Khamis, 6 Oktober 2011

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran


Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Semoga kisah ini akan menambahkan keimanan dan keyakinan kita pada al-Quran khususnya  kepada  golongan yg ragu2 dgn al-Quran.


Sila rujuk disini untuk bukti (gambar dan sumber):

http://www.islamituindah.my/misteri-binaan-piramid-dijawab-oleh-al-quran

Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din ~~ Di petik dr Rakan Facebook


Perlu kuasai Pusat untuk laksana hukum hudud, kata Dr Haron Din

SOALAN: Apakah apabila PAS menjadi pemerintah sesebuah negeri, undang-undang hudud Islam menjadi keutamaan? Wajib disegerakankah atau pun bukan keutamaan. Jika bukan, apa pula keutamaan PAS dalam pemerintahannya. Mohon Dato’ perjelaskan. - UBAIDAH SALIM, Sepang

JAWAPAN:

Anda perlu memahami terlebih dahulu bahawa sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau ‘Federal Government’ dan kedua, Kerajaan Negeri atau ‘State Government’.

Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.

Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.

Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.

Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.

Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.

Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.

Ia mesti berpegang kepada dasar PAS, ia termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 7 (1) yang menyebut bahawa, “Adapun hukum yang tertinggi sekali pada pegangan PAS adalah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.”

Merujuk kepada al-Quran, Allah memberi keutamaan, panduan kepada pemerintah Islam yang perlu melakukannya apabila berkuasa sebagaimana firman Allah (mahfumnya): “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah al-Hajj, ayat 41)

Kesimpulannya, keutamaan yang perlu disegerakan; pertama, memperkukuh hubungan dengan Allah menerusi menanam aqidatuttauhid yang sebenar, membasmi kesyirikan kepada Allah, menyebarkan ilmu Islam bagi memahamkan manusia umum akan Islam yang sebenar, mengajak mereka mengamalkan ajaran Islam, menghidupkan institusi agama agar ianya benar-benar berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kedua, memberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya kepada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, khususnya kepada golongan bawahan, fakir miskin agar mereka terbela menerusi pemberian zakat.

Sebagainya perintah Rasulullah s.a.w. (mafhumnya) “Ambillah harta daripada golongan berada dan bahagikannya kepada golongan kurang berada.” Itulah yang dilambangkan dengan zakat.

Sekiranya semua zakat yang wajib atas umat Islam yang berada (kaya) di sesebuah negeri (khususnya di Selangor), dikumpul dengan cara yang berkesan dan sempurna, serta diagihkan kepada golongan yang miskin dengan cara yang betul, maka bayangkanlah apa yang akan berlaku.

Ketiga, makruf ditegakkan. Makruf ialah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Apa sahaja yang diperintah, hendaklah dicari jalan bagaimana mahu melaksanakannya sehingga syiar Islam tertegak dan kebaikan Islam terserlah, serta nilai-nilai murni menjadi amalan masyarakat.

Keempat, mencegah kemungkaran. Mengikut aturcara yang sesuai dan langkah-langkah pencegahan yang efektif lagi berwibawa, menuju penghapusan nilai-nilai negatif yang tidak disukai wujud dalam masyarakat.

Kelima, berserahlah kepada Allah SWT untuk menentukan yang sebaiknya dalam perlaksanaan semua urusan yang dilaksanakan menurut perintah-Nya. Wallau’alam.
— with Jemy Ijad.

Cinta Insani Duniawi, Cinta Illahi Abadi Darjat seorang isteri.


Darjat seorang isteri.

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..
See More

Rabu, 5 Oktober 2011

MLM tidak patuh syariat Islam


KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.
Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.




Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.
Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.
“Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.
“Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.
Kosmo

5 kategori marah


 





RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”
Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.

Ada lima kategori marah iaitu cepat marah atau marah tidak bertempat, marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat), marah sederhana, tidak tahu marah dan marah keterlaluan.
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah.
Lima lagi puncanya ialah gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.
Apabila seseorang itu marah, pergerakan fizikalnya turut berubah. Api kemarahan yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina juga merendah-rendahkan orang yang dimarah dan pelbagai lagi.
Marah bukan berlaku pada orang yang kebanyakan saja, malah individu yang punya kedudukan atau status seperti ustaz, ustazah, guru, ulama, doktor dan sebagainya.
Persoalan akhlak, maruah diri dan undang-undang tidak lagi menjadi penilaian kerana yang penting ‘sikap aku betul, orang lain salah’.
Kadangkala orang ramai boleh menilai bahawa individu berkaitan itu ada sifat mazmumah seperti ego, tidak menerima kebenaran, berbangga dengan kedudukan, jawatan, sijil, ijazah, ilmu yang dimiliki, sedangkan semua ilmu itu menjadi amanah Allah SWT. Inilah marah yang dikeji.
Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Rasulullah SAW mengajar kita dalam hadisnya: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.” Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.
Contoh marah pertengahan berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali terbabit dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya dan tiba-tiba musuhnya meludah mukanya.
Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya. Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya.
Maka Saidina Ali menjawab: “Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah SWT tetapi kerana marah kepada kamu kerana kamu meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggunakan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah. Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Lelaki yang ditarik wanita masuk ke dalam neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Sabtu, 24 September 2011

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat 538,000 warga emas sunyi

538,000 warga emas sunyi
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bharian.com.my
2011/09/19

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat

KUALA LUMPUR: Kira-kira 23 peratus atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-anak.
Perak mencatatkan jumlah kes sedemikian yang paling tinggi membabitkan 68,437 orang, diikuti Johor 68,087 dan Sarawak 62,804.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi, berkata peningkatan kes sindrom ‘Empty Nest’ perlu diberi perhatian kerana ia juga dikenal pasti punca kepada masalah mental dan tekanan yang kebiasaannya melanda warga emas wanita.

“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.

“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Anjli berkata, penemuan itu adalah berdasarkan hasil Kajian Penduduk Keluarga Malaysia (KPKM) kali ke-4 oleh LPPKN serta dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010.
Kajian itu membabitkan 18,875 rumah dengan menemubual 11,401 penghuni, termasuk 1,081 warga emas.

Bagi membendung sindrom ini, katanya, LPPKN menganjurkan pelbagai program nilai kekeluargaan di bawah Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan DKN yang diluluskan kerajaan Disember tahun lalu.

“Ia termasuk dengan menambah Pusat Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi dan Sokongan (AIRIS) sebagai tempat kaunseling, terapi dan sokongan psikososial kepada keluarga dan komuniti setempat di Bertam, Pulau Pinang, tahun ini,” katanya.

Pusat AIRIS pertama dibina di Selayang, Selangor dan Seremban 2, Negeri Sembilan bagi keluarga dan warga emas menghabiskan masa mereka dengan menyertai pelbagai program komuniti yang disediakan di situ.

“Melalui program itu, kita mengajar warga emas cara hidup yang aktif, amalkan pemikiran positif, memenuhi masa mereka dengan aktiviti kemasyarakatan, bercampur dengan jiran tetangga dan banyakkan beribadah.

“Kita juga memberi kaunseling kepada mereka bahawa kitaran hidup seperti ini di mana ibu bapa warga emas ditinggalkan sendiri kerana anak mempunyai kehidupan masing-masing adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan harus bersedia untuk menghadapinya,“ katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.

“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 55 peratus daripada warga emas terbabit menyatakan rasa tidak kisah jika ditempatkan ke Pusat Jagaan Orang Tua untuk mengisi masa lapang mereka.

Khamis, 15 September 2011

Sultan Selangor Kurnia Status Diraja Kepada ISM



17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.

Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).

Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu.

Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

“Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa,” katanya.

Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan ‘Malaysian Surveyor of the Year’ kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

Tidak perlu hutang Kerajaan Pusat - Azizan

Tidak perlu hutang Kerajaan Pusat - Azizan

ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.

“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran.

“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.

“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya.

Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir.

“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9527701.asp

Apa Nak Jadi Nie??!...Gadis Bertudung Persenda Zikir...Nauzubillah...

Rabu, 14 September 2011

Dua Pelajar Tingkatan 5 Antara Lapan Suspek Kes Samun Restoran Mamak Ditahan ..


SHAH ALAM: Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lepas di sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.
Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 September) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.
Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.
Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.
Dalam perkembangan lain, Tun Hisan berkata polis menahan tiga lelaki pada 8 September lepas yang merupakan di antara sembilan suspek dalam kes samun bersenjata sebuah gudang beras di Taman Perindustrian Rawang sehari sebelumnya.
Suspek pertama ditahan di sebuah premis di Sungai Buloh dan dua lagi ditahan di kawasan perumahan di Sungai Buloh pada hari yang sama.
Hasil siasatan awal, polis menemui semula tiga lori bersama sebahagian muatan beras yang dilarikan suspek-suspek yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori di sebuah kawasan di Sungai Buloh pada hari yang sama, katanya.
Beliau berkata, sejumlah 54 kampit beras daripada pelbagai jenama turut ditemui semula yang merupakan sebahagian daripada beras yang disamun bernilai RM220,000.
Beliau berkata, polis juga sedang mencari seorang daripada enam suspek yang masih bebas dikenali sebagai K.Nalluu, 24, dari Selayang bagi membantu kes itu.Ketiga-tiga suspek berumur antara 25 dan 30 tahun kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Isnin, 12 September 2011

Power Of Bismillah.mp4

Isteri tidak boleh curang



KUALA LUMPUR: “Apa juga alasan, sama ada kesunyian, diabaikan suami atau kurang kasih sayang, ia bukan sebab yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang di belakang suami.

“Namun bila perkara ini terjadi, seorang isteri harus meminta maaf daripada suaminya dan bertaubat bersungguh-sungguh meminta keampunan daripada Allah SWT.


“Jangan pandang mudah perkara ini. Apabila seorang isteri melangkaui batasnya, dia menggadaikan maruahnya, suami dan keluarga. Jadi, wanita yang berbuat sedemikian harus segera bertaubat,” kata Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, (JIM) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj.

Menurut Harlina, menjadi lumrah ada manusia tidak cukup dengan satu pasangan, namun ia bukan faktor mengapa seseorang itu harus berlaku curang terhadap pasangan.


“Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing tidak puas dengan pasangan mereka, lebih-lebih lagi apabila berlaku masalah rumah tangga.


“Bagaimanapun, jika sesuatu masalah terjadi seperti diabaikan suami dan tidak diberi kasih sayang yang sepatutnya, seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar.

“Dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga, antaranya mengadakan perbincangan suami isteri dan kaunseling. Malah, kita ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah,” katanya.


Harlina berkata, pengetahuan dalam bidang agama sangat penting bagi membentuk diri dan keluarga, oleh itu apabila agama diketepikan, masalah sebegini pasti muncul.


“Mengikut sunnah nabi, seorang lelaki harus mencari wanita yang tahu agamanya. Jika tidak, masalah ini antara yang terjadi apabila wanita itu tidak mengetahui batasnya.


“Dalam apa juga perkara, agama harus menjadi pandu arah setiap insan. Jika agama dipandang ringan, kehidupan seseorang itu pasti terkeluar daripada landasan sebenar,” katanya.

HM

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1XgyeebOq

Ahad, 11 September 2011

Lukisan Pada 80an Menggambarkan Peristiwa 9/11



Lukisan kapur oleh seorang artis pada tahun 1980-an ini memberikan firasat yang menakutkan terhadap peristiwa 9/11. Karya seni yang menyeramkan ini menggambarkan kesepian seorang gadis muda yang diapit oleh dua pesawat jet dan Menara Berkembar yang tumbang di dalam sebuah kebakaran.

Tetapi pada hakikatnya lukisan dilukis lebih awal, iaitu 10 tahun sebelum tragedi yang mengerikan itu terjadi. Artis Willie Gardner telah meninggal dunia pada bulan November tahun lepas pada usia 78 tahun, dan telah dikuburkan dia tanah perkuburan yang sama ketika ia mendapat ilhamkan melahirkan karya beliau ini.

Lukisan itu menunjukkan gambaran rambut seorang gadis yang berjuntai. Kelihatan juga seperti api dan asap naik ke langit dari salah satu menara tersebut.

Lukisan itu telah digantung di penerimaan Unit Pendidikan Komuniti Grangemouth di Stirlingshire.


Gambaran

Ramai pelawat yang menyangkakan bahawa gambaran atau tujuan lukisan itu dihasilkan sebagai satu penghormatan kepada warga yang terkorban di dalam serangan di New York pada 9/11 itu.

Cook Lex yang bertugas sebagai Penyelaras Unit Pendidikan di pusat itu pada akhir 1980-an berkata: "Ia mungkin antara 1988 atau 1989 ketika saya mula-mula melihat lukisan Willie ini. Ketua di pusat sini pada masa itu suka kepada karya itu dan Willie telah memberikannya untuk dipaparkan di pusat tersebut.

"Setakat yang saya tahu Willie melukisnya semasa ia menjadi ahli Kelab Seni di sini. Saya masih ingat pada itu ketika saya melihat lukisan ini dan cuba untuk memahami apa yang ia cuba tunjukkan. Ia agak mencuri perhatian tetapi juga aneh dalam masa yang sama.

Saya tidak sangka ia dikaitkan dengan serangan terhadap Menara Berkembar kerana saya telah melihatnya untuk sekian lama. Sehinggalah kemudian datang seseorang yang baru pertama kali melihatnya, dan bertanyakan sama ada ianya merupakan satu penghormatan kepada mangsa-mangsa 9/11."


Memorial

Unit Pengurus Jody Cannon berkata beliau menyangkakan ia adalah antara memorial seni. Beliau berkata: "Lelaki yang pertama kali menunjukkan kepada saya menafikannya dan kemudian memberitahu saya bahawa ia dicat sebelum 9/11.

Sekarang apabila saya menunjukkannya kepada seseorang yang baru, saya tidak berkata apa-apa dan mereka biasanya akan berkata ia adalah karya penghormatan 9/11. Apabila saya memberitahu mereka ianya dilukis sebelum kejadian itu berlaku mereka tidak percaya."

Anak perempuan pelukis, Aileen Currie, 53, berkata: "Saya tahu ia telah dilukis bertahun-tahun sebelum Menara Berkembar dimusnahkan. Dia selalu berminat pada seni dan lukisan sejak masih kecil. Dia adalah seorang ahli kumpulan seni di dalam Unit Pendidikan. Ia hanyalah satu lukisan beliau dan saya fikir ia telah lama diletakkan di belakang pejabat selama bertahun-tahun sebelum mereka meletakkannya ke bahagian penyambut tetamu."

ZAB S15 : S5. Berdoa dlm bahasa Melayu dlm sujud?

ZAB S14 : S4. Keutamaan, zakat pendapatan atau simpanan?

ZAB S16 : S6. Rasul suruh mandi pakai kain basahan?

Sabtu, 3 September 2011

Jurukamera BERNAMA TERBUNUH Terkena TEMBAKAN Di Somalia



KUALA LUMPUR, 2 Sept --Jurukamera Bernama TV Noramfaizol Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan ke sebuah Pusat Komersil di Mogadishu, Somalia untuk menghantar berita kira-kira pukul 11.07 malam. Beliau mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI ke Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu.


-Bernama

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular