Khamis, 14 Julai 2011

Bismillah 7

Bismillah 7 penawar racun berbisa


Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat... Semalam aku kongsikan petua untuk menghalang atau penawar racun berbisa dari gigitan ular, kala jengking atau serangga2 yang berbisa. Hari ni kita bercerita tentang penawar racun berbisa DAN untuk sakit2 sendi dalam badan. InsyaAllah ini semua atas izin-Nya dan juga ikhtiar serta yakin bahawa DIA lebih mengetahui dan Penyembuh segala penyakit.

Di sini kita hanyalah harus kombinasi bacaan surah Al Fatihah sekali atau lebih juga lebih baik. Kemudian bacalah Bismillah Tujuh seperti dibawah ini...


InsyaAllah... Sembuh dengan izin-Nya.

Rabu, 13 Julai 2011

Sesuatu yang menakjubkan tentang air wuduk. Dikaji oleh Prof Leopold Werne

Sesuatu yang menakjubkan tentang air wuduk. Dikaji oleh Prof Leopold Werne


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan juga neurology berbangsa Austria, mencari sesuatu yang menakjubkan terhadap wuduk. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia mencari hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Dia bahkan mengesyorkan agar wuduk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wuduk sebagai sebahagian daripada usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Daerah yang dibasuh dalam air wudlu, seperti tangan, daerah muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wuduk dengan menjelaskan bahawa daerah-daerah yang dibasuh air wuduk memang kawasan yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana saja kaki ini gentayangan setiap hari?

Tegasnya, ahli badan yang dibasuh dalam wuduk ialah daerah yang paling mudah untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam Surah al-Maidah [5]: 6, adalah wajah, tangan sampai siku, dan kaki sampai mata kaki. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wuduk mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, bau, pendengaran, tangan, dan kakinya, sehingga yang bersangkutan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wuduk itu (ma'a akhir qathr al-ma ').

Wuduk dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fizikal). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan kebasahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang 'bersih' dan sewaktu-waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran. Wudhu sendiri akan melindungi diri untuk mengelakkan apa yang secara spiritual merosakkan imej wuduk. Dosa dan maksiat bercanggah dengan wudhu. (diterjemah dari sayaberitahu)http://idahsalam.blogspot.com/2011/07/sesuatu-yang-menakjubkan-tentang-air.html

Selasa, 12 Julai 2011

Latar Belakang Al Fadhil Dato' Dr Haron Din - Ulama Tersohor Yg Dikagumi

SIAPA DR HARON DIN?


Sebagaimana yang diketahui, Darussyifa' telah diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan cara rawatan Islam kepada masyarakat umum di Malaysia. Sebagai anak murid, maka eloklah kita mengetahui latar belakang Tuan Guru semoga dengan itu lebihlah lagi kita sayang dan hormat kepadanya.

Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.

Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).

Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.

LATAR BELAKANG TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN DALAM BIDANG PENGUBATAN ISLAM

Ayahanda Ustaz Haron Din berasal dari Patani dan menetap di Kampung Bohor Mali Perlis. Dia merupakan seorang perawat yang melibatkan diri dalam dunia perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Qur'an, hadith dan doa-doa. Daripada 10 orang adik beradik, hanya Ustaz Haron Din yang menunjukkan minat dalam bidang rawatan Islam ini, menyebabkan ayahandanya sering membawanya ketika merawat.

Pengalaman yang dilalui oleh orang tuanya ketika merawat sama ada di rumah atau dijemput merawat pesakit secara tidak langsung melibatkan diri Ustaz Haron Din dalam dunia perubatan walaupun umumya ketika itu masih terlalu muda lagi. Ayahanda beliau merupakan perawat yang disegani di kampung juga di kawasan sekitarnya. Sebagai tanda hormat, orang kampung mengelarnya Lebai Din.

Ustaz Haron Din amat mengkagumi kejayaan ayahnya merawat orang gila, dirasuk dan juga penyakit kronik yang lain. Kekaguman melihat kejayaan ayahnya telah melahirkan keinginan beliau untuk mengikuti jejak langkahnya. Setelah meningkat dewasa beliau memujuk ayahnya supaya menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ketika itu umur beliau baru dalam lingkungan belasan tahun dan masih menuntut di Sekolah Arab Alawiyah. Walaupun beliau sering rnengikut bapanya merawat pesakit tetapi ayahnya tidak begitu mudah menurunkan ilmu yang dimilikinya. Ayahnya berpesan agar beliau mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Belaiu hanya diajar ilmu perubatan ketika berada pada akhir pengajlan sekolah menengah. Ilmu yang diajar hanyalah asas pengubatan sahaja.

Sebagai seorang murid, Ustaz Haron Din yakin tentang dirinya walaupun menyedari bahawa untuk mempelajari ilmu seumpama itu bukanlah mudah. Belaiu juga berkeyakinan bahawa beliau dapat memberi khidmat pertolongan dengan baik kepada mereka yang memerlukan. Oleh sebab itu, di samping belajar daripada ayahnya, beliau berazam untuk terus mempelajari ilmu yang berkaitan dengannya. Selain bapanya, ahli keluarga beliau yang lain juga mahir dalam bidang perubatan Islam. Antaranya ialah bapa saudara beliau sendiri iaitu Ustaz Said bin Ali.

Keluarga Ustaz Haron Din memiliki banyak khazanah ilmu perubatan. Kunjung mengunjung antara keluarga di Perlis dan Patani terus berlaku dan mereka sering berbincang tentang kaedah dan petua perubatan. Beliau selalu mendampingi ayahnya dan secara tidak langsung ia memberi pendedahan kepada beliau tentang ilmu perubatan.

Ketika belajar di Mesir, Ustaz Haron Din tertarik dengan kaedah rawatan yang diguna oleh Dr. Kamal yang dikenali sebagai hypnotism. Setelah kembali ke tanah air beliau berpeluang belajar dengan seorang perawat dari Sarawak iaitu Tuan Haji Mursidi. Kaedah Haji Mursidi hampir sama dengan kaedah yang dimiliki oleh Dr. Kamal.

Selain belajar melalui kitab dan pengalaman, Ustaz Haron Din juga mendalami ilmunya daripada 'alim ulama yang menggunakan kaedah rawatan Islam. Di antaranya ialah al-marhum Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi seorang ulama' dari Malaysia yang menetap di Mesir. Pemergian Ustaz Haron Din kali kedua ke Mesir untuk mendapat ljazah Doktor Falsafah (1971-74) telah memberi peluang kepadanya untuk berdampingan dengan Dr. al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Antara doa yang dipelajari ialah doa penerang hati. Latar belakang doa ini ada kaitan dengan sunnah Rasulullah s.a.w.. Selain itu beliau juga berguru dengan al-Syeikh Muhammad Bayumi, seorang yang 'alim dan sering berada dan mengajar di Masjid al-Azhar.


Ketika di Mesir pada awal 70-an, Ustaz Haron Din sempat berkenalan dengan Bapak Mokhtar Lintang. Pak Mokhtar adalah perawat yang menggunakan kaedah Islam. Kesempatan tersebut telah diguna oleh beliau untuk menimba ilmu perubatan seberapa banyak yang boleh .

Sekembalinya ke Malaysia, ketika tinggal di Taman Bangi Kajang, Ustaz Haron Din dikunjungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Leh. Beliau mengaku sebagal seorang perawat yang terkenal di Langkawi. Beliau telah mengajar beberapa kaedah rawatan kepada Ustaz Haron Din. Antaranya ilmu berkaitan dengan penyakit barah, ketumbuhan, kayap, demam panas, penyakit kulit dan sebagainya. Beliau telah tinggal bersama dengan Ustaz Haron Din beberapa ketika.

Perlis tempat kelahiran Ustaz Haron Din sememangnya mempunyai ramai orang yang arif tentang ilmu perubatan. Terdapat seorang perawat bemama Tok Omar yang banyak menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan di samping ayat-ayat al-Qur'an. Ustaz Haron Din telah berkesempatan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan daripada beliau. Selain itu Ustaz Haron Din juga berpeluang belajar dengan Tahir Abdullah. Beliau yang digelar dengan nama Tok Lang Kiang dintaranya telah mengajar Ustaz Haron Din cara mengeluarkan sampah dari mata.

Perawat-perawat lain yang pernah mengajar Ustaz Haron Din alah Pak Andak Noh dan Haji Husin atau dikenali sebagai Tuk Chin. Pak Andak Noh telah menurunkan ilmu mengeluarkan benda tajam dari badan manusia seperti besi, serpihan kaca, terkena racun dan sebagainya. Ilmu yang diamalkan oleh Tuk Chin pula adalah ilmu yang dinamakan Laduni iaitu ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT khusus kepada orang yang tertentu.

Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan.

RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS
Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23   http://wasiatpejuang.blogspot.com/2011/04/siapa-dr-haron-din.html%

Petrol Pam Zaman Dulu-Dulu...

http://www.malaysiasensasi.net/2011/07/petrol-pam-zaman-dulu-dulu.htmlDalam dalam gambar-gambar di bawah ini adalah gambar stesen minyak pada zaman dulu-dulu. Waktu ni, orang-orang melayu mungkin masih ramai tinggal di kampung dan menggunakan sampan di sungai atau 'ilmu batin' sebagai alat pengangkutan - malaysiasensasi.net

Innalillah...Al Fatihah...Raja Aziz Addruse Meninggal Dunia

Peguam tersohor dan dihormati ramai Raja Aziz Addruse meninggal dunia pada jam 1.20 petang tadi akibat penyakit barah.

raja aziz addruse interview judiciary crisis 060808 05Raja Aziz, 75, pernah menerajui Majlis Peguam sebanyak tiga kali iaitu pada 1976-1978, 1988-1989 dan 1992-1993.
Beliau juga terkenal kerana mewakli beberapa individu terkenal dalam kes mereka.

Antaranya termasuk kes liwat pertama membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, kes saman RHB terhadap pengasasnya Tan Sri Rashid Hussein dan mewakili bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.
Jenazah allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Bukit Kenny dan dijadual dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas disolatkan.

Khamis, 7 Julai 2011

Sekadar Berkongsi Makluman : Penama Takaful/Insurans : Jangan Letak Nama Anak!



Saya menerima satu maklumat yang agak mengejutkan ketika saya menghadiri satu kursus latihan baru-baru ini.   ”Kira-kira 80% suami  akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful mereka, namun hanya kira-kira 30% isteri meletakkan nama s...uami mereka sebagai penama”, kata pegawai latihan tersebut kepada para peserta.   Ia disambut dengan hilai tawa para peserta porgram. Baik lelaki mahupun wanita. Ada yang tersenyum-senyum, terutama wanita. Bagi peserta lelaki pula, nampak senyuman sinis di bibir mereka.   Saya pun agak sedikit terkejut dengan pendedahan tersebut. Apabila diimbas sekali polisi-polisi klien-klien saya sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan kaum wanita akan cenderung untuk tidak meletakkan nama suami mereka sebagai penama takaful mereka.   Malah, sebenarnya perkara ini bukan saya berlaku di dalam memilih penama polisi takaful, ia juga melibatkan penama di dalam perkara-perkara lain. Sebagai contoh, penama Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP), selalunya wanita meletakkan nama ibu atau bapa mereka.   Baca beberapa contoh kes di dalam tulisan: Siapa Penama Polisi Takaful / KWSP Anda?   Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, selalunya wanita akan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penama. Dalam kes KWSP pula, nama ibu selalunya diletakkan kerana selalunya mereka bekerja terlebih dahulu dan kemudian baru berkahwin. Selepas berkahwin, penama tersebut tidak diubah.   Isteri “Kurang” Percaya Kepada Suami? Berdasarkan pengalaman saya berhadapan dengan pelanggan-pelanggan wanita, selalunya alasannya adalah kekhuatiran (baca: ketidakpercayaan) mereka terhadap suami mereka selepas mereka meninggal dunia nanti. Mereka khuatir suami mereka akan berkahwin lain menggunakan duit pampasan takaful mereka!   Kekhuatiran bertambah lagi apabila mereka membayangkan selepas itu suami dengan isteri barunya akan mengabaikan anak-anak kandung mereka. Juga membayangkan yang isteri baru suaminya akan bertindak tidak sewajarnya kepada anak-anak mereka.   Mereka membayangkan isteri baru suami mereka a.k.a ibu tiri anak-anak mereka laksana Rika Sumanto di dalam drama Bawang Merah Bawang Putih! Atau seperti watak Sofia di dalam Puteri Aurora Beradu. Ya, satu kekhuatiran yang berasas!   Saya tidak nafikan, kekhuatiran kaum hawa tersebut ada asasnya. Demi kasih sayang ibu kepada anak, kadang-kadang mengatasi kasih sayang isteri kepada suami sendiri.   Apabila ditanya kepada isteri saya pun, begitulah juga perasaannya. Apabila ditanyakan kepada ibu saya pun begitulah halnya.   Penama Hanya Pemegang Amanah, Bukan Penerima Namun, sebenarnya tindakan meletakkan nama anak sebagai penama tidak menyelesaikan masalah. Kerana, penama hanyalah bertindak sebagai wasi atau pemegang amanah. Penama bukanlah pemegang hak tersebut.   Ia sebenarnya telah diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 lagi. Rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatw​a-kebangsaan/nominee-penama   Fatwa tersebut berbunyi;Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definisi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu. Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.   Penama hanyalah sebagai pemegang amanah bagi harta bagi si mati sama ada pampasan takaful/insurans, wang KWSP dan lain-lain. Penama tadi bertanggung jawab untuk mengagih-agihkan harta-harta tadi kepada pewaris si mati mengikut hukum faraid.   Apabila penama yang diletakkan adalah anak di bawah umur 18 tahun, ini akan menimbulkan masalah, kerana harta tersebut akan dibekukan sehinggalah anak tersebut mencapai usia 18 tahun.   Saya pernah mendengar satu kes, apabila seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan seorang balu dan beberapa orang anak. Beruntung bale berkenaan kerana suaminya mengambil polisi takaful. Namun apabila dibuat tuntutan, didapati penama yang diletakkan adalah nama anak-anak mereka.   Maka, wang pampasan tersebut terpaksa dibekukan sehingga penama mencapai usia 18 tahun. Lebih malang lagi, anak sulung mereka baru mencecah usia sekolah rendah. Maka, balu tadi terpaksa menunggu kira-kira sepuluh tahun selepas itu untuk membuat tuntutan sepenuhnya terhadap harta peninggalan si mati.   Justeru, berhati-hati sekiranya Tuan-tuan  dan Puan-puan ingin meletakkan nama anak sebagai penama. Pastikan mereka sudah cukup umurnya 18 tahun.   Sebaiknya, letaklah nama orang yang kita terima ijab dan qabulnya sebagai pemegang amanah harta kita sesudah kita tiada.   Nota: Sekiranya tuan-puan masih mampu membaca tulisan ini, bermakna tuan-puan masih berpeluang untuk menukar nama penama tuan-puan sebelum tuan-puan pergi terlebih dahulu.   Gambar salah keluarga salah seorang pelanggan saya. Suami meletakkan nama isteri sebagai penama polisi takafulnya. Isteri pula meletakkan nama suami sebagai penama polisinya. Polisi anak-anak diletakkan nama ayah dan ibu mereka sebagai penama. Mantoooop! See More
By: Rahsia Takaful
Wallahualam...

Rabu, 6 Julai 2011

Top 10 Free Kicks!!!!

Kelebihan Mengambil Wudhu' atau Air Sembahyang

Kelebihan Mengambil Wudhu' atau Air Sembahyang


Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.




Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…


Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada kita semua.Wallahualam.http://www.buaya-merah.com

Macam-macam...


http://www.buaya-merah.com/2009_03_01_archive.html














Sungguh berani perempuan zaman skrang..mungkin diaorang tak takut jadi seperti ini kot..klik sini..

10 bandar tertua di dunia

10 bandar tertua di dunia

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.

Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.

Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.

Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancung .
http://cache.virtualtourist.com/3258048-Rua_Augusta_Lisbon_Portugal-Lisbon.jpg

9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai bandar Thebe, adalah bandar indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra mengikut kepercayaan Mesir kuno. Apabila pelacongan dikenali di dunia, bandar ini sudah ramai dikunjungi pelancong, banyak pelancong di zaman Romawi dan Yunani mengunjungi bandar ini.

Luxor adalah bandar paling popular di Mesir. Bandar ini terdiri dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika bandar ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.

Bandar ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bersebelahan dengan Luxor, dan sekarang bergabung menjadi satu.


8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Bandar ini terletak 375 km di selatan Kaherah. Bandar ini adalah bandar terbesar di Mesir Kuno dan adalah bandar pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang bandar ini adalah bandar paling penting sebagai pusat pertanian dan juga bandar terletaknya universiti ketiga terbesar di Mesir.


7. Xi’an China, (2205 SM)
Dengan sejarah panjang yang terbentang sehingga 30 abad lamanya, bandar ini adalah salah satu bandar paling penting dalam sejarah China. Bandar ini adalah salah satu dari empat bandar Kuno paling agung di China. Bandar ini banyak sekali yang menarik dan mempunyai tempat yang setanding dengan sejarah bandar Athens, Kaherah dan Rom.

Berbagai tinggalan kuno dan tempat budaya penting menletakkan bandar ini sebagai Muzeum Sejarah Semulajadi. Muzeum Teracota yang berada di bandar ini juga dianggap sebagai “Keajaiban Ke Lapan Dunia”.
http://www.wicon.org/img/4.jpg

6. Giza, Mesir (2568 SM)
Napoleon Bonaparte memberikan pidatonya kepada tenteranya sebelum pertempuran Giza pada 1798, katanya “Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak bergeser.”

Orang mungkin tidak percaya bahawa Giza sebenarnya adalah bandar tersendiri yang terpisah dengan Kaherah, tapi kerana perkembangan Kaherah yang cepat, Giza seakan ditelan oleh Kaherah.

Di bandarini, terdapat Piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga. Dataran Giza akan diubah menjadi Grand Museum of Egypt, yang dijangkan siap pada 2012.


5. Konya, Turki (2600 SM)
Bandar ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1000 meter di atas aras laut. Bandar yang di dirikan di atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu bandar yang paling menarik di Turki.

Salah satu muzeum paling popular di bandar ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair Turki terkemuka. Berbagai muzium indah terdapat di bandar ini. Antaranya, adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.

4. Zurich, Switzerland (3000 SM)
Sebagai bandar terbesar di Switzerland dan sekaligus tertua di Eropah, Zurich didirikan di zaman Romawi dengan nama Turicum. Warisan masa lalu ini dapat ditemui di berbagai tempat di bandar tua Zurich.

Lorong-lorong sempit yang dipenuhi dengan kafe, kedai barang antik dan butik. Bahnhofstrasse, adalah salah satu lorong yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.

Grossmünster dan Fraumünster adalah dua gereja tua yang penuh dengan rekabentuk dalaman yang indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia.


3. Kirkuk, Iraq (3000 SM)
Dengan berbagai bekas arkeologi yang berusia lebih dari 50 abad, Kirkuk adalah bandar paling penting bagi orang Kurdis. Bandar ini juga menjadi pusat industri minyak Iraq. Mungkin tidak banyak yang mendapat perhatian pelancong, tapi Kirkuk terletak di bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.

Bandar ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga Kerajaan besar: Asiria, Babelon dan Media, yang saling bergantian mengambil alih kuasa atas bandar ini. Di bandar ini terdapat makam Nabi Daniel dan Pasar Al Qaysareyah. Qal’at Jarmo dan Yorgan Tepe yang berada di pinggiran kota ini akan memberikan pengalaman hidup di masa lalu.


2. Jerusalem (3000 SM)
Bandar suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi. Bandar ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan berbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.

Bandar ini terbahagi menjadi tiga bahagian: Jerusalem Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat pertempatan populasi Arab, dan bandar tua, dengan pemandangan indah yang luar biasa .


1. Gaziantep, Turki (3650 SM)
Bandar yang dulunya dikenali dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibukota negeri yang sama dengan namanya. Giazantep ini adalah bandar tertua yang masih tegak berdiri. Bandar ini mempunyai sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Bandar ini terus menerus di tinggalkan sejak zaman Paleolithic, dan membangun semula bersama dengan kerajaan Uthmaniah.

Giazantep adalah bandar yang ramah, dan terdapat berbagai masjid, madrasah, penginapan malah tempat mandi yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah rumah tua dari batu mempunyai taman dan pohon anggur yang menghiasi.
redfox69

(Gambar) Jangan Letak Pewangin Tin dalam Kereta..!

(Gambar) Jangan Letak Pewangin Tin dalam Kereta..!

Pewangin yang dalam tin boleh meletup jika terdedahkan kepada haba yang panas..seperti dalam kereta yang terdedah pada cahaya terik matahari pun boleh meletup....tak pasai-pasai kena beli cermin kereta baru...hehe


Suami Isteri BERPELAJARAN TINGGI Tidak Tahu Apa Itu SEKS

Suami Isteri BERPELAJARAN TINGGI Tidak Tahu Apa Itu SEKS

Pasangan suami isteri yang berpelajaran tinggi yang berusia dalam lingkungan 30 tahun berasal dari Hubei, China, menyangka bahawa isterinya akan hamil jika mereka tidur sekatil, Sin Chew Daily melaporkan.

Sebelum perkahwinan mereka, pasangan itu tidak berani berpegangan tangan dan berciuman kerana berfikir wanita boleh hamil dengan berkelakukan demikian, menurut laporan akhbar China Chu Tian Jin Bao.

Bagaimanapun , pasangan itu memutuskan untuk mencari penasihat perubatan selepas isterinya yang memiliki sekeping ijazah sarjana, tidak boleh mengandung.

Mereka telah berkahwin selama tiga tahun.

Doktor terkejut apabila mendengar “kehidupan seks” mereka.

Suami yang mempunya ijazah kedoktoran, berkata mereka terlalu fokus kepada pengajian mereka sebelum ini.


Kredit : The Star

Beri Laluan Kapal Terbang Melintas

Seperti di Malaysia, Melihat keretapi melintas jalanraya adalah sesuatu yg biasa dilihat dan bukan sesuatu yg perlu dihairankan...Tapi mungkin suatu hari nanti korang tengah drive tetiba ada lak jalanraya ditutup bg memberi laluan pada sebuah pesawat gergasi melintasi jalanraya bukannya keretapi?Mesti korang terkejut berukk kan....

Tapi perkara ini tidak menjadi masalah di Western Express Highway, Mumbai ...Merupakan satu-satunya tempat dimana kepalterbang melintas dijalanraya..ini kerana jalanraya tersebut adalah laluan penerbangan Gibraltor Airport.
Mungkin pihak kerajaan disana patut mencari inisiatif lain bagi menyenangkan pengguna jalanraya menggunakan lauan jalanraya tersebut seperti terowong bawah tanah bg mengelakkan berlakunya pelanggaran atau kemalangan disebabkan kesilapan isyarat teknikal nanti..mana tau kan...biasa kita dengar 'Birdstrike' jer...mungkin lepas ada incident 'Carstrike' lak...



Ustaz Ismail Kamus Selepas Rawatan 2

Ustaz Ismail Kamus Selepas Rawatan 1

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular