Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Isnin, 11 Jun 2012
Lebuhraya sungai atas sungai.... Pernah tengok?.
Lebuhraya sungai atas sungai.... Pernah tengok?. Inilah sungai atas sungai. Sebuah jambatan dibina untuk laluan air sungai bagi perjalanan perahu & kapal-kapal kecil. Ini merupakan satu saluran jambatan sepanjang Sungai Elbe. Ia terletak di bandar Magdeburg, berhampiran Berlin di Jerman
Ahad, 10 Jun 2012
Jumaat, 1 Jun 2012
Petua Buah-Buahan
1. Ciku – Penawar Buasir
Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir). Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Sering memakan buah ciku juga dipercayai dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser. Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.
Tambahan lagi, petua ciku ini juga boleh dibuat seperti begini.7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.
2. Sayuran dan Buahan yang kaya serat, disamping banyak minum air masak.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
3.Tapai ubi
4. Kulit Manggis
Kulit manggis jangan dibuang slps makan isinya. Basuh kulit manggis tersebut dan jemur hingga kering. Kemudia rebus kulit yang telah kering tadi dengan 5 gelas air sehingga menjadi secawan sahaja. Minum ketika air suam. Amalkan selalu insya-Allah
5. Tomato hampir masak
Ambil sebiji tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Kemudian biar ia sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.
6. Timun/Mentimun
Ambil beberapa biji buah timun. Di belah dua kemudian kaut bijinya dengan menggunakan sudu. Bijinya sahaja yang perlu di makan.Amalkan setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas satu minggu.
7. Delima
Ada orang kata buah delima ni kalau untuk orang yang buasir adalah sesuai dan juga bagi perempuan yg mengalami masalah keputihan. Untuk yang mengalami masalah cacing juga.
Pokok buah delima ni boleh hidup sampai 200 tahun lamanya.
8. Terung susu kambing
Dalam perubatan Traditional Melayu, Terung ini digunakan bagi merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah payu dara.
9. Minyak belut
Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.
10. Jus prune
Jus prune rasanya memang sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Masa berpentang dulu pun nenek makan prune. Takde masalah kalau makan banyak-banyak. Rasa sedap.
11. Buah Sunkist yg super manis.
Boleh dibuat jus. Minum setiap pagi, lagi fresh. Minum suam bukan sejuk.
12. Yakult
Ada orang bagitahu yang ni bagus untuk pecernaan specially kanak-kanak. Diorang kata ia bagus dari vitagen. Bagi nenek, anak2 minum vitagen aje, memang senang membuang. Kekadang tengok anak 2hari tak membuang, memang nenek pergi beli vitagen. Satu diorg suka minum, tak payah nak paksa2. Lama sikit pastu mesti membuang.
13. Bersauna
Sauna bertindak mengalirkan darah ke seluruhan badan secara optimun. Proses percernaan pun lebih mudah. Memang lepas bersauna ni, membuang pun senang. Tak payah nak meneran2.
14. Buah epal fuji
Buah yang juga kaya serat. Boleh amalkan.
15. Paling penting banyak minum AIR MASAK. Jalan terbaik! mudah dan cepat
16. Lidah Buaya
Merebus lendir lidah buaya dengan kunyit muda minum setiap pagi dan petang.
Mengapa Arah Lawan Jam??
Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?
Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.
Lihat semua pergerakan ini:

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.

Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.
Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.
Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.

Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.

Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.
Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.
Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.
Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?
Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)
Hukum Tangan Kanan
Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.
Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.
Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.
Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. Wallahu a'lam.
Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!
- Allah Maha Besar,Allah Maha Agung -
- Allahuakbar ! -
Gambar Eksklusif Bekas Ketua Pendakwaraya Kes Liwat
Addin: Gambar Eksklusif Bekas Ketua Pendakwaraya Kes Liwa...: 
Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.
Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.
Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.

Dibawah ini dipaparkan beberapa keping gambar ekslusif untuk anda semua, beberapa hari yang lalu tanah air dikejutkan dengan tindakan bekas pendakwaraya kanan yang terdahulu telah mewakili pihak pendakwaan dalam kes melibatkan fitnah liwat 1 dan 2 yang melibatkan DSAI.
Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden yang sebelum ini dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini membuatkan umno termenung seketika bila membuat keputusan menjadi barisan pembelaan dalam kes terbaru konspirasi memenjarakan Anwar.
Mungkin sebelum ini beliau terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan kerana beliau diberi amanah menjadi barisan pendakwaan atas kapasitinya sebagai penjawat awam. namun selepas bersara dari jawatannya, beliau kini bebas untuk menyokong siapa sahaja.
Itu keputusan beliau dan tiada siapa boleh memaksa beliau untuk tidak memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim.
Ini adalah beberapa keping gambar yang diambil siang tadi.
Apa selepas ini?, "tukanglawan" sudah mendapat informasi apa yang akan berlaku selepas ini, yang pastinya ini adalah langkah permulaan bagi hubungan Anwar Ibrahim dan Datuk Yusuf Zainal Abiden.
Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu. Sumber dan kredit:~tukanglawan
Dalam masa terdekat, 1 lagi berita ekslusif akan "tukanglawan" siarkan, tunggu saat yang semakin hampir itu. Sumber dan kredit:~tukanglawan
Keperibadian Sultan Kelantan Yang Tiada Tolok Bandingnya..
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Dakwah sket...10 Sifat Calon Suami Yang Baik Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seo...









