Khamis, 20 Jun 2013

Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN

Perkahwinan… Siapa di sini yang tidak mahu kahwin?

Sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

 
 
Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.

Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

1. Sunnah para Nabi dan Rasul

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para Nabi danRasul. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud;

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab


Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

5. Memelihara maruah

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Wallahuaklam!

Sumber: Artikel Daripada Ustaz Ismail Kamus (Ketahui 7 RAHSIA PERKAHWINAN).

6 PESANAN UNTUK WANITA.




1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Hukum Meniup Lilin Hari Lahir

Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Sumber: http://www.ustaznoramin.com/

Kisah Ustaz Haron Din dan Mubaligh Hindu

Kisah Ustaz Haron Din dan Mubaligh Hindu

Written By Pena Ku on Monday, 17 June 2013 | 16:29

 

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincangan itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah 
dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


Mohammad Fitri Abdullah

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dari Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu'alam....
 
sumber http://blog-hayat.blogspot.com/2013/06/kisah-ustaz-haron-din-dan-mubaligh-hindu.html

Bahaya Panadol

Bahaya Panadol


Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.
panadol
UNTUK PENGETAHUAN,
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya :
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

sumber  http://www.bebudak.com/v1/

Tarbiah kita semakin merosot

 

Benarkah Tarbiah dalam PAS semakin merosot..??

Tarbiah kita semakin merosot
oleh Zulkifli Yahaya
PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak tercetusnya era kepimpinan ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS sangat berbangga dengan kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti berbanding lawan tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan keluarga mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh gemilang itu.
Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah tak pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah, bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program membina kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.
Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU nyaris-nyaris menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di negeri yang dahulunya menjadi tanah gersang perjuangan PAS.

Namun di sebalik kejayaan dan kegagahan di mata masyarakat itu catatan dalamannya pula tidak secantik dahulu. Zaman kegemilangan tarbiyah itu seolah-olah berlalu pergi.
Dalam mana-mana organisasi, Islam atau sekular, perbezaan sikap dan pandangan adalah perkara biasa. Berbeza pandangan bukan satu jenayah. Wujudnya mazhab yang empat adalah kerana berbeza fahaman, pandangan dan ijtihad. Allah menganugerahkan dua pahala untuk ijtihad yang betul dan satu pahala untuk ijtihad yang tidak tepat. Sebabnya, Allah suka hambanya yang berfikir dan berfikir pula mestilah berlandaskan ilmu.
Anehnya, berbeza pandangan dalam jamaah mutakhir ini dihadapi oleh golongan tidak sealiran bukan dengan hujah-hujah ilmiah tetapi dengan persendaan melampau serta penghinaan yang bertubi-tubi. Kewujudan media sosial dijadikan platform untuk melepaskan geram terhadap pemimpin-pemimpin tertentu tanpa batasan akhlak. Asal terungkap 'kesilapan' atau salah pengertian dari kenyataan pemimpin tertentu maka akan dilanyak bertali temali.
Sebenarnya Islam sangat menggalakkan muhasabah atau kritikan untuk membaiki. Tapi muhasabah adalah lahir lubuk nurani yang ikhlas untuk membetulkan. Ia berbeza dengan sindiran, penghinaan atau kutukan. Istilah seperti 'Fil qudha', 'kari ayam', 'tahan teksi', 'komunis' dan sebagainya sengaja dikeluarkan untuk mengejek pemimpin tertentu dalam parti. Rasanya ajaran syiah sekalipun tidak mengajar pengikutnya sebiadap ini. Kebiadapan seperti ini bukan baru, malahan berlarutan sejak bertahun.
Oleh kerana berbeza pandangan diraikan dalam Islam dan berhujah berlandaskan ilmu digalakkan oleh Islam, apakah salahnya golongan yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan pemimpin tertentu berjumpa secara berdepan meminta penjelasan atau berhujah dari akal, hati dan lidah. Bukankah sepatutnya itu manifestasi tarbiyah?
Saya tertarik dengan kenyataan terbaru Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi perihal pentingnya amal tarbawi dalam jamaah. Katanya, tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis.
"Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.
"Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah," ujarnya.
Entahlah, melihat situasi terkini kadang-kadang terasa macam ahli-ahli PAS sedang 'ditarbiyah' oleh pihak lain. Pesanan Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat rasanya menepati situasi terlajak ahli-ahli PAS ini. Katanya, "Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah. Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar, lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Merendah diri dengan orang Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam"
PRU13 yang baru berakhir adalah masa terbaik bermuhasabah, merancang dan melaksanakan program menguatkan parti. Parti selamanya akan lemah dan bermasalah jika tiada kecekapan di kalangan ahli untuk menguruskan perbezaan pendapat.
Dalam sejarah moden, PAS telah kehilangan sebuah negeri dalam PRU di mana salah satu faktor kekalahan itu disumbangkan oleh kegagalan menguruskan perbezaan, sehingga seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa mereka sedang bertelagah. Negeri tersebut adalah Kedah.
­­­­Kini kalau perbezaan di peringkat lebih tinggi pula gagal diuruskan dengan baik, maka kita hakikatnya sedang membuat persiapan mengekalkan kuasa BN di Pusat untuk kali ke 14. Terpulanglah kalau ada yang redho dengan keputusan yang akan disumbangkan oleh pertelagahan dalaman yang sia-sia itu

Tarbiah kita semakin merosot



PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak tercetusnya era kepimpinan ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS sangat berbangga dengan kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti berbanding lawan tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan keluarga mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh gemilang itu.
Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah tak pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah, bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program membina kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.
Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU nyaris-nyaris menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di negeri yang dahulunya menjadi tanah gersang perjuangan PAS.
Namun di sebalik kejayaan dan kegagahan di mata masyarakat itu catatan dalamannya pula tidak secantik dahulu. Zaman kegemilangan tarbiyah itu seolah-olah berlalu pergi.
Dalam mana-mana organisasi, Islam atau sekular, perbezaan sikap dan pandangan adalah perkara biasa. Berbeza pandangan bukan satu jenayah. Wujudnya mazhab yang empat adalah kerana berbeza fahaman, pandangan dan ijtihad. Allah menganugerahkan dua pahala untuk ijtihad yang betul dan satu pahala untuk ijtihad yang tidak tepat. Sebabnya, Allah suka hambanya yang berfikir dan berfikir pula mestilah berlandaskan ilmu.
Sumber  http://notautara.blogspot.com/2013/06/tarbiah-kita-semakin-merosot.html#more

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah

Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.
Farid Ahmad, KL
Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:
1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan
“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)
Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau aka nada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.
2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa?
Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain?
Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).
Juga sabda Nabi s.a.w:
“Kebaikan itu apa yang menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati, teragak-agak di dada sekalipun manusia memberi fatwa kepadamu ( ianya baik)” (Riwayat Ahmad dan al-Darimi dengan sanad yang hasan).
Ertinya, sekalipun jika ada yang berfatwa untuk menghalalkan yang salah, nmun jiwa mukmin yang ikhlas akan tetap teragak-agak dan ragu mengenainya. Justeru, jika pemberi dan penerima mempunyai perasaan takutkan azab Allah, mereka sendiri dapat memutus apakah nilai pemberian yang diberi atau diterima tersebut.
3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah: (maksudnya)
“dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.
6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).
7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).
Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).
8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:
“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa.
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=62

Rabu, 19 Jun 2013

Misteri Kematian Angkasawan Yuri Gagarin Terbongkar



Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961


Kematian Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori konspirasi.


Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.




Aleksey Leonov



Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Gagarin. Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.


Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter. Akhirnya Pesawat itu yang di pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat Gagarin.




Yuri Gagarin



Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.


Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.


sumber : http://myblogsantai.blogspot.com/

Kucing Cemburu Dengan Percintaan Pasangan Kucing Lain (5 Gambar)


Kucing Cemburu Dengan Percintaan Pasangan Kucing Lain . Cuba Tengok bagaimana Kucing cemburu ini TROLLOL pasangan kucing ini.






SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS

SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS

Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini.. 

Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984.

Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959)

Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia..

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura )

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga.. ( Sambil ketawa ).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Image: P.Ramlee ketika menerima anugerah Filem Komedi Teraik Asia
SEJARAH ALIF MIN NUN WAU = SARKIS

Rasanya kesemua rakyat Malaysia pernah menonton filem P.Ramlee yg berjudul Pendekar Bujang Lapok.. Di dalam filem tersebut terdapat dialog yang merupakan antara dialog yang terus segar diingati kita hingga ke hari ini..

Apakah Maksud yang tersirat di sebalik dialog tersebut..?? Benarkah dialog tersebut diciptakan oleh P.Ramlee untuk menegur pemimpin UMNO..??

Di dalam buku tulisan saudara Abdullah Hussain " Seniman Agung P.Ramlee " terbitan karangkraf, cetakan pertama 1984.

Sejurus selepas Filem Pendekar Bujang Lapok diumumkan sebagai komedi terbaik Festival Filem Asia ke enam di Kuala Lumpur (1959)

Tan Seri Ghazali Shafie yang ketika itu menteri kebudayaan dan penerangan telah berjumpa P.Ramlee di tempat duduk peserta dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan kejayaan beliau mengondol anugerah filem komedi terbaik peringkat Asia..

Seperti biasa P.Ramlee yg telah terbiasa mengunakan perkataan Lu dan Gua ( ketika itu Lu dan Gua adalah bahasa pasar yg digunakan oleh penduduk Singapura )

TS Ghazalie : Macam mana u boleh menang malam ni..??
P.Ramlee : Gua buat filem utk masyarakat bukan untuk wang..
TS Ghazalie : Tahulah tapi macam mana u boleh menang dan macam mana juri dari hong kong, jepun dan dua orang juri jemputan dari Australia boleh pilih filem u sedangkan mereka tak faham bahasa kita.

P.Ramlee : Filem dan Lagu tidak memerlukan bahasa yg khusus. Seni adalah bahasa universal.. Gua hasilkan seni dari gua untuk masyarakat dan dari masyarakat untuk gua. ada nasihat ada sindiran dan teguran agar masyarakat boleh berfikir.. Gua pun kutuk lu punya geng juga.. ( Sambil ketawa ).

TS Ghazalie : u kutuk apa? i tak nampak pun..
P.Ramlee : Alif Mim Nun Wau tu lu punya geng la..
TS Ghazalie : hah.. i tak faham la..
P.Ramlee : Alif itu Akal, Wau itu Ugama. Alif tendang Wau Sarkis. bermakna Akal Tendang ( Tolak ) Agama maka manusia akan menjadi seperti bintang2 Sarkis, hidup tanpa agama ini hanya layak utk haiwan sahaja. Alif Min Nun Wau kan bunyinya UMNO

Terkedu Tan Seri Ghazali Shafie mendengar penjelasan P. Ramlee ketika itu.

Note : Ejaan dahulu Ugama bukannya Agama seperti sekarang ini..

Image: P.Ramlee ketika menerima anugerah Filem Komedi Teraik Asia
  Sumber FB Teuku Zacharyah Iskandar.





Ramlee: Err Sudin, ini bacanya apa macam...bacanya..?
Sudin : Alif Mim Nun Wau...Alif tendang Wau...Sarkis daaa...
Azizi : Ei apa daa sarkis.
Ramlee: Tulisnya begitu panjang, bacanya sikit sarkas?
Sudin : Yang panjang tu bunga saje, yang pendek itu la...sarkas. Tak gheti?
Ramlee : Tulis pakai bunga?
Sudin : Habis, takkan hutang saje pakai bunga.

*********************

Ramlee : Apa da engkau bilang, diorang makan sini tidur sini, mana diorang nak pergi ni?
Sudin : Ini sarkis sudah jinak, sudah berapa lama diorang traning...

Sumber:

FAKTA MENGENAI CIUMAN MULUT KE MULUT


Hanya untuk bagi mereka yang berkahwin sahaja..... :)



Isnin, 17 Jun 2013

Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia

♥ WAJIB BACA TAU ♥ Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia





Cara mudah mengesan SYAITAN (gred tinggi atau gred rendah) yang menyorok dalam jasad manusia yang selama ini hamba telitikan sendiri tanpa berpandukan mana-mana kitab adalah seperti berikut:
- lebam di betis & peha
- rasa lenguh dekat bahu
- rasa ngantuk semacam selepas Asar
- urat bergetar, kita toleh aje, dia berhenti
- menguap masa tunaikan solat (ketika Al-Fatihah)
- ekor mata selalu ada kelibat walaupun siang2 hari
- susah tidur malam, terus lena bila dah dekat2 subuh
(senarai kat atas ialah jenis syaitan gred rendah yang tak menampakkan diri)

NOTA:
syaitan gred tinggi akan hamba berikan komen di bawah, anyway... syaitan jenis gred rendah ini lah yang lagi lama dia dalam badan kita, akan mendatangkan kanser, tak kisah lah kanser apa pun, jenis kanser pula bergantung kepada jenis syaitan apa dan di mana lokasi badan yang syaitan tu duk dalam badan kita, kanser stage 1 dan stage 2 MUSTAHIL dikesan oleh mana-mana tekonologi perubatan sebab itulah Rasululullah mengisyaratkan kita agar selalu bangkit malam agar segala penyakit zahir dan batin boleh dibuang. Masih ingat dengan kuliah matriks kita yang lepas mengenai 1 Hadis Rasulullah mengenai matriks di dalam matriks? Ya, nabi pesan pada kita syaitan boleh travel dalam jasad manusia dengan cara berenang2 dalam pembuluh urat darah kita (rujuk urat getar), maka nabi pesan pada kita, MAKA SEMPITKANLAH JALANNYA DENGAN CARA PUASA. Sila semak kuliah matriks kita yang lepas. Ingat... kanser adalah berpunca dari pemeraman syaitan (gred rendah) dalam jangkamasa lama dalam jasad manusia, celaka datang dalam jangka masa lama, sebab tu kanser tak mungkin dikesan di peringkat awal. Berbeza dengan syaitan (gred tinggi), kesan kesakitan yang jasad manusia alami adalah INSTANT & SERTA MERTA. Contohnya "sihir". Syaitan yang dimaksudkan adalah dari alam 2D. Sedangkan manusia berada di alam 3D. Sedangkan malaikat berada di alam 4D. Sebab itu mana-mana syaitan yang berusaha untuk menampakkan wajah mereka, tak pernah walau sekali pun kelihatan cantik, sebab frekuensi mereka dari alam 2D tak boleh matching dengan alam manusia yang bersifat 3D, kalau pun ia berupaya untuk menjadi wanita cantik atau lelaki hensem, ia hanya boleh bertahan beberapa jam sahaja, itu pun di waktu tanpa cahaya, sila ulangkaji kuliah matriks kita berkenaan Perang Badar bagaimana raja syaitan bernama IBLIS mampu menunjukkan diri di khalayak ramai DI WAKTU TENGAHARI di dalam perang siap menunggang kuda lagi... ini merupakan salah satu kategori GRED TINGGI, sedangkan Iblis sememangnya seorang yang berilmu. Sebab itulah malaikat dari alam 4D yang menjelmakan diri di alam manusia yang bersifat 3D sentiasa berseri2 kerana frekuensi & tenaga mereka mencukupi untuk synchronize dengan alam manusia, bahkan jasad mereka cantik2 dan segak lagi hensem. Sila rujuk peristiwa 2 malaikat yang bertemu Nabi Ibrahim dan isterinya untuk mngkhabarkan berita kelahiran baby Ishak sebelum 2 malaikat ini terbang ke Nabi Luth untuk membawa bala, perhatikan bagaimana respon jiran2 Nabi Luth terhadap 2 malaikat ni, mereka sendiri bilang 2 malaikat ni adalah tetamu yang luar biasa, dan hensem lagi segak. Kalau orang2 GAY pun boleh mendakwa malaikat yang menjelma jadi manusia itu pun sudah sesempurna ini, maka terbukti sudahlah ilmu ini. Untuk memahami ilmu ini, sila selak perlahan2 dalam kuliah matriks kita mengenai matriks di dalam darah, dan perihal lebuhraya maklumat yang boleh dicuri syaitan ketika mereka di dalam badan kita. Untuk makluman kamu semua, beza syaitan (jin kafir) dan jin islam ialah SYAITAN hanya memakai selipar di sebelah kiri sahaja, diorang ni tak pakai selipar serentak.
sUMBER http://btmmari.blogspot.com/2013/06/wajib-baca-tau-cara-mudah-mengesan.html

ELAKKAN PUTING MELECET,PELAJARI TEKNIK YANG BETUL. PENYUSUAN BAYI

Sumber : Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

ELAKKAN PUTING MELECET,PELAJARI TEKNIK YANG BETUL.

Tahukah anda bahawa salah satu punca yang menggagalkan penyusuan ibu ialah teknik hisapan payudara yang salah oleh bayi?
Dengan mempelajari teknik yang betul,anda dapat mengelakkan dari puting luka dan melecet serta mengatasi masalah bengkak susu.

Panduan bergambar ini menunjukkan posisi mulut bayi dan cara yang betul untuk menyusukan bayi.Perkara yang paling penting dalam menjayakan teknik ini ialah kene keep on practicing,insyaAllah mommies akan berjaya. Untuk mendapatkan panduan tentang cara-cara pelekapan yang betul,boleh baca disini.


3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS


DETIK DAILY

"Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika men
jalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini.

 YB memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Sudah tentu tiga portfolio yang begitu besar kerana ia melibatkan pembangunan manusia.
 
 Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beri kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas exco Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Kepercayaan ini mungkin satu penilaian atau satu penghormatan Tan Sri kepada saya. Ia juga kepada PAS yang cukup berkeupyaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.

Saya bukan sekadar berlatarbelakang pendidikan agama, tapi saya orang kampung yang hidup dan membesar di luar bandar. Dalam waktu yang sama saya berada di persekitaran dunia pertanian di utara Selangor. Ini merupakan kawasan pertanian yang terbesar di Selangor.

Saya memang nampak kerja ini agak berat. Apabila saya menilai kerajaan Pakatan Rakyat telah mengurus tadbir Selangor sepenggal, ini bererti saya tidak menghadapi kepayahan sangat. Kita telah merintis perjalanan itu dengan rakan-rakan pada penggal lalu. Di tambah dengan moto Selangor `Meneruskan Kecemerlangan'. Tugas saya menjadi sedikit lebih ringan kerana kita telah ada program yang lepas dan boleh digunakan untuk penggal kedua ini.

Cuma perlu melakukan penambahbaikan daripada beberapa sudut dan boleh dilakukan melalui pencambahan idea dikalangan sahabat dan rakan kita samada dalam parti atau kerajaan.

Kita tidak kurang pemikir yang selama ini teruji dan berjaya dalam program kita. Saya sendiri telah menemui beberapa orang pegawai berkaitan dengan portpolio dan kerjasama sangat baik. Semua ini menjadi laluan mudah untuk mengurus tadbir tiga portfolio. Saya harap saya berjaya dan rakyat berasa puashati dengan urus tadbir yang akan saya lakukan nanti.

Bagi saya ini satu kepercayaan yang mesti saya jaga kerana boleh jadi buat pertama kali exco daripada PAS diberi tanggungjawab menyelia pertanian dan pembangunan luar bandar.

Exco Hal Ehwal Agama berhadapan dengan cabaran cukup besar memandangkan Selangor mempunyai rakyat yang majmuk. Adakalanya ia menimbulkan kontroversi apabila melibatkan bab-bab hukum. Jika ia berlaku, bagaimana YB menghadapi situasi ini?

Kadang-kadang kontroversi itu timbul bukan kerana ia suatu perkara yang sukar untuk diatasi. Mungkin timbul kontroversi boleh jadi permainan akhbar arus perdana. Ditambah dengan kenyataan yang dibuat dalam keadaan tidak ada persediaan yang terdedah dengan kesilapan dan dimanipulasi oleh golongan tertentu.

Bagi saya dalam saya mengendalikan Hal Ehwal Islam, apapun berkaitan dengan perkara dasar atau asas, saya akan pergi dulu kepada Tuanku Sultan. Manakala keputusan yang bersifat parti politik saya akan pergi kepada Presiden atau parti.

Dalam hal berkaitan agama kita ada Ketua agama di Selangor. Jadi saya perlu bekerjasama baik dengan Tuanku Sultan. Bukan sekadar melaporkan bahkan perancangan dan apa pelaksanaan untuk rakyat Selangor. Adapun perkara yang bersifat perlaksanana, saya kena merujuk pada enakmen yang sedia ada. Yang kadang timbul kontroversi ini kerana kita menjawab sesuatu yang bukan dalam bidang tugas kita.

Dalam masa terdekat ini apakah YB akan tutup kilang arak dan rumah urut?

Ini bukan bidang kuasa exco Hal Ehwal Agama. Exco Agama tidak boleh menyatakan kehendaknya menutup semua itu. Ini semua akan menimbulkan kontroversi. Jadi, biar kita bercakap dalam bidang tugasan kita. Jadi, dalam bidang kerja ini, kita sudah ada enakmen tertentu yang perlu kita patuhi dan hormati. Sebab itu, selalu kontroversi timbul mengenai perkara-perkara pertembungan yang bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan orang bukan Islam.

Bidang tugas saya fokus kepada kehidupan orang Islam itu sendiri untuk meningkatkan nilai kehidupan manusia. Pertama sekali kita mesti angkat mereka sebagai hamba Allah. Kedua meningkatkan tahap kehidupan masyarakat Islam sama ada soal kemiskinan, kefakiran serta urus tadbir pendidikan Islam. Ini kita kena lihat dalam konteks bidang kuasa saya dan enakmen yang telah disediakan.

Sekiranya timbul beberapa perkara seperti berlaku pertembungan, saya fikir tidak perlu membuat kenyataan terlebih dahulu. Saya bukan orang yang suka buat kenyataan sebelum membuat penyelesaian yang berkaitan. Seperti kes serbuan tehadap kuil atau gereja suatu ketika dahulu yang mengundang kontroversi. Ini kerana keluar kenyataan demi kenyataan tanpa persetujuan dalam Pakatan Rakyat. Jadi, dalam perkara dasar seperti ini kita kena rujuk kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.

YB tidak akan membelakangkan parti dalam membuat keputusan berhubung hal-hal agama Islam?

Ya, perkara yang berkaitan saya, saya boleh putuskan. Manakala hal yang saya lihat perlu komitmen parti, maka saya tidak akan buat apa-ap keputusan melainkan serahkan dahulu kepada kepimpinan untuk buat keputusan. Ini dapat membantu untuk menyelesaikan sesuatu pekara.

Selangor turut memiliki kawasan pertanian iaitu sawah dari Tanjong Karang ke Sungai Besar. Bagaimanapun, seolah-olah tidak nampak keutamaan kerajaan negeri mengutamakan hasil pertanian?

Ya, memang di Selangor kita tidak boleh lari daripada negeri yang menumpukan industri sehingga menyumbang hampir 50 peratus pendapatan negara. Tetapi kita masih lagi mengekalkan kawasan hijau iaitu pertanian. Selangor tetap menjadi pembekal makanan negeri dan negara yang perlu dipertahankan.

Alhamdulillah, keputusan kerajaan negeri meletakkan kawasan pertanian di Selangor sebagai kawasan hijau tidak boleh dibuat pembangunan. Sebenarnya kita masih mempunyai kawasan pertanian yang besar walaupun Selangor sudah menjadi negeri industeri. Keputusan kerajaan ini memberikan satu tugas dan tanggungjawab kepada saya untuk menaikkan taraf pertanian di Selangor. Ini kerana Selangor antara penyumbang pada ekonomi negara. Kita juga masih menjadi pembekal dan menyumbang bekalan makanan dalam negeri yang banyak. Selangor antara negeri pengeluaran padi yang paling berkualiti di Malaysia.

Selain itu, sebahagian besar rakyat Selangor masih mendapatkan sumber pendapatan melalui pertanian. Cuma, kita harapkan kerajaan negeri akan terus mempertahankan sektor pertanian. Dalam waktu yang sama kita hendak naikkan taraf kehidupan mereka.

Sebab itu Menteri Besar memfokuskan pembangunan pada luar bandar. Ini merupakan satu pengikhtirafan luar bandar sebagai kawasan pertanian disamping meningkatkan taraf ekonomi mereka untuk bersaing dengan masyarakat luar bandar.

Ada penambahbaikan yang YB akan lakukan kepada golongan petani?

Kita bantu mereka menaikkan kos yang lain seperti bantuan sara hidup atau sediakan beberapa kemahiran lain untuk menjana ekonomi mereka. Kita banyak beri bantuan kepada golongan nelayan, kita bagi bot, petani bagi racun dan baja. Kita juga akan bantu kepakaran teknologi. Bagaimana hendak meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Umpamanya pesawah yang mengalami padi angin yang banyk sehingga mengurangkan pendapatan. Gangguan makhluk perosak atau penamanan yang tidak mengikut skema. Ini kita akan salurkan teknologi kepakaran dan bekalkan kemudahan untuk mengurangkan bebanan kewangan.

Saya akan bincang dengan rakan-rakan pertanian termasuk veterina, macam mana kita boleh beri satu program kepada rakyat dalam bentuk `mentor'. Kita bukan sekadar bagi bot tetapi kita bagi program perkongsian dan ada mentor.

Katakanlah ada lima orang beliau hendak menternak ayam. Mereka sediakan kawasan dan kerajaan negeri sediakan mentor (pengawal mereka). Ayam kita akan beri tetapi mereka mesti mengikut program kita. Apabila hasil dikeluarkan dan untung maka kita serahkan untung kepada mereka. Ini program mentor yang kita akan lakukan selain kita cuba berbincang membawa pelabur luar kepada pertanian.

YB, pembangunan desa suatu yang sukar untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan daripada penduduk. Sebagai langkah pertama, apa yang YB fikirkan untuk pembangunan desa?

Saya nampak jika negeri sediakan prasarana atau bajet banyak tetapi manusia yang hendak menggerakkan itu tidak amanah dan tidak memikul tanggungjawab, maka kita akan gagal.

Kita tidak mahu menjadi program melepaskan batu di tangga. Sebab itu, pembangunan desa ini saya mengurus Ketua-ketua kampung. Saya mengurus penghulu. Ini elemen yang penting untuk sama-sama menjayakan pembangunan desa. Jika ketua kampung gagal berfungsi bagi saya, banyak mana bajet kerajaan negeri, kita akan gagal juga.

Saya mengurus Ketua kampung lebih kurang 368 orang tidak termasuk permohonan ketua kampung yang baru. Saya fikir sebelum kita laksanakan program pembangunan desa, 368 orang Ketua kampung ini mesti berfungsi.

Saya lihat ada jawatan ketua kampung tetapi mereka tidak buat mesyuarat, tidak buat profil kampung. Akhirnya, apabila kita bagi tugas orang macma ini, terhalang semua kerja kita. Kita bukan diboikot oleh orang Umno tetapi ketua kampung yang tidak amanah tidak menjalankan tanggungjawab.

Kita hendak ketua kampung mesti amanah. Saya sudah bercakap dengan Menteri Besar, mana-mana ketua kampung yang cuai kita tamatkan perkhidmatan mereka. Kita kena berani jika kita betul-betul mahu menjayakan pembangunan desa. Elemen ini mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Sebenarnya ketua kampung bukan sekadar elaun mereka kita naikkan, kita tambah lagi seorang ketua kampung dengan peruntukkan lebih kurang RM10,000 setahun. Ada ketua kampung yang langsung tidak gunakan peruntukkan itu, ada ketua kampung yang ada program membersihkan kawasan setahun empat kali tetapi mereka hanya buat sekali. Ini yang kita tidak mahu.

Kita akan rancang penduduk kampung tidak berasa mereka tertinggal jauh dengan suasana bandar. Daripada sudut kualiti hidup, kewangan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan prasarana setempat. Sebagai contoh, jika orang di bandar ada lampu jalan di kampung pun kena ada lampu jalan.

Melestari desa ini kena ikut sama berkembang dalam memahami acuan ekonomi dalam kerajaan negeri. Jika rakyat Selangor mempunyai taraf hidup yang baik, kerajaan negeri sudah mempunyai keuntungan. Walaupun bukan daripada sudut duit. Mereka tidak jadi orang susah, mereka tidak menanggung bebanan sakit kronik begitu juga golongan belia tidak menganggur dan tidak terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya.

Kita hendak jadikan 10 hingga 20 kampung sebagai kampung contoh. Sebahagiannya kita mulakan di kampung utara Selangor iaitu dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam begitu juga di Hulu Bernam. Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, belum dapat menembusi masyarakat kampung di utara Selangor.

Mungkin mereka masih berfikiran lama tidak mahu melakukan perubahan. Mungkin juga mereka melakukan protes kerana kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada mereka dalam pembangunan jasmani dan rohani

TIP MUDAH BERSALIN

Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil

TIP MUDAH BERSALIN

1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

Nahas ragut nyawa 3 penuntut ~ Sumber Sinar Harian

Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Info grafik kemalangan maut.
Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Keadaan kereta yang remuk dalam kemalangan di KM14.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju Kuala Lumpur, semalam.
Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Ameer Asyraf, Nurul Maizura, Adam
SHAH ALAM - Penuntut tunggal yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga rakannya masih bagaikan masih tidak tahu apa sebenarnya berlaku, selepas tragedi itu.
   
“Nasib kawan-kawan lain tidak diketahui. Mereka dalam perjalanan ke hospital,” kata Nurfarina Mokhtar ketika menghubungi rakannya, Nadiea Syahira Che Azhar, selepas kereta Perodua Viva dinaiki bersama tiga kawannya hilang kawalan dan terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I City, Shah Alam.

Penuntut yang maut dikenali sebagai pemandu, penumpang Adam Ab Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali.

Nurfarina cedera ringan. Kesemua mangsa berusia 18 tahun itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Nadiea Syahira, 18, berkata, ketika kejadian itu, Nurfarina tidur di tempat duduk sebelah pemandu dan tersedar apabila terdengar dentuman kuat.

“Nurfarina menangis apabila menghubungi saya kira-kira jam 6 pagi. Dia cedera di muka, keadaannya stabil dan masih trauma,” katanya.

Nurfarina merupakan penuntut Teaching English Second Language) di Pusat Asasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Rakan baik Ameer Asyraf, Amirul Aiman Roslan, 18, berkata, dia mengenali Ameer sejak tingkatan satu lagi di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR).

“Tidak sangka ketika kami menyambung pengajian di UiTM, kami tinggal sebilik,” katanya.

Amirul berkata, arwah selalu berkata kepadanya, dia bosan tinggal di kolej itu kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat di dalam bilik memandangkan arwah sangat aktif dalam bidang sukan.

“Sekiranya dia bosan, dia akan ikut ke mana rakannya pergi walaupun rakannya hanya mahu mengeluarkan duit di mesin pengeluaran duit (ATM),” katanya.

Sepupu Ameer Asyraf, Mohd Redzuan Mansor, 31, pula berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa sepupunya itu kerana tidak sangka nenek Ameer Asyraf baru meninggal dunia, Isnin lalu, akibat sakit tua, kini sepupunya pula maut kemalangan.

“Ameer seorang yang periang dan aktif dalam ragbi. Dia pernah mewakili SDAR,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kereta dinaiki empat sekawan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, kereta itu remuk dan dipercayai pemandu dan seorang perempuan yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar. Seorang lelaki ditemui maut dalam kereta, manakala seorang lagi selamat,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera ringan dirawat di hospital sama.

Sehubungan itu, Ruslan meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi bantu siasatan atau menghubungi Balai Polis Trafik Shah Alam di talian 03-55202222.

Sumber Sinar Harian

Gol Terpantas Dalam Sejarah Bola Sepak Malaysia..Pahang vs Kedah (1-0) - Piala Malaysia 1992 [FINAL]

Ahad, 16 Jun 2013

Cegah Awal Strok: Hindari Makanan Yang di Goreng & 7 Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

 

7 Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

Beberapa jenis makanan mampu mencegah tekanan Darah tinggi dengan mengamalkan pengambilan beberapa jenis sumber makanan

1)Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat Ii dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke.

2) Biji bunga Matahari
Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.

3) Kacang-kacangan
Kekacang seperti kacang tanah badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.

4) Pisang
Selain membuat tekanan darah lebih sihat pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi

5) Kacang Soya
Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi.

6) Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.

7) Coklat hitam
Kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan merangsang penghasilan nitrat oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih relak dan menyebabkan aliran lancar (mingguan Wanita)

Cegah Awal Strok: Hindari Makanan Yang di Goreng

Makanan yang dihasilkan dari proses penggorengan jika dimakan dalam jumlah banyak dapat menimbulkan risiko strok.
Makanan yang digoreng meningkatkan kolesterol jahat dan menekan kolesterol baik lemak trans. Lemak ini merupakan hasil dari proses penggorengan. 
Risiko strok ini dapat dicegah dengan mengawal pola makan terutamanya untuk usia di atas 30 tahun agar mengurangkan makanan gorengan kerana pembuluh darah semakin berpotensi menyempit apabila usia beranjak tua. Pembuluh semakin sempit dengan kerak yang dihasilkan dari lemak trans. Penyempitan pembuluh darah di bahagian otak akan memberi kesan yang ketara kepada strok.

Pencegahan awal serangan strok harus diperhatikan sebelum terkena penyakit mematikan itu. Dalam pola makan, perlu menambah sayuran, buah-buahan atau agar-agar yang mengandungi banyak serat.[suaramerdeka.com]

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular