Tanda-tanda Kiamat Muncul Di Masjidil Haram
"Belum
akan datang kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan
bangunan-bangunan yang megah." (HR. Bukhari) Akhukum fillah, tentunya
Masjidil Haram tidak asing buat kita. Di sanalah lembah tamadun Islam
bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan
selamat keselamatan hingga akhir zaman.
Di
sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah
lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah,
menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah. Namun
ikhwahfillah, ada yang berbeza, di Masjidil Haram ketika Ini. Mungkin
kebanyakan orang biasa biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar
Masjidil Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum kagum melihat
bangunan-bangunan mewah yang berdiri Kukuh di samping Masjidil Haram
pada hari ini. ☺
Bangunan kelihatan belum sempurna, dipuncak sana terlihat sebuah jam besar yang baru separuh selesai☺
Abraj Al Bait - The Royal Clock Tower Makkah Abraj Al Bait -
The Royal clock Tower Makkah dan Salah satu Tower "Gerbang" Masjidil Haram
Pandangan hadapan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait Menurut beberapa sumber,
bangunan yang dibina di laman Masjidil Haram dikenali dengan "Makkah
Royal Clock Hotel Tower" yang direka berketinggian lebih dari 601 meter
Ketinggiannya
Hanya berbeza 200 meter dari BANGUNAN TERTINGGI DUNIA ketika ini, iaitu
Al Burj Khalifa Dubai ! (lihat gambar di bawah)
Burj
Khalifa, merupakan bangunan tertinggi di dunia (828 meter) yang telah
dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod bangunan
tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter. !
Perhatikan
bangunan yang dibina di Pinggir Al Haram ini lebarnya luar biasa.
Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau The Royal Clock
Tower Makkah ini mempunyai luas 1,500,000 (1 juta) meter persegi. boleh
dibayangkan berapa banyak bangunan di sana yang diusir dan berapa tanah
bukit sebelah Masjid Al Haram yang digondol. Melihat bumi Allah di
rosak dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu debu berterbangan di sekitar
Masjid Haram. Masya Allah.
(Poster
Rancangan Perombakan Masjidil Haram) Cuba Perhatikan, di antara tower
tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah jadi, di antaranya;
InterContinental dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas, Jika
kita amati di atas ada dua tower Raksasa yang disambungkan Mirip Twin
Tower Petronas di malaysia.itu adalah pintu masuk kompleks Masjid ini
nanti.
Boleh
kamu lihat tidak ada tanda-tanda Bukit di sana kan? Padahal Jalan yang
melalui dua tower itu sebelumnya membelah dua Bukit. Tanda Apakah Ini?
Padahal itu Tanah Haram.Menakutkan.Adakah manusia mula berani merosakkan
tanah Haram ini? Atau peminpin negeri negeri Islam ini juga ikut serta
dalam maraknya perlumbaan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit
dengan negara-negara kaya yang lain? Cuba perhatikan nota perlumbaan
bangunan-bangunan pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun
saling mengalahkan, di Grafik Ini:
Perhatikan
Bangunan Tertinggi di atas, itu adalah MILES TOWER Bangunan yang akan
dapat mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya merancang
membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, Ini merupakan bangunan tertingi di
Di Dunia dengan ketinggian Tertinggi 1600 Meter! (1.5 Kilometer
Menjulang ke langit) Ini Tidak Mengejutkan? Setelah saya terus siasat
ternyata MILES TOWER ini pun sudah ada pesaingnya yang membina bangunan
dengan Ketinggian 3.200 Meter atau 3 Kilometer Menjulang Ke Angkasa)
The
Ultima Tower! Bangunan yang membentuk bandar pencakar langit yang
direka Architecture America-Eugene Tsui 1991 - ini disasarkan akan
menelan kos $ 150,000,000,000 .- (150 million Dollar Amerika). Saya
tersentak beberapa kali, ketika kemudian membaca kembali Hadith yang
diriwayatkan Umar Radiyallahu Anhu yang menceritakan ketika Nabiyullah
Muhammad salallahualaihi Wassalam, didatangi malaikat Jibril
Alaihissalam di depan Umar dan Para sahabat.
Saat itu Allah SWT menguji Rasulillah saw. dengan beberapa soalan yang
disampaikan malaikat Jibril yang menjelma sebagai manusia: Pada suatu
hari kami (Umar Ra dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah
saw. Lalu muncul di hadapan kami seorang yang berpakaian putih.
Rambutnya hitam sekali dan tidak nampak tanda-tanda perjalanan.
Tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya. Dia terus duduk
menghadap Rasulullah saw. Kedua-dua kakinya menghempit kedua-dua kaki
Rasulullah, dari kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas paha
Rasulullah saw, seraya berkata, "Ya Muhammad, beritahu aku tentang
Islam." Lalu Rasulullah saw menjawab, "Islam ialah bersyahadat bahawa
tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat,
menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji apabila mampu."
Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku tentang iman." Rasulullah
saw menjawab, "Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman kepada Qodar
baik dan buruknya. " Orang itu lantas berkata, "Benar. Kini beritahu aku
tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah kepada Allah seolah-olah
anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya, kerana sesungguhnya
Allah melihat anda. Dia bertanya lagi," Beritahu aku tentang Assa'ah
(azab kiamat). "Rasulullah menjawab," Yang ditanya tidak lebih tahu
daripada yang bertanya. " Kemudian dia bertanya lagi, "Beritahu aku
tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab,
"Seorang budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa
sandal, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing
berlumba membina bangunan-bangunan bertingkat. "Kemudian orang itu pergi
menghilang dari pandangan mata. Lalu Rasulullah saw bertanya kepada
Umar," Wahai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi? "Lalu
aku (Umar) menjawab," Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. "Rasulullah
saw lantas berkata," Itulah Jibril datang untuk mengajar agama kepada
kamu. "(HR. Muslim)
"BERLUMBA LUMBA MEMBANGUN BANGUNAN BERTINGKAT"
itulah salah satu tanda-tanda kiamat yang dikatakan Rasulillah Muhammad Salallahu alaihi wassalam dalam Hadis tersebut
(Gambar
diambil dari Royal Clock Tower) Masya Allah, hingga, saya benar-benar
merasa sedih ketika, mendaki Jabal Nur keesokan harinya.Gedung ini
memang tidak main-main, begitu besar dan megah! Hingga kemegahannya
seakan ingin Mengubur Masjidil Haram.
Lihat lebih dekat lagi (gambar di Bawah), Masjidil Haram hanya terlihat tower-tower kecil di bawah Gedung Royal Clock Tower itu.
Sekarang mari kita pulang lagi ke Masjidil Haram, kita lht bangunan ini dari Masjidil Haram.
saya
turun gambar ini dari Lantai 2 Masjidil Haram. Lihat bangunan raksasa
hijau sebelah kiri. inilah yang akan terlihat beberapa bulan ke depan
selepas bangunan ini selesa ..!!
Jam
raksasa yang ketika tulisan ini dibuat itu sudah selesai dibina
(berukuran lebih kurang 40 meter) dipaparkan ke seluruh dunia oleh
chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari Masjidil Haram.
Satu lagi Akhifillah, tentunya saya sangat tidak berhak untuk mengutuk
Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan pangsapuri dan hotel mewah
betul-betul di laman Masjidil Haram itu, mungkin Beliau tengah merancang
sesuatu. Misalnya saja untuk mengantisifasi jemaah Haji yang jumlahnya
Jutaan yang mengalir ke Masjidil Haram untuk Hajj.Tapi mari kita
berfikir,
InterContinental
Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram di halaman depan GERBANG UTAMA
(Pintu Masuk No. 72) Masjidil haram berdiri sebuah Hotel Mewah bernama
"InterContinental Dar et Tawhid Makkah "sebuah hotel 5 bintang yang
berlogo IHG (InterContinental Hotel Group), sebuah Rantai Hotel milik
Amerika.
Sangat
Menghairankan? Tidak kah mereka mendengar firman Allah dalam Al-Quran
bahawa Tanah haram ini adalah untuk semua manusia di bumi, bukan untuk
perniagaan ? "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang manusia
di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua
manusia, baik yang tinggal di situ atau di padang pasir dan siapa yang
bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan
Kami rasakan kepadanya sebahagian dari azab yang pedih. "(Al-Hajj [22]:
25)
EraMuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan