Selasa, 13 Julai 2010

Haramkah atau perbetulkan ESQ?

Wan Nik Wan Yussof

Persoalan haramkah atau perlukah diperbetulkan ESQ berbangkit setelah pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh mewartakan hujahnya dalam bentuk fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bahawa kursus ESQ bercanggah dengan ajaran Islam.

Menurut fatwa tersebut, kursus ESQ yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam. Fatwa tersebut telah menguraikannya kepada 10 ajaran yang difatwakan menyeleweng, antaranya adalah mendukung fahaman Islam liberal dan plural agama, mendakwa para Nabi mencapai kebenaran melalui pencarian bukan pilihan Allah, mencampur aduk ajaran Islam dengan Kristian, Yahudi dan amalan kerohanian Hindu, menekankan suara hati sama dengan Hindu, mengutamakan logik, mengingkari mukjizat, menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran, menyamakan bacaan 17 kali surah al-Fatihah dengan amalan Bushido menurut agama Buddha, mengiaskan mukjizat Nabi Musa dengan apa yang berlaku kepada seorang juruterbang, dan mentafsirkan kalimah syahadah sebagai “triple one” sama dengan konsep trinity dalam ajaran Kristian.

Kepada umat Islam seluruhnya, hujah Mufti Wilayah Persekutuan itu sudah menjadi satu fatwa bila ia diwartakan pada 17 Jun 2010. Meskipun pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sudah menghadkan pemakaian fatwa itu untuk Wilayah Persekutuan sahaja (Utusan Malaysia, 9 Julai 2010), namun ia dilihat sebagai kenyataan yang terkeluar daripada konteks amalan keIslaman. Penting dilihat ialah pihak mufti sudah memfatwakan dengan mengemukakan hujah lalu menghukum ESQ haram kerana ada beberapa perkara amalan di dalam ESQ bercanggah dengan Islam.

Sementara ada pihak lain yang belum boleh menerima fatwa tersebut, malah terus menghalalkan ESQ itu dengan pelbagai alasan yang bukan hujah memfatwa. Termasuklah menyandarkan hasil muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan berhujah yang tidak mengharamkan. Walau bagaimanapun, majlis itu belum mengeluarkan lagi sebarang fatwa mengenai ESQ itu.

Hujah lawan hujah

Maka di sana masing-masing sudah ada hujah. Justeru jika mahu menolak hujah Mufti Wilayah Persekutan itu, perlulah pihak yang hendak menolak itu menjawab atau memperbetulkan hujah Mufti Wilayah Persekutuan itu. Langkah berlaku adil terhadap fatwa mufti itu amat baik. Dalam kaedah muzakarah pun, apabila berhujah perlu dijawab dengan hujah dan hujah mana yang boleh disepakati menepati ajaran Islam, maka hujah itu diterima sebagai benar.

Dalam kes ESQ, pihak Mufti Wilayah Persekutuan sudah membutirkan 10 hujah yang mempamerkan ESQ bercanggah dengan Islam dan jika ingin menafikan hujah itu, perlulah dijawabkan kesemua 10 hujah tersebut dengan hujah Islam yang lebih sahih dan menepati hukum. Mana yang dinilai bercanggah dan tidak benar tentang ESQ hendaklah diperbetulkan agar selari dengan Islam.

Fatwa mufti mendahului

Malangnya, sehingga kini pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) belum bersidang untuk memutuskan fatwa mengenai ESQ. Jawatankuasa itu hanya baru bermuzakarah sahaja. Sedangkan pihak Mufti Wilayah Persekutuan telah mendahuluinya. Kenapa lambat sangat? Mungkin belum cukup kajian dibuat. Sedangkan sebelum ini Panel Kajian Aqidah Jawatankuasa Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dikatakan telah melakukan kajian (antara Ogos 2008 hindaa Februari 2009) dan menyimpulkan ada modul ESQ yang bercanggah dari segi akidah dan syariah. Namun, perkara itu tidak disusuli dengan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa MKI. Dalam hal ini, nampaknya Mufti Wilayah Persekutuan lebih prihatin dan bersistem dalam menjalankan tugas sehingga mendahului Jawatankuasa Fatwa MKI. Demikianlah mufti itu melaksanakan prinsip tugas didahulukan dan fatwa diutamakan.

Fatwakan di peringkat kebangsaan

Dalam menyelesaikan kekeliruan atau kekaburan serta percanggahan tentang penerimaan kursus motivasi ESQ ini, sebaiknya muzakarah dapat diadakan sekali lagi. Muzakarah itu penting bagi memahami realiti kursus ESQ sebelum difatwakan di peringkat kebangsaan. Setidak-tidaknya dapat memandu masyarakat yang berminat dengan ESQ memahami isu agama sebenar yang tersirat di sebalik kursus yang diikuti nanti. Paling utama, kandungan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan itu dapat dijadikan bahan untuk dimuzakarahkan. Berpandukan hujah mufti itu sebagai bahan perbincangan diyakini banyak persoalan dapat dirungkaikan. Paling penting dirungkaikan adalah apa yang tersirat dan tersurat asas Islam di sebalik pendekatan motivasi diri yang memberi makna E (emotion), S (spiritual) dan Q (quotient) atau dipermudahkan sebagai kecerdasan emosi dan spiritual yang kini mencandui segelintir masyarakat yang mencari kesedaran akidah dan akhlak Islam serta kesungguhan diri ke arah terbaik.

Oleh kerana itu, ia tidak padan dengan pengumuman mufti-mufti untuk menjawab semua persoalan yang keliru mengenai pengisian kursus ESQ. Misalnya, Sinar Harian (9 Julai 2101) menyiarkan jawapan Mufti Perak yang menghukumkan motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan dan tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.

Bagaimana pula dengan hujah Mufti Wilayah yang memfatwakan kursus ESQ itu adalah mendukung fahaman liberalisme dan pluralisme-agama. Bukti dengan hujahnya berlaku dalam kursus ESQ amalan mentafsir nas-nas agama secara bebas dan mengajar peserta berfahaman semua agama adalah sama dan benar.

Masyarakat ingin tahu, apakah hujah Mufti Perak lebih menepati hukum berbanding Mufti Wilayah Persekutuan, sedangkan hujah Mufti Wilayah Persekutuan sudah dapat dibaca.

Langkah penyelesaian

Langkah ke arah penyelesaian amat wajar memandangkan alumni atau lepasan kursus ESQ ini sudah puluhan ribu. Berpandukan kenyataan Mufti Selangor (Sinar Harian 12 Julai), pihak berwajib fatwa belum memutuskan apa-apa fatwa, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa MKI dapat bertindak cepat sebelum kekhilafan menjadi lebih kusut. Apa yang utama, pihak Jawatankuasa Fatwa MKI itu dapat menjadi penyelesai muktamad sesuai dengan fungsinya ke arah menyelesaikan masalah-masalah keagamaan kini melanda masyarakat Islam yang melalui atau akan melalui kursus ESQ.

Di mana perginya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diberi tanggungjawab memajukan Islam di negara ini? Seharusnya Jakim bertindak secara produktif dan aktif. Jangan pula Jakim dilihat sebagai agensi pusat yang cepat dalam hal ehwal politik pemerintah seperti isu Wahabi dan Syiah sahaja. Semoga bergandingan baik Jawatankuasa Fatwa MKI dengan Jakim. Perbetulilah mana yang tersilap. Kini isu ESQ sudah kelihatan tersilap, maka perbetulkan demi kemajuan seluruh umat Islam.

Kenapa perlu sangat ESQ

Sebenarnya dalam pokok ajaran Islam telah terkandung nas yang cukup bagi memotivasi diri, alam pekerjaan dan bermualamat dengan persekitaran hidup kita. Justeru apa perlu sangat mengikuti kursus ESQ. Sampai ia semacam fenomena bagi organisasi termasuk sektor awam mengikuti kursus ESQ. Sedangkan Islam yang didatang khusus oleh Allah SWT adalah mencapai makam tertinggi dan paling sempurna dan lengkap di dalam menyantuni seluruh aspek kehidupan manusia.

Tambahan pula ESQ adalah ciptaan manusia yang hanya bertaraf khalifah di bumi, lalu ia terdedah dengan segala macam kerendahan dan kekurangan. Oleh itu, munasbahnya kursus ESQ itu dipersembahkan dengan pelbagai seni pendorong, meskipun memakai nilai-nilai yang bersumberkan bukan dari Islam.

Kaji pengalaman Kelantan

Oleh sebab itu, sewajarnya umat Islam mengetahui dan menyakini bahawa pokok ajaran Islam dalam konteks motivasi diri, kecerdasan dan kerohanian telah ada nilai terasnya, iaitu ubudiah (pengabdian), masuliah (tanggungjawab) dan itqan (cemerlang), ringkasnya UMI. Pihak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah memakmurkan pentadbiran negeri Kelantan berteraskan UMI ini selama 20 tahun dan terbukti menghasilkan natijah yang berintegriti. Maka, penghuraian apa makna sekalipun atas nama Islam yang bertujuan mencari kebaikan dan kehebatan diri mestilah berpandukan kepada prinsip nilai teras UMI ini. Ini kerana teras UMI ini adalah relevan dan mempunyai kekuatan untuk memandu manusia menjalankan apa sahaja urusan dengan Allah SWT, urusan sesama manusia dan dengan alam sejagat.

Sehubungan itu, apabila menelusuri pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam isu ESQ ini, maka seruan kepada pihak yang begitu kagum dengan kursus ESQ itu (sehingga sanggup mempertahan dan membelanya) sewajarnya diteliti beberapa persoalan untuk dijawab. Antara persoalannya, pertama kenapa kita mudah terpengaruh dengan pendekatan-pendekatan baru, sedangkan ajaran Islam sebagai ad-din telah sempurna. Islam adalah dari Allah Tuhan Yang Maha Pencipta yang bersifat milik hakiki dan kalimah Allah.

Kedua, apa perlu kita fikir dan rumuskan ‘barang’ yang telah ada di dalam Islam, apa hebatnya kursus ESQ itu jika dibandingkan pendekatan Islam yang meletakkan pendorong utama kehidupan adalah pahala/dosa, syurga/neraka, ikhlas/riak/takabur dan iman/kafir/munafik. Bagi insan yang bergelar manusia sebagai khalifah Allah di bumi, bermula akhil-baligh seharusnya telah memilih jurus hidupnya yang memenuhi perintah Allah SWT dan Rasul-Nya. Ini bermakna pilihan tepat adalah mengutamakan iman, berniat ikhlas, mengharapkan syurga Allah dan menjadikan pahala sebagai bekalan menghadapi alam akhirat.

Ketiga, sekiranya kita merasai dengan mengikuti kursus ESQ kita berupaya mencapai kebijaksanaan dan kecemerlangan, apakah kita telah memahami hakikat Islam, iman dan ehsan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya. Sedangkan di dalam Islam terlalu banyak ruang untuk kita mencapai kecerdasan rohani dan emosi malah jasmani serta kualiti kerja. Antaranya mengamalkan doa harian, solat fardu, amalan sunat, bersedekah dan seumpamanya yang sukatannya telah dirumus sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Justeru, tidak semestinya kursus ESQ satu-satunya ruang untuk kita mencapai kecerdasan atau ruang untuk kita menunjuk-nunjuk kebijaksanaan.

Keempatnya, apa jaminan ESQ akan membantu kita mencapai rahmat Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak. Adakah dengan mengikuti kursus ESQ akan membawa kita ke syurga? Sedangkan, kekeliruan yang timbul sekarang (berikutan persimpangan hujah antara Mufti Wilayah Persekutuan dengan beberapa mufti negeri lain) telah menelanjangkan hakikat ESQ adalah sebenarnya tidak sempurna dari segi akidah dan syariat Islam. Ketidaksempurnaan itu harus diuruskan terlebih dahulu dan sebarang kekeliruan hendaklah diperjelaskan demi memurnikan akidah dan syariat masyarakat Islam. Sesuatu yang sempurna sahaja akan mendapat nilai kasih-sayang dari Allah SWT.

Kelima, realiti di dalam Islam, al-Quran adalah rujukan mutlak dan Nabi Muhammad SAW merupakan ikutan dan idola kepada sekalian umat dan alam semesta. Sesungguhnya al-Quran adalah perlembagaan hidup dan Nabi pula adalah idola terbaik (qudwah hasanah). Mungkin dengan kekeliruan yang ada, ESQ sudah berada pada persimpangan antara al-haq dan al-bathil. Kedudukan tersebut sekaligus menafikan signifikannya kandungan kursus ESQ boleh dijadikan asas rujukan, jauh sama sekali untuk meletakkan pengasasnya A. G. Gustian sebagai idola yang mampu mendekatkan hakikat keinsanan yang selari dengan sukatan al-Quran.

Keenam, apabila menghayati dan menerima pakai kajian Mufti Wilayah Persekutuan berhubung dengan amalan fahaman-fahaman selain Islam, akhirnya umat Islam akan terperangkap dengan kekufuran yang nyata. Dalam kajian mufti tersebut (bertajuk Kertas Gerakan Islam Liberal di Indonesia dan kaitan dengan ESQ, boleh diakses di laman www.muftiwp.gov.my/) yang memetik fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI), pihak MUI telah mengharamkan umat Islam mengikuti faham pluralisme, sekularisme dan liberalisme agama. Bersesuaian pula dengan penemuan mufti tersebut bahawa di dalam ESQ adanya unsur fahaman ini, maka wajarlah asas-asas motivasi diri untuk mencapai kelebihan kerjaya dapat dibuat penilaian semula sehingga suatu penyelesaian atas kekeliruan diketemukan. Ada baiknya kita kembali kepada kaedah Islam berasaskan kandungan al-Quran yang menganjurkan prinsip bekerja berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan dijadikan panduan utama.

ESQ perlu permurnian akidah

Akhirnya, jika benar apa yang dihujahkan tentang ESQ itu mengandungi unsur campur aduk yang merosakkan akidah dan syariat Islam, sewajarnya kita mengelak dan menjauhinya. Kepada pihak berkuasa agama Islam terutama Jakim dan jabatan mufti setiap negeri seharusnya mengambil pengajaran daripada pengharaman Pertubuhan al-Arqam suatu masa dahulu. Asas pengharaman itu berpunca daripada amalan tarikat yang berlaku di luar konteks akidah dan syariat apabila mempercayai manusia biasa bakal bangkit semula sebagai nabi dan amal ibadatnya pula bertaksubkan manusia. Demikian pula, seketika dahulu sekitar 1950-an pernah berlaku amalan kerohanian bernama Subuk di Kelantan yang menggunakan pendekatan campur aduk pelbagai kepercayaan turut diharamkan. Begitu pula, sebelum ini (Oktober 2008) amalan Yoga di kalangan umat Islam telah diharamkan kerana ia bukan sahaja salah satu cabang agama Hindu malah di dalamnya ada bacaan yang bercanggah dengan akidah Islam.

Oleh itu, sewajarnya di dalam isu ESQ ini umat Islam hendaklah bertindak secara cermat dari segi penglibatan dan pengamalannya, atau perlu dilakukan pemurniaan isi kandungan kursus itu agar tidak terpalit dengan permasalahan campur aduk akidah yang boleh membawa kepada kesyirikan atau kekufuran.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Agent CIA : Ulasan Bekas Duta AS & Rendahnya IQ menteri di Malaysia


Menteri-menteri Kabinet Era Najib Mempunyai IQ Rendah

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.

"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.

Dipetik dari Kedah Lanie

Sokongan Melayu - Kepada pimpinan PAS jangan syok bermain dengan angka..kelak makan diri baru padam muka..!!

Sokongan Melayu - Kepada pimpinan PAS jangan syok bermain dengan angka..kelak makan diri baru padam muka..!!


Maklumat Yang Boleh Memakan Diri Sendiri
Oleh Mohd Sayuti Omar
ORANG Pas yang tidak suka parti mereka dikritik (walaupun untuk kebaikan) mungkin suka dan bahagia dengan apa yang dijelaskan oleh salah seorang Naib Presidenya yang mengatakan undi teras Melayu kepada Pas tidak berubah bahkan meningkat sedikit.

Tentulah pernyataan itu akan menafikan dakwaan ataupun kebimbangan sesetengah pemerhati yang menduga undi Melayu kepada Pas akan merosot ekoran pendekatan baru Pas muasir ini yang dilihat liberal dan tidak berpegang kepada prinsip atau pendekatan asal.
Ini termasuklah memberi tumpuan kepada bukan Melayu dengan mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kontrasnya usaha ini tidak ada perancangan atau agenda khusus untuk memacing undi Melayu.
Sesetengah pemerhati merasakan tindakan agresif Pas itu seolah mengalpakan pengundi Melayu dan merupakan satu gerakan mempengaruhi pengundi yang tidak seimbang. Pas mengadakan perancangan khas untuk menambah undi bukan Melayu menerusi Dewan Himpunan Penyokongnya dimana dewan itu telah diikhtrafkan oleh Pas, tetapi belum ada program menjerat pengundi Melayu.

Tetapi di sini saya ingin memperbetulkan tanggapan atau analisa selamba Naib Presiden Pas berkenaan yang didakwa merupakan satu rumusan dalam retreat Pas selama tiga hari lalu di Port Dickcson.

Saya tidak bersetuju dan merasakan penegasan mengenai hal itu tidak tepat dan boleh memakan diri sendiri. Menurut Naib Presiden Pas itu, pada tahun 1995 peratus undi Melayu kepada Pas ialah 38% hingga 40%. Peratus pada tahun 1999 bertambah hingga 55%. Pertambahan ini menggunakan alasan kerana berlaku pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno. Penambahan itu pun berlaku bukan kerana ada pembaharuan dan tarikan dari Pas melainkan kerana isu Anwar.

Dalam tahun 2008 katanya sokongan Melayu kepada Pas antara 42% hingga 46%. Berdasarkan fakta itu menurut Naib Presiden bermisai dan berjanggut putih itu, undi teras Melayu tidak berubah.

Saya tidak tahu apakah pandangan Naib Presiden itu bahawa peratus undi teras Melayu yang dikatakan itu statitik, maksudnya ia satu angka yang tidak akan berubah menjelang pilihan raya ke 13 nanti atau bagaimana? Bahkan ada kemungkinan makin melonjak? Begitukah yang beliau fikirkan ataupun penjelasan itu sekadar untuk menafikan tanggapan negatif terhadap Pas yang kurang disenanginya? Kalau beliau berfikiran begitu alangkan dangkalnya.

Pada saya, pencapaian-pencapaian itu, tahun 1995, 1999 dan 2008 tidak boleh dipakai lagi kerana kedudukan dan senarionya berubah. Pas tidak boleh asyik dengan perangkaan untuk menyedapkan hati itu. Pencapaian itu tidak boleh dijangka sekiranya ia tidak mengambil kira perubahan semasa dan isu semasa yang berlaku waktu ini di mana sesetengahnya memberi kesan negatif kepada Pas dalam konteks orang Melayu.

Misalnya tahun 1995 membawa ke tahun 1999 Umno di dalam keadaan bergolak. Masa itu berlaku pertukaran kepimpinan dari Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi. Selepas pertukaran itu Umno menghadapi masa yang amat kritikal ekoran kepimpinan Abdullah.

Sesetengah orang Melayu Umno sendiri yang terpengaruh dengan hasutan dan dengki Mahathir menyerang Abdullah, menerima pandangan Dr Mahathir. Orang Melayu Umno ikut protes Umno dan undi Melayu dari Umno (pengundi) inilah yang lari kepada Pas.

Begitu juga Naib Presiden berkenaan mengatakan peningkatan undi Melayu kepada Pas tahun 1999 ekoran pemecatan Anwar dari Umno. Perlu diambil kira hari ini Anwar bukan lagi dipecat, dan Umno bukan lagi di bawah kepimpinan yang diserang siang dan malam, tetapi sudah bertukar tangan kepada Najib. Dan kes liwat yang dihadapkan kepada Anwar hari ini bukan yang pertama tetapi yang kedua, di mana persepsinya berhubung kes ini mungkin berbeza.

Kini suasana itu sudah tidak ada lagi. Malahan peralihan dari Abdullah kepada Najib menyerlahkan kesungguhan dan kerajinan Najib memperbetulkan kesilapan lampau mereka.

Demikian juga kata Naib Presiden itu, undi untuk Pas pada pilihan raya kecil kecil Bukit Gantang, Perak meningkat hingga 45% juga tidak boleh dipakai. Waktu itu Perak dalam keadaan kabur dan belum ada pemulihan dari Umno. Hari ini selepas Umno menguasai Perak setahun 'kepala' Melayu Perak sudah dingin sedikit. Apapun nak dikatakan dan nak dilebelkan mengenai pengambilan alih kerajaan Perak ia memberi untung kepada Umno berbanding Pas. Lainlah tentang pengundi Cina.

Begitu juga sebelum ini tidak ada gerakan untuk menyedarkan (menubakan) orang Melayu agar tidak meninggalkan Umno. Hari ini sudah ada berbagai pertubuhan bukan kerajaan yang siap untuk menjadi perkas kepada Umno. Sedikit sebanyak kemunculan NGO-NGO ini boleh memberi input dan kejutan baru kepada orang Melayu agar kembali semua kepada parti asal mereka. Sebaliknya tidak ada NGO yang vokal untuk membela Pas kecuali NGO menuntut royalti minyak di Kelantan.

Makanya pandangan atau kenyataan Naib Presiden berkenaan tidak boleh diterima sebagai satu lesimpulan konkrit apa lagi untuk diguna pakai sebagai indaktor bagi pilihan raya yang akan datang. Saya cukup bimbang kalau tidak ada program dan agenda khusus untuk memberi keyakinan dan semangat kepada orang Melayu - termasuk generasi muda, bahawa Pas parti yang mempunyai komitmen untuk membela nasib mereka peratus undi yang dibanggakan itu akan menurun. Seharus disamping menerima Islam sebagai ideologi Pas juga harus menerima Melayu sebagai asas perjuangan.

Dalam hal ini pada saya lebih baik Pas berusaha secara senyap untuk menarik undi Melayu daripada bercakap tentang kejayaan masa lepas yang layak untuk dikenangkan saja. Kejayaan yang lepas masih belum tentu apakah ia berulang dan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Sesuatu figure yang belum tentu memberi keuntungan sepatutnya tidak didedah sehingga menampakkan kedangkan kita dalam mengatur strategi

Dipetik dari Kedah Lanie

Singapore bantai Pasir Johor.. media BN tak nak dedah jugak ka macam Selangor..??

Singapore bantai Pasir Johor.. media BN tak nak dedah jugak ka macam Selangor..??


Dari wall Khairul Faizi : Laporan polis telah dibuat oleh Pemuda PAS Johor pada 25 Jun 2010 terhadap kes curi pasir di Johor dan diseludup ke Singapura seperti mana yg telah didedahkan oleh The Star pada 24 Jun 2010. Pasir Johor diseludup ke luar tapi media semacam tidak berminat untuk dedahkan tetapi Selangor juga yang 'dekat dihati' untuk dirobek...

- Kecoh bukan main di Selangor, seolah2 pejuang bangsa, pejuang warga marhaen sehingga gelap mata dgn kecurian pasir di Johor.

DIULANG! JOHOR! Kubu kuat UMNO di dunia! Celaka betul pemimpin yang macam ni!
dipetik Dari Kedah Lanie

Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-Berita TV9 11 July 10

Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-11 Julai 2010 (Klip 2)

Kekecohan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani-11 Julai 2010

Selasa, 6 Julai 2010

Bolehkah makan kuda atau landak?

Bolehkah makan kuda atau landak?

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

KUDA

Terdapat perselisihan pendapat mengenainya sperti berikut:
pendapat pertama: Haram

INi adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan sebahagian pendapat mazhab maliki.
Pendapat kedua: Halal

Ini adalah pendapat mazhab Syafie, Hambali dan sebahagian mazhab Maliki.

Dalil mereka:

وأذن في لحوم الخيل

Maksudnya: Dan Nabi mengizinkan memakan daging kuda.(HR Bukhari dan Muslim)

LANDAK

Juga terdapat khilaf seperti berikut:

Pendapat pertama: Haram.

Ini pendapat mazhab Hambali.

Dalilnya: NAbi berkata:

خبيثة من الخبائث

Maksudnya: Ianya salah satu daripada benda2 yg keji.(HR Ahmad dan Abu Daud)

Pendapat kedua: Makruh.

Pendapat Imam Malik dan Imam Abu hanifah.

Pendapat ketiga: Halal.

Pendapat Mazhab Syafie, Abu Thaur dan Al-LAith.

Dalilnya: Asal kepada makanan adlah Halal selagi mana tidak dalil yg mengharamkan. Hadis diatas dikatakan sebagai lemah sanadnya.

Kesimpulan: Keduanya adalah halal dalam mazhab Syafie dan diharamkan oleh sebahagian mazhab lain.kita mesti berlapang dada.

Sunnah yg ditinggalkan

Sunnah yg ditinggalkan.

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

1. Baring dgn mengiring sebelah kanan selepas sunat subuh.

Aisyah r.a berkata:
Maksudnya: Nabi s.a.w apabila telah selesai solat sunat subuh; baginda baring di atas lambung kanannya.(Hr BUkhari)

2. Menjilat jari jemari apabila selesai makan.

Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya: Apabilah salah seorang kamu sudah selesai makan hendaklah dia menjilat jari-jemarinya sebelum dia mengelapnya.(Hr Bukhari dan Muslim)

3. Melantik ketua dlm musafir.

Nabi s.a.w bersabda:
Apabila kamu bermusafir dlm bilangan 3org maka hendaklah lantik seorang ketua.

4. Bersedekah ketika bertaubat.

Kaab r.a berkata:
Ya Rasulullah, diantara tanda taubatku adalah dgn mengeluarkan hartaku sebagai sdekah kepada Allah dan Rasulnya. Rasulullah s.a.w menjawab "Kamu tidak menyedekahkan semua hartamu adalah lebih baik"(Hr Bukhari dan Muslim)

5. Menyelak baju ketika permulaan hujan supaya terkena air hujan.

Ini berdasarkan perbuatan Nabi s.a.w yg diriwayatkan oleh Imam Muslim.

6. Bernafas 3x ketika minum di luar bekas air.

Ini berdasrkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim:
Maksudnya: Nabi s.a.w bernafas ketika minum 3x.

7. Doa diantara Azan dan Iqamah.

Nabi s.a.w bersabda:
Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah.(Hr Abu Daud)

Kelebihan Selawat

Kelebihan Selawat

23 Rejab 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.

Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)

Isnin, 5 Julai 2010

DIET RASULULLAH SAW

DIET RASULULLAH SAW

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..

1. Jangan minum SUSU bersama DAGING
2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
3. Jangan makan IKAN bersama SUSU.
4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
7. Jangan minum SUSU bersama CUKA
8. Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

Khamis, 1 Julai 2010

Betapa Firaun Besar Kulim Ini Mencintai Umn

Betapa Firaun Besar Kulim Ini Mencintai Umno

Oleh WFauzdin NS

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.

Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?/mandor.blogspot.com

Menjadi Isteri Solehah

Menjadi Isteri Solehah

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Isnin, 28 Jun 2010

Info : kenali bola-bola Piala Dunia..

Info : kenali bola-bola Piala Dunia..

Kehangatan deman Piala Dunia masih berlangsung dan semakin panas. Apa kata kalau kita mengenali bola-bola yang pernah digunakan dalam piala yang begitu tersohor di planet bumi untuk pengetahuan bersama.

1930-Uruguay 13 Julai-30 Julai 1934

1934-Itali, bola yang sama pada 1930 27 Mei-10 Jun 1934

1938-Perancis
04 Jun-19 Jun 1938

1950-Brazil
24 Jun-16 Julai 1950

1954-Switzerland 16 Jun-14 Julai 1954

1958-Sweden 8 Jun-29 Jun 1958



1962-Chile 30 Mei-17 Jun 1962



1966-England 11 Julai-30 Julai 1966



1970-Mexico 31 Mei-21 Jun 1970. Telstar-Adidas




1974-Jerman Barat 13 Jun-07 Julai 1974. The Telstar Durlast-Adidas



1978-Argentina 01 Jun-25 Jun 1978. Tango Durlast-Adidas



1982-Sepanyol 13 Jun-11 Julai 1982. Tango Espana-Adidas



1986-Mexico 31 Mei-29 Jun 1986. Azteca Mexico-Adidas



1990-Itali 08 Jun-08 Julai 1990. The Unico Etrusco-Adidas



1994-Amerika Syarikat 17 Jun-17 Julai 1994. Questra-Adidas



1998-Perancis 10 Jun-12 Julai 1998. Tricolore-Adidas



2002-Korea Selatan & Jepun 31 Mei-30 Jun 2002. Fevernova-Adidas



2006-Jerman 09 Jun-09 Julai 2006. Teamgeist- Adidas

2010-Afrika Selatan 11 Jun-11 Julai 2010. Jabulani-Adidas

Bermula 1970. Bola Piala Dunia dikuasai oleh Adidas. Kita cuma ada Adibah, itupun tidak mampu untuk disepak dan ditanduk.
2110. Malaysia menyertai Piala Dunia. Boleh ke???

Isnin, 21 Jun 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)




BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya
memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa
solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon
sesuatu

Refering to our new brothers and sisters of Islam. remember.. Allah says, that if u do not follow the commands of Allah, he will get others to follow his command and they will be placed untop of us.. And look. Mashallah they are better believers than we are.. and we were born muslim.. they have more Eman than most of us.. Subhanallah!

Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno

Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.

Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.

Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!
Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”.
Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.

Islamisasi Program

Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.
Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.

Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.

Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya.

Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.

Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.

Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.

Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.

Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.

Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.
Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.

Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.

Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.

Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.

Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.

Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.

Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!

http://drmaza.com/home/?p=738

Ahad, 20 Jun 2010

Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah

Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah
Subky Latif   

ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya.

Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya.

Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula.

Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla.

Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut pelan disediakan kerajaan. Selama lebih 30 tahun dia jadi pengurusi surau itu macam-macam pindaan dan tambahan pada bangunan itu. Kebanyakan penyesuaian itu adalah mengikut reka ciptanya.

Ketika PAS di Wilayah Persekutuan dan PAS Pusat sukar untuk mendapatkan tempat untuk berbagai perhimpunan, Hassan Shukri, bekas Setiausasha Agung dan bekas Timbalan Presiden PAS yang meninggal tengah hari 14 Jun 2004 lalu telah membelikan satu lot tanah untuk PAS Terengganu di sempadan Selangor di Taman Melewar sebagai tapak rumah bagi pemimpin-pemimpin Terengganu yang selalu datang ke Kuala Lumpur.

Tetapi PAS Terengganu membiarkan saja tapak yang bersebelahan dengan rumah Ustaz itu. Saya selalu menganjurkan ceramah – kadang-kadang tiap-tiap minggu di rumah Ustaz Hassan. Dia tidak pernah menolak. Tetapi bila ceramah berakhir pukul 12 malam, isterinya terpaksa mengemas rumah hingga pukul 2 pagi.

Ia mengganggu anak-anaknya yang masih kecil hendak bersekolah esoknya. Lalu saya berpakat dengan PAS Taman Melewar untuk memanfaatkan tanah PAS Terengganu bagi mengadakan ceramah. Kami cadang untuk membinanya seperti kandang, memadai ada bumbung dan dinding ikut keadaan kerana ia tanah orang Terengganu. Ia boleh mengambil tapak itu bila ia rasa ia mahu bina rumah.

Bila Ustaz Hassan mendengar cadangan itu dia pun mencadangkan supaya dibina Markaz Tarbiyah. Pelan asal  markaz itu digarisnya di atas tanah saja di depan tukang dari Indonesia dan pelajar-pelajar lulusan kejuruteraan yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Dari garis di atas tanah itu mereka mendirikan rangka bangunan. Bila terdiri tiang, ada pula yang menghantar pasir, simen, besi, kayu dan lain-lian. Kami tidak banyak mengeluar modal. Ada orang datang untuk memberi belanja siling, ada yang menyumbangkan pintu dan  tingkap.

Dari semasa ke semasa Uztaz Hassan mengarahkan pelajar dan tukang-tukang itu buat begitu dan begini.

Bila siap bangunan itu ada pula lot-lot sebelah dan di belakang bangunan hendak dijual. Ustaz Hassan beli dan sambung pula markaz itu di lot yang baru dibeli itu.

Sejak pertengahan tahun 1980an hingga tahun 2000 markaz itu bertambah besar dari semasa ke semasa kerana orang-orang di situ sedia pula menjual  tanahnya pada Ustaz Hassan. Ustaz Hassan beli  lot-lot itu untuk PAS.

Setiap kali lot baru dibeli, Ustaz Hassan membentang pelan tambahan baru bangunan. Ustaz Fadzil yang tidak pernah membantah cadangannya menyerahkan saja kepada budibicara akitek tak bertauliah itu.

Daripada sebuah bangunan dua tingkat asalnya, ia menjadi sebuah komplek yang ada dewan, bilik mesyuarat, pejabat pentadbiran, bilik solat bahkan ada pula tempat orang menumpang bermalam. Rombongan bas dari Kedah dan Kelantan selalu singgah bermalam di situ.

Semua reka bentuk komplek itu hasil ciptaan Ustaz Hassan sendiri.

Dia tidak pernah belajar ilmu pertukangan. Dia adalah seorang lulusan agama. Tetapi dia minat dengan mereka bentuk rumah atau bangunan menjadikan dia tahu teknik-teknik pertukangan.

Markaz Tarbiyah PAS itu adalah karya seninya.

Sejak terbinanya Markaz Tarbiyah itu PAS tidak sukar lagi mengadakan  Mukktamar. Sebelumnya PAS menyewa di Dewan Bahasa untuk bermuktamar. Kadang-kadang muktamar terpaksa ditunda kerana kerajaan hendak menggunakan dewannya. Acap tempahan dibatalkan. Mungkin ia satu cara kerajaan membuli PAS.

Selepas markaz itu didirikan PAS bebas mengadakan berbagai kegiatan. Parti-parti yang bersekutu dengan PAS selalu memanfaatkannya.

Beberapa tahun lalu Pejabat Agung PAS berpindah ke Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Markaz Tarbiyah tidak lagi jadi tempat pentadbiran. Ia digunakan untuk kegiatan lain.

Sekarang markaz itu sedang dirombak untuk dijadikan kampus bagi kolej universiti Prof. Zuklifli Mohamad. Struktur bangunan itu dikekalkan tetapi renovasinya banyak mengubah bentuk seni rekaan Ustaz Hassan Shukri itu.

Kata Ustaz Hassan pada saya kalau sebahagian  dari peralatan lama dikekalkan, banyak perbelanjaan dapat diselamatkan. Kalau peruntukannya katakannya satu juta ssetengah, separuh daripadanya boleh diselamatkan untuk mentadbiran kolej itu nanti.

Akitek tak bertauliah itu memerhatikan saja pembinaan semula bangunan itu. Sebulan   dua lagi mungkin dapat disiapkan. Tetapi dia tidak sempat menyaksikan bangunan itu disiapkan bagi fungsinya yang baru dan tidak dinamakan Markaz Tarbiyah lagi kerana secara mengejut dia dipanggil pulang ke Rahmatullah.

Tetapi dalam masa 25 tahun terakhir ini dia bolehlah dikira bapa pembinaan markaz tarbiyah, bukan saja bagi Markaz Tarbiyah PAS Pusat yang terseregam itu tetapi markaz tarbiyah tumbuh di merata tempat untuk memberi laluan kepada umat mengembangkan agama Allah.

Ahad, 6 Jun 2010

Judi membawa bala

Judi membawa bala

ISLAM menyuruh kita bersukan kerana ia nyata memberi faedah kesihatan kepada tubuh badan. Menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, maka saya lihat di negara kita juga, promosi rancak dijalankan, oleh televisyen dan syarikat-syarikat yang sibuk mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan hasil dari demam bola sepak ini. Namun apa yang sangat mendukacitakan saya akhir-akhir ini, apabila pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan keizinan dan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia ini.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang memberi taat setia dan cintakan negara dan salah seorang yang diberi amanah untuk menjaga agama Islam yang mulia, saya dengan rasa bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara ingin memberikan pandangan dari sudut agama dan nasihat sebagai seorang warganegara yang sayangkan pemimpin yang ada mengenai hasrat kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi sempena berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram.
Pada hemat saya, hasrat tersebut tidak wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran mana-mana agama, bahkan ia juga bercanggah dengan lunas dan tatacara berfikir yang betul serta tidak menepati etika dan budaya masyarakat ketimuran. Malah saya berpendapat dengan pemberian lesen judi berkenaan akan mengundang pelbagai impak negatif kepada negara, masyarakat dan individu. Dengan itu, saya menyarankan agar pihak kerajaan tidak meneruskan hasrat tersebut bersandarkan kepada beberapa pertimbangan berikut;
1. Menjejas nama baik Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan Islam sebagai agama rasmi di persada dunia. Sedangkan amalan judi merupakan salah satu tegahan Allah SWT yang sangat jelas. Firman-Nya; Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib merupakan amalan yang kotor (keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Ulama sepakat berdasarkan ayat di atas judi itu adalah haram, malah sesiapa yang menghalalkannya selepas itu, maka gelincirlah imannya.
Dengan pemberian lesen tersebut secara tidak langsung telah melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara yang membenarkan amalan judi. Hal ini amat bercanggah dengan roh dan inspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam dari sudut perundangan, budaya dan sosio masyarakat.
2. Menghormati sensitiviti umat Islam yang berpendapat judi sebagai aktiviti haram dari sudut syarak dan majoriti rakyat Malaysia yang memandang judi sebagai aktiviti jijik dan yang tidak bermoral. Manusia yang berfikir secara waras dan bijaksana akan menolak amalan judi biar sekali pun mereka bukan terdiri daripada orang yang kuat berpegang kepada agama atau sebaliknya. Malah mereka yang tidak beragama sekalipun tetap berpendapat judi akan merosakkan individu dan masyarakat. Berjudi merupakan pembaziran tanpa sebab, membuang masa dan melalaikan, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, melatih sifat malas berusaha dan membiasakan tabiat suka berhutang, menimbulkan kepincangan ekonomi individu secara tiba-tiba dan akhirnya memporak-perandakan keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Sepatutnya pihak kerajaan perlulah lebih prihatin dalam memberi pertimbangan mengenai perkara-perkara sebegini demi menjaga keharmonian dan kemaslahatan rakyat jelata. Umum berpendapat kerajaan dengan isu itu telah menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.
3. Tidak dapat dinafikan hasrat kerajaan mengawal aktiviti judi tidak berlesen adalah satu langkah yang amat positif namun penyelesaiannya bukanlah dengan cara memberi lesen. Justifikasi kerajaan bahawa pemberian judi berlesen akan memudahkan pengawalan adalah tidak tepat sama sekali. Pemberian judi berlesen tidak akan sama sekali membawa kepada pengawalan aktiviti judi tidak berlesen. Tidak ada sebarang jaminan bahawa para penjudi akan hanya berjudi melalui judi berlesen. Begitu juga justifikasi pihak kerajaan bahawa pemberian lesen judi akan meningkatkan kutipan hasil yang akan dapat dimanfaat untuk faedah rakyat dan kepentingan negara adalah terlalu lemah.
kepincangan
Kenapa kita hanya melihat kepada faedah jangka pendek dan melupakan segala bentuk masalah yang lebih besar dan segala macam kepincangan yang akan dihasilkan daripada pemberian judi berlesen ini. Firman Allah:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya, (al-Baqarah: 219)
Secara umumnya, untuk menimbang tara kemaslahatan dan kemudaratan, Imam al-Syatibi mengemukakan beberapa asas utama yang boleh dijadikan rujukan dan panduan seperti;
Maksudnya: “Menolak kerosakan hendaklah didahulukan daripada mengambil kemanfaatan”
Maksudnya: “Tindak tanduk pemerintah hendaklah bersandarkan maslahat”.
Persoalannya, apakah dengan memberikan lesen judi itu akan memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum untuk rakyat (maslahat)? Pada hal, pemerintah juga hendaklah bertanggungjawab mengawal, membasmi, mencegah dan menghindari kemungkaran, kefasadan yang berlaku. Saya berpendapat, cadangan tersebut tidak mendatangkan sebarang kebaikan atau kemaslahatan kepada kepentingan umum rakyat kecuali hanyalah kepada individu-individu tertentu yang bergelar taukeh judi semata-mata. Malah cadangan tersebut turut membelakangkan kepentingan umum yang kerap disarankan oleh pihak kerajaan supaya rakyat tekun bekerja, giat bertani dan berniaga, membina kecerdasan intelektual dan matang, mempunyai daya saing yang tinggi di samping keluhuran peribadi dan pegangan yang utuh kepada nilai dan agama.
Akhirnya saya ingin mengingatkan kita semua dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Araf: 96: Bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
Nyata dalam ayat ini, bahawa hanya keimanan dan ketaatan pemerintah dan rakyat sebuah negara kepada Allah SWT saja akan membuka limpahan rezeki atau taraf ekonomi sebuah negara. Namun ketika mana maksiat berleluasa, maka Allah SWT menjanjikan azab dan kesusahan yang menimpa negara tersebut. Demi Allah! Saya risau dan takut dengan kepelbagaian masalah dan maksiat di negara kita ini yang masih tidak mampu untuk kita tangani, akan datang pula bala dari Allah tanpa kita sangka dan duga.
Justeru itu, saya menasihatkan dan merayu agar pihak kerajaan membatalkan kelulusan untuk mengeluarkan lesen judi tersebut sempena perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 demi menjaga kemaslahatan dan keselamatan rakyat jelata dan memartabatkan negara, bangsa dan agama. Saya yakin negara tidak akan rugi, dengan membatalkan lesen judi tersebut, saya betul yakin, kerana itu adalah janji Allah SWT.

dikutip dari utusan malaysia online...

nota: sahibul samahah mengulas cara berhemah di sebelah sini ttp bila di pihak lagi satu bukan main keras ulasan nya. Mufti perlu bebas dr unsur politik.

Rabu, 2 Jun 2010

Facebook Mengundang Dosa?

Facebook Mengundang Dosa?

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook, disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekatsangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar,  si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang  sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan taggingkepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Renung-Renung Kan....Selamat Beramal...

Selasa, 1 Jun 2010

Bukan Semua Subsidi Buruk Kepada Negara

Tuesday, June 1, 2010

Bukan Semua Subsidi Buruk Kepada Negara

1. Pembentangan Makmal Rasinonalisasi Subsidi baru-baru ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada rakyat negara ini. Jika saranan-saranan oleh Makmal tersebut dilaksanakan sepenuhnya saya percaya negara ini akan mengalami inflasi yang serius dan akan menjejaskan kehidupan rakyat.

2. Pada Disember tahun lalu saya mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.

3. Sebaliknya apa yang diumumkan ialah usaha kerajaan untuk menarik balik semua subsidi bagi menambah kantung negara untuk tujuan projek pembangunan. Mengumumkan kerajaan akan muflis pada 2019 jika kerajaan meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak politik, malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya.

Subsidi dan Monopoli
4. Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula. Namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut. Benarkan sesiapa sahaja mengimpot gula dan bersaing dengan terbuka.

5. Demikian juga beras, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar. Kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan "pemain" industri.

6. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

Subsidi Petrol dan Inflasi
7. Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol.

8. Jika harga petrol terlalu tinggi ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli belah, bersiar, mahu pun melancong di dalam negara. Ini sekaligus mengurangkan putaran ekonomi negara. Dalam jangka masa panjang ekonomi negara akan meleset sekaligus akan lebih merugikan kerajaan.

9. Status harga petrol sepatutnya dikekalkan seperti sekarang iaitu, Petrol RON 95 dijual dengan subsidi 30 sen seliter. Manakala Petrol RON 97 dijual mengikut harga pasaran. Ini satu yang telah diterima oleh rakyat dan sewajarnya diteruskan. Malahan saya ingin menyarankan agar harga Ron 97 ditentukan terus oleh syarikat minyak tanpa campur tangan kerajaan.

10. Dalam pada itu, pam bagi petrol RON 97 juga harus diperbanyakkan bagi membolehkan mereka yang ingin menggunakan RON 97 tidak perlu menunggu lama akibat pam yang terhad. Stesen minyak harus menyediakan pam yang sama banyak antara petrol RON 95 dan RON 97. Ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan RON 97.

Jangan Usik Subsidi Pendidikan

11. Saya berharap kerajaan tidak mengambil keputusan "mengacau" peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan. Ini kerana ia merupakan masa depan anak-anak kita. Kerajaan sepatutnya mencari jalan memberi lebih banyak pendidikan murah dan percuma kepada rakyat bukannya berusaha menambah beban perbelanjaan pendidikan kepada rakyat.

12. Kita mungkin dapat menjimat perbelanjaan negara dengan menarik subsidi pendidikan namun dalam masa akan datang lebih banyak akan dibelanja oleh kerajaan bagi menangani pelbagi masalah sosial, jenayah dan kemiskinan apabila generasi muda tercicir dalam pendidikan.

Menambah Pendapatan Negara
13. Saya melihat kerajaan lebih ke arah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan subsidi berbanding mencari jalan menambah pendapatan. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri tentu boleh menyelesaikan masalah pendapatan negara jika sekadar mahu mencadangkan penghapusan subsidi.

14. Sebaliknya kita mahu Menteri yang boleh mendapatkan pendapatan negara yang lebih besar bagi membantu rakyat dalam negara. Kita memerlukan menteri yang boleh meningkatkan pendapatan negara tanpa menarik terlalu banyak keitimewaan yang dinikmati rakyat. Apa salah subsidi jika ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat? Bukankah tugas kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat?

15. Apa yang perlu kerajaan lakukan hari ini ialah meningkatkan pendapatan negara bagi membolehkan pendapatan negara berkali ganda lebih besar daripada perbelanjaan subsidi.

16. Rakyat mahu melihat kesungguhan kerajaan meningkatkan pendapatan negara bagi membantu mereka bukannya menarik keselesaan rakyat bagi memberi lebih banyak wang kepada kerajaan.
0 comments

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular