Selasa, 15 Januari 2013

Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah - Tuan Guru Dato' Dr Harun Din


Bahaya Buka Lampu Ketika Tidur Di Waktu Malam

la_sun_sleep_cuddle
Sebenarnya, bagi korang yang selalu tidur dengan lampu menyala ne ada bahayanya sebab boleh berisikomenghidap penyakit leukemia. Mengikut kajian yang dibuat, penyelidik menyatakan bahawa tubuh kita perlukan suasana gelap dalam menghasilkan proses kimia yang melawan kanser iaitu menghentikan produksi zat melatonin.Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russel Reiter dari Texas University mengatakan “sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah mereka yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Satu persidangan berkaitan tentang penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam berbanding dengan yang tidak pernah memasang lampu waktu tidur. Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).
Orang buta tak ada masalah terhadap proses melatonin dalam diri mereka dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Bagi ibu bapa, mereka disarankan untuk menggunakan mentol lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

FORUM SUARA MAHASISWA PART 4 ~ yang nie bukan edisi remix.. ini yang betul-betul punya

Dance Remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!

Dance Remix: Listen! Listen! When I Speak, Listen!

Isnin, 14 Januari 2013

Akhirnya MADRASAH SALIHIAH dan PEJABAT TAKAFUL IKHLAS dirobohkan

Operasi roboh madrasah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
11 Januari 2013
Operasi roboh madrasah
SEBELUM... Kerja-kerja menanggalkan cermin dimulakan sejak 
tiga hari lalu sebelum operasi meroboh dimulakan.
 
Operasi roboh madrasah
SELEPAS... Keadaan tapak Madrasah Salihiah selepas selesai 
dirobohkan lewat petang kelmarin
 
ALOR SETAR – Kerja-kerja meroboh bangunan Madrasah Salihiah, di sini telah mula dilaksanakan sejak kelmarin selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah dan bersetuju menerima lot tanah baru menggantikan tapak tanah wakaf berkenaan oleh kerajaan negeri.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abdul Ghani Ahmad berkata, pihaknya bersyukur kes Madrasah Salihiah yang menimbulkan kontroversi sejak setahun lalu akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Katanya, beliau juga bersyukur kepada Allah kerana hasrat kerajaan negeri untuk membina surau yang lebih baik di tapak Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai sejak 32 tahun yang lalu akhirnya berjaya.


“Kontroversi berkenaan telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menunggu dan bersabar hampir setahun apabila kes madrasah berkenaan yang berusia lebih 100 tahun ini dibawa ke Mahkamah Tinggi, di sini.

“Kerajaan negeri juga akur dengan perintah mahkamah dan tidak bertindak melanggar undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri juga telah mengizinkan jawatankuasa madrasah berkenaan mengambil barang-barang keperluan mereka yang terdapat dalam bangunan itu sebelum kerja-kerja meroboh dimulakan.

“Kita juga membenarkan sekiranya mereka nak merobohkan sendiri bangunan berkenaan supaya tidak menimbulkan masalah,” katanya.

Katanya lagi, kes ini berjaya diselesaikan secara baik setelah jawatankuasa madrasah berkenaan akur dengan nasihat Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mahu kes ini diselesaikan segera demi melihat kompleks perniagaan yang canggih dan lengkap dengan surau baru bagi menggantikan Kompleks Perniagaan Plaza Tunku Yaakob yang terbengkalai.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan kemelut berpanjangan Madrasah Salihiah yang berusia lebih 100 tahun itu berakhir dengan penyelesaian di luar mahkamah setelah kedua-dua pihak bersetuju menarik balik tuntutan di Mahkamah Tinggi, di sini pada 3 Januari lalu.

Menurut laporan itu, difahamkan defendan ketiga, iaitu kerajaan negeri akan memberi lot tanah di hadapan Jalan Lumpur untuk menggantikan tapak tanah wakaf yang menjadi kontroversi sebelum ini bagi membina Kompleks Aman Central.

Selain bangunan madrasah baru dua tingkat setengah yang bakal dibina di atas tapak baru, terletak kira-kira 200 meter dari tapak lama, dengan saiz tanah lebih luas.

Hukum Lelaki Memakai Cincin Suasa

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
1.JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..
Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.
Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.
Nota:
  1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
  2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
  3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)
SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.
Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak.”
Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :
“Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya.”
Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3.Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam
#Barang-barang kemas daripada emas suasa#
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.
Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)
Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)
Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”
Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”
Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.
Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”
Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

4. JAWAPAN DARI JABATAN MUFTI KEDAH
Soalan:
Apakah hukum memakai cincin suasa?
Jawapan:
Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.
Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang ” مموه” iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.
Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
WALLAHUA’LAM


Sumber: http://ustaznaim.blogspot.com/

Ahad, 13 Januari 2013

Kisah P Ramlee 5

Video Di Hari P.Ramlee Meninggal Dunia

Anjali Kuch Kuch Hota Hai Tak Laku Bila Dah Dewasa


Selasa, 8 Januari 2013

Hukum Salam Dan Cium Tangan... Adakah Hukum Menghalalkan Cara? Macam-macam kalau dah masuk politik

 

 

Sumber: kedahlanie.info/2013/01/tu-dia-aihhh-main-harus-pulak-ustazah.html#more

Tu dia aihhh main HARUS PULAK USTAZAH nie bab SALAM & CIUM TANGAN...!! 


TINDAKAN Ustazah Dr Mashitah Ibrahim yang dilihat cuba mempertahankan perbuatannya mencium tangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah sebelum ini jelas sekali memakan diri rujuk sini ~ Mashitah

Beliau nampaknya cuba memutar belitkan hukum apabila terkena batang hidung sendiri. Bila sendiri yang salam dan cium tangan bukan mahram, maka nampaknya hukum "harus" cuba digunakan untuk menghalalkan tindakannya.


Gua tak mahu ulas tentang ilmu, dan hujah beliau di dalam menghalalkan tindakannya bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah sebelum ini. Apa yang gua nak tunjuk di sini ialah berkenaan fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan tentang perkara ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (wanita bukan mahram).


Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam ~ e-Fatwa

Apakah yang terlalu memaksa Ustazah Mashitah sampaikan beliau terpaksa mencium tangan Tun Abdullah Badawi? Adakah kepalanya akan dipancung sekiranya tidak mencium tangan Pak Lah?
Kalau pun terpaksa salam, kenapa mesti sampai cium

Nie Jawapan Ustaz Azhar bab SALAM nie..



nie semua punca gambaq inilah rasanya nie:

Isnin, 31 Disember 2012

Almarhum Datok Fadzil Noor - Ulasan Debat Olok-olok UMNO & PAS

Pesawat Terhempas Di Rusia Videonya Sempat Dirakam

Ianya terjadi di Russia dan empat penumpang Russia meninggal dunia
Pesawat Terhempas Dan Tayarnya Terkena Sebuah Kereta Di Mana Videonya Sempat Diambil
Video yang diambil sangat mengejutkan di mana sebuah kereta terkena tayar pesawat di mana pesawat ini terhempas dan menyebabkan empat kematian.
Lihat video ini
 

Isnin, 17 Disember 2012

Terkini! : Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat






Dikeluarkan pada: 07:08am pada 17 Disember 2012

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Isnin 17 Disember 2012.Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
Thunderstorms and Heavy Rain Warning

Issued at : 07:08AM, 17 December 2012
Thunderstorms and heavy rain occurring over state of Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu and Marang Districts) is expected to persist until Monday, 17 December 2012 late morning.The same weather condition is expected to occur over states of Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok and Pasir Puteh Districts) and Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman Districts).
These conditions may cause strong winds and flash floods.
Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
17 December 2012

Ahad, 16 Disember 2012

Gaya Kucing Tak Mahu Dimandikan

Tengok gaya mengharapkan simpati untuk mengelak dari dimandikan

Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat

Our Ref: JMM.RML06/701/10 JLD94(40)
Amaran Ribut Petir dan Hujan lebat


Dikeluarkan pada: 02:34pm pada 16 Disember 2012

KEMASKINI AMARAN :Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang (Daerah Seberang Perai), Perak (Daerah Kerian dan Larut,Matang&Selama), Selangor (Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat), N. Sembilan (Daerah Jempol dan Port Dickson), Johor (Daerah Segamat, Ledang, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian), Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin dan Pekan), Kelantan dan Terengganu (Daerah Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga senja, Ahad 16 Disember 2012.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Kedah (Daerah Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda), P. Pinang (Daerah Timur Laut dan Barat Daya), Perak (Daerah Hulu Perak, Manjung dan Perak Tengah), Selangor (Daerah Sabak Bernam, Gombak, Petaling, Sepang dan Hulu Langat), WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban), Melaka, Johor (Daerah Batu Pahat), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Jerantut) dan Terengganu (Daerah Besut dan Setiu).
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.
Thunderstorms and Heavy Rain Warning

Issued at : 02:34PM, 16 December 2012
WARNING UPDATE :Thunderstorms and heavy rain occurring over states of Kedah (Sik, Baling, Kulim and Bandar Baharu Districts), Penang (Seberang Perai), Perak (Kerian and Larut,Matang&Selama Districts), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang and Kuala Langat Districts), N. Sembilan (Jempol and Port Dickson Districts), Johore (Segamat, Ledang, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya and Pontian Districts), Pahang (Maran, Bera, Rompin and Pekan Districts), Kelantan and Terengganu (Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman Districts) is expected to persist until Sunday, 16 December 2012 evening.
The same weather condition is expected to occur over states of Kedah (Pokok Sena, Kota Setar, Yan, Pendang and Kuala Muda Districts), Penang (Northeast and Southwest Districts), Perak (Hulu Perak, Manjung and Perak Tengah Districts), Selangor (Sabak Bernam, Gombak, Petaling, Sepang and Hulu Langat Districts), Kuala Lumpur FT, Putrajaya FT, N. Sembilan (Jelebu, Tampin, Kuala Pilah, Rembau and Seremban Districts), Malacca, Johore (Batu Pahat District), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh and Jerantut Districts) and Terengganu (Besut and Setiu Districts).
These conditions may cause strong winds.
Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
16 December 2012

Ahad, 25 November 2012

Subhanallah..Bayi Lahir Masih Dalam Kantungnya


Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketubang yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Silakan share tanpa perlu meminta izin, tiada apa pun yg di FB ni hakcipta terpelihara, kalau tak, takderlah tuannya post kat FB...:)
Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketuban yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Silakan share tanpa perlu meminta izin, tiada apa pun yg di FB ni hakcipta terpelihara, kalau tak, takderlah tuannya post kat FB...:)

ADUN Anak Bukit dedah, Ketua Pembangkang mengeluh

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular