Isnin, 13 Jun 2011

PEMANDANGAN Selepas GENAP 3 BULAN Jepun Dilanda Tsunami

PEMANDANGAN Selepas GENAP 3 BULAN Jepun Dilanda Tsunami

Hari ini genap tiga bulan Jepun berhadapan dengan mala petaka berganda pada 11 Mac lalu. Gempa bumi yang dahsyat dan menyebabkan tsunami yang melanda kawasan-kawasan bandar dan surut kembali ke pantai.

Gelombang air telah memusnahkah puluhan ribu bangunan, melahap hampir apa sahaja di laluannya. Beribu-ribu orang terbunuh dan beratus-ratus mangsa gagal ditemui.

Gambar menyayat hati kemusnahan dan ahli keluarga yang berputus asa mencari orang-orang tercinta di sebalik runtuhan rumah mereka beredar di seluruh dunia.

Bagaimanapun hari ini selepas tiga bulan, gambar-gambar di bawah menunjukkan masyarakat Jepun tidak pernah patah semangat dan berputus asa walaupun bencana besar melanda tanah air mereka, mereka cekal mengatur selangkah demi langkah untuk membina semula negara mereka.

Kapal mewah 'Hamayuri' terdampar di atas bumbung salah sebuah rumah penginapan kerana dibawa ombak tsunami dan sebahagian bangunan ini telah dipindahkan dari bandar Otsuchi, Wilayah Iwate, (atas) pada tarikh 6 April, dan (bawah) pada tarikh 3 Jun.



Perbandingan keadaan pintu gerbang kuil Shinto dan kawasan sekitarnya di bandar Otsuchi, Wilayah Iwate tiga hari selepas gempa bumi dan tsunami 11 Mac dan (bawah) tempat yang sama pada tarikh 3 Jun.


Sebuah kawasan perumahan yang dilanda tsunami di Natori, Wilayah Miyagi (atas), dan daerah yang sama dengan hanya satu rumah yang tinggal pada tarikh 3 Jun (bawah).


Kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah yang dipenuhi dengan runtuhan rumah di kota Otsuchi, Wilayah Iwate dua hari selepas dilanda gempa (atas) dan daerah yang sama pada tarikh 3 Jun (bawah).


Sebuah pemandangan selepas gempa bumi dan tsunami di Kesennuma, Wilayah Miyagi pada tarikh 15 Mac (atas), dan wilayah yang sama pada tarikh 3 Jun (bawah).


Penduduk tempatan berjalan melalui sisa runtuha di sebuah jalan di Kesennuma, Miyagi Wilayah, untuk mendapatkan sumber air selepas 48 jam dilanda bencana (atas), dan kawasan yang sama pada tarikh 3 Jun (bawah) di mana sebuah tangki besar dan sebuah rumah yang rosak di sisi kiri jalan telah dibersihkan.


Pemandangan selepas gempa bumi dan tsunami di Kesennuma, Wilayah Miyagi pada 20 Mac (kiri), dan daerah yang sama selepas dibangunkan dan sisa runtuhan dibersihkan pada 3 Jun (kanan).


(Atas) bangunan yang dikelilingi oleh sisa runtuhan di Onagawa, Wilayah Miyagi, Jepun timur laut, pada tarikh 16 Mac 2011, sehari selepas dilanda gempa bumi dan tsunami, dan wilayah yang sama (bawah) dengan hampir semua sisa runtuhan telah dibersihkan.


Pantai ini penuh dengan sisa rumah-rumah yang hancur di Ishinomaki, Miyagi Wilayah, Jepun timur laut, sehari selepas gempa bumi dan tsunami (atas), dan daerah yang sama (bawah) dengan sisa rumah-rumah dan sampah dibersihkan pada 3 Jun 2011.


Sebuah kapal dibawa oleh arus tsunami sehingga tersangkut di sebalik sisa runtuhan lain pada tarikh 12 Mac (kiri) , sementara seorang lelaki menaiki basikal melewati seorang pejalan kaki di jalan yang sama pada 4 Jun 2011 di Miyako, Wilayah Iwate, Jepun utara-timur (kanan).


Sekumpulan petugas pemadam kebakaran bergerak untuk operasi penyelamat pada 13 Mac (atas), sementara (bawah), sebuah lori melalui jalan yang sama berderet dengan tiang elektrik pada 6 Jun di Minamisanriku, Wilayah Miyagi, Jepun timur laut.

http://pulakdah.blogspot.com/

Kredit : AP,Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular