Ucapan Terakhir Morsi sebagai Presiden Mesir
[TERKINI] Presiden Mesir, Dr.Mursi Digulingkan, Mesir Bakal Menjadi Iraq & Libya?
Akhirnya Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr. Mursi telah diguling
oleh tentera dketuai oleh Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah al-Sisi
dengan merampas kuasa secara rasmi.
Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adli Mansour telah dinamakan ketua
interim negara sehingga pilihanraya baru diadakan semula.Kenyataan itu
disampaikan oleh Menteri Pertahanan Mesir sendiri dan disiarkan oleh
AFP, Khamis (4/7/2013).
Selain itu, Abdul Fattah juga
mengumumkan pembekuan perlembagaan Islam yang disusun sebelumnya oleh
Mursi. Fattah berharap pemerintahan yang kuat akan segera terbentuk.
Kenyataan beliau mendapat dokongan dari pemimpin pembangkang Mesir,
Mohamed El Baradei.
"Itu sesuai dengan keinginan rakyat," kata
Baradei. Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di
bawah tahanan tentera. “Mursi dan pasukan presiden berada di di bawah
tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Mursi, Gehad
El-Haddad.
Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan
Mursi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.Sebelumnya,
ribuan warga Mesir menuntut Mursi meletakkan jawatannya. Penentangan itu
telah berkembang hingga mendapat dukungan tentera. Kelmarin, pihak
tentera yang mewakili golongan sekular Mesir telah memberi katadua
kepada Mursi agar segera meletakkan jawatannya.
Namun Mursi
telah menolaknya. Akhirnya pasukan tentera dan kereta perisai mendatangi
istana presiden hingga membuat Mursi terkepung. Sementara itu Dr. Mursi
telah menolak rampasan kuasa dan penggulingan dirinya sebagai ketua
negara Mesir dan menyatakan akan tetap mempertahankan keabsahannya
sebagai Presiden Mesir.
"Saya menolak tegas penggulingan dari
kedudukan presiden. Dan saya tetap sebagai presiden sah di negara ini,"
kata Mursi dalam pidato yang disiarkan oleh television Aljazeera, Kamis.
Pidato Mursi itu tidak disiarkan television setempat, dan tempat
penyampaian pidatonya pun tidak diketahui.
Pernyataan Mursi
itu dihantarkan ke Internet dan disiarkan oleh jaringan television
Aljazeera sekitar satu jam setelah Angkatan Bersenjata mengumumkan peta
jalan untuk menggulingkan dirinya. Mursi mengatakan, ia siap melakukan
dialog dengan semua kekuatan politik untuk memecahkan persoalan bangsa.
Ia juga menyerukan semua pihak termasuk pendukungnya untuk tidak
melakukan tindakan ganas dan tetap memelihara keamanan negara. Mursi
yang digulingkan setelah setahun menjabat presiden itu juga meminta
tentera dan polis melindungi seluruh rakyat dan menjaga kestabilan dan
keamanan. Ruang tempat pidato presiden itu dilatari oleh kaligarafi Arab
dan di sisinya sebuah bendera nasional Mesir.
Sementara itu,
pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan
tersebut. Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan
mengumandangkan takbir Allahu Akbar. Para pejuang agama sudah bersiap
sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.
Kain kafan yang
ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk
mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.Ketika berita
ini disiarkan, pendukung Mursi masih bertahan di Bundaran Rabiah
Adawiyah. Pasukan tentera rukun kedua tentera Mesir telah mengumumkan
ketidaksetujuan mereka kepada rampasan kuasa yang berlaku dan menyatakan
taat setia mereka kepada Ketua Angkatan Tentera yang sah yang merupakan
Presiden Dr. Mursi.
"Presiden baru" sementara Mesir, Adli
Mansour telah menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan
mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam
tempoh sementara. Di dalam perkembangan berkaitan, Raja Arab Saudi,
Abdullah, dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat
kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan
Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat
"kritis" sejarah bangsa Mesir.
"Atas nama rakyat Arab Saudi
saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan
Mesir pada saat yang kritis dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam
ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour.
Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. "Kami meminta
kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai
harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara
yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam.
Ia juga
menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya
Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu
menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat
diramalkan".
Ucapan Dr Morsi :
Sesungguhnya,Aku
melalui jalan-jalan yang sukar sangat,Bukanlah aku mahukan jawatan
sebesar ini,Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah
negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan
rakyat,Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,Kerana
agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini
sahaja yang membuka mata,Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan
agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini
bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu
bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan
agama,Kerana dalam setiap apa pun,Sama ada hati, percakapan, ataupun
perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh,Kita bukan islam
biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam
negara kita,Segala macam korupsi yang ada,Apakah dianjurkan islam?Dengan
segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,Adakah itu yang
islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang
menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,Apakah itu
yang islam anjurkan?Itulah yang mahu aku baiki,Untuk semua rakyat di
negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada
Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,Ingat hari kiamat akan muncul,
dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas
kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini,Aku mengetahui batasan aku,Aku
mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,Namun,ku
mengharapkan,kamu membantu aku,Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,Aku tidak akan berada di sini,Ku hanya
memohonkan sabarmu,Ku hanya memohonkan komitmenmu,Ku hanya memohonkan
bantuanmu,Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,Kerana ianya
bukan hak mutlak diriku,Dia adalah milik kita bersama,Tetapi keadaannya
tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam,Sikapmu yang tidak
sabar,
Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan
Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini,Kerana Dia bersikap
tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan
taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa
agamaMu,Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,untuk memimpin
negara ini,Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,maka aku merasa
Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,la haula wa la
quwwata illa billah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan