Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini
Cuba renungi gambar Tokguruku ini dengan penuh perasaan. Fikir apa yang beliau dengar, pandangan dan harapkan! |
Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar dan bergeduk persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar besar beralun dan 'berungga-rungga' menyinggahi ke segenap pembuluh darah.
Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Akan kehilangan sesuatu yang disayangi! Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya mahu bahagian bersama. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti. Tolong Tuhanku.
Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami apa lagi ditafsirkan untuk alam semesta. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya. Ia bergedung gedang...
Meskipun semalam dan kelmarin sudah saya membayangkan kebimbangan ini, bahkan telah terlafaz kepada seseorang, namun saya harap ia adalah ketersasulan isengan saya saja. Semoga ia tidak menjadi kebenaran dan itu adalah ilusi kebimbangan saya yang sangat menyayanginya dan takut kepada persaraanya.
Saya dengan dia bukan saja murabbi, pemimpin, guru, bahkan dia juga sahabat dan kawan yang boleh ditenking dan memarahi. Dia menerima segala ulah biadab saya dengan penuh kesabaran dan insaf yang dia dengan saya adalah sama nilainya dari sisi Tuhan, yang kami sama-sama makhluk. Dia juga ayah dan tempat saya mengadu dan menghempaskan perasaan. Keribaannya sedia mendengar apa sahaja yang diluahkan ke atasnya termasuk mendengar ucapan dan kata bodekan dan pujian munafik.
Setiap kali saya mendatangi saya tidak datang membawa duri atau datang membawa hipokrasi. Apa lagi datang membawa kata-kata indah aku "sayang kepadamu", "aku kasih kepadamu", "aku taat dan sujud kepadamu". Atau we love Tokguuru. Tidak... saya selalu datang dengan rupa diri dan sikap saya sejati. Sikap dan fiil berterusn terang. Saya menjujung kemuliaannya dengan apa yang ada kepada saya.
Apabila orang yang mulutnya penuh dengan pujian dan pengakuan sayang dan kasih serta kononnya sedia akur atas apa pandangan, telah munafik dengan kata-kata saya kira itu satu pengkhinatan buat dia. Sikap itu menambahkan penderitaan fizikalnya yang kian lanjut usia. Kenapa berlaku demikian? Kita seharusnya bukan menyedihkan dia tetapi mengembirakan dia. Kita bukan menyebalkan wajahnya tetapi berbuat agar wajahnya senyum tulus.
Dalam sehari dua ini dan membawa kepada sejam dua ini, saya dapat merasakan dia serabut. Dadanya tertekan dengan segala macam olah anak buahnya. Sebagai manusia dia juga tidak dapat menahan amarahnya. Ketidaksempuraan itu menyempurnakan dirinya sebagai mahluk Allah. Maka saya sangat bimbang takut dia juga 'merajuk' atas rasa sakit hati ataupun kerana bisikan kecil jiwanya tidak didengari dan keinginan-keinginan beliau yang tidak dapat disebutkan dan dileraikan. Hakikat yang kena terima dia juga masih manusia biasa.
Saya bimbang dan saya cemas. Saya takut kini. Atas itu semua menyebabkan fikiran huduh saya terfikir, macam mana kalau tiba-tiba dia merembaskan segala perkakas dan serahkan kepada sesiapa saja yang berhak dan sanggup memikulnya? Dia mengambil keputusan berundur perlahan-lahan dari kamar tanggungjawabnya sebagai ketua dan pemimpin. Dia akan membuka pintu amanah yang dijaganya dan beranjur-anjur keluar dari bangunan yang membelenggunya sudah 23 tahun itu. Mungkihkan?
Saya bimbang. Dan saat saya mencatat epilog ini air mata saya berjujuran dan sukma saya amat dukacita. Hati saya sebak dan sebal membelit keterkilanan yang panjang. Doa saya meminta agar apa yang saya firasatkan ini tidak terjadi. Biarlah dia berundur dan beranjur keluar selepas segala-galanya selesai. Namun siapalah kita boleh menahan kemahuan. Kalau dia juga ingin berbuat begitu, maka saya dan kita semua pasrah dan berdosa panjang atas apa yang bakal berlaku. Iya kita semua adalah pendosa... pendosa.
Cuma sekali lagi saya nak bisikkan di sini, semua antara kita carilah sebab musabab kalau tindakan itu berlaku kelak. Tanya dan soalkan diri kita siapakah yang bertanggungjawab. Siapakah yang membuatkan dia akur dengan keadaan dan tiba-tiba merasa lelah amat sangat. Nah, orang yang membikinkan itu kena bertanggungjawab. Mereka yang menjadi puncanya kena 'bertaubat'. Yang wajibnya harus melunasi segala hutang perasaan itu dengan kemenangan yang besar.
Tuhan itu selalu adil dan tidak pernah menyimpang dari janji-janjiNya. Pagi tadi kita gembira, petang ini kita sedih, dan malamnya tidak mustahil kita akan pengsan dengan kedukaan yang menimpa-nimpa dan kesalahan yang tidak akan ada penghujung yang kita sendiri menciptanya.
Cuba renung gambar dan wajahnya di atas. Tilik senyuman manisnya. Hayati renungan jauh matanya yang teduh mengharap. Hantar perasaan kita ke dalam kalbunnya dan hayatilah didih panas jiwanya kerana menanahan sabar atas kerenah anak-anaknya yang jarang atau terlupa berterima kasih sesudah mendapat semangkuk madu hasil cakiran. Tokguru aku tidak bisa menanahan kemahuanmu yang ini. Bantulah aku... [wm.kl.6:09 pm 09/04/13]
Kredit buat MSO : Dipetik dari http://msomelayu.blogspot.com/2013/04/dari-bendul-firasat-saya-tuhan-jangan.html#more
Tiada ulasan:
Catat Ulasan