Rabu, 8 Mei 2013

Info terkini mantan MB...YDP Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Datuk Seri Azizan Di Hospital Pulau Pinang

 

Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Datuk Seri Azizan Di Hospital Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz.
Seri Paduka berdua tiba di HPP pada kira-kira 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad CCU itu.Azizan, 73, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.
Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.-BERNAMA
Kasihnya SPB Yang DiPertuan Agong kepada Ustaz Azizan yang pernah memimpin Kedah.
Baginda mencemar duli dari Istana Negara menziarahi Ustaz Azizan yang sedang dirawat di Unit Penjagaan Kardiovaskular, Hospital Besar Pulau Pinang sebentar tadi.
Menjunjung kasih Tuanku!
GEORGE TOWN, 8 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (dua, kanan).
Baginda tiba di HPP pada 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan di wad itu. 
Keratan Akhbar  Online mengenai Ust Azizan hari ini

 

Info terkini mantan MB...YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi..!!

Zulkifli Yahaya
Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi. — at Penang General Hospital



Keberangkatan tiba YDP Agong...
 
Terkini.. Ustaz masih belum sedar, YDP Agong dijangka berangkat tiba sebentar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular