Adakah anda percaya bahawa seseorang manusia itu boleh merentasi masa
hadapan? Secara logik akalnya ia adalah satu perkara yang suakr untuk
dipercayai. Walaubagaimanapun, kisah Isra’ Mikraj membuktikan tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang
merentasi perjalanan yang sangat jauh sehinggakan ia hanya berlaku
dalam satu malam. Kisah misteri yang kami mahu bawakan kepada anda
adalah tentang misteri kapal terbang yang hilang secara tiba-tiba dari radar. Bagaimanapun kapal terbang terbang tersebut muncul kembali selang beberapa minit.
Alam ini penuh dengan perkara-perkara yang ajaib. Walaupun di zaman
teknologi yang pesat membangun, namun fenomena ‘Masa berulang’ ataupun
‘Waktu berputar kembali’ sukar untuk dijelaskan. Secara teori misteri Waktu Berputar Kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang mengalaminya secara sengaja setakat ini. Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya.
Jadi, seandainya suatu benda bergerak dengan kecepatan 300,000 km/saat
ataupun atau 186,000 batu sesaat, maka ruang dapat dipendakkkan, dan
waktu dapat diperlambatkan.
Ada sebuah kisah… Pada awal tahun 1994, sebuah pesawat penumpang Itali melintasi ruang udara pantai Afrika. Dengan tiba-tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan.
Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana
menyangka pesawat itu telah terhempas, pesawat tersebut muncul kembali
di ruang udara, dan radar dapat mengesan kembali koordinat pesawat
tersebut. Pesawat itu mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah. Namun, kru kapal dan 315 penumpangnya sama sekali tidak tahu bahawa mereka pernah “hilang”.
Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten
kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat
berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari
Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana
mungkin kami semua ‘hilang’?”.Tetapi yang menjadi misteri dan
membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah ‘hilang’ ialah ketika
mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada
1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu,
sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga
telah ‘hilang’ selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang
Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat
yang sama dimana ia dilaporkan ‘hilang’. Pesawat tersebut tiba dengan
selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah
terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena
ini adalah : “dalam sesaat ‘kehilangan’ itu, waktu ‘berhenti’ tidak
bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali.”
Duit moden ditemui dalam kuil purba.
Sewaktu pesawat penumpang Italia mengalami fenomena masa yang aneh
ini pada tahun yang sama, dilaporkan bahawa fenomena tersebut telah
berlaku di Mesir. Sekeping duit syiling perak dari zaman lebih
baru yang belum di edarkan ketika 4000 tahun yang lalu, terpendam di
dasar sebuah Kuil Dewa Matahari. Ketika itu, sebuah pasukan
arkeologi dari Perancis, tiba di daerah penempatan pertama manusia di
tepi Sungai Nil. Di situ mereka menemui sebuah Kuil Dewa Matahari yang
berusia 4000. Kuil itu sungguh usang dan telah runtuh kerana dimakan
usia. Yang tinggal hanyalah struktur yang paling kukuh iaitu
tiang-tiangnya sahaja.
Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu
kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah
tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika.
Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi
sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan
adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan
cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih
belum lagi dipasarkan… Timbul dua persoalan yang membingungkan para
saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika
boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia
4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997
boleh ditemui pada tahun 1994?
Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)
Mungkin fenomena kembali ke masa lampau boleh dikatakan sebagai
mustahil serta ianya hanyalah suatu kebetulan oleh sesetengah orang.
Namun seorang ahli fizik telah membocorkan rahsia yang sangat sulit dari
NATO. Dalam fakta yang digambarkan dalam laporan tersebut beliau
menceritakan, “Dalam suatu latihan terbang dari Eropa Timur pada tahun
1982, seorang pilot NATO melihat ratusan ekor dinosaurus. Juruterbang tersebut telah melalui daratan Afrika zaman prasejarah“.
“Dalam suatu penerbangan yang lain, seorang juruterbang telah
‘tersesat’ ke zaman Perang Jerman (Perang Dunia ke-2). Pilot tentara
Sekutu dan pesawat tempur Jerman melihat-nya, dan hanya dalam waktu satu
minit kemudian, ia kembali ke alam nyata.
Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?
Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk
menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita
kembali ke masa lalu.Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya.
Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu
km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat
diperlambatkan.
Seorang ahli fizik dari Universiti California menganggarkan bahawa
manusia memerlukan 200 ribu tahun untuk sampai ke Andromeda (Galaksi
yang paling hampir dengan galaksi kita). Jika kita menaiki sebuah kapal angkasa yang berkecepatan cahaya pula, masa yang diperlukan ialah 20 tahun.
Tetapi adakah akan wujud kenderaan yang berkepantasan begitu nanti.
Seperti kapal angkasa dalam cerita Star Trek? Yang diketahui hanyalah
para malaikat serta jin yang memiliki kepantasan seperti kepantasan
cahaya.
Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya.
Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti
bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu”.
Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan” Einstein dan
searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan
bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi,
kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.
Segitiga perkaitan antara masa dan ruang serta kecepatan cahaya
Sehingga kini, fenomena ‘Masa berulang’ tidak lagi merupakan sebuah rahsia besar yang terlalu misteri. Apa yang diperlukan untuk kita kembali ke masa silam ialah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya.
Mungkin juga seperti mesin dalan cerita ‘The Time Machine’ ataupun
‘Back To The Future’. Kedengaran seperti khayalan, namun siapa yang tahu
apa yang akan dicipta pada masa yang akan datang? Tiada yang mustahil
di zaman ini. Sama-samalah kita renungkannya…
sumber http://amekaw.com/2012/12/misteri-masa-berputar-kembali-yang-tidak-terjawab/
Ahad, 16 Jun 2013
Misteri Masa Berputar Kembali Yang Tidak Terjawab
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan