Isnin, 6 Jun 2011

Sayangilah Kucing - Baik Untuk Kesihatan

Korang suka dengan kucing? Berapa ramai yang takut kucing? Sila angkat tangan..! hehehe, segelintir sahaja yang takut kucing. Kucing boleh dikatakan terdapat diseluruh pelusuk dunia. Kucing juga ada bermacam-macam jenis, yang biasa kita dengar kucing siam dan kucing parsi. Hehehe.. pada aku jenis-jenis kucing sama juga macam jenis-jenis manusia.

Kucing Sebagai Terapi
Ohya, aku boleh dikatakan 'hantu' kucing. Asal jumpa kucing je mesti nak peluk cium. Bukannya apa, coz diorang ni terlalu dan teramatlah comey. Keletah dia, sifat ingin tahu dia kengkadang boleh membuatkan kita hilang stress dalam masa yang sama boleh buat kita tersenyum. Aku pernah dengar ada negara kat luar sana menggunakan khidmat kucing sebagai terapi. Setiap seminggu sekali diorang akan membawa kucing-kucing tu kerumah orang-orang tua, dan  mereka menerima baik kucing-kucing tersebut malah dijadikan anak angkat. Apa yang penting, kucing-kucing tersebut telah menghilangkan rasa rindu dan kesepian mereka terhadap anak-anak yang telah mengabaikan mereka. Terapi ini juga berkesan terhadap kanak-kanak istimewa (penghidap autisme).
 Every cat owner knows the benefits of petting a cat. It's relaxing, the stresses of the day disappear, the blood pressure drops and the heart rate slows. Therapy cats provide this relaxation -- and much more -- to people who are shut in, lonely, sick, or troubled. A visit from a therapy cat and her owner is a break in the daily routine for people living in a care facility -- always a welcome treat. And a cat provides a kind of love and comfort that only comes from pets. - by Liz Palika.

Kucing Mengurangkan Risiko Alergi
Kanak-kanak yang mana membesar bersama kucing mahupun anjing, risiko untuk mendapat  alergi boleh dikurangkan sehingga 50 peratus. Di Detroit, menurut kajian doktor keatas 474 kanak-kanak yang sehat, dimana sebahagaian daripadanya didedahkan dengan dua ekor kucing dan anjing manakala yang sebahagian lagi tidak. Keputusannya, kanak-kanak yang telah didedahkan dengan kucing dan anjing risiko mendapat alergi mereka lebih rendah iaitu separuh berbanding dengan kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan kucing dan anjing. 

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan kajian doktor tu. Tapi pada pendapat aku sendiri, ianya memang benar, tak mustahil. Apa-apa hal pun kucing adalah haiwan yang comel kan? kan? kan? hhehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular