Bekas Speaker Dun Kedah akur keputusan rakyat
7 Mei 2013
ALOR SETAR - Bekas Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail akur
keputusan rakyat yang mahu pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kembali
kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam masa sama, katanya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui Pas juga telah melaksanakan yang terbaik sepanjang lima tahun pemerintahan.
“Saya tidak sedih. Ini takdir, kita kena terima. Kita hormati keputusan rakyat. Kita sudah buat buat yang terbaik. Kalau rakyat nak balik kepada kerajaan dahulu, kita kena terima,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang kelihatan memasuki perkarangan Wisma Darul Aman menaiki kenderaan peribadi kira-kira jam 10.30 pagi sebelum meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.
“Saya pergi ke Wisma Darul Aman hanya untuk menyerahkan kunci kereta rasmi kerajaan negeri dan ambil beberapa barang saya yang masih tertinggal dipejabat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan