Sabtu, 14 Februari 2015

Biodata & Pemimpin Tahap Dunia TG Nik Aziz



image

INI gambar kiri, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masa muda. Muka mereka yang beriman ni, kalau kita pandang , hati kita pun akan terasa tenang dan bahagia. Sebab Nur dan Cahaya keimanan Allah dah kurniakan kepada mereka atas ketaatan mereka dengan perintah Allah dan melakukan segala yang Allah suka.

Tak kira hensem atau tidak, tapi dimuka orang beriman ni seperti ada sesuatu yang buat kita nak tengok muka dia sepanjang masa kan? Agaknya bagaimanalah rupa Rasulullah SAW. Pastinya lebih indah dari segala-galanya. 

Tengok muka saja tak cukup, jom kita tengok biodatanya..

Ringkasan Biodata
YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962. 

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu. 

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.
Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya.

Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
  1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
  2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
  3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.
Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.
Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.



Pemimpin Tahap Dunia Dari Pulau Melaka 

Mengapa disebut demikian? Kerana nama beliau tersenarai di antara 50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia. Nik Aziz  berada di tangga ke 42. Antara senarai Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia ialah:  
  1. His Majesty King Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud, King of Saudi Arabia, Custodian of the Two Holy Mosques.
  2. His Eminence Grand Ayatollah Hajj Sayyid Ali Khamenei, Supreme Leader of the Islamic Republic of Iran.
  3. His Majesty King Mohammed VI, King of Morocco 
  4. His Majesty King Abdullah II bin Al Hussein, King of the Hashemite Kingdom of Jordan 
  5. His Excellency Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of the Republic of Turkey 
  6. His Majesty Sultan Qaboos bin Sa’id al Sa’id, Sultan of Oman 
  7. His Eminence Grand Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Marja of the Hawza, Najaf 
  8. His Eminence Sheikh Al Azhar Dr Muhammad Sayyid Tantawi, Grand Sheikh of the Al Azhar University, Grand Imam of Al Azhar Mosque 
  9. Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars 
  10. His Eminence Sheikh Dr Ali Goma’a, Grand Mufti of the Arab Republic of Egypt 
  11. His Eminence Sheikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aal al Sheikh, Grand Mufti of the Kingdom of Saudi Arabia 
  12. Mohammad Mahdi Akef, Supreme Guide of the Muslim Brotherhood
  13. Hodjaefendi Fethullah Güllen, Turkish Muslim Preacher   
  14. Amr Khaled, Preacher and Social Activist 
  15. Hajji Mohammed Abd al Wahhab, Ameer of the Tablighi Jamaat, PakistanHis 
  16. Royal Eminence Amirul Mu’minin Sheikh as Sultan Muhammadu Sa’adu Abubakar III, Sultan of Sokoto 
  17. Seyyed Hasan Nasrallah, Secretary General of Hezbollah 
  18. Dr KH Achmad Hasyim Muzadi, Chairman of Nahdlatul Ulama, Indonesia 
  19. Sheikh Salman al Ouda, Saudi Scholar and Educator 
  20. His Highness Shah Karim al Hussayni, The Aga Khan IV, 49th Imam of the Ismaili Muslims 
  21. His Highness Emir Sheikh Mohammed bin Rashid al Maktoum, Ruler of Dubai, Prime Minister of the United Arab Emirates 
  22. His Highness General Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan, Crown Prince of Abu Dhabi & Deputy Supreme Commander of the UAE Armed Forces 
  23. Sheikh Dr M Sa’id Ramadan al Bouti, Leading Islamic Scholar in Syria 
  24. His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 
  25. His Eminence Professor Dr Sheikh Ahmad Muhammad al Tayeb, President of Al Azhar University 
  26. His Eminence Mohammad bin Mohammad al Mansour, Imam of the Zaidi Sect of Shi‘a Muslims 
  27. His Eminence Justice Sheikh Muhammad Taqi Usmani, Leading Scholar of Islamic Jurisprudence, Pakistan 
  28. His Excellency President Abdullah Gül, President of the Republic of Turkey 
  29. Sheikh Mohammad Ali al Sabouni, Scholar of Tafsir 
  30. His Eminence Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Deputy-Head of the International Union of Muslim Scholars  
  31. Her Eminence Sheikha Munira Qubeysi, Leader of the Qubeysi Movement 
  32. His Eminence Sheikh Ahmad Tijani Ali Cisse, Leader of Tijaniyya Sufi Order 
  33. Sheikh al Habib Umar bin Hafiz, Director of Dar al Mustafa, Tarim, Yemen 
  34. Khaled Mashaal, Leader of Hamas 
  35. Professor Dr M Din Syamsuddin, Chairman of Muhammadiyya, Indonesia 
  36. Maulana Mahmood Madani, Secretary General of Jamiat Ulemae-Hind, India
  37.  Sheikh Habib Ali Zain al Abideen al Jifri, Director General of the Tabah Foundation, UAE 
  38. Sheikh Hamza Yusuf Hanson, Founder of Zaytuna Institute, USA 
  39. His Eminence Sheikh Professor Dr Mustafa Ceric, Grand Mufti of Bosnia and Herzegovina 
  40. His Excellency Professor Dr Ekmelledin Ihsanoglu, Secretary General of the Organization of the Islamic Conference 
  41. General Mohammad Ali Jafari, Commander of the Revolutionary Guard, Iran 
  42. Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Religious Guide of the Islamic Party of Malaysia  
  43. Motiur Rahman Nizami, Ameer of the Jamaat-e-Islami, Bangladesh 
  44. Professor Sayid Ameen Mian Qaudri, Barelwi Leader and Spiritual Guide 
  45. His Holiness Dr Syedna Mohammad Burhannuddin Saheb, 52nd Da‘i l-Mutlaq of the Dawoodi Bohras  
  46. Dr Abdul Qadeer Khan, Pakistani Nuclear Scientist 
  47. Professor Dr Seyyed Hossein Nasr, Islamic Philosopher 
  48. Abdullah ‘Aa Gym’ Gymnastiar, Indonesian Preacher 
  49. Sheikh Mehmet Nazim Adil al Qubrusi al Haqqani, Leader of Naqshbandi-Haqqani Sufi Order 
  50. His Excellency Dr Abd al Aziz bin Uthman Altwaijiri, Secretary 
Semoga Allah merahmati TGNA. Amin..
(IBNU HASYIM)

Khamis, 12 Februari 2015

Resipi jeruk mangga asam boi

Resipi jeruk mangga asam boi

Assalamualaikum. Resipi jeruk mangga asam boi is coming. Ada yang email dan mesej saya tanya macam mana buat. Nampak sedap dan cantik warnanya kekal kehijauan. Dirumah pun sebotol sederhana besar sudah habis dimakan oleh kaum keluarga. Hubby pun suka jeruk sebab takder cuka bagai. Jadi mana yang suka kandungan jeruk asli tanpa bahan pengawet bolehlah mencubanya.

Jeruk mangga muda sudah sangat terkenal sekarang hingga ada diantara mereka memulakan perniagaan menjual jeruk mangga muda asam boi. Bagi saya tidak salah untuk menjual asalkan biarlah kualiti produk tersebut dalam keadaan yang baik dan tidak terlalu mahal. Pelanggan akan berpuasa hati dan pasti akan mengulangi tempahan lagi.

Kebaikan Mangga Muda

Sebelum resipi jeruk mangga asam boi ini kita bincangkan, mari kita ambil tahu sedikit sebanyak kebaikan mangga muda. Bagus dimakan tetapi harus diambil dalam kuantiti yang tidak keterlaluan.
  • Memiliki vitamin A + B + mineral + kalsium + serat + protein + fostor
  • Kaya dengan vitamin A B C yang dapat memberi keperluan kalsium dan memberi kekuatan pada tulang yang lebih kuat + dapat melawan keradangan + bagus untuk menghasilkan sel2 darah baru
  • Memberi penglihatan mata menjadi cerah
  • Melancarkan saluran pencernaan
  • Baik untuk kesihatan hati kerana kandungan zat besi
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Meningkatkan imunisasi tubuh terhadap gangguan berbagai macam penyakit seperti anemia + kolera +  diare + kanser


Banyakkan kebaikan dan khasiat buah mangga muda. Bukan saja untuk ibu2 mengandung yang gemar makan mangga muda tetapi orang lelaki sekarang pun sudah gemar memakannya. Macam2 kita boleh buat dengan mangga muda. Selain dibuat jeruk mangga asam boi dan salad dengan pelbagai resipi rasa, mangga muda juga sedap dimakan dengan kuah rojak yang ditaburi kekacang tanah. MasyaAllah.. meleleh air liur bila bercerita dengan korang. Esok nak buat jugak kuah rojak. Boleh cicah dengan macam2 makan. 

Orite.. jom tengok apa bahan2 untuk jeruk mangga muda asam boi ni. Banyak ke bahan2nya? Senang ke? Hahhhh... kenalah cuba buat sendiri baru tau rasanya. Kalau buat sendiri ikut sukalah nak sukat banyak mana asam boinya + gulanya + cili untuk kepedasannya. Tak ler banyak komplenkan. Kalau beli diluar macam2 orang nak tipu kita, Ok jom jom ke dapur kita

Bahan2 jeruk mangga muda asam boi



  1. 3 biji mangga muda - ikut suka nak jenis apa
  2. 1/2 mangkuk kecil gula
  3. 5 biji Cili padi
  4. 10 - 12 biji asam boi putih - hiris isinya dan blend = aku suka kasar2
  5. Nak sedap lagi tambah asam kulit limau. Tak perlu blend. Aku x der stock plak.
  6. Kupas mangga muda. Hiris ikut suka asalkan saiznya biar tebal sikit seperti dalam gambar
  7. Rendam mangga dalam air bersih + 1 1/2 sudu kecil garam halus. biarkan 5 minit dan tos kering


Resipi Jeruk mangga asam boi - Masukkan kesemua bahan2 termasuk biji asam boi yang diambil isinya tadi dan gaul rata menggunakan senduk plastik. Kalau pakai tangan nanti pijau atau pedas pula. Jangan ditambah garam kerana masin dari asam boi putih sudah mencukupi. Nanti darah tinggi plak.. 

Resipi Jeruk mangga asam boi - Tidak perlu menggaul terlalu lama kerana boleh merosakkan buah mangga tersebut. Gaul rata sudah mencukupi. Agak2 sajalah. Dah siap simpan dalam bekas atau botol. Ikut pilihan masing2.


Jeruk mangga asam boi sudah siap disimpan dalam botol dan diletak dalam peti ais. Nampak sedap x? Sepatutnya bagus guna mangga muda hijau baru cantik warnanya. Aku sudah terbeli buah mangga susu muda. Oklah tuh. Janji muda keras kenyal. Anyways abaikan warna jeruk mangga asam boi aku sebab bila letak asam boi merah maka jadi beginilah. Request khas dari mertuaku. hehehehe.
Apapun tidak digalakkan mengguna asam boi merah kerana warna asam boi merah boleh mengganggu warna buah mangga yang kuning hijau itu. Jadi tidak berapa cantik. Kannnn?? Apapun terpulang pada kesukaan korang. Kalau nak mencuba apa salahnya. Tekak sendiri yang nak makan. Kannnnn..


Wokey guys.. Resipi dah dapat, apa lagi esok borong mangga muda untuk prepair buatjeruk mangga asam boi. Mana yang kurang suka masam2 tu bagus beli buah mangga muda lemak manis. Pastikan cari yang betul2 muda hijau baru jadi. Kalau dah separuh muda masak tidak sedap dah. 

Nota : Jangan terlalu berlebihan gula kerana boleh menghilangkan rasa jeruk masam asam boi. Sebaiknya secukup rasa lebih sedap dan meletop.

Nota 2: Bagus kita buat sendiri. Puas hati selamat dan boleh adjust rasanya. Tidak perlulah beli online yang belum tentu terjamin selamat bersih dan mahal pula dijual. Kannnn.... Dan lagi sesekali bolehlah makan Jeruk Mangga Asam Boi ni, jangan selalu. Tak bagus untuk kesihatan.

SELAMAT MENCUBA RESIPI JERUK MANGGA ASAM BOI, KALAU SUKA KONGSIKAN PADA SEMUA DAN LIKE

Doa pulih Koma


Doa pulih Koma

Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini akan berlaku kepada mereka yang sakit dan tidak sedarkan diri pada masa yang lama. Ada yang komauntuk beberapa hari sahaja dan ada pula yang makan berbulan2 dan bertahun2. Namun apa sahaja yang berlaku itu semuanya atas kehendak dariNya. Dan kita sebagai hambaNya harus berusaha dan berdoa meminta untuk disembuhkan.

Doa pulih dari Koma adalah salah satu cara untuk menyedarkan mereka yang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Amalkan dan baca dengan memasangkan niat yang sempurna.

COMA - DOA KOMA
Cara2 merawat orang yang sedang KOMA
  • Redha dan ikhlas dengan ketentuan Allah SWT
  • Niatkan agar doa ini dapat kesembuhan dari Allah SWT
  • Baca Surah Al Fatihah
  • Selawat Syifa' Tujuh Kali
  • Selawat Tafrijiyyah Tujuh Kali
  • Doa rawatan Koma dibaca Tujuh Kali. Lihat doa dibawah ini

"Maha Suci Allah Tuhan yang urusanNya antara KAF dan NUN. Maha Suci Allah yang urusanNya apabila DIA menghendaki sesuatu, ia berkata "Jadilah" maka akan Jadilah. Aku bermohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung agar DIA menyembuhkan dikau"
Dan ayat tambahan kepada bacaan doa ini. Sangat berkesan insyaAllah dengan izin Allah SWT. Baca tambahan Surah Yaasin dari Ayat 1 - 9 kemudian baca doa satu lagi dibawah ini.


"Ya Allah yang cahayaNya ada dalam rahsianya dan rahsianya ada dalam makhlukNya peliharalah aku daripada mata orang2 yang memandang, hati orang2 yang hasad dan melampau sebagaimana terpeliharanya ROH akan JASAD, sesungguhnya Engkau Maka Kuasa atas segala Sesuatu"
Nota
Mudah2an dengan doa memohon pertolongan dari Allah SWT insyaAllah akan sedarlah saudara2 kita dari Koma. Jangan berhenti berzikir dan mohon dariNya. Surah Yassin adalah satu2nya penawar segalanya. Amalkan..

sumber http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/doa-pulih-koma.html

Isnin, 9 Februari 2015

Kuala Lumpur Dahulu

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai ibu negara Malaysia sebaik saja negara ini bebas dari penjajahan British. Bagaimana agaknya wajah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu?
Kami bawakan untuk anda wajah-wajah klasik Kuala Lumpur dari zaman seawal 1880-an hingga ke zaman 90-an seperti yang telah dikongsikan di Tumblr Vintage KL.
Kami percaya gambar-gambar ini pasti membawa kembali nostalgia lama buat Gen X dan memberi keterujaan untuk Gen Y mengenali Kuala Lumpur di masa silam.
1. 1888 – Sukarelawan kebakaran di Jalan High Street ( kini Jalan Tun HS Lee). Ya anda tak silap baca, ini gambar dari zaman 1888. Jauh di masa silam.
kuala-lumpur-88
2. Sekitar 1920 – Hiasan dalaman sebuah banglow di pinggir Sg Klang. Rumah ini di diami oleh Major R.J.H Sidney, guru besar Victoria Institution.
kuala-lumpur-1920
3. 1920 – Stesen KTM
kuala-lumpur-1920b
4. 1923 – Members of the (Dutch?) Far Eastern Association of Tropical Medicine sedang meninjau sistem perparitan sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur
kuala-lumpur-1923
5. 1929 – Platform No 4, Keretapi Tanah Melayu
keretapi-tanah-melayu-KTM
6. 1948 – Lapangan Terbang Sg Besi
kuala-lumpur-1948
7. 1950 – Warga British di Kuala Lumpur Rubber Plantation (kini bangunan Lembaga Getah Asli)
kuala-lumpur
8. 1950 – Peace Corp mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi
kuala-lumpur-1950
9. 1953 – Isteri President Richard Nixon melawat Sekolah Perempuan Methodist
kuala-lumpur-1953
10. 1959 – Perpustakaan Universiti Malaya
kuala-lumpur-1959
11. 1960 – Pejabat IBM Malaysia di Jalan Pudu
kuala-lumpur-1960e
12. 1960 – 2 bas di Jalan Sultan Sulaiman, berhampiran stesen KTM
kuala-lumpur-1960
13. 1960 – Kg Baru, wanita ini sedang berhari raya. Klasiknya!
HARI RAYA
14. 1960 –  South Building, Jalan Ampang
kuala-lumpur-1960c
15. 1960 – Pasaraya Robinsons di Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak)
kuala-lumpur-1960d
16. 1963 – Pelakon Willliam Holden and Tetsuro Tamba, di lokasi filen ‘Seventh Dawn’. Lokasi kemungkinan besar di Stesen KTM.
kuala-lumpur-1963
17. 1965 – Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra di Stadium Merdeka
kuala lumpur-1965
18. 1966 – Subang Airport. Kapal terbang yang membawa Presiden Lyndon B Johnson.
kuala-lumpur-1966
19. 1966 – wanita dan kacamata. Ini adalah di dalam bangunan Standard Chartered Bank, Jalan Melaka, KL. Teringat pop yeh yeh!
kuala-lumpur-1966b
20. 1970 – Subang Airport, balai ketibaan selatan
subang-airport-1972
21. 1970 – Pusat Lumba Kereta Batu 3, Shah Alam (kini dah jadi kawasan perumahan)
kuala-lumpur-1970
22. 1971 – Bangunan Abdul Samad; sewaktu banjir kilat
bangunan-sultan-abdul-samad
23. 1971 – Keratan akhbar The Straits Times bertarikh 6 Jan 1971
kuala-lumpur-1971
24. 1972 – Orkestra RTM mengiringi sebuah persembahan TV Malaysia iaitu rancangan Keroncong Merdeka 1972
kuala-lumpur-1972
25. 1976 – Miss Malaysia Cik Puteh Naziadin dan kereta Datsun 120Y. Wah wah, memang cantik lah!
kuala-lumpur-1976
26. 1980 – Kumpulan Rock! Rockers mana la ni. Anda kenal?
kuala-lumpur-1980
27. 1980 – Jalan Chow Kit
kuala-lumpur-1980b
28. 1982 – Seorang pekerja mengendalikan botol minuman 7UP di kilang Kuala Lumpur Glass Manufacturers Company
kuala-lumpur-1982
29. 1983 – Di hadapan Kompleks Dayabumi. Lihatlah fesyen tudung orang dulu-dulu.
kuala-lumpur-1983
30. 1986 – Lawatan ke Tugu Negara. Nampaknya design Handbag LV memang long lasting dan tak lapuk dek zaman (alasan untuk membeli, hehe)
tugu-negara
31. 1986 – Gambar ‘couple’ di Stesen Bas Pudu
kuala-lumpur-1986
32. 1988 – Pesawat Cessna di Lapangan Terbang Subang
subang-airport-1988
33. 1989 – Petaling Street
kuala-lumpur-1989
34. 1990 – Kedai burung di Jalan Sultan, Chinatown
kuala-lumpur-1990
Amacam? Nostalgia kan?

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular