Sabtu, 11 Ogos 2012

Pengaruh bacaan Al Qur'an pada saraf, otak dan organ tubuh Lain

Pengaruh bacaan Al Qur'an pada saraf, otak dan organ tubuh Lain

"Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan sang dokter ahli jiwa ini tidak menentu.

Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.
Dari hasil uji cobanya beliau telah membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.



Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membaca Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Maha benar Allah yang telah berfirman,
"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).sumber jurnalhajiumroh.com

Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.

Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.

Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:

"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)

Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Tidur yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur, otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Secara ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak. Dengan kata lain walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.

Tidur yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin. Pada tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres oksidatif dan radikal bebas.


Mencegah Kanser Payudara
Tidur malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Malangnya, hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari dengan lampu menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran hormon melatonin akan berhenti.

Dengan mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh. Maka itu tidur malam sambil nonton TV juga sangat tidak disyorkan.

Pengamal kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang lebih tinggi.

Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Jika pada penelitian sebelumnya tidur malam dengan lampu terang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Maka pada penelitian terbaru ini menunjukkan paparan jangka pendek juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

"Orang-orang yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif," ujar Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa.

Dr Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia.
Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara pukul 21.00 9 s / d pukul 20.00. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang tua disyorkan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.sumber dari jurnalhajiumroh.com

Iklan Hari Raya 2012 Sungguh Menyentuh Perasaan....BERNAS | Hari Raya 2012

Bagaimana Ann Wang Seng Mendapat Hidayah

Cerita bagaimana orang bukan Islam mendapat hidayah lalu memeluk Islam memang sentiasa best. Ia menyuntik inspirasi dan memberikan gambaran pada orang Islam baka keturunan macam aku untuk memahami apa itu nikmat paling besar yang aku dapat semenjak dilahirkan. Lahir sebagai Islam!.
Ann Wang Seng ramai yang kenal. Jika kita kaki dengar ceramah, baca harakah, nama Ann Wan Seng bukan satu nama yang asing. Dia merupakan penceramah dan pendakwah bebas yang rajin menyebarkan agama Islam terutamanya kepada orang Cina bukan Islam dan juga menyedarkan kembali orang Islam agar berbaik semuala dengan ajran sebenar Islam.
Ann Wan Seng amat Aktif dalam persatuan Cina Muslim dan dia juga aktif dengan Perkim. Selain itu bagi yang suka baca buku, tentu kenal Ann Wan Seng melalui tulisannya yang banyak menghasilkan buku. Antara bukunya yang meletup adalah buku Rahsia Bisness Orang Cina. Banyak lagi buku-bukunya yang terbaru dan mendapat sambutan baik dari kalangan pembaca.

Sabtu malam ahad baru-baru ini aku sempat dengar dia bagi tazkirah ketika solat tarawih di Surau An-Nur Puchong Intan. Ann Wan Seng bercakap non-stop dari mula sampai habis macam tak ada titik. Dia sambung dan sambung dari Johor sampai Kelantan selepas satu isu ke satu isu sehingga akhirnya dia sendiri mengaku dah tak larat nak cakap dan mahu stop.
Apa yang menarik yang aku nak share kat sini adalah menyentuh pengakuan Ann Wan Seng bagaimana dia boleh memeluk Islam. Dia bermula dengan membaca Tafsir atau Terjemahan Quran dalam bahasa Indonesia. Masa tu agak sukar untuk cari terjemahan Quran dalam bahasa Melayu. 
Dia memeluk Islam lebih kurang 16 tahun yang lalu. Selepas membaca isi kandungan Quran dari mula sampai habis, dia terus yakin inilah agama yang benar, hebat dan cukup lengkap. Dia terus memeluk Islam hasil dari membaca terjemahan Quran habis 30 juzuk!.
Kita yang jadi Islam Baka ni dah habis ke baca terjemahan Quran? Ann Wan Seng yang Cina tu habis semua 30 juzuk semasa belum lagi peluk Islam. Apa tak ada sedikit rasa malu ke. Mungkin ada yang beranggapan tak apa kami Islam, sudah pasti akan masuk syurga juga akhirnya walaupun tak pernah paham apa yang diperkatakan di dalam Quran.
Satu lagi perkara menarik adalah berita larangan orang Islam menghadiahkan pada orang bukan Islam naskah Al_quran yang berlaku di sebuah negeri. Kalau larang Quran dalam Bahasa Arab original tu tyak apa juga, tapi tafsir atau terjemahan juga dilarang! apa betul ke tindakan sebegini. Kalau tidak macam mana orang macam Ann Wan Seng nak kenal dan peluk islam? nak harapkan orang Islam sendri yang baca tafsir atau terjemahan mungkin satu dalam seribu.
Jadi negeri tu beranggapan kalau nak baca tafsir Quran kena masuk Islam dahulu. Tapi kalau nak paham dan jatuh cinta pada Islam kena baca tafsir dahulu. Kalau tak boleh baca tafsir macam mana nak kenal Islam. Bila tak kenal islam macam mana nak masuk Islam. Ringkasnya hanya umat Islam sahaja yang boleh baca dan cuba mengenali Al-Quran, yang kafir tak boleh sebab ada pihak melarangnya....pening aku dibuatnya. Harap para ulama bahaskan perkara ini dan buat pencerahan semula kedudukannya.
Jangan jadikan agama Islam terlalu rigid susah dan tertutup pada yang bukan Islam. Apapun aku bukan dalam kedudukan yang layak untuk beri komen atau fatwa tentang hal seperti itu, sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan secara logik atas dasar cara terbaik untuk menyeru bukan Islam kepada memahami dan mengenali Islam.

Lagi cerita Ann Wan Seng masuk Islam
ACAP kali penulis bertemu dengan beliau dalam beberapa majlis, pelawaan untuk diwawancara terutamanya berkaitan kisah pengislamannya sering mendapat isyarat ‘lampu merah’. Pun begitu, panggilan yang dibuat Sabtu lalu mendapat respons yang tidak disangka kerana keizinannya umpama pucuk dicita ulam mendatang.
Gerangan yang dimaksudkan ialah Penolong Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Ann Wan Seng, 39 tahun.
Anak kelahiran Klang, Selangor ini juga adalah Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Putra, Ahli Jawatankuasa Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan dan Penasihat Asrama Baitul Ummah, asrama kanak-kanak yatim, fakir miskin dan mualaf di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.
Melihat kepada jawatan yang disandangnya, terbukti jadual hariannya begitu ketat. Biarpun begitu, Ann masih mampu memperuntukkan waktu dalam bidang penulisan buku. Sehingga kini sebanyak 30 buku tulisannya diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan.
Kesungguhannya meluangkan masa begitu dihargai lebih-lebih lagi, terpaksa berkejar dari satu majlis di Shah Alam untuk memenuhi janji temu kami yang dirancang di Tingkat 4, Bangunan Perkim, Jalan Ipoh, Selasa lalu.
Sempena sambutan Maal Hijrah yang akan disambut Sabtu ini, umum seringkali mengaitkannya dengan penghijrahan akidah yang dilalui mereka yang bergelar saudara baru.
Menurut Ann, hijrah merupakan suatu sejarah besar umat Islam yang sarat pengajaran dan hikmah untuk direnungi dan dihayati. Sewajarnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. tidak dilihat dalam satu skop sahaja iaitu peristiwa perpindahan Baginda Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Kota Madinah.
“Sebenarnya, hijrah itu bukan sekadar dilihat dari segi akidah tetapi sepatutnya mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan seperti sikap, cara hidup, pergaulan, percakapan dan banyak lagi.
“Ini menunjukkan bahawa betapa Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan perubahan. Islam itu adalah agama yang dinamik, bukan jumud dan kaku. Malah Islam menuntut kita agar selalu membuat perubahan. Contohnya dari perlakuan buruk kepada baik dan sebagainya,” kata beliau.
Berbesar hati berkongsi dua peristiwa bermakna setiap kali tiba hijrah cerita Ann, detik paling bermakna ialah penghijrahan akidah yang dilalui pada akhir 1996. Jika sebelum ini beragama Buddha tetapi hidayah Allah menjadikan beliau seorang Muslim.
Perubahan ini, turut disusuli dari segi lain seperti sikap. Sebelum ini sedikit kasar dan keras terutamanya kepada ibu bapa tetapi penghijrahan akidah itu sekali gus membawa kepada perubahan yang lebih menyeluruh menuju peribadi Muslim sebenar.
Di samping itu, akui Ann, penghijrahannya turut mengimbau perpindahan beliau ke rumah baru pada tahun yang sama. Baginya biarpun nampak biasa tetapi perpindahan itu bukan sahaja memberi azam baru malah ia satu alamat yang cukup baik iaitu ia bersih, tersusun dan kebetulan memiliki kejiranan majoriti berbangsa Cina. Ia secara tidak langsung, memerlukan seorang yang mengakui Islam perlu menjaga hak-hak mereka sebagai jiran.
Katanya, oleh itu, hijrah seharusnya menjadi satu titik perubahan untuk berusaha menjadi seorang Muslim yang baik dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
“Apa yang paling penting bukan dari segi sambutannya tetapi pengertian dan kefahaman terhadap peristiwa hijrah itulah yang lebih utama. Sayang nya apa yang berlaku sekarang, ramai yang sekadar menganggap ia sebagai sambutan.
“Natijahnya tidaklah ada perubahan malah umat Islam hari ini semakin dicengkam dengan permasalahan yang membabitkan ramai orang Islam seperti peningkatan kes-kes keruntuhan moral, hakisan akidah dan sebagainya. Ini semua berpunca kerana tiadanya penghayatan sebenar di sebalik peristiwa hijrah,” ujar Ann.
Jika ada penghayatan maka segala yang dipandukan dalam Islam akan dilaksanakan dalam kehidupan seharian umat Islam.
Lantaran itu, menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada semua umat Islam memulihkan kembali syiar Islam. Kesemua usaha ini pasti berjaya jika ia bermula dari dalam diri individu Islam itu sendiri untuk memperbaiki diri.
Hal ini dapat disamakan dengan bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. berdakwah demi membangunkan insaniah di kalangan orang Arab Mekah yang mengambil masa 13 tahun. Penyelesaian kepada masalah di atas terjawab sekiranya pembangunan insan dikembalikan kegemilangannya.
“Selain itu, orang Islam juga umpama tubuh manusia, bangunan atau bersaudara. Apabila disebut bersaudara ini bermakna lebih rapat daripada kawan, lebih akrab daripada sahabat dan lebih dekat daripada jiran. Hal ini bukan sahaja ditekankan soal pemulihan akhlak atau akidah tetapi turut melibatkan pembanterasan kemiskinan dalam kalangan umat Islam.
“Ini berbalik semula kepada pembuktian di sebalik peristiwa hijrah iaitu nilai pengorbanan. Ia mengajar kita supaya suka melakukan pengorbanan tidak kira dari aspek masa, tenaga dan wang ringgit sekali gus mendidik hati setiap Muslim,” tambahnya.
Apa yang amat dikesali Ann, masyarakat kita agak liat melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan dakwah Islamiah dengan alasan paling popular iaitu sibuk bekerja dan ketiadaan masa.
Katanya, masyarakat lebih cenderung kepada aktiviti berbentuk hiburan. Ini tidak dinafikan kerana manusia memang mudah tertarik kepada segala bentuk hiburan. Kini, orang Islam perlu celik mata dan hati kerana banyak kerja yang belum selesai yang berkaitan dengan dakwah Islamiah.
“Inilah yang menyebabkan pihak kami turut berhadapan dengan masalah untuk mencetuskan kesedaran kepada masyarakat. Salah satunya berpunca daripada masalah komunikasi.
“Oleh itu salah satu cara yang dilakukan ialah dengan mengadakan pelbagai bentuk program di mana semua pihak tidak kira pangkat turun padang menjayakannya. Malah turut diharapkan ialah penglibatan daripada ahli berdaftar sebagai sukarelawan, supaya kerjasama mereka akan menentukan kejayaan perlaksanaan penganjuran aktiviti,” kata Ann.
Kata beliau, di Perkim terdapat beberapa program yang dirancang. Antaranya Program Ziarah Dakwah di Pulau Ketam, Ahad lalu. Ia adalah program berkala dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, semenjak diadakan ada perubahan sikap umat Islam dan bukan Islam terhadap agama Islam.
Sementara itu, pada Februari ini program yang serupa turut dirancang di Pulau Carey, Selangor. Ini mengkhusus kepada golongan Orang Asli yang menjadi penduduk majoriti di sana selain Melayu, Cina dan India.
Kejayaan program-program ini juga adalah hasil sokongan dan kerjasama institusi agama dan pertubuhan bukan kerajaan lain. Perkim lebih berperanan sebagai orang tengah atau jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan.
Akui anak bongsu daripada empat adik-beradik ini lagi, di samping suka melibatkan diri dengan pelbagai program kemasyarakatan, beliau turut aktif dalam dunia penulisan bahan ilmiah. Beberapa buku terlaris beliau ialah Rahsia Bisnes Orang Cina, Rahsia Bisnes Orang Jepun, Rahsia Bisnes Orang Korea, Rahsia Black Metal dan Rahsia Arqam.
Menjawab kepuasan yang diperoleh dalam semua kerja-kerja yang dilakukan, Ann yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Pusat Pengajian Komuniti di Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata, ia dirasai apabila dapat memberi sumbangan kepada anggota masyarakat.
Ini kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada kehidupan bermasyarakat. Sekurang-kurangnya, apa yang dilakukan secara ikhlas ini menjadi aset akhirat sewaktu bertemu Ilahi kelak.
Berkongsi kisah pengislaman, kata Ann, sebab utama mengkaji tentang Islam ialah apabila tidak mendapat jawapan atau penjelasan tepat tentang sesuatu kemusykilan berkaitan Islam apabila diutarakan kepada teman-teman.
Beliau mula tertarik kepada Islam sewaktu di zaman persekolahan dan semasa menuntut di universiti di mana beliau mula bergaul dengan orang Islam.
“Saya terpikat dengan Islam ini terutamanya penekanannya kepada konsep persaudaraan Islam dan institusi zakat. Ini kerana bidang sosiologi yang saya pelajari tidak ada tolok bandingannya dengan Islam.
“Jadi apabila saya tidak dapat penjelasan sebagaimana yang diharapkan, saya mula mencari menerusi bahan bacaan, perbincangan dengan ulama dan menerusi kajian, Gerakan Islam di Malaysia di peringkat sarjana. Saya juga pernah melalui pengalaman kerohanian dan saya pernah berniat sekiranya saya menjumpai duit saya yang hilang, saya akan membeli sebuah al-Quran.
“Entah macam mana, duit tersebut ditemui jadi sebagai memenuhi hasrat itu, saya pun membeli senaskhah terjemahan al-Quran dan menerusinya saya mendalami Islam dan akhirnya membawa kepada agama Allah,” akui Ann.
Harapan bekas tenaga pengajar di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya ini, agar tidak berlaku pengasingan atau penyisihan kepada golongan saudara baru terutamanya di kalangan umat Islam itu sendiri.
Sebaik-baiknya, umat Islam dapat menjadikan saudara baru sebahagian daripada mereka dan lebih digalakkan jika golongan ini diberikan sokongan dari segi fizikal dan bukan fizikal.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak di asrama Baitul Ummah bolehlah menghubungi talian 03-4024 3304.

Kereta paling laju di Malaysia disaman

http://tukanglawan.blogspot.com, 10 Ogs 2012
Berapakah rekod kereta paling laju pernah dipandu di negara ini?

Mengikut dari bukti di bawah, bolehlah kita berbangga, kerana kereta yang dimiliki oleh rakyat kita bukan setakat memecah rekod kelajuan darat di negara ini, malah ia mungkin juga memecah rekod kelajuan darat dunia.

sila lihat bukti di bawah, mungkin kereta ini menggunakan RON97

18 sebab jin merasuk manusia


Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
    "Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".
Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.

Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.

Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu

Gambar Agong Pada Ringgit Malaysia


Setelah berdekad lamanya kita melihat wajah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada matawang Malaysia, hari ni kami ingin paparkan gambar asalnya Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad ialah Agong pertama Malaysia dan menjadi Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda dputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti Negeri Sembilan. Wajah beliau digunakan pada matawang ringgit sejak 12 Jun 1967. Pada tarikh ini wang Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru. Cool stuff.


Jempolsite



Tedesak

Didalam gambar diatas Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad bergambar bersama Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin. Aku suka gambar lama-lama pasal subjek di dalam gambar nampak lebih bertamadun. Muka Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad juga nampak regal macam William Regal. No duckface as well. Good times!

Laporan asal Twitter FaktaBukanAuta

Tinggalan Olimpik Greece 2004...

Serius - Legasi Olimpik Greece 2004 (16 Gambar)


Membazir

Mac lalu kami ada paparkan apa terjadi kepada venue Olimpik 2004 Greece yang kini menjadi tempat ternakan sesawang dan rumpai. Hari ini mari kita tengok lebih banyak foto dari kompleks sukan yang menelan belanja GBP 9 Billion untuk dibina. Dari 22 venue yang digunakan untuk temasya 4 tahun sekali ini, 21 sudah ditinggalkan dan menjadi mangsa vandalisme. Selepas ekonomi Greece merudum orang gelandangan menggunakan kawasa sekitar kompleks Olimpik sebagai rumah mereka.

Di London bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku, kebanyakkan venue yang dibina adalah venue sementara yang boleh dilupuskan selepas habisnya temasya. Sebagai contoh stadium menembak dan bola keranjang dibina dari kerangka besi dan dinding kanvas. Selain itu stadium utama Olimpik kini dalam proses dijual kepada kelab bolasepak yang berminat. Perancangan harus betul kalau tidak ekonomi negara kantol.



Khamis, 9 Ogos 2012

Kisah Dan Riwayat Pelakon Ahmad Nisfu..Al Fatihah untuk beliau..


"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku.."

petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu.. dalam kita mengenang ramai2 artis2 veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak.. namun kita terlupa dengan sekian insan2 seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak2 tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman..

petikan ini teman dapatkannya diruangan forum tempatan. agak sedih kisahnya dan agak terharu bila mengetahui cerita disebalik kehidupan riwayat seorang insan seni ini. berikut ialah sedutan artikelnya..

Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti social Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.

~pillbox~
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telahmenghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa sedara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.. - Balbo

berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain..

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat 'extras' Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai 'pak pacak' dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati 'sop kambing' kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan 'kari ikan' dan 'dalca rusuk kambing'nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi - tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri "ura Cendana! Pura Cendana!" sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! "Korang usik aku ya!!! setan!!!"Itulah pengalaman nakal saya bersama 'Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana'.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.. - totokreturn

http://bosanbusan.blogspot.com/2012/02/ahmad-nisfu-dan-riwayatnya.html
Sumber:

Info: Senarai Tempat Pemasangan Kamera Perangkap Had Laju



Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan sekaligus akan BERKUATKUASA MULAI 10 OGOS 2012.

Kamera pengintip ini dikenali sebagi AES (Automated Enforcement System Camera) Para pemandu dinasihatkan memandu mengikut kelajuan yang telah ditetapkan oleh pap
an tanda kelajuan.. pendek kata kalau nak selamat daripada gambar anda ditangkap di dalam kawasan Putrajaya atau lain-lain kawasan yg telah mengaktifkan AES, memandu lah hanya pada kelajuan 60km/j di dalam Putrajaya.. bagi sahabat sahabat yg terkena flash AES sebelum ini, jangan bimbang, itu baru di peringkat ujian.. pada 10 Ogos 2012 ni no try try lagi.. so Be Carefull.. mari kurangkan kemalangan jalanraya.. :)

Sedikit maklumat mengenai PENGINTIP AES.

pendek kata kamera ini sangat canggih dan sangat tajam penglihatannya sehingga ia mampu mengesan kesalahan jalanraya tidak kira pada waktu siang atau pada waktu malam (24 jam). Boleh mengesan :-

1) Kesalahan melebihi had laju dgn gambar yg sangat tajam (High Definition Resolusition Capture) boleh nampak pemandu dan tulisan pada Roadtax dengan sangat jelas.
2) Kesalahan cermin gelap melebihi peraturan yg ditetapkan
3) Kesalahan tidak memakai tali pinggang
4) Kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.


* AES (AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM camera) Sistem Penguatkuasaan Automatik


Sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti.. Jangan selepas bergembira sampai pula surat saman ni....... Poket dah kempis masa tu..... So sampai area ni korang ikutlah had laju yang ditetapkan...

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara

■ On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan

■ Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
■ Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
■ After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h

NKVE Arah Timur/Utara

■ 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
■ Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
■ Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE Arah Barat/Selatan

■ Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
■ From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
■ From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
■ Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
■ Below railway bridge at 11.2km
■ Under the bridge at Shah Alam junction.

Lebuhraya Kesas Timur

■ Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
■ Kesas West Bound
■ At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
■ Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Lebuhraya Kesas – Klang

■ Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

Leburaya Pantai Timur

■ East bound, downhill run after Raub junction.
■ Maran, 60km/h zone.
■ Paya Bungor, 70km/h zone.

Kawasan Negeri Johor Arah Selatan

■ Tangkak junction.
■ Under the bridge after Yong Peng
■ North junction at 97.3km.
■ Ayer Hitam junction.
■ Sedenak junction.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara

■ Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
■ Before Perwaja Steel.
■ Sg Petani junction.
■ Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
■ Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.

Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan

■ Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
■ About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h

Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara

■ Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
■ Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
■ Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
■ Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
■ Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
■ Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
■ Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
■ Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

Kawasan Perak Arah Selatan

■ Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
■ Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
■ Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
■ Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
■ Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

P.S / Setelah berbillion duit ditabur skang tiba masa untuk kutip balik hahahaha -baca-blogspot

Jumaat, 3 Ogos 2012

Saintis Akui Sembelihan Cara Islam Tidak Menyakiti Binatang

PERIHAL SEMBELIHAN CARA ISLAM vS CARA BARAT
Firman Allah Swt Yang Bermaksud:
“Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.”
(Surah Al-An‘am Ayat118)

Sabda Rasulullah Saw:
Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”
(Hadith Riwayat Ibnu Abbas)

Dan Sabda Rasulullah Saw lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Ini membuktikan bahawa Allah Swt itu sangat mengamalkan sifat mengasihani mahluk-mahlukNya

kecelakaan paling ajaib heheheheh

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar

Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
  1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  2. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
  3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Sumber: http://syedsallehalattas.blogspot.com/

Khamis, 2 Ogos 2012

Tentera SHABIHA, Pendukung Kuat al-Assad ditangkap dan di tembak



Aleppo, SYRIA – Tidak berbaju, tidak bersenjata, dan gementar ketakutan. Begitulah keadaannya apabila sekumpulan tentera Shabiha ini ditangkap.

Rakaman video yang disiarkan Sky News, pada Rabu (1/8/2012) menunjukkan tentera ini kemudiannya disuruh berlutut menghadap ke dinding. Tidak lama kemudian kedengaran rentetan bunyi tembakan. Adegan selanjutnya, sukar digambarkan namun apa yang pasti, ia diakhiri dengan kelihatan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Peristiwa ini dirakamkan melalui kamera video amatur yang menggambarkan peristiwa ketika tentera Shabiha, kumpulan tentera simpanan Presiden Syria Bashar al-Assad ditangkap oleh kelompok pejuang di kota Aleppo di Syria. Itulah hukuman kepada pendukung rejim al-Assad. Ketahui selanjutnya berkenaan tentera Shabiha di sini.

Inilah antara tentera Shabiha, pendukung kuat al-Assad. Kenali siapa mereka di sini.

Walaupun rakaman agak kabur, namun kejadian yang berlaku dapat dilihat. Dalam satu adegan, ada seseorang yang berusaha meminta agar adegan ini tidak dirakam, tangannya juga cuba untuk menutup kamera. Namun tidak lama kemudian kedengaran rentetan tembakan senapan mesin yang memekakkan telinga. Setelah itu yang kelihatan hanya tubuh-tubuh yang tidak bernyawa.

Rakaman tersebut dirakam oleh kumpulan penentang rejim al-Assad di sebalik pertempuran sengit di Aleppo.

Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar

Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami  dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.
Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.
Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.
Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.
Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.
Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?
Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?
Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.
Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.
Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.
* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nurul Adni Adnan dilahirkan 22 September 1984. Puteri sulung ayahbonda tercinta, Adnan Abdul Manap dan Normah Sabar. Anak ketiga dari sembilan beradik. Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kini menetap di Meru, Klang. Telah berumahtangga dan diamanahkan seorang cahaya mata. Beliau berkongsi karya di http://sisi-kehidupan.blogspot.com

Pampasan Dua Peratus Kepada Pembayar Cukai Lewat Terima Bayaran Balik

PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membayar pampasan sebanyak dua peratus kepada mereka yang terlebih membayar cukai pendapatan dan lewat menerima pembayaran balik.

Walau bagaimanapun, bayaran pampasan boleh dinafikan jika LHDN mempunyai sebab kukuh terhadap kelewatan seperti kesukaran memproses penyata cukai yang tidak lengkap atau tidak disokong.


"Pampasan ini untuk berlaku adil kepada pembayar cukai dan meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran cukai," kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Dr Shukor Mahfar.

"Mereka yang memfailkan pulangan cukai pendapatan mereka sebelum tarikh akhir adalah layak untuk mendapat pampasan," katanya.

Tarikh akhir bagi individu bergaji memfailkan penyata cukai adalah pada 30 April manakala tarikh akhir untuk mereka yang memperoleh berpendapatan melalui perniagaan ialah pada 30 Jun.

Syarikat-syarikat mestilah memfailkan pengembalian cukai pendapatan mereka tidak lewat daripada tujuh bulan dari tamat tempoh perakaunan mereka.

Dr Shukor menambah: "Pampasan dua peratus dikira mengikut hari, 90 hari selepas tarikh akhir pembayaran untuk e-Filing atau 120 hari selepas tarikh menfailkan cukai secara manual."

Difahamkan terdapat pembayar cukai yang menerima bayaran balik cukai mereka lewat tiga tahun.

Sumber: Mstar Online

Salahkah Lewatkan Solat Untuk Bekerja?

Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)


Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!

“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!
 

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!
Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!
“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”
Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??

“ ALLAH !! ”
Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)
Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!
“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!
Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”
Allah sudah janji..
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat,
(23:1-2)
Anda faham bukan??
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….
“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”
Terima kasih atas soalan itu..
Jawapan saya mudah,
“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”
Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;
“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)
Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!
Rehat sepuas-puasnya!
Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..
Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)
Pelajar juga adalah pekerja.
Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.
Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..
anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??
Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??
Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??
Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??
Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

Sumber: http://mati-pasti.blogspot.com/
 

Rabu, 1 Ogos 2012

Tangled Ever After Full movie download here

AYAH...SAYA SUDAH ISI DENGAN BANYAK CIUMAN SAYANG UNTUK AYAH PADA KOTAK INI...ITULAH HADIAH UNTUK AYAH...

AYAH...SAYA SUDAH ISI DENGAN BANYAK CIUMAN SAYANG UNTUK AYAH PADA KOTAK INI...ITULAH HADIAH UNTUK AYAH....

Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnya...

"Ayah, apakah barang yang paling ayah suka dan ayah sayang ? "

" Kenapa nak ?"

" Ayah jawablah dulu..."

" Ni ha, kotak yang ayah simpan koleksi duit syiling pelbagai negara," kata ayah sambil menunjukkan sebuah kotak kayu sederhana kecil. Didalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis duit syiling. Si anak mengangguk-angguk.

Beberapa hari kemudian, si ayah mendapati duit syilingnya beralih tempat tersimpan di dalam sebuah plastik lut sinar. Kota yang disayanginya pula telah tiada.

"Nizam ..mana kotak ayah? Nizam ambil ya ? " tanya si ayah, agak marah.

"Nizam pinjam kejap ya ayah."

Keesokkannya, Nizam menghadiahkan ayahnya sebuah kotak yang dibalut dengan kemas berserta dengan reben sempena Hari Bapa. Ternyata kotak tersebut ialah kotak ayah tadi.

"Wah cantiknya. Apa isi didalamnya nak?"

"Tidak ada apa-apa..kosong! "

"Nizam ..kalau kita beri hadiah kepada orang lain, mesti ada sesuatu didalam kotak ini. " tegur ayah yang kebingungan melihat cuma kotak kosong.

"Ayah...saya sudah isi dengan banyak ciuman kasih sayang untuk ayah pada kotak ini. Itulah hadiah untuk ayah yang paling berharga..." kata si anak sambil memeluk ayahnya...

MORAL OF THE STORY...
Kasih sayang dan cinta tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai oleh mata hati. Kasih sayang selalunya tidak wujud dalam bentuk fizikal, namun ianya sering wujud dalam bentuk abstrak yang sukar untuk kita fahami...

Sesibuk manapun kita dengan pekerjaan kita dan hal-hal duniawi...janganlah sesekali kita mengabaikan anak kita...jagalah mereka...sayangilah mereka...kerana mereka adalah Amanah ALLAH untuk kita jaga...

kenapa ?

Kerana anak-anak yang masih kecil sentiasa sayang pada ayah dan ibunya...Janganlah kita korbankan kasih sayang kita...

Disalin dan diadaptasikan semula oleh RP daripada Majalah SOLUSI.

Punca Penyakit Gastrik

Punca Penyakit Gastrik

1. Merokok
2. Meminum minuman beralkohol
3. Jangkitan bakteria helicobacter pylori
4. Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
5. Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
6. Gaya hidup yang tertekan (stress)
7. Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).

Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik. Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.

TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:

1. Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
2. Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
3. Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Bagaimana Penyakit Gastrik Boleh Menjadi?

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, dalam tempuh 2 tahun, seseorang itu akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-Tanda Penyakit Gastrik

1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
3. Demam terutama jika anda terlupa atau sengaja makan pagi, tengahari atau malam.
4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
5. Sakit perut yang kadang kala terlalu sakit.
6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Rawatan Penyakit Gastrik

1. Pastikan waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat. Contohnya, setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh.
2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
3. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
4. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, pizza dan lain-lain.
5. Elakkan makan terlalu kenyang
6. Elakkan cuka atau makanan yang pedas
7. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak/nangka, rebung dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dan sebagainya, kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau Annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini 3 kali setiap 4 jam

Hati-Hati Tukar Pakaian Di Pasaraya


Msg sangat penting untuk anak-anak gadis / wanita yang menukar pakaian di pasaraya/pusat beli belah

Hanya menjalankan ujian mudah ini: Letakkan hujung kuku anda terhadap permukaan reflektif dan jika terdapat GAP antara kuku anda dan imej kuku, maka ia adalah cermin ASLI. Walau bagaimanapun, jika kuku anda TERUS menyentuh imej anda, BERHATI-HATI..ITU CERMIN TEMBUS..ADA YANG SEDANG MEMERHATIKAN ANDA MENUKAR PAKAIAN

Jadi ingat, setiap kali anda melihat cermin untuk meyalin pakaian,buat "ujian kuku." ambil masa seminit je nak buat ujian ni

SHARE JIKA ANDA PRIHATIN


Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular