Pada anggapan saya, rata- riti sudah mengerti dan isu ini tidak perlu diperkatakan lagi.
Tapi setelah ‘mengembara’ ke facebook rakan-rakan dan ke youtube, ternyata salah faham tentang
perkara ini masih lagi membelit segelintir umat islam. Saya amat yakin, semua ini berpunca apabila
kelaziman dan kebiasaan telah dijadikan sandaran dalam menghukum, akibatnya si penghukum
menjadi sangat anti terhadap apa-apa sahaja yang menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman.
Saya juga amat yakin, andainya tidak dirungkai, salah faham ini akan terus melebar tanpa sekatan dan
meluas tanpa sempadan.
(pemakaian telekung yang begitu sinonim dengan muslimah melayu) |
Kat facebook, seorang rakan saya telah mengupload gambar
wanita yang bersolat tanpa memakai telekung ini. Respons atau
komen yang diterimanya laris sekali. Ada yang memberikan komen
berdasarkan kefahaman dalam beragama. Tapi ada juga yang
berhujah persis orang yang mandul akal, bagi mereka telekung
berwarna putih itu adalah uniform wajib untuk seseorang wanita
bersolat.
Jadi, berpunca dari ini, saya tergerak hati untuk menulis entry ini.
Kata-kata seorang rakan blogger yang berbangsa Kadazan
(bluedianthus ) kat shoutmix saya beberapa ketika yang lalu
kembali segar dan bugar di ingatan “buatlah entri yang sekurang2nya
boleh bagi input kepada pembaca. Kalau blog digunakan utk
kebaikan..banyak pahalanya.. yup..rasa macam diri ni berguna kan”
telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah
menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian
dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau
apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada
najis.
Tentang aurat bagi wanita ketika bersolat, ia sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat
ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai
telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.
menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan
tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh
sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.
Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat)
dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang
tidak sesekali merumitkan penganutnya.
Di sini, saya sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia
sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Untuk pengetahuan sahabat, di Kelantan,
telah berkali-kali Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat( tolong jangan tafsrikan ini sebagai entry
politik, walaupun saya telah menyentuh nama seorang tokoh politik) memperbetulkan salah faham ini
menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu. Katanya, telekung dan warna putih
bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara.
Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.
Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping
Kompleks. Alasannya tak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks
kotor dan tak menyenangkan. Yang agak beragama pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang
dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama
mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah
untuk orang yang meninggalkan
solat tanpa sengaja seperti tertidur
dan terlupa. Bagi yang meninggalkan
solat secara sengaja,termasuk dengan
alasan tidak bawa telekung hukumnya
berdosa besar( malah sesetengah
ulama menghukumnya sebagai
kafir). Pelakunya mesti bertaubat
dengan sebenar-benar taubat dan
menqada solat yang ditinggalkan itu
sesegera mungkin.
Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita
tersebut telah memakai pakaian yang
memenuhi kriteria menutup aurat
sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
sumber http://www.bicaradariaku.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan