Khamis, 25 Ogos 2011
Selamat Menyambut Kedatangan Eidul Fitr Kepada Semua Pengunjung Blog anakhutankampung.blogspot.com
Semoga kita memperoleh keberkatan di dalam kerahmatan dan keampunan dari NYA
Isnin, 22 Ogos 2011
LPT 2
AsSalam,
Kepada sesiapa yg nk pulang berhari raya di sebelah Pantai Timur, mungkin boleh menggunakan maklumat ini untuk pulang berhari raya dengan menggunakan LPT Fasa 1 untuk ke Jertih, Besut dan selatan negeri Kelantan melalui LPT 2 yang sudah dibuka dari Bukit-Besi ke Sungai Tong manakal bagi yang nak ke K.Terengganu mengikuti LPT Fasa 1, LPT Fasa 2 sudah dibuka dari Bukit Besi- Bukit Payong.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Kepada sesiapa yg nk pulang berhari raya di sebelah Pantai Timur, mungkin boleh menggunakan maklumat ini untuk pulang berhari raya dengan menggunakan LPT Fasa 1 untuk ke Jertih, Besut dan selatan negeri Kelantan melalui LPT 2 yang sudah dibuka dari Bukit-Besi ke Sungai Tong manakal bagi yang nak ke K.Terengganu mengikuti LPT Fasa 1, LPT Fasa 2 sudah dibuka dari Bukit Besi- Bukit Payong.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin
Sudah tibanya pindaan undang2 yg lebih berat dilakukan...
Mudah-mudahan Allah Membalas Dengan Balasan Yang Amat Setimpal Kepada Pelaku Penyimbah Asid Tersebut
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.
Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.
“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.
“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas disimbah asid.
Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.
Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.
“Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.
“Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.
Difahamkan Mohd Rafie akan berada di hospital buat jangka masa yang agak lama bagi memudahkan pihak hospital memantau kecederaan yang dialaminya.
Dia juga akan menyambut Aidilfitri di hospital.
Khamis, 18 Ogos 2011
Rabu, 17 Ogos 2011
Menteri Besar abaikan cuti, pengerusikan mesyuarat Exco
Rabu, 17 Ogos 2011 15:41 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | | |
Gambar terbaru Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan
ALOR SETAR - Walaupun sepatutnya masih bercuti sehingga 29 Ogos ini Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan tetap mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon.
“Tak ada benda baru. Keputusan perlu perlu masuk mesyuarat Exco, termasuklah keputusan untuk memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan kerajaan sempena raya. Kena Exco lulus,” katanya.
Beliau juga memberitahu keputusan memberi setengah bulan gaji itu termasuklah kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri.
Menyentuh mengenai kesihatannya, beliau memberitahu keadaannya semakin baik, namun masih meneruskan rawatan susulan mengikut prosedur biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan perjalanan jantung.
“Keadaan Alhamdulilah baik tapi di bawah pengawasan doktor. Dia tengok gula, jantung, tekanan darah. Lebih dua minggu menerima rawatan di IJN dan disambung rawatan di Kedah.
“Cuti sampai 29 haribulan tapi saya datang. Cuti rasmi cuti tak rasmi saya mai kerana tak mahu kerja-kerja pentadbiran negeri tergendala walaupun doktor suruh rehat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Menurutnya, dari segi fizikal beliau agak lemah tetapi boleh menjalankan tugas dan sebelum mesyuarat beliau telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan selama satu jam dan beliau mengambil masa dua jam setengah untuk mesyuarat ini.
Beliau juga memberitau selama tiga tahun bekerja beliau tidak pernah mengambil cuti dan semasa berada di IJN ramai ahli-ahli politik yang datang melawatnya termasuklah di pihak pembangkang.
“Ramai datang Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Bashah, Dato’ Chow, Dato’ Saravanan, ramai lagi. Tak ingatlah dah, terima kasih banyak kerana lawat saya,” katanya.
YAB Dato’ Seri Azizan dimasukkan ke IJN selepas dinaishatkan oleh pakar dari Kedah Mecal Centre Alor Setar berikutan komplikasi jantung.
Terakhir Dikemaskini (Rabu, 17 Ogos 2011 15:47)http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1210%3Amenteri-besar-abaikan-cuti-pengerusikan-mesyuarat-exco&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms
Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
Marlon Minat Kedah
Marlon Minat Kedah
![]() |
| Marlon James |
MARLON Alex James serta beberapa pemain pertahanan dijangka tiba di Alor Setar pada pertengahan Oktober ini bagi mencuba nasib beraksi untuk Kedah mengharungi musim 2012.
Marlon bukanlah asing kepada ribuan peminat pasukan Hijau Kuning kerana dia berjaya membantu Kedah meraih tiga kejuaraan selama dua musim berturut-turut.
Malah dia juga berjaya memenangi kasut emas Liga Super 2007 dan gol pada dua final Piala Malaysia pasti masih segar dalam ingatan peminat setia Kedah.
Bagi memastikan Kedah dapat mengatasi masalah di bahagian serangan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil keputusan mendapatkan khidmat Marlon semula bersama seorang lagi pemain pertahanan.
Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din selepas berbincang dengan ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berkata, mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan semula khidmat Marlon sebagai penyerang utama serta seorang pemain pertahanan. “Saya sudah menyampaikan hasrat mendapatkan dua pemain import bagi musim 2012 kepada KFA dan mereka bersetuju dengan cadangan saya dan Wan Jamak bagi mendapatkan khidmat Marlon dan juga pemain pertahanan.
“Walaupun dia sudah membuktikan kewibawaannya ketika bersama kita, dia perlu juga menjalani ujian sebelum sebarang keputusan diambil sama ada akan bersama Kedah atau sebaliknya.
“Kami juga sudah menjemput beberapa pemain dari Republik Czech untuk mencuba nasib kerana mereka mempunyai pemain berbadan tegap dan lebih keras berbanding pemain Eropah,” katanya.
oleh: Bashah Zainol Abidin
sumber: myMetro
Selasa, 16 Ogos 2011
Maksud Di Sebalik Logo Perusahaan Kereta Terkenal
ALFA ROMEO
Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Yerusalem dan mengibarkan bendera ini saat perang salib I. simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.
BMW
Logo ini adalah bagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia 2.
FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1,milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.
LAMBORGHINI
Logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.
LOTUS
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.
MASERATI
Ternyata lambang trisula disini bukan lambang setan, tetapi lambang kuno bandar Bologna, kilang pertama Maserati.
MERCEDES-BENZ
Lambang bintang berlengan tiga ini melambangkan kehebatan Mercedes-Benz di laut, darat, dan udara.
AUDI
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai arti dari 4 perusahaan besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin berarti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas perusahaan ini), artinya juga mendengar. Maka dari itu, agar lebih umum, nama Audi lah yang dipakai.
PORSCHE
Gambar tanduk dan garis merah hitam adalah lambang tentera kerajaan Wruttemberg (abad pertengahan). Stuttgart adalah bandar kilang perusahaan Porsche.
SAAB
Kepala Griffen (makhluk mitos campuran singa dan elang) berasal dari jubah Count von Skane, yang akhirnya digunakan sebagai lambang daerah Skane di Swedia. Di daerah inilah SAAB didirikan.
RENAULT
Bentuk diamond ini pada awalnya diletak di mesin dengan segi empat di tengahnya berlubang. Gunanya sebagai lubang keluarnya suara hon (hon Renault dulunya tepat di belakang logo ini). Lama kelamaan bentuk ini dijadikan logo Renault.
SUBARU
Arti 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugus bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata telanjang. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.
MITSUBISHI
3 berlian melambangkan 3 armada kapal yang dimiliki oleh pengasas perusahaan ini pada saat awal didirikan.
VOLVO
Volvo berarti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan berarti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Swedia.
YAMAHA
Yamaha memakai lambang 3 garpu tala kerana pada awalnya mereka adalah pengeluar alat muzik.Garpu tala berguna untuk mengatur nada pada alat muzik.
Gambar Kalimah Allah Terbentuk Di Awan Di Kulim...
Gambar ini aku ambik menggunakan kamera handphone sewaktu bekerja di Kulim Hitech pada petang Ahad 23hb Mei 2010, jam 6:13:39 ptg. Mula-mula aku tak perasan namun apabila semakin lama aku melihat seakan ada bentuk kalimah Allah terbentuk di langit pada waktu itu...Subhanallah...
Gambar Terkini Ronaldo

Ronaldo merupakan satu nama besar dalam sejarah bola sepak dunia. Pemain dari Brazil ini telah bersara dari arena bola sepak, dan di bawah ini adalah gambar-gambar terkini beliau. Jangan terkejut ye, itu memang dia - malaysiasensasi.net
Falsafah Hidup Orang Jepun Korea Dan China
JEPUN
KAIZEN - Istilah dalam bahasa jepun,Kai berarti perubahan dan Zen berarti baik.Jadi Kaizen berarti melakukan perubahan agar menjadi lebih baik secara terus menerus (Continous Improvement).
BUSHIDO - Bushido adalah kode atau prinsip yang dianuti oleh para samurai jepun.Prinsip bushido menekankan pada kehormatan,keberanian dan kesetian kepada atasan melebihi apapun.Pejuang samurai yang ideal adalah mereka yang tidak mempunyai rasa takut terhadap kematian tetapi mereka takut jika tugas yang diamanahkan kepada mereka tidak berhasil.
MAKOTO - Makoto bearti bersungguh-sungguh dan bertindak jujur dengan tidak berlaku curang atau khianat baik kepada kawan maupun lawan.
GENCHI GENBUTSU - Definisi Genchi Genbutsu dari bahasa jepun adalah 'go and see the problem',Genchi Genbutsu bukan sekadar teori,melainkan lebih menekankan pada pratikal dimana kita harus langsung mendatangi masalah untuk mengetahui masalah tersebut.
HANSEI - Dalam bahasa Jepun,hansei berarti perenungan.Dalam pengurusan bisnes, hansei berarti peninjauan ulang secara cermat yang dilakukan setelah tindakan diambil.Tidak perduli hasil akhirnya berjaya atau gagal, mereka tetap harus meninjau hasilnya.Hansei berlawanan dengan pola pikiran 'KALAU TIDAK ROSAK BUAT APA DIPERBAIKI'.Kebanyakan dari kita masih menunggu rosak baru diperbaiki.
KOREA
KOENCHANAYO - Koenchanayo yang artinya toleransi dan menghargai orang lain.
KIBUN - Kibun berarti menghormati orang lain dan menghindari segala tindakan yang boleh menyebabkan Orang lain Kehilangan muka(malu).
INHWA - Inhwa berarti pendekatan korea terhadap Keharmonisan dalam kultur bisnes korea,hal ini tercermin dalam rasa setia terhadap perusahaan.
HAHN - Hahn berarti energi hidup Untuk mengejar pendidikan dan melakukan pengorbanan diri,demi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan negara.
JEONG DO MANAGEMENT - Jeong Do Management merupakan acuan falsafah bagi LG,senantiasa menyediakan nilai tambah bagi pengguna dengan selalu melakukan inovasi berkelanjutan.
CHINA
CONFUCIANISME - Cina menganut Confucianisme dan menjadi maju kerana ajarannya yang tidak menyukai kekerasan. Salah satu hal penting yang diajarkan ialah : “ Janganlah berbuat sesuatu yang kau tidak inginkan orang berbuat kepadamu ! “ Ini jelas sekali bahwa kalau kita tidak menyukai orang lain memaksakan kehendaknya kepada kita, janganlah kita memakai kekerasan kepada orang lain.
Ajaran penting lainnya ialah : “ Selalu hormatilah orang yang lebih tua, lebih-lebih orang tuamu.prinsip lainnya,adalah “ Kalau kamu hidup mampu, jangan sampai saudara-saudaramu hidup kekurangan ! “ Itulah salah satu prinsip yang menyebabkan keluarga keturunan Cina selalu memperhatikan saudara-saudara, jadi kalau yang satu kaya akan membantu mereka yang kekurangan : sama ada memberikan pekerjaan, membantu dengan moral atau kewangan.
GUANXI - guanxi dapat diartikan cerdik memanfaatkan jaringan.Sebagai contoh, tidak punya wang untuk beli barang dagangan, boleh dilakukan dengan meminjam barang dagangan milik saudara,laku baru bayar.
SHINYUNG - Shinyung adalah sikap saling mempercayai antara sesama.
Langgan:
Catatan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Dakwah sket...10 Sifat Calon Suami Yang Baik Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seo...










