Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM...
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu
sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah
untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab
'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang
bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita
Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat
mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar
jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah
jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu
qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula
'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita
jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak
meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga
perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..
Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG
KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG
BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu
diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor
dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat
yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib
diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu
Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir)
solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari
darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat
Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya'
sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau
tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering
dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam
waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yang berkaitan dengan diri mereka sendiri..
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan