pada 10-02-2013 10:02 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengesahkan
wujud pertemuan antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini
namun menafikan ia membincang kesesuaian Ketua Umum PKR itu dilantik
perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Dr Haron menyifatkan pertemuan itu sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan menegaskan tidak ada perkara kepartian yang dibincang.
Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak yang menjadikan pertemuan dengan Anwar sebagai modal politik sambil menambah turut bertemu ramai orang setiap hari bagi mendapatan nasihat.
"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang...'nature' hidup saya orang datang minta nasihat dan pertolongan.
"Pada Selasa lalu, ada 200 orang jumpa saya tanpa mengira latar belakang politik. Pertemuan dengan saya tidak sepatutya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan...dia datang rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.
"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya kepada Antarapos.
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengaitkan pertemuan Haron dan Anwar kepada laporannya yang mendakwa Majlis Syura menolak Anwar sebagai PM.
Menurut akhbar itu, pendirian itu dibuat dalam pertemuan tertutup beberapa ahli Majlis Syura.
Dr Haron menegaskan dakwaan mengatakan Majlis Syura Ulama menolak Anwar memegang jawatan perdana menteri tidak benar kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti Islam itu yang dipengerusikan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau sekali lagi menegaskan pertemuan yang berlaku baru-baru ini tidak membincangkan tentang hal siapa bakal menjadi perdana menteri atau soal parti.
"Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti...tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.
"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.
Perkara itu turut disahkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang dikatakan bersama dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Namun Azmin tidak mendedahkan kandungan pertemuan itu sebaliknya berkata ia turut membincangkan tentang polemik penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu yang tercetus sejak Disember lalu.
"Saya kebetulan pada malam tadi (Selasa lalu) ada pertemuan peribadi dengan Dr Haron Din dan perkara ini (kalimah Allah) kita bincangkan," katanya ketika dihubungi.
Sumber: AntaraPos.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan