Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)? |
Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah
sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya
setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang
dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring
itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba
tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu
temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed
dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama
itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di
dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi
yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek.
Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan
membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu
dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan
paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah
di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub
selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon
magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa
kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak.
Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke
dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan
panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan
pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin
untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan.
Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa
oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik
berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan
ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum
kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur,
Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat
atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan
bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini
sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah
fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita
belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.
sebab kedudukan astro kat degree tersebut. kalau satellite lain tak tembak kaabah pun. ada yang membelakangkan kaabah.
BalasPadam