Halaman

Selasa, 24 Julai 2012

Tengok Kat Langit Malam 24 Julai 2012

Siapa yang tak suka senyum? Semua orang suka senyum. Saya pun masa nak ngorat isteri saya pun, kena senyum.. :-D

Jangan terkejut pulak, malam nanti bila pandang ke langit... ada nampak orang SENYUM kat kita!

Tengah dok belek-belek simulasi langit untuk malam ni, baru terperasan, kedudukan Bulan, Zuhal dan Spica tu.. membentuk macam orang tengah 'senyum'!

:-)

lepas tu Marikh yang ada kat sebelah bulan tu... ibaratkan muka orang senyum tu.. ada tahi lalat kat pipi dia..

:-D

Jom, jom ce try tengok malam nanti, ada nampak tak bentuk tu?

Jangan lupa, sambil-sambil tengok, sambil-sambil berzikir menyambut malam 5 ramadhan.. Senyum-senyum la sikit..

:-)

Lepas tu, ajak orang ramai kat masjid tu, pakat-pakat tengok ke langit tu.. dan senyum ramai-ramai...

:-D

Tapi, awas.. jangan senyum sorang-sorang di tempat orang awam!, ajak geng sekali...

:-D

Senyum penawar jiwa...



Sumber FalakOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan