[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia
Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo
Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia. Sebenarnya banyak lagi tempat yg menarik di dunia ini, tapi saya memilih 5 tempat ini kerana keunikannya dan tiada tempat yang lain yang sama dengannya. 5 tempat ini sangat unik, menarik dan mempesonakan.
Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan.
Tempat yang terletak berhampiran bandar kecil Darvaz, di Uzbekistan ini dipanggil oleh penduduk tempatan "Pintu Neraka". Saya mengklasifikasikan Darvaza sebagai salah satu tempat yang harus dilawat setiap pengembara yang serius. Baca selanjutnya tentang Pintu Neraka di Darvaz, Uzbekistan di entri saya sebelum ini: Selamat Datang ke Pintu Neraka.
Bukit Pasir Besar di Pyla, Perancis.
GAMBAR 360 BUKIT PASIR BESAR PYLA
Seperti kita ketahui bahawa Eropah tidak mempunyai gurun,tapi andaian ini salah. Eropah mempunyai Pyla yang unik, panjang 3km, lebar 500m dan ketinggian 100m. Selain keunikan bukit pasir, yang juga menakjubkan adalah pemandangan sekitarnya dari ketinggian di mana kita dapat melihat laut dan hutan. Ini kerana bukit pasir jauh lebih tinggi dari hutan.Gunung Roraima di Venezuela, Brazil dan Guyana
Gunung Roraima adalah tempat yang sangat indah. Batu gunung berbentuk seperti tudung adalah unik kerana ianya seperti meja di awan. Satu-satunya cara untuk mencapai puncaknya setinggi 400m adalah dengan menaiki trek tangga yang sudah disediakan oleh kerajaan Venezuela. Cara lain yang biasanya tidak digalakkan untuk dilakukan adalah memanjat tebing. Di sana, hujan turun hampir setiap hari, menyiram tanaman anggur yang terletak di bumbungnya.
Rotorua di New Zealand
Rotorua adalah sebuah bandar tepi pantai di Teluk Plenty, Utara New Zealand. Keunikan daerah ini adalah jumlah kolam sumber air panas, terutama Pohutu Geyser di Whakarewarewa dan lumpur-lumpur mendidih. Daerah ini sangat unik dan menarik sehingga ramai pelancong berkunjung ke sana.
Socotra di Yaman
Socotra adalah tempat yang paling aneh dan paling unik di dunia. Hampir semuanya aneh, mulai dari bentuk pokok dan lingkungan persekitarannya. Ianya sangat terpencil dan iklimnya kering. Tanaman atau apa pun yang tumbuh di sana kelihatan aneh. Tanaman terkenal seperti Pokok Darah Naga, mempunyai bentuk yang sangat aneh, kelihatan seperti payung. Pohon itu menghasilkan getah merah dan orang menggelarnya 'darah naga'. Ada juga haiwan di sini, seperti burung, labah-labah dan haiwan asli yang lain. Dan juga terumbu berbatu juga, bentuknya tidak umum dan hanya ada di pulau itu.
http://www.kongsicerita.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan