Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah
orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah
selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap
hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian
setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan
perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya
kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia
merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di
dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah
meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak
seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka
ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana
bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan
menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang
daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”
Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu
bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian
setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang
menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu
hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam
menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran,
membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang
berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya
bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan
nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah
Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini
lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah
hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam,
mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh
Allah.
Sumber: http://www.ustaznoramin.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan