Benarkah Tarbiah dalam PAS semakin merosot..??
oleh Zulkifli Yahaya
PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak tercetusnya era kepimpinan
ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS sangat berbangga dengan
kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti berbanding lawan
tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan keluarga
mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama
ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh
gemilang itu.
Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang
namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah
tak pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah,
bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program
membina kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.
Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik
negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU
nyaris-nyaris menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS
wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di negeri yang dahulunya menjadi
tanah gersang perjuangan PAS.
Namun di sebalik kejayaan dan kegagahan di mata masyarakat itu catatan
dalamannya pula tidak secantik dahulu. Zaman kegemilangan tarbiyah itu
seolah-olah berlalu pergi.
Dalam mana-mana organisasi, Islam atau sekular, perbezaan sikap dan
pandangan adalah perkara biasa. Berbeza pandangan bukan satu jenayah.
Wujudnya mazhab yang empat adalah kerana berbeza fahaman, pandangan dan
ijtihad. Allah menganugerahkan dua pahala untuk ijtihad yang betul dan
satu pahala untuk ijtihad yang tidak tepat. Sebabnya, Allah suka
hambanya yang berfikir dan berfikir pula mestilah berlandaskan ilmu.
Anehnya, berbeza pandangan dalam jamaah mutakhir ini dihadapi oleh
golongan tidak sealiran bukan dengan hujah-hujah ilmiah tetapi dengan
persendaan melampau serta penghinaan yang bertubi-tubi. Kewujudan media
sosial dijadikan platform untuk melepaskan geram terhadap
pemimpin-pemimpin tertentu tanpa batasan akhlak. Asal terungkap
'kesilapan' atau salah pengertian dari kenyataan pemimpin tertentu maka
akan dilanyak bertali temali.
Sebenarnya Islam sangat menggalakkan muhasabah atau kritikan untuk
membaiki. Tapi muhasabah adalah lahir lubuk nurani yang ikhlas untuk
membetulkan. Ia berbeza dengan sindiran, penghinaan atau kutukan.
Istilah seperti 'Fil qudha', 'kari ayam', 'tahan teksi', 'komunis' dan
sebagainya sengaja dikeluarkan untuk mengejek pemimpin tertentu dalam
parti. Rasanya ajaran syiah sekalipun tidak mengajar pengikutnya
sebiadap ini. Kebiadapan seperti ini bukan baru, malahan berlarutan
sejak bertahun.
Oleh kerana berbeza pandangan diraikan dalam Islam dan berhujah
berlandaskan ilmu digalakkan oleh Islam, apakah salahnya golongan yang
tidak berpuas hati terhadap kenyataan pemimpin tertentu berjumpa secara
berdepan meminta penjelasan atau berhujah dari akal, hati dan lidah.
Bukankah sepatutnya itu manifestasi tarbiyah?
Saya tertarik dengan kenyataan terbaru Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin
Hasan Tantawi perihal pentingnya amal tarbawi dalam jamaah. Katanya,
tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak
konsisten bakal mengundang 1001 masaalah dalaman yang mencetus konflik
atau krisis.
"Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat
acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti
penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut
masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai
pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka
ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.
"Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan
dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan
jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan
spiritual Harakah Islamiyyah," ujarnya.
Entahlah, melihat situasi terkini kadang-kadang terasa macam ahli-ahli
PAS sedang 'ditarbiyah' oleh pihak lain. Pesanan Ustaz Idris Ahmad, AJK
PAS Pusat rasanya menepati situasi terlajak ahli-ahli PAS ini. Katanya,
"Jangan kita gopoh untuk mendapat kemenangan sehingga kita lupa asas
perjuangan. Kadang-kadang kita sudah hilang adab dalam berjamaah.
Bermusuh sesama sendiri, kutuk sesama sendiri. Sehingga sudah tidak tahu
membezakan antara prinsip dan strategi. Hendak menjaga hati orang luar,
lebih daripada hendak menjaga hati sesama sahabat. Manakah sikap kita
sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: "Merendah diri dengan orang
Mukmin dan menujukkan izzah dengan orang bukan Islam"
PRU13 yang baru berakhir adalah masa terbaik bermuhasabah, merancang dan
melaksanakan program menguatkan parti. Parti selamanya akan lemah dan
bermasalah jika tiada kecekapan di kalangan ahli untuk menguruskan
perbezaan pendapat.
Dalam sejarah moden, PAS telah kehilangan sebuah negeri dalam PRU di
mana salah satu faktor kekalahan itu disumbangkan oleh kegagalan
menguruskan perbezaan, sehingga seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa
mereka sedang bertelagah. Negeri tersebut adalah Kedah.
Tarbiah kita semakin merosot
PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak
tercetusnya era kepimpinan ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS
sangat berbangga dengan kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti
berbanding lawan tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan
keluarga mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama
ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh gemilang itu.
Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang
namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah tak
pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah,
bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program membina
kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.
Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik
negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU nyaris-nyaris
menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di
negeri yang dahulunya menjadi tanah gersang perjuangan PAS.
Namun di
sebalik kejayaan dan kegagahan di mata masyarakat itu catatan dalamannya pula
tidak secantik dahulu. Zaman kegemilangan tarbiyah itu seolah-olah berlalu
pergi.
Dalam mana-mana
organisasi, Islam atau sekular, perbezaan sikap dan pandangan adalah perkara
biasa. Berbeza pandangan bukan satu jenayah. Wujudnya mazhab yang empat adalah
kerana berbeza fahaman, pandangan dan ijtihad. Allah menganugerahkan dua pahala
untuk ijtihad yang betul dan satu pahala untuk ijtihad yang tidak tepat.
Sebabnya, Allah suka hambanya yang berfikir dan berfikir pula mestilah
berlandaskan ilmu.
Sumber http://notautara.blogspot.com/2013/06/tarbiah-kita-semakin-merosot.html#more
Tiada ulasan:
Catat Ulasan