Rabu, 26 Oktober 2011

Operations Manager Jobs Description


The Operations Manager will be responsible for data entry, accounts payable, payroll, grant report entry, managing the organizations HR, helping and creating organizational and program budgets in collaboration with the ED and Program Direct, and other misc. tasks.

Reporting to the ED and serving as a member of the Management Team along with the ED, Program Director and Development Director, this position's primary responsibility is ensuring organizational effectiveness by providing leadership for the organization's financial functions.

Working with the management team, the position also contributes to the development and implementation of organizational strategies, policies and practices. This position will also interact with the Board of Directors.

Responsibilities:
  • Improve the operational systems, processes and policies in support of organizations mission -- specifically, support better management reporting, information flow and management, business process and organizational planning.
  • Manage and increase the effectiveness and efficiency of Support Services (HR, IT and Finance), through improvements to each function as well as coordination and communication between support and business functions.
  • Play a significant role in long-term planning, including an initiative geared toward operational excellence.
  • Oversee overall financial management, planning, systems and controls.
  • Management of agency budget in coordination with the Executive Director.
  • Development of individual program budgets
  • Invoicing to funding sources, including calculation of completed units of service.
  • Payroll management, including tabulation of accrued employee benefits.
  • Disbursement of checks for agency expenses.
  • Organization of fiscal documents.
  • Regular meetings with Executive Director around fiscal planning.
  • Supervise and coach office manager on a weekly basis.
Responsibilities by Function

Financial Management
  • Direct annual budgeting and planning process for the organization's annual budget with ED
  • Develop and manage annual budget
  • Oversee monthly and quarterly assessments and forecasts of organization's financial performance against budget, financial and operational goals. Oversee short and long-term financial and managerial reporting.
  • Managing day to day processing of accounts receivable and payable using QuickBooks, producing reports as requested.
  • Reconciling monthly activity, generating year-end reports, and fulfilling tax related requirements.
  • Assisting Executive Director and Board in creating annual organizational budget and monitoring cash flow.
  • Managing grantor contracts and reimbursement requests.
  • Maintaining Intersection's archival and administrative files.
  • Administering payroll and employee benefits and organizational insurance.
  • Ensure that Accounting Department requests are resolved and communicated in a timely manner to internal and external parties.
  • Develop long-range forecasts and maintain long-range financial plans.
  • Develop, maintain and monitor all fundraising and accounting systems and procedures capturing all pledges, billings and receipts and for the recording of all revenue transactions, recommend and implement improvements to systems.
  • Prepare annual audit and be a liaison with all outside vendor.
Organizational Effectiveness
  • Manage functions.
  • Increase the effectiveness and efficiency of Support Services through improvements to each function (HR, IT, Finance) as well as coordination and communication between functions.
  • Drive initiatives in the management team and organizationally that contribute to long-term operational excellence.
  • Providing consulting services on matters related to fundraising, tax and insurance questions, and business structure and growth.
 Organizational Leadership
  • Contribute to short and long-term organizational planning and strategy as a member of the management team
Risk Management
  • Serve as primary liaison to legal counsel in addressing legal issues e.g. copyright, antitrust, governing instruments, partnerships, licensing etc.
  • Oversee organizational insurance policies.
Qualifications
  • Commitment to social justice and the mission
  • At least 3 years experience in Financial Management
  • Strong background and work experience in Finance
  • Excellent computer skills and proficient in excel, word, outlook, and access
  • Excellent communication skills both verbal and written
  • 3 plus years experience in bookkeeping
  • Knowledge of government contract management and +Knowledge and experience in organizational effectiveness and operations management implementing best practices.
  • Demonstrated leadership and vision in managing staff groups and major projects or initiatives.
  • Excellent interpersonal skills and a collaborative management style.
  • Budget development and oversight experience
  • A demonstrated commitment to high professional ethical standards and a diverse workplace
  • Knowledge of tax and other compliance implications of non-profit status
  • Excels at operating in an fast pace, community environment
  • Excellent people manager, open to direction and +Collaborative work style and commitment to get the job done
  •  Ability to challenge and debate issues of importance to the organization.
  • Ability to look at situations from several points of view
  • Persuasive with details and facts
  • Delegate responsibilities effectively
  • High comfort level working in a diverse environment

Kenali Masalah Buah Pinggang Anda Melalui Telinga



Masalah yang dihadapi oleh telinga kita mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada buah pinggang. Berikut beberapa petanda yang boleh dikesan:

  • Telinga terasa tersumbat.
    • Ini menandakan buah pinggang anda mempunyai toksin yang berlebihan.
  • Telinga berdengung.
    • Ini menandakan badan anda sedang dalam proses merawat buah pinggang anda yang lemah.
    • Kebiasaanya ia diikuti dengan terasa sakit pada bahagian tapak kaki ketika baru bangun dari tidur dan akan hilang selepas berjalan-jalan.
Jika anda mengalami keadaan berikut di bawah, bermakna buah pinggang anda memang dah teruk. Elok jaga buah pinggang sebelum jadi begini:
  • Bengkak-bengkak pada muka, pergelangan tangan, abdomen, peha dan buku lali
  • Kencing berbuih atau bercampur darah, atau berubah warna jadi pekat dan gelap
  • Jumlah air kencing berkurang, terasa sakit pedih ketika kencing, perubahan pada tabiat atau masa kencing
  • Terasa sakit belakang bahagian tengah di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang
  • Darah naik tinggi.
Kalau ada semua itu elok buat pemeriksaan segera pada buah pinggang. Kadang-kadang buah pinggang hanya jem sementara dan akan lega balik dalam tempoh beberapa waktu.

Macammana nak jaga buah pinggang? mudah saja, hanya buat yang berikut di bawah:

  • Banyak minum air
  • Rajin bersenam
  • Jaga diet pemakanan
  • Elakkan semua perkara yang boleh membawa penyakit kencing manis.

Satu Video Yg Menginsafkan...Tsunami Japanese inside a car! 津波日本

Kata-Kata Hikmah


"Wahai ANAK, kamu mungkin lebih BIJAK dari KAMI, akan tetapi KAMU tidak
mungkin dapat mengatasi KASIH seorang IBU dan BAPA...
Kamu MENYAYANGI kami SELEPAS kamu BIJAK, akan tetapi kami MENGASIHI kamu SEBELUM kamu LAHIR ke DUNIA..."







"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

[Surah Ibrahim, ayat 40]






::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari :- 
Jari telunjuk : usus Jari tengah : 
Jantung Jari Manis :Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang 


Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya. Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah... Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.. Wallahua'lam.. ~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA —

'Gua Ikut Enta' Part 1

'Gua Ikut Enta' part 2

Selasa, 25 Oktober 2011

http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/KEDAH.pdf


small-boy-standing-amid-worshipers-in-salat
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaahyang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
 

 

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Petua Untuk Menidurkan Anak

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Tuesday, October 25, 2011 at 4:20pm


Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.


Berikut petua untuk menidurkan anak:

* Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi - Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

* Tidurkan Waktu Dia Mengantuk - Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

* Cahaya Mentari Sebagai Loceng - Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

* Persekitaran Tidur Selesa - Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

* Persekitaran Yang Selamat - Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

* Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya - Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

* Tetapkan Rutin Tidur - Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

* Jangan Abaikan Tidur Petang - Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

* Makanan Yang Betul - Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan ‘kuasa’ berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

* Aktiviti Fizikal Penggalak Tidur - Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

* Gangguan Lain - Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.


Isnin, 24 Oktober 2011

ROSAT jatuh di Asia Tenggara


ROSAT jatuh di Asia Tenggara


2011/10/24

BERLIN: Satelit penyelidikan Jerman, ROSAT yang tidak lagi berfungsi terhempas di Asia Tenggara awal pagi tadi, menurut seorang saintis Amerika Syarikat, tetapi tiada seorang pun yang pasti di mana.

Menurut Pusat Aeroangkasa Jerman, kebanyakan bahagian satelit sebesar van mini itu dijangka hangus apabila memasuki atmosfera pada kelajuan sehingga 450 kilometer sejam tetapi kira-kira 30 serpihan seberat 1.7 tan metrik mungkin selamat dan terhempas.
Jonathan McDowell dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics di Cambridge, Massachusetts, berkata satelit berkenaan mungkin jatuh di Asia Tenggara.
Katanya, dua bandaraya China dengan jutaan penduduk iaitu Chongqing dan Chengdu, berada di laluan satelit itu sewaktu kemasukan semula.

“Tetapi jika ia jatuh di kawasan berpenduduk, sudah tentu kita sudah memperoleh laporan sekarang," katanya.

Pengiraan berdasarkan data tentera AS menunjukkan serpihan satelit itu mungkin terhempas di Lautan Hindi di timur Sri Lanka atau di Laut Andaman di luar pantai Myanmar atau di pedalaman Myanmar atau China. - AP

Ibadat korban antara kaedah umat Islam tebus dosa




Hikmah amalan sembelih haiwan bantu individu kikis sikap bakhil, wujudkan kerjasama
KITA kini melangkah ke bulan terakhir dalam takwim hijrah iaitu Zulhijjah. Pada bulan ini Allah SWT menganugerahkan kepada kita satu lagi hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha.
Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya Korban itu, umat Islam yang berkemampuan dituntut melakukan ibadat korban.
Ibadat korban bermaksud menyembelih binatang tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, ke-11, ke-12 atau ke-13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban berkenaan sebagai antara ibadat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat.
Banyak hadis menekankan keutamaan ibadat korban ini. Antaranya ialah hadis diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)
Melalui hadis ini jelas bahawa korban adalah ibadat atau amalan yang disukai Allah SWT. Maka sudah tentu ia mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT pada Hari Kiamat.
Justeru, melakukan ibadat korban menambah lagi amalan kebajikan yang kita lakukan, di samping menjadi penebus dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosamu yang lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban)
Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada Hari Kiamat nanti.”
Begitulah besarnya ganjaran diberikan kepada orang yang melakukan korban. Allah SWT menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan ia menjadikan binatang sembelihannya itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.
Walaupun pada zahirnya ia cuma mengorbankan binatang sembelihan, jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah SWT dalam melatih kita supaya sentiasa bersedia berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini.
Selain itu, ia juga ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang dikurniakan Allah SWT.
Betapa Rasulullah SAW ketika hayat baginda dan juga sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata mendaulatkan agama, inikan pula amalan yang cuma mengorbankan secebis harta demi mensyukuri nikmat yang diterima.
Ingatlah setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membangga diri dan menunjuk-nunjuk kemampuan, maka tertutuplah rahmat Allah SWT dan nescaya sia-sia ibadat korban itu.
Rasulullah SAW amat menyukai amalan berkorban sehinggakan baginda sentiasa menyarankan sahabat melakukan ibadat korban pada setiap Hari Raya Korban.
Justeru, amalan korban itu bukan saja mempunyai kelebihan yang besar, bahkan dilihat dari sudut kerohanian, ia juga dapat mengikis sifat bakhil untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan sekali gus membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan dalam hati orang yang menerima terutama kepada golongan fakir miskin bagi turut merasai keriangan hari raya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami menundukkan unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Hajj ayat 36)
Melalui amalan ibadat korban ini jelas terbukti ia dapat mewujudkan semangat kerjasama serta saling bantu-membantu di antara semua pihak, sama ada pihak yang melakukan korban mahupun pihak yang menerima.
Source: ePondok

mari kita menari chicken dance song!..hehe

Marco Simoncelli DIES after crash in Malaysia 2011 [fullHD]

MotoGP rider Marco Simoncelli dies after crash in Malaysia

Marco Simoncelli Moto GP Fatal Crash Malaysia, Sepang 2011

Ikut Ramalan Tapi Kena Beringat....Satelit 'mati' diramal jatuh di China


Satelit 'mati' diramal jatuh di China


2011/10/24

GAMBAR  tidak bertarikh dikeluarkan EADS Astrum menunjukkan    satelit penyelidikan saintifik ROSAT   yang dilancarkan pada   1990.
GAMBAR tidak bertarikh dikeluarkan EADS Astrum menunjukkan satelit penyelidikan saintifik ROSAT yang dilancarkan pada 1990.
Serpihan ROSAT memasuki bumi pada kelajuan 450 kilometer sejam 

BERLIN: Sebuah satelit yang tidak lagi berfungsi dilaporkan memasuki atmosfera awal pagi semalam dan serpihannya dijangka jatuh ke bumi, lapor Pusat Aerospace Jerman.
Jurucakap agensi berkenaan, Andreas Schuetz berkata tiada sebarang bukti jelas untuk menentukan di negara atau benua mana satelit penyelidikan saintifik ROSAT itu akan jatuh.
Kebanyakan bahagian satelit bersaiz van mini itu dijangka terbakar ketika menghampiri bumi tetapi lebih 30 serpihan seberat 1.7 tan boleh terhempas apabila menuju ke bumi pada kelajuan lebih 450 kilometer sejam. 

“Saintis tidak lagi dapat berkomunikasi dengan satelit yang sudah ‘mati’ itu dan ia perlu mengembara kira-kira 20,000 kilometer dalam tempoh 30 minit terakhir sebelum memasuki atmosfera,” kata Schuetz. 

“Pakar menanti perkembangan lanjut untuk ‘pemantauan dari seluruh dunia,” katanya. 

Saintis berkata beberapa jam sebelum memasuki semula ruang atmosfera satelit terbabit dijangka tidak jatuh di Eropah, Afrika atau Australia. Sebaliknya berdasarkan laluan perkiraan awal, ia mungkin terhempas di sekitar Asia, kemungkinan China ketika memasuki semula ruang atmosfera. 
Bagaimanapun Schuetz berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada satelit terbabit sebenarnya memasuki kawasan yang dinyatakan. 

Satelit saintifik ROSAT seberat 2.4 tan itu dilancarkan pada 1990 dan tidak lagi beroperasi pada 1999 selepas digunakan untuk penyelidikan lubang hitam dan bintang neutron selain melakukan kajian sumber X-ray pertama di langit menggunakan imej teleskop. 

Rangka tunggal terbesar ROSAT yang boleh berlanggar dengan bumi adalah cermin tahan panas teleskopnya. 

Agensi berkenaan menyatakan, ketika misinya, satelit itu berada pada kedudukan orbit kira-kira 600 kilometer di atas permukaan bumi tetapi sejak tidak lagi digunakan ia kehilangan altitud, berlegar pada kelajuan hanya 330 kilometer di atas bumi pada Jun. 

Malah, ketika hari-hari terakhirnya, satelit itu masih lagi berlegar setiap 90 minit mengelilingi planet, menjadikan sukar untuk diramalkan di mana sebenarnya ia akan mendarat di bumi. 

Sebuah satelit mati NASA dilaporkan jatuh ke selatan Lautan Pasifik bulan lalu, tidak menyebabkan sebarang kemusnahan walaupun dibimbangi akan terkena penduduk di kawasan terbabit dan menyebabkan kecederaan atau kematian manusia. 

Pakar percaya bahawa kira-kira 24 kepingan serpihan besi dari satelit bersaiz bas itu akan jatuh kira-kira 800 kilometer jauh dari kawasan yang diduduki di dunia. 

Satelit penyelidikan iklim NASA memasuki atmosfera Bumi secara umumnya di Samoa Amerika, bagaimanapun, serpihannya yang jatuh, tidak mengenai air kira-kira 480 kilometer ke timur laut, Pulau Krismas. – Agensi http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Satelit_mati_diramaljatuhdiChina/Article

Baddrol Free Kick Goal - U23 Vietnam 1-1 U23 Malaysia VFF Eximbank Cup 2011

Ahad, 23 Oktober 2011

MotoGP Malaysia Batal, Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang


[Video] MotoGP Malaysia Batal, Penunggang Honda Mati Dalam Kemalangan Di Litar Sepang


Sepang: Penunggang Honda, Marco Simoncelli (gambar kecil) dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.TERKINI.

Kecelakaan besar menimpa MotoGP Malaysia di litar Sepang petang ini. Pada lap kedua penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terjatuh dan kepalanya dilanggar oleh dua pelumba lain Colin Edwards serta Valentino Rossi. Penunggang Honda itu dilaporkan meninggal dunia.

Super Sic, julukan Marco Simoncelli, gagal mengendalikan motorsikalnya di tikungan 11 sehingga dia terjatuh di litar. Malangnya, Edward dan Rossi yang datang terlanggar beliau hingga akhirnya kedua-dua penunggang tersebut ikut terjatuh.

Edwards dan Rossi masih mampu bangkit. Sementara Simoncelli yang masih terkapar tak sadarkan diri dengan helmet tercabut langsung dinaikkan ke ambulans. Beliau diberitakan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala akibat dilanggar dua pelumba itu, Edward dan Rossi.

Bendera merah tanda acara dihentikan juga terus berkibar. Sebelum ini ada berita bahawa acara tersebut akan kembali diteruskan, namun setelah menunggu beberapa ketika pihak penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports akhirnya mengumumkan acara petang ini secara rasmi dibatalkan.

Sementara Edward, diberitakan menderita cedera serius di bahunya.

Pelumba Marco Simoncelli Mati Di Litar Lumba Sepang...Perlumbaan Di Batalkan..

Rabu, 19 Oktober 2011

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

Ulasan GB

Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9


Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran ituadalah mukjizat yang besar.

Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?

Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lebioh dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran Allah dan RasulNya.http://greenboc.blogspot.com/2011/10/laut-bergelora-menjadi-tenang-menerima.html

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Share it