Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5
Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa berlalu.. Sekejap saja dah nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabar nak tunggu tuh.
Anyways mari kita sambung balik tajuk utama kita tentang kelebihan Bismillah 7 dan satu lagi amalan Bismillah 5. Sebenarnya khasiat Bismillah dan doa2 ini aku kumpul dari info sahabat2, atok, arwah nenek dan buku2 doa yang terhimpun di rumah. Memang kegemaran aku suka mengumpul kitab2 lama dan baru.
Kelmarin sudah berkongsi akan kelebihan Bismillah 7 boleh mengubati atau menjadi penawar racun berbisa. Namun jika amalan Bismillah 7 ini disalah gunakan boleh membawa kepada kemudaratan atau menyusahkan orang yang membuat kuih seperti roti, donat, tapai atau apa jua yang menggunakan yis. Jika seseorang yang pengamal doa Bismillah 7 berlalu atau menghampiri tempat orang yang sedang membuat kuih yang menggunakan bahan penaik seperti YIS atau PENAIK ROTI boleh menyebabkan kuih yang menggunakan YIS tersebut tidak menjadi dan keras.
Makanya setiap yang berlaku ada penawarnya. Orang yang membuat roti tersebut harus juga mengamalkan doa Bismillah 5 agar perkara sebegini tidak berlaku. Sikap hasad dengki dan iri hati sentiasa ada pada diri manusia. Perkara sebegini akan berlaku pada sesiapa pun. Jadi amalkan doa Bismillah 5 untuk pendinding dari manusia2 pendengki. Baca Bismillah 5 dibawah ini...
maksud doa ini :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Dengan Nama Allah yang Menyembuhkan, Dengan nama Allah yang Mencukupi, Dengan nama Allah yang memberi Kesejahteraan, Dengan nama Allah yangg tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan DIA maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Nota
Amalkan doa2 dan ayat Quran dengan memasang niat yang baik agar semua perkara yang kita lakukan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Hindarilah diri dari melakukan perkara2 yang menyengutukan Allah SWT dan membuat perkara2 yang buruk kepada saudara seislam sendiri. INGAT bahawa DIA lebih Maha Melihat dan Maha tahu apa yang hamba-Nya lakukan. Selamat berdoa...
Terima kasih share
BalasPadam