AYAH...SAYA SUDAH ISI DENGAN BANYAK CIUMAN SAYANG UNTUK AYAH PADA KOTAK INI...ITULAH HADIAH UNTUK AYAH...
AYAH...SAYA SUDAH ISI DENGAN BANYAK CIUMAN SAYANG UNTUK AYAH PADA KOTAK INI...ITULAH HADIAH UNTUK AYAH....
Seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ayahnya...
"Ayah, apakah barang yang paling ayah suka dan ayah sayang ? " " Kenapa nak ?"
" Ayah jawablah dulu..."
" Ni ha, kotak yang ayah simpan koleksi duit syiling pelbagai negara,"
kata ayah sambil menunjukkan sebuah kotak kayu sederhana kecil.
Didalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis duit syiling. Si anak
mengangguk-angguk.
Beberapa hari kemudian, si ayah mendapati
duit syilingnya beralih tempat tersimpan di dalam sebuah plastik lut
sinar. Kota yang disayanginya pula telah tiada.
"Nizam ..mana kotak ayah? Nizam ambil ya ? " tanya si ayah, agak marah.
"Nizam pinjam kejap ya ayah."
Keesokkannya, Nizam menghadiahkan ayahnya sebuah kotak yang dibalut
dengan kemas berserta dengan reben sempena Hari Bapa. Ternyata kotak
tersebut ialah kotak ayah tadi.
"Wah cantiknya. Apa isi didalamnya nak?"
"Tidak ada apa-apa..kosong! "
"Nizam ..kalau kita beri hadiah kepada orang lain, mesti ada sesuatu
didalam kotak ini. " tegur ayah yang kebingungan melihat cuma kotak
kosong.
"Ayah...saya sudah isi dengan banyak ciuman kasih
sayang untuk ayah pada kotak ini. Itulah hadiah untuk ayah yang paling
berharga..." kata si anak sambil memeluk ayahnya...
MORAL OF THE STORY...
Kasih sayang dan cinta tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai oleh
mata hati. Kasih sayang selalunya tidak wujud dalam bentuk fizikal,
namun ianya sering wujud dalam bentuk abstrak yang sukar untuk kita
fahami...
Sesibuk manapun kita dengan pekerjaan kita dan
hal-hal duniawi...janganlah sesekali kita mengabaikan anak
kita...jagalah mereka...sayangilah mereka...kerana mereka adalah Amanah
ALLAH untuk kita jaga...
kenapa ?
Kerana anak-anak yang masih kecil sentiasa sayang pada ayah dan ibunya...Janganlah kita korbankan kasih sayang kita...
Disalin dan diadaptasikan semula oleh RP daripada Majalah SOLUSI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan