Kemunculan bergaya Anwar di pusat pencalonan P044
Pagi tadi aku ikut perkembangan di pusat penamaan calon P044, Permatang
Pauh yang berpusat di IKBM, Bukit Mertajam. Penyokong Pakatan Rakyat
memang ramai menunggu di sana sejak awal pagi lagi. Sampai pukul 8 pun
dah ramai menunggu.
Kedatangan Anwar diiringi oleh para penyokongnya menggamatkan suasana
dengan kibaran bendera dan juga tiupan trompet binggit yang biasa
digunakan oleh penyokong pasaukan bolasepak.
Anwar melangkah masuk ke pusat penamaan calon dengan dikawal rapi oleh ramai bodyguardnya yang hensem-hensem dan tegap bergaya.
Aku rasa Permatang Pauh merupakan antara tempat penamaan calon yang
paling ramai wartawan media dan akhbar yang membuat liputan terhadap
bakal Perdanan Menteri Malaysia itu.
Gambar di atas ni adalah gambar pencabar Anwar. Beliau merupakan bekas
Ketua Pemuda Pas dan suatu masa dulu berkata bahawa Anwar telah masuk ke
dalam tong tahik untuk mencuci tahik dari dalam. Katanya lagi Anwar
buat kerja bodo dan hanya mengotorkan dirinya sendiri dengan
tahik...tapi sekarang dia bertanding dalam keadaan duduk dalam tong
taik!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan