Khamis, 5 April 2012

Petua elak sengsara


Petua elak sengsara


Untuk mengelakkan kesengsaraan, jauhi 2 perkara ini:

a. ada fikiran bahawa dunia ini SEPATUTNYA begitu/begini
b. membuat peraturan utk kelakuan semua yg dikeliling kita

Kerana apabila dunia tidak mengikut apa yg kita harapkan sepatutnya - kita akan berasa marah. Contohnya, org yg merasakan dunia ini sepatutnya adil, tapi apabila ada perkara tidak adil yg berlaku pd dirinya, dia terasa marah, kerana dunia tidak berfungsi sebagaimana yg diharapkan.

Org yg hidup dlm keadaan sengsara biasanya melanggar 2 perkara yg disebut di atas.

Antara peraturan yg diset di minda seseorang yg sengsara:
1. Sahabat perlu membalas budi
2. Org keliling sepatutnya menghargai kita
3. Kapal terbang mesti tiba pd waktu yg ditetapan
4. Semua manusia harus jujur dan lembut sikapnya
5. Suami saya mesti mengingati tarikh perkahwinan, hari jadi saya
6. Anak saya mesti raikan harijadi saya tanpa diberitahu
7. Pelajar saya mesti berterima kasih kepada saya, dan mengingat saya sampai bila-bila
8. Bos saya patut hargai saya krn bekerja lebih masa
9. Jalan tidak sepatutnya sesak begitu
10. Isteri saya kena buat itu, ini ....

Walaupun 'peraturan' yg disetkan, mungkin ada yg munasabah, tapi ia adalah pintu kpd kekecewaan dan membuat kita frust apabila perkara tersebut tidak berlaku.

Utk elakkan perkara ini, jgn set benda-benda di atas sebagai tuntutan, tukar ia sebagai pilihan.

1. Saya lebih suka sahabat yg berhemah ... jadi apb mereka kasar, ia tidak mengganggu sangat hari kita
2. Saya lebih suka hari yg cerah ... tapi hujan pun ok.

Dalam kata lain, belajarlah utk menjadi org yg fleksibel.

Utk bersenyum dan berasa ceria, antara cuba 'Mengubah dunia' dgn 'Mengubah cara berfikir', lebih mudah utk mengubah cara berfikir kita.

Ingatlah bkn apa yg berlaku pd kita yg menentukan kegembiraan kita. Yg tentukannya ialah cara berfikir kita... itulah antara tujuan ujian Allah, iaitu melatih kekuatan minda manusia drp dipengaruhi bisikan syaitan utk mengelakkan air liur beracun terhasil dan mengganggu emosi sewenang-wenangnya.

SENYUM. Sekadar motivasi utk pagi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular