MARANG – Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Tengku Ahmad Shah berkata bumbung stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh pada 2 Jun tahun 2009 adalah disebabkan tidak ada amanah didalam melakukan kerja-kerja pembinaannya.
Beliau yang dilantik sebagai akitek perunding pembinaan bumbung terbabit berkata, ada peraturan yang telah dibuat oleh kerajaan tetapi kerajaan sendiri yang tidak mematuhi peraturan tersebut.
Katanya, selaku pihak yang merekabentuk projek, sepatutnya beliau tidak bercakap tentang kes bumbung runtuh itu.
Tetapi kata beliau, oleh kerana terdapat salah faham atau fakta yang sengaja disalah tafsirkan, untuk memesongkan pandangan umum terhadapnya, beliau perlu menjelaskannya.
Katanya, walaupun beliau dilantik sebagai arkitek, beliau tidak diberi kuasa untuk menjaga projek itu.
“Stadium tersebut dibawah reka bentuk kita (saya) kita telah buat lukisan sebagainya, tetapi saya sebagai arkitek tidak diberi kuasa untuk menjaga projek tersebut,
“kerana atap itu begitu besar dan canggih ia merupakan kerja kepakaran dimana setelah kita membuat lukisan asasnya, pihak pemborong (kontraktor) telah membuat satu cadangan kembali menggunakan kontraktor daripada Korea,
“jadi kita tidak ada kuasa(dan) kita sebagai perunding hanyalah ‘penasihat,”jelasnya.
Raja Kamarul Bahrin yang juga koordinator NGO Amanah Terengganu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah isu semasa di sini, pada Jumaat 18 Mei.
Beliau menegaskan, sepatutnya sebagai perunding beliau perlu mengawasi projek tersebut setiap masa, siang atau malam, tetapi tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Setelah didesak, menurut beliau, akhirnya kerajaan membenarkan beliau membuat pemeriksaan dan menghadiri mesyuarat dalam tempoh sebulan sekali.
Katanya, kesempatan itu telah digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan amanah, menegur perlaksanaan projek tersebut secara lisan dan tulisan.
Namun begitu, malangnya beliau berkata, teguran pihaknya tidak diambil peduli oleh kerajaan.
“saya bertegas, kalau tak boleh tiap-tiap hari, saya nak mari (pergi) juga (untuk buat pemeriksaan dan mesyuarat) saya berdegil kerana ia membabitkan amanah,
“nak tak nak (mahu tidak mahu akhirnya) dia (kerajaan) benarkan kita mari (pergi) sebulan sekali dan saya pergi dan apa yang saya lihat tidak betul saya tegur secara lisan, secara tulisan, secara rasi dan sebagainya,
“tapi malangnya, pandangan-pandangan kita ini tidak pernah diambil kira tidak pernah diambil berat,”ujarnya kesal
Amat mengejutkan, sehingga hari ini, setelah hampir tiga tahun bumbung tersebut runtuh, beliau mendedahkan, lukisan bumbung yang dibuat semula oleh pihak Korea tidak ditandatangani dan tidak ada penanggungjawaban.
Beliau turut kesal dengan laporan penyiasatan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) peringkat pusat keatas JKR negeri Terengganu yang telah diumumkan oleh Menteri Besar.
Menurutnya, Dato’ Seri Ahmad Said dalam mengumumkan hasil laporan tersebut berkata, dalam kes bumbung stadium runtuh itu, semua pihak bersalah tetapi tidak ada sesiapa pun yang betul-betul bersalah.
Beliau menyifatkan siasatan yang dilakukan oleh JKR Pusat ke atas JKR negeri Terengganu tidak ada keadilan, umpama ‘ayah menyiasat anak’.
“kes stadum ini, JKR yang berkuasa, suruh ketua JKR Kuala Lumpur siasat JKR Terengganu (umpama) ayah siasat anak mana boleh,
“RasuluLlah SAW sahaja yang berani kata ‘jika anak saya mencuri saya akan potong tangannya’……… mana ada ayah akan siasat anak dengan adil di zaman sekarang ini,”soal Raja Kamarul Bahrin.
Isnin 21 May 2012 03:39
Wartawan Buletin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan