24 karat, atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Emas 916 pula, bukannya tidak elok, tetapi peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula sama sekali harus dielakkan untuk dibeli. (bagi mereka yang berniat untuk menyimpan emas) kerana susut nilainya yang sangat tinggi malah ada banyak tempat emas putih tidak akan dinilai.

Haida_-_Manis Masa Bercinta

Kiranya Kau Mengerti - Haida

Besar Kemungkinan - Haida

Haida - Hajat

RIYADH - Bicara Ke Juwitaku

Riyadh(Akhil Hayy) - Bicara Ke Juwitaku

Analisa - Palestin

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular