Selasa, 3 April 2012

PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DR HARON DIN DI STANFORD HOSPITAL USA...Mudah2an Allah Mempermudahkan Urusan Pembedahan Beliau


Maklumat Terkini:
2-Apr-2012 (Isnin) @ 8:00 pagi (11:00 mlm waktu Malaysia) :
- Tuan Guru masuk bilik pembedahan
2-Apr-2012 (Selasa) @ 6:30 petang (3-Apr-2012 @ 9:30 pagi waktu Malaysia) :
- Pembedahan selesai dengan selamat. Tuan Guru dijangka akan ditempatkan di ICU selama 4 hari sehingga keadaan jantung stabil.


|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah berangkat ke San Francisco untuk menjalani pembedahan jantung pada hari Ahad 18-Mac-2012 jam 2:00 pagi. Rombongan yang bersama-sama menemani Tuan Guru ialah isteri beliau Ustazah Datin Khadijah, anak sulung, kedua dan keempat beliau iaitu Dr. Huda, Ustaz Hj. Hamdi dan Ustaz Hj. Najmi. Juga turut serta menantu beliau suami kepada Dr. Huda iaitu Dr. Azlin Azzudin.
Secara umumnya masalah jantung Tuan Guru ialah terdapat banyak saluran darah (artery) pada jantung yang tersumbat menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan Tuan Guru sering mengalami serangan sakit jantung secara puratanya 10 kali sehari. Bagi mengatasinya Tuan Guru terpaksa menggunakan spray GTN untuk meredakan kesakitan.
Tuan Guru kerap menjalani rawatan jantung di IJN bagi mengatasi sakit jantung tersebut. Bagaimanapun pelbagai ikhtiar telah dilakukan oleh doktor-doktor pakar di IJN, mereka akhirnya menasihatkan Tuan Guru mendapatkan rawatan seterusnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA.
Rawatan kali ini agak rumit kerana kaedah memasukkan stent untuk mengatasi saluran darah yang tersumbat tidak boleh dilakukan. Jantung Tuan Guru terpaksa dibedah dari bahagian belakang melalui kaedah 'sternotomy'. Untuk mengetahui bagaimana kaedah ini dilakukan boleh lihat lihat di youtube (http://www.youtube.com/watch?v=r7RsB0BA4EI ). ". Pembedahan akan dilakukan pada pagi Isnin 2-April-2012 jam 8:00 pagi waktu San Francisco USA (11:00 malam waktu Malaysia). Jika tidak ada kerumitan insya-Allah pembedahan akan selesai dalam masa kurang 6 jam.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan urusan pembedahan ini dan berakhir dengan kesembuhan yang berpanjangan kepada kesihatan Tuan Guru.
Bagi semua anak-anak murid Tuan Guru yang ingin menyampaikan mesej kepada Tuan Guru boleh salurkan kepada anak bungsu Tuan Guru iaitu Hanna binti Haron di email chepokpok@gmail.com. Insya-Allah semua mesej ini akan dibacakan kepada Tuan Guru.

---------------------------------------------------------------------------------------------


PEMBEDAHAN JANTUNG TUAN GURU DI STANFORD HOSPITAL USA


Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sedang menjalani saat-saat getir pembedahan jantungnya di Stanford Hospital, San Francisco, USA. Proses pembedahan jantung bermula pada 2-April-2012 @ 8:00 pagi (11:00 malam waktu Malaysia) dan dijangka akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 jam kemudian.
Pesanan Tuan Guru kepada kita semua "Kenang Daku Dalam Doa Mu"


~Sama-sama kita berdu'a semoga Allah memudahkan urusan pembedahan beliau.Amiin

Zuhudnya Seorang Sultan




Petua Untuk Minum Air


Petua Untuk Minum Air

1. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur. Ia dapat mencergaskan organ dalaman.

2. Minum 1 gelas air 45 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.

3. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.

4. Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.

Solat Sunat Dhuha – Kunci Rezeki


Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim


 

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:
Sumber: 1. http://www.mohamadazhan.com
                  2. http://nursyirah.wordpress.com

Tuan Guru Dato Dr Haron Din Menjalani Pembedahan Jantung


Dari Facebook : DATO' DR. HASAN BIN MOHAMED ALI

Salam semua. Saya baru mendapat berita bahawa AlFadhil Tuan Guru Dato Dr Haron Din akan menjalani pembedahan bypass pada jam 6 pagi esok waktu San Francisco bersamaan jam 9 mlm ini waktu malaysia. Pembedahan akan melibatkan bukaan bahagian tengah dada (median sternotomy) yg akan mengambil masa sekurang2nya 6 jam. Sama-samalah kita berdoa dan solat hajat mudahan-mudahan pembedahan berjaya dan dipermudahkan Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, atas dasar kecintaan beliau terhadap Mu selama ini permudahkanlah urusan pembedahnnya. Kami masih memerlukan khidmat dan ilmu beliau demi menjunjung dan menjulang agamaMu. Amin

Jauhi sifat 'ujub


Jauhi sifat 'ujub (mengkagumi diri sendiri), kerana ia akan dan sering MENDEDAHKAN kelemahan diri di khalayak awam (akibat sifat itu), namun TERSEMBUNYI keaiban itu dari pengilhatan dirinya sendiri. Akibatnya, sewaktu dia seronok mendendangkan 'kehebatan' diri, meluatnya manusia bertambah, sedang dia 'syok sendiri'. Ya Allah sedarkan kami dari selaput ujub di hati kami.

Isnin, 2 April 2012

Tips Tuan Guru Nik Aziz untuk dapat zuriat yang baik


Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis ceramah keibubapaan di KTC
KOTA BHARU, 14 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.
“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.

Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam semalam.
Katanya, anak-anak bukan sahaja perlu diajar, sebaliknya turut diselangi dengan pendidikan.
Katanya, nasihat tidak akan sampai dengan sempurna pada anak-anak sekiranya mereka hanya diajar tanpa diterapkan dengan pendidikan bagi memudahkan golongan ini memahami setiap perkara yang diajar.
Tuan Guru bagaimanapun berkata, mereka bukan sahaja perlu dididik ketika berusia enam atau tujuh tahun sebaliknya sebelum mereka dibenihkan lagi.
“Suami isteri perlu menjaga akhlak serta membaca doa-doa yang diajar Rasulullah sebelum dan sewaktu ingin bersama pasangan masing-masing.
“Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya waktu itu bermulanya percambahan zuriat,”ujarnya lagi.
Lebih 500 orang ibubapa termasuk kanak-kanak menghadiri program itu yang turut diadakan pertandingan hafazan kanak-kanak (lelaki).
Harakahdaily.net

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA PETUA UNTUK MENGHILANGKAN CALAR PADA MEJA ANTIK


PETUA UNTUK MENGHILANGKAN CALAR PADA MEJA ANTIK

Meja antik kesayangan anda pastinya mahal harganya ataupun mempunyai nilai sentimental. Andainya ia tergores atau tercalar, ikutilah petua ini:

1. Campurkan satu sudu kecil serbuk teh segera atau “instant tea” dengan 2 sudu kecil air sejuk
2. Kacau sehingga pekat
3. Sapurkan adunan tersebut dengan kapas di bahagian yang tergores atau tercalar. Biarkan untuk 2 hingga 5 minit dan anda dapat melihat kesannya.

ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA Petua Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga


Petua Untuk Kekalkan
Kebahagiaan Rumahtangga

Sentiasa Bersyukur - Banyakkan bersyukur pada Allah s.w.t. dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku?

Kawal Emosi dan Bermujahadah - Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah atau rugi. Kawal mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca Al Quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

Muhasabah Diri - Selalu minta ampun dengan Allah s.w.t. kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan fikir kita rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu. Kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat, yang sebenarnya tidak kekal.


Dari Seorang 'Anak Pondok' Jadi MB & Pemimpin ke 42 Berpengaruh Di Dunia




Kota Bharu: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan ‘menggunakan fikiran’ ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.

“Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan ‘fikiran’. Haatuu…. burhaanakum, bukannya ‘haatuu….ISA’. Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.

“Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.

“Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.

(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)

Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.

Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.

Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.

“Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.

“Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.

“Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.

Beliau melahirkan kebangaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang ‘anak pondok’ kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.

Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.

Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.

Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi. -HD


‘Menteri Besar budak pondok’


KOTA BHARU- Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa bangga kerana pendidikan beliau berasal dari sekolah pondok, sekali gus membuktikan sekolah pondok mampu melahirkan pemimpin.

Beliau turut mengimbas semula pendidikan awalnya di beberapa pondok di Kelantan dan Jetih, Terengganu, termasuk di Jamek Merbau (kini Maahad Muhammadi), seterusnya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Deoband Darul Ulum, India.

“Saya bangga jadi Menteri Besar, budak pondok yang pernah dihina ‘budak pondok, budak agama, pandai buat gapo (apa).

“Saya hanya pandai baca talkin, solat hajat dan baca doa, tetapi dilantik jadi Menteri Besar,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Maahad Muhammadi di Jalan Merbau, di sini.

Nik Abdul Aziz berkata, selain menjadi pemimpin dari sekolah pondok, beliau juga gemar menggunakan bahasa ‘balaghah’ (iaitu bukan bahasa persuratan).

“Bahasa ini digunakan sebab terikut-ikut dengan ajaran tok guru dan ketika belajar pondok di Jetih, saya turut belajar asas bahasa Inggeris,” katanya.

Dari segi pengalaman dan penglibatan politik (menjadi wakil rakyat), beliau mahu menjalankan hukuman hudud dikenakan kepada pesalah semasa timbul isu pada pilihan raya kecil di Terengganu.

Selain itu, beliau mampu menangani masalah riba di Kelantan, misalnya pajak gadai ditukar kepada ar-Rahnu.

“Sejak jadi Menteri Besar, saya turut menukar beberapa nama tempat dan lokasi termasuk PCB, dahulu Pantai Cinta Berahi, sekarang jadi Pantai Cahaya Bulan, Bazar Buluh Kubu kepada Pasar Siti Khadijah (nama isteri Nabi).

“Saya juga minta Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) letak nama jalan di Pengkalan Chepa tukar kepada nama ‘jalan Tok Guru’, tetapi dipertikaikan,” katanya.

Katanya, tok guru itu bukan bermaksud Tok Guru Nik Aziz, tok guru boleh membawa maksud ‘Tok Selehong’, Tok Kenali atau tok guru pondok.

Pada majlis berkenaan, beliau turut dilantik sebagai Tokoh Jubli Intan Maahad Muhammadi Kota Bharu. 
-SH




Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia petikan dari buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center :

The top 50

1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi
Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques
2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei,
Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran
3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco
4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the
Hashemite Kingdom of Jordan
5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the
Republic of Turkey
6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman
7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja
of the Hawza, Najaf
8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi,
Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al
Azhar Mosque
9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of
Muslim Scholars
10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab
Republic of Egypt
11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh,
Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia
12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim
Brotherhood
13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher
14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist
15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat,
Pakistan
16. His Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan
Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto
17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah
18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama,
Indonesia
19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator
20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th
Imam of the Ismaili Muslims
21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum,
Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates
22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan,
Crown Prince of Abu Dhabi and Deputy Supreme Commander
of the UAE Armed Forces
23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in
Syria
24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam
25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb,
President of Al Azhar University
26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of
the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims
27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading
Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan
28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic
of Turkey
29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir
30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the
International Union of Muslim Scholars
31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi
Movement
32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya
Sufi Order
33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa,
Tarim, Yemen
34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas
35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya,
Indonesia
36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-
Hind, India
37. Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the
Tabah Foundation, UAE
38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA
39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti
of Bosnia and Herzegovina
40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary
General of the Organization of the Islamic Conference
41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary
Guard, Iran
42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia
43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami,
Bangladesh
44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and
Spiritual Guide
45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd
Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras
46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist
47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher
48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher
49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of
Naqshbandi-Haqqani Sufi Order
50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary
General of the Islamic Educational, Scientific and Cultural
Organizatio
n

Kajian Perubatan Ke Atas Sunnah Nabi Ketika Tidur



Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:
“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.”(Bukhari-Muslim)



 



Dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)
Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’)
Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang:
“Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.” (Tarmizi)
“Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan.”(Bukhari-Muslim)
Berkata ‘Abbad ibn Tamim:
“Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda.” (Bukhari-Muslim)
Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini.
Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merihatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:
  1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau
  2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.
(Intermountain Spine Institute (1999); ‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid)
Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Wallahualam

Sumber: http://blog.upsi.edu.my/

Terbukanya Empangan Yakjuj & Makjuj



Oleh: Syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli
Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti Jahash, beliau berkata:



 



“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur baginda dalam keadaan merah mukanya dan bgainda mengucapklan,  ’tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.’”
Keterangan:
  1. Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.
  2. Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.
  3. Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.

Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2

Fatwa dan nasihat Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Shaikh Atiyah Saqr dan Shaikh Salih Fauzan tentang menipu & April Fool


Pada 1 April setiap tahun, sebahagian masyarakat menyambut hari tersebut dengan mengadakan perbuatan menipu atau gurauan untuk mengenakan orang lain. Mereka memanggil tarikh 1 April ini sebagai April Fool.

Kita sedia maklum bahawa April Fool bukanlah budaya kita, tetapi ia merupakan budaya yang dibawa masuk dari Barat. Dan ISLAM juga sangat-sangat melarang ummatnya melakukan perbuatan menipu dengan sengaja, walau dalam bentuk apa sekalipun, samada dalam bentuk gurauan ataupun bukan.

Mari kita lihat beberapa pendapat `ulama muktabar berkaitan isu April Fool ini:

1) Shaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi:
Beliau menyebutkan bahawa menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah sallAllahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu `alaihi wasallam bersabda:

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:

“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran.” [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu `alaihi wasallam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

2) Shaikh Atiyyah Saqr:
Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

3) Shaikh Shalih Fauzan:
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834, beliau menyatakan bahawa:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallAllahu `alaihi wassalam bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Muslimin/muslimat sekalian,

Jika tanpa melihat fatwa dan pandangan ulama pun, kita sedia maklum bahawa amalan menipu melanggar etika seorang manusia yang bermoral. Tiada satu pun manusia yang normal fikirannya yang suka atau rela dia ditipu.

Apatah lagi ditambah lagi dengan komen-komen para ulama yang disertakan hadith-hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang melarang kita menipu, maka ternyatalah bahawa tradisi April Fool ini wajar dihentikan dan ditinggalkan oleh mereka yang selalu menyambutnya, walau untuk tujuan bergurau!

Awek Bertudung 'Stunt-woman'


POSTED BY A U T A M A N - - 0 COMMENTS
ILIA bersedia melakukan lagak ngeri Merry Go Round.

BERBEKALKAN sebuah motosikal kapcai berkuasa 110cc, gadis berusia 26 tahun ini mampu memukau penonton dengan pelbagai aksi lagak ngeri.

Sedikit pun tidak nampak kekok, Ilia Iryani Shuib berjaya mengawal motosikal seberat hampir 100 kilogram tersebut sama seperti sedang bermain basikal.

Aksi-aksi lagak ngeri yang dinamakan sebagai Jet Ski, Chainsaw, Merry Go Round dan 12 O’Clock itu mudah sahaja dilakukannya.

Secara fizikal Ilia Iryani bukanlah seorang gadis kasar. Sukar untuk mempercayai bahawa seorang gadis bertudung dapat mempamerkan aksi yang jarang dilakukan wanita Melayu itu.

Biarpun motosikal kapcai mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding jentera berkuasa besar, baginya penggunaan motosikal daripada jenis tersebut memberi cabaran yang lebih besar.

“Melakukan aksi stunt dengan motosikal berkuasa kecil sebenarnya lebih sukar berbanding motosikal berkuasa besar.

“Motosikal biasa ini direka untuk pemanduan di jalan raya sahaja berbanding superbike yang digunakan untuk memandu laju dan dilengkapi ciri-ciri untuk aksi stunt,” terang gadis berbintang Scorpio ini.

Pada mulanya Ilia tidak begitu menggemari sukan tersebut, apatah lagi dia hanya mahir menunggang motosikal setelah berusia 22 tahun.

Namun, dia mula jatuh cinta dengan aktiviti lagak ngeri bermotosikal ketika menuntut dalam tahun satu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

“Secara kebetulan saya menjadi ahli jawatankuasa penganjur pertandingan skuter dan ditugaskan untuk mendapatkan penajaan. Semasa mengunjungi pejabat syarikat motosikal RKM, saya telah ditawarkan untuk belajar melakukan lagak stunt itu.

“Sebenarnya saya agak takut kerana tidak pernah meminati bidang itu. Tetapi setelah mencuba, ia memang memberikan saya kepuasan,” ujarnya yang membeli sebuah skuter Yamaha Ego S sebaik sahaja memperoleh lesen B2 empat tahun lalu.

Dalam tempoh dua tahun melakukan latihan bersama RKM, pelbagai aksi lagak ngeri bersama motosikal kapcai menjadi mudah di tangannya.

AKSI Jet Ski yang dilakukan Ilia dalam filem Adnan Sempit 2.

GP Sepang

Ilia mengikuti latihan di bawah seorang jurulatih bertauliah apabila mempunyai kelapangan daripada jadual kelas. Latihan sejak tahun 2008 hingga 2009 itu telah mematangkan Ilia dalam bidang tersebut.

Sebagai seorang wanita bertudung yang menyertai sukan lasak seperti itu, Ilia pasti berdepan dengan cemuhan.

“Ada yang menggelarkan saya sebagai ‘rempit bertudung hina Muslimah’ selepas terlibat melakukan aksi stunt dalam filem Adnan Sempit 2.

“Tapi selagi saya tidak melanggar undang-undang mahupun batasan syariat, saya akan meneruskan minat saya ini,” katanya yang sering terjatuh ketika melakukan latihan.

Ilia pernah membuat persembahan aksi lagak ngeri bermotosikal semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Sepang pada tahun 2009.

“Ramai penonton luar negara tidak percaya bahawa wanita bertudung mampu melakukan aksi stunt motosikal,” ujar anak ketiga daripada enam adik-beradik ini.

Kini minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut menambahkan lagi kecintaannya terhadap jentera itu.

Bagi gadis kelahiran Seri Kembangan, Selangor ini, menunggang motosikal merupakan pilihannya berbanding kereta.

“Banyak kelebihan menunggang motosikal. Saya tidak perlu bersesak-sesak dengan kenderaan lain semasa kesesakan lalu lintas. Jadi saya lebih suka menunggang motosikal untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana.

“Lagipun motosikal lebih mudah dikawal berbanding memandu kereta,” ujarnya yang kini berusaha mendapatkan lesen memandu kereta.

Biarpun hebat beraksi dengan jentera dua roda itu, Ilia tidak mahir mengenai selok-belok enjin kenderaan itu.

“Kalau motosikal saya rosak di tengah jalan, saya akan panggil mekanik sahaja. Saya tidak pandai membaiki motosikal, hanya tahu tunggang,” ujarnya sambil ketawa.

Artis dan Model Terkenal: Masha Memeluk Islam


Artis dan Model Terkenal: Masha Memeluk Islam

ISNIN, 2 APRIL 2012


Artis dan model terkenal Russia Masha Alalykina memeluk agama Islam setelah Allah memakbulkan doa nya kepada rakan nya semasa dalam keadaan koma, . “Saya tidak tahu bagaimana saya ingin menolong teman saya. Hari itu, untuk pertama kali saya berdoa dan memohon pada Tuhan,” dan pada hari esok nya teman nya menalipon beliau dan berkata dia melihat Masha Alalykina datang membantunya ketika dalam sakit, kata nya semasa ditemuramah. Masha menangis seketika kerana itu pertama kali dalam hidupnya Masha menginginkan sesuatu dari Tuhan. Masha mulai meninggalkan kemasyoran nya dan menerima Islam. Katanya ketika semasa menjadi artis langsung diri nya tiada berniat untuk menjadi Islam, berpuasa, mengerjakan haji dan meminum air zam zam... dan kini dia sudah memakai jilbab “Keimanan kepada Allah telah mengubah hidup saya. Keinginan untuk beriman kepada Allah ada datang dalam hati nurani sesaorang orang. Saya tidak percaya bahwa Allah memberikan kecerdasan manusia hanya untuk kita hidup, makan, tidur, dan kemudian mati. Allah memberi kita kesempatan untuk hidup pada jalan yang benar dengan itu kita dapat mencapai-Nya tambah Masha lagi. Masha melihat bahwa semua peraturan Islam dapat diterapkan dalam kehidupan, dan menurutnya, jalan Islam adalah jalan yg baik. “saya merasa bersyukur. Sekarang saya mendapat kesempatan untuk membandingkan bagaimana saya disatu ketika dahulu dan sekarang. Sekarang saya menjalani kehidupan yang sebenarnya”. Pada awalnya Masha merasa berat untuk mempelajari bahasa arab dan Al-Qur’an, namun ketika mempelajarinya, Masha semakin menyukai. “Saya pikir ini adalahsatu kunci untuk mempelajari ilmu pengetahuan yg lainnya,” Sekarang Masha sedang belajar diuniversiti. Masha sudah menguasai 5 bahasa dan menulis beberapa lagu Islam. Ia masih tetap meminati musik, namun sudah beralih pada kegemaran Nasyid sepert i Raihan, Sami Yusuf, dan Yusuf Islam. Katanya lagi, beliau masih mempunyai banyak wang hasil dari kedudukannya dalan industry hiburan dan semua kilauan masa lalu menjadi tidak berharga lagi, kini sudah berubah dan menjadi kewajipan nya bagi membantu menyelamatkan yg lain dari kesesatan dan menjadi contoh pada mereka. “Saya tidak suka melihat foto-foto saya ketika dahulu. Namun, tidak masaalah orang melihat dan belajar serta mengambil iktibar dari itu semua Seseorang dapat bertaubat dan membersihkan kesalahan masalalu dengan beramal disisi Allah, Insya Allah.” Jelasnya lagi. Harapannya sekarang ini semoga mereka yang belum menemuikan Islam dapat melihat ke dalam diri sendiri dan merenungi hal-hal diluar yang ada didunia mereka. “Jika Anda tidak dapat berpikir tentang Allah setidaknya mencuba untuk membersihkan diri dari sifat buruk seperti cinta diri, sombong, iri hati, penindasan, berbohong, riak, Jika seseorang ingin mengambil langkah baik terhadap Islam, mereka harus berpikir dan mencari bantuan dari hati nurani mereka.” Tegas Masha lagi. – susunan zehran/tip era-muslim

Tazkirah Pagi



‎~"Diriku, dirimu & dirinya"~ Jika tidak ada orang iri terhadap Anda, maka tidak ada kebaikan dalam diri Anda Balaslah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik dan balaslah perbuatan baik itu dengan perbuatan yang lebih baik Berbuat baik di antara sesama manusia terutama dalam hubungan majikan dan buruh, pemilik perusahaan dengan karyawan, penguasa dan rakyat jelata; merupakan kunci mukjizat yang dapat membuka pintu hati, menghilangkan dendam kesumat, dan kebencian sesama manusia. memberantas kesenjangan sosial, dan menciptakan kesejahteraan, dan kedamaian kehidupan bermasyarakat Maha Benar Allah Dengan Segala Firman-Nya فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره faman ya'mal mitsqaala dzarratin khayran yarahu, waman ya'mal mitsqaala dzarratin syarran yarahu Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula (Qs. Al Zalzalah[99]:7-8). Dengan tegas Allah Subhanahu Wa Ta'ala menyatakan dalam Al-Qur'an, bahwa dalam menilai perbuatan hamba-Nya kelak di hari kiamat. Allah akan menegakkan neraca keadilan yang benar-benar adil, sehingga tak seorangpun akan dirugikan dalam penilaian itu. Artinya Penilaian itu akan dilakukan setepat-tepatnya, sehingga tak akan ada seorang hamba-pun yang amal kebaikannya akan dikurangi sedikit-pun, sehingga menyebabkan pahalanya dikurangi dari yang semestinya ia terima. Sebaliknya tak seorangpun di antara mereka yang kejahatannya dilebih-lebihkan, sehingga menyebabkan ia mendapat azab yang lebih berat dari pada yang semestinya, walaupun Allah kuasa berbual demikian!. Adapun memberikan pahala yang berlipat ganda dari jumlah kebaikan sekarang, atau menimpakan azab yang lebih ringan dari kejahatan sekarang, adalah terserah kepada KEHENDAK ALLAH dan Allah adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. wanadha'u almawaaziina alqistha liyawmi alqiyaamati falaa tuzhlamu nafsun syay-an wa-in kaana mitsqaala habbatin min khardalin ataynaa bihaa wakafaa binaa haasibiina Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat atompun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan (QS. Al-Anbiyaa'[21] : 47) Sekali lagi wajib diri ingat, bahwa Keadilan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjelaskan bahwa semua kebaikan manusia, betapapun kecilnya niscaya dibalasi-Nya dengan pahala, dan semua kejahatannya betapapun kecilnya niscaya dibalasi-Nya dengan azab atau siksa-Nya. فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره Artinya Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula (Qs. Al Zalzalah[99]:7-8) Pada akhir ayat ini Allah menegaskan bahwa cukuplah Dia sebagai saksi pembuat perhitungan yang paling adil. Ini merupakan jaminan bahwa penilaian yang akan dilakukan terhadap segala perbuatan hamba-Nya akan dilakukan-Nya kelak di hari berhisab dengan penilaian yang seadil-adilnya, sehingga tak seorangpun hamba yang dirugikan atau teraniaya, yaitu menerima pahala dari kebaikannya atau menerima azab dari kejahatan yang telah dilakukannya Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat atompun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan (QS. Al-Anbiyaa'[21] : 47

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular