PETALING JAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membayar pampasan
sebanyak dua peratus kepada mereka yang terlebih membayar cukai
pendapatan dan lewat menerima pembayaran balik.
Walau bagaimanapun, bayaran pampasan boleh dinafikan jika LHDN mempunyai
sebab kukuh terhadap kelewatan seperti kesukaran memproses penyata
cukai yang tidak lengkap atau tidak disokong.
"Pampasan ini untuk berlaku adil kepada pembayar cukai dan meningkatkan
kecekapan dalam pentadbiran cukai," kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN
Tan Sri Dr Shukor Mahfar.
"Mereka yang memfailkan pulangan cukai pendapatan mereka sebelum tarikh akhir adalah layak untuk mendapat pampasan," katanya.
Tarikh akhir bagi individu bergaji memfailkan penyata cukai adalah pada
30 April manakala tarikh akhir untuk mereka yang memperoleh
berpendapatan melalui perniagaan ialah pada 30 Jun.
Syarikat-syarikat mestilah memfailkan pengembalian cukai pendapatan
mereka tidak lewat daripada tujuh bulan dari tamat tempoh perakaunan
mereka.
Dr Shukor menambah: "Pampasan dua peratus dikira mengikut hari, 90 hari
selepas tarikh akhir pembayaran untuk e-Filing atau 120 hari selepas
tarikh menfailkan cukai secara manual."
Difahamkan terdapat pembayar cukai yang menerima bayaran balik cukai mereka lewat tiga tahun.
Sumber: Mstar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan