Rabu, 30 September 2009

Benarkah: Batu Terapung Di Palestin



Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. .

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet.

Gambar PALSU 1

Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )


Gambar PALSU 2

Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?


Gambar PALSU 3

Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?


Gambar PALSU 4

Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?


Gambar PALSU 5

Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang ASLInya...?


Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..

Batu Terapung Sebenar Dalam Peristiwa Isra' Mikraj

Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.

SOALAN:

Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya.. – ZAINAL AHMAD

JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan) . Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi.. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”

“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.


Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa..

Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Satu lagi gambar asli dan sahih Batu Terapung. Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung.

Meneliti Batu Terapung

Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Keadaan Berubah

Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia

Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.



























Dipetik dari email: On Wed, 9/30/09, Ahmad Warid Che Rohani <awarid78@gmail.com> wrote:

From: Ahmad Warid Che Rohani
Subject: Fwd: BENARKAH : Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Di Palestin
To: "raja alias" <rajasetiu@yahoo.com.my>, "azizah VSB" <aziejamil@yahoo.com.my>, "pak hamid" <kh_chehamid@yahoo.com>, "hashim Kub" <canggih.malaysia@yahoo.com>, "khairul bidin" <khairulbidin@yahoo.com>
Date: Wednesday, September 30, 2009, 11:28 AM



Peluang Perniagaan





Anda minat berniaga? Ada cita-cita untuk menjadi usahawan. Setiap usahawan yang berjaya berasal dari perancangan awalnya lagi. Dengan plan-plan yang tersusun Insyallah. Untuk membuat pelan perniagaan pun mesti ada ilmu. Ilmu boleh didapati dari banyak sumber seperti bertanya dengan orang yang lebih pakar, berkursus atau seminar, membeli buku dan sebagainya.

Sebagai perkongsian ilmu, saya mencadangkan anda mendapatkan koleksi contoh pelan perniagaan di bawah yang boleh didapati secara Percuma. Ya saya ulang percuma la bro! Kalau biasa mesti dah beratus RM harganya

Kalau tak nak guna pun tak salah jika kita menyimpan ilmu-ilmu sebegini dalam hard disk kita Boleh share dengan kawan-kawan.

Di dalam Koleksi ini mengandungi 20 Rahsia Contoh Rancangan Perniagaan Yang Berjaya !!

7 Pelan Bisnes Cendawan
17 Rahsia pelan bisnes penternakan burung puyuh
17 Rahsia pelan bisnes salon kecantikan
Rahsia Pelan bisnes Percetakan
Penternakan kambing
Memulakan Bisnes Kedai Dobi
Pelan Bisnes Makanan Ringan
Pelan Bisnes Ikan Keli
Pelan Bisnes Restoran
Pelan Bisnes Ladang Sayur-sayuran
Rancangan perniagaan Bakeri
Rancangan perniagaan baja organik
Rancangan Perniagaan Catering
Rancangan perniagaan Cyber Cafe
Rancangan Perniagaan Buah Naga
Rancangan Perniagaan Frozen Food
Rancangan Perniagaan Jahitan
Rancangan Perniagaan Koperasi
Rancangan Perniaagaan Lembu
Rancangan Perniaagaan Komunikasi





Dapatkan Koleksi Percuma di atas dan banyak lagi & Tips Bisnes yang menarik sekarang juga sementara ia masih FREE !!
Sila daftar email anda dan confirmkan semula untuk activate dan anda akan mendapat link untuk download semua koleksi pelan perniagaan di atas.
Sila klik pada link dibawah untuk download percuma…

Selasa, 29 September 2009

Pendapatan haram

Pendapatan haram
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:”Tidak seorangpun yang bekerja untuk mendapatkan kekayaan dengan jalan haram kemudian ia membelanjakan padanya dengan harapan mendapat berkat daripadanya dan ia bersedekah dengannya dengan harapan sedekah itu akan diterima dan meninggalkan harta pusaka (sesudah meninggal) melainkan semua itu sebagai bekalannya ke neraka...” Riwayat Ahmad
Huraian:
1. Melibatkan diri dalam kegiatan yang haram hukumnya adalah haram. Begitu juga hasil pendapatan dari yang haram hukumnya adalah haram.
2. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti ahli profesional iaitu sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merangkumi ganjaran daripada khidmatnya seperti khidmat guaman, juru perunding dan sebagainya.
3. Gaji dan pendapatan bebas adalah wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat yang tertentu seperti: Islam, pemilikan sempurna, pendapatan/hasil,cukup nisab dan haul. Kadar zakatnya adalah 2.5% iaitu berpandukan kepada kadar zakat emas kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk matawang atau nilai wang.
4. Pendapatan yang diperolehi oleh seseorang daripada sumber yang haram seperti wang riba, perjudian dan seumpamanya hendaklah ditolak dari kiraan pendapatan yang dizakatkan. Pendapatan-pendapatan ini hendaklah diserahkan kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Dipetik dari mstar 

Jumaat, 18 September 2009



ANTARA 2 DARJAT

ANTARA 2 DARJAT

17 September 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 6:07 PM    


Salam 2 all.

Saya terharu membaca berita hari ini berkenaan dengan kembali Makcik Mariam Johari, makcik kita yang tersangkut di Korea Selatan selama lebih 64 tahun. Saya terharu melihat usaha anak-anak Allahyarham yang tidak pernah kenal jemu berusaha untuk mencari dan membawa ibu mereka pulang.

Allahyarham Makcik Mariam pernah kembali sekali pada 04 September 2007, dan sempat bertemu dengan anak-anak dan kaum keluarga terutama di kampung halamannya Kampung Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Allahyarham kembali ke Korea pada 12 September 2007 kerana beliau masih punya keluarga disana.

Namun perasaan rindukan keluarga asal dan kampungnya menyebabkan tiga bulan lepas Makcik Mariam menelefon keluarga meminta mereka mengambilnya pulang ke Malaysia, kerana teringin berhari raya dan menghabiskan sisa-sisa akhir hidupnya di Malaysia. Namun kesempitan kewangan dan lain-lain menyebabkan keluarga Makcik Mariam terpaksa menahan sabar disamping mencari dana untuk membiayai penerbangan Makcik Mariam balik.

Namun takdir menentu segalanya. Genap dua tahun beliau bertemu keluarga di Malaysia, pada 06 September 2009 Makcik Mariam meninggal dunia di Korea Selatan ketika sedang tidur akibat penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang gagal berfungsi. Jenazah Makcik Mariam akhirnya selamat tiba di KLIA semalam dan dibawa terus ke Masjid Jamek Kota Tinggi untuk dimandikan dan kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Makam dan dikebumikan sebelum waktu berbuka puasa. Begitulah kisah sedih Allahyarham makcik Mariam dan kasih sayang anak-anak beliau kepada ibu mereka.

Tetapi cerita sebaliknya pula berlaku kepada seorang ibu tua berumur 70an yang dihantar oleh anak-anaknya tinggal di Rumah Warga Emas, Jalan Denai 1, Kempas, Johor. Menurut pengasas rumah tersebut Puan Norijah Bidin, ibu tua tersebut dibuang oleh anak-anaknya untuk dijaga oleh mereka.

Baru-baru ini (dipertengahan Ramadhan), anak lelaki ibu tua tersebut berusia 40an telah datang ke Rumah Warga Emas tersebut. Si ibu tua, yang sudah dua tahun tidak beraya dengan anak-anaknya merasa sangat gembira dengan kedatangan anak lelakinya. Sangkanya anak dia datang untuk mengambil dia pulang berhari raya sama. Maka sibuklah ibu tua itu mengemas pakaian dan barang-barang dimasukkan dalam kendung kain batik.

Tanpa si ibu tua sedari, rupa-rupanya si anak datang nak memberitahu yang beliau tidak akan bawa si ibu pulang kerana tiada siapa kononnya akan menjaga si ibu tuan itu nanti. Maka apabila melihat ibunya bersiap, si anak pun dengan pelan-pelan cabut ke kereta untuk meniggalkan tempat tersebut.

Si ibu tua yang melihat anaknya menghidupkan enjin kereta berasa panik dan dengan kelam kabut keluar berlari nak mengikut anaknya. Si anak sial itu terus berjalan tanpa menunggu si ibu tuanya yang termengah-mengah mengejar. Menurut Puan Norijah, kesemua penghuni dan kakitangan disitu melihat adengan menyayat hati apabila si ibu tua itu berlari-lari mengejar kereta si anak sial itu sambil mengendong kain batik berisi pakaiannya. Si anak sialan itu bukan sahaja tidak berhenti, malah makin melajukan kereta walaupun kakitangan disitu menjerit-jerit menyuruh dia berhenti kerana si ibu tuanya sedang mengejar. Hampir 20meter si ibu tua itu mengejar sebelum dia terjelepuk jatuh keletihan, hanya mampu menelan asap kereta yang ditinggalkan si anak sialan itu.

Begitulah secebis kisah rona-rona kehidupan yang berlaku, diantara dua darjat manusia. Satu bersifat insan, satu lagi bersifat kebinatangan.

Moga ALLAH memberikan kita kekuatan untuk terus mengasihi dan menjaga kedua ibu bapa kita, yang jasa mereka tidak akan terbalas oleh kita walau kita hadiahkan mereka dengan segunung emas selautan mutiara.

Ya ALLAH, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kecil. Berilah keampunan kepada mereka, dan lapangkanlah hidup mereka, dan berilah kami menjadi anak yang soleh yang sentiasa berbakti dan berkorban untuk ibu bapa kami..amin".

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
27 Ramadhan 1430 / 17 Sept 2009

Khamis, 17 September 2009

200,000 ENROLMEN UITM...USAHA KITA BERSAMA

From: "bpp@salam.uitm.edu.my"

Sent: Friday, September 11, 2009 9:51:15 AM
Subject: 200,000 ENROLMEN UiTM ..USAHA KITA BERSAMA

Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan

200,000 ENROLMEN UiTM ……..USAHA KITA BERSAMA

Salam Ramadhan Alumni UiTM,

Tarikh tutup permohonan kemasukan pelajar sesi Disember 2009 akan berakhir pada 30 September 2009 (Rabu). Dalam usaha untuk mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM pada tahun 2010, mohon kerjasama semua alumni untuk menghebahkan permohonan kemasukan kepada calon-calon yang terdiri daripada lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/ Politeknik/ lepasan diploma IPT lain dan Diploma UiTM/Kolej Bersekutu.

Permohonan boleh dibuat melalui url http://www.uitmonline.edu.my.

Bantuan dan kerjasama daripada Y. Bhg Dato’/Datin/Prof/ Dr/Tuan/Puan amat dihargai bagi mencapai enrolmen 200,000 pelajar UiTM menjelang tahun 2010.

Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada bpp@salam.uitm.edu.my.

Terima kasih.


Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah
Bangunan UiTM International Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

Hotline : 603 55443165 / 66 / 74 / 75 / 64
Faks : 603 55443170
e-mail : bpp@salam.uitm.edu.my
website : pengambilan.uitm.edu.my

Rabu, 16 September 2009

Hasil Kajian: Lailatul Qadr Lebih Baik Dari 1000 Bulan
Posted on Tuesday, September 15 @ 23:44:01 MYT
Topic: Kajian Al-Qur'an
Kajian Al-Qur'an

http://http://www.megasutra.com

LAILATUL QADR

Sesudah disyariatkan ibadah puasa, dengan harapan umat Islam dapat merealisasi nilai taqwa, Allah SWT melengkapi nikmat-Nya dengan memberikan "Lailatul Qadr". Allah berfirman: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an pada "Lailatul Qadr". Tahukah kalian apakah " Lailatul Qadr" ?. Itulah malam yang lebih utama daripada seribu bulan" (Surah Al-Qadr : 1-3). Seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan.


IMEJ 1

KEUTAMAAN LAILATUL QADR

Ayat yang disebutkan di atas jelas menunjukkan nilai utama bagi malam "Lailatul Qadr". Anas bin Malik RA menyebutkan bahawa yang dimaksud dengan keutamaan disitu adalah bahawa amal ibadah seperti solat, tilawah al-Qur'an, zikir serta amal masyarakat (seperti sadaqah dan zakat), yang dilakukan pada malam itu lebih baik dari seribu bulan berbanding malam-malam yang lain. Dalam riwayat lain Anas bin Malik juga menyampaikan keterangan Rasulullah SAW bahawa `sesungguhnya Allah mengurniakan " Lailatul qadr" untuk umatku, dan tidak memberikannya kepada umat-umat sebelumnya.’

Sementara berkenaan dengan Ayat 4 Surah Al-Qadr, Abdullah bin Abbas RA menyampaikan sabda Rasulullah bahawa pada saat terjadinya Lailatul Qadr, para malaikat turun ke bumi menghampiri hamba-hamba Allah yang sedang qiamullai, atau melakukan zikir, para malaikat mengucapkan salam kepada mereka. Pada malam itu pintu-pintu langit dibuka, dan Allah menerima taubat dari para hambaNya yang bertaubat.

Dalam riwayat Abu Hurairah RA, seperti dinyatakan oleh Bukhari, Muslim dan al Baihaqi, Rasulullah SAW juga pernah menyampaikan "Barang siapa melakukan qiam ( solat malam) pada Lailatul Qadr, atas dasar iman serta semata-mata mencari keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-dosa yang pernah dilakukannya".

Demikian banyaknya keutamaan Lailatul Qadr, sehingga Ibnu Abi Syaibah pernah menyampaikan ungkapan al Hasan al Basri, katanya : "Saya tidak pernah tahu adanya hari atau malam yang lebih utama dari malam yang lainnya, kecuali 'Lailatul Qadr', kerana Lailatul Qadr lebih utama dari (amalan) seribu bulan".

HUKUM MENCARI LAILATUL QADR

Umar pernah menyampaikan sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa mencari Lailatul Qadr, hendaklah ia mencarinya pada malam kedua puluh tujuh" (Hadis Riwayat. Ahmad). Maka para ulama' berkesimpulan bahawa berusaha mencari Lailatul Qadr hukumnya mustahabbah (disunatkan).

Bilakah terjadinya Lailatul Qadr? Sesuai dengan hadis-hadis riwayat Ibnu Umar, Abu Dzar, dan Abu Hurairah, Lailatul Qadr bukannya sekali terjadi pada masa Rasulullah SAW, melainkan ia terus berlangsung pada setiap bulan Ramadhan untuk mashlahat umat Muhammad, sehinggalah hari qiamat. Adapun tentang penentuan bila terjadinya Lailatul Qadr, para ulama berbeza pendapat disebabkan luasnya maklumat hadis Rasulullah, serta pemahaman para sahabat tentang hal tersebut, sebagaimana dibawah ini:

1. Lailatul Qadr terjadi pada malam 17 Ramadhan, malam diturunkan Al-Qur'an. Hal ini disampaikan oleh Zaid bin Arqam, dan Abdullah bin Zubair RA. (Hadis Riwayat. Ibnu Abi Syaibah, Baihaqi dan Bukhari dalam Tarikh)

2. Lailatul Qadr terjadi pada malam-malam ganjil disepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Diriwayatkan oleh Aisyah dari sabda Rasululah SAW: "Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan" (Hadis Riwayat. Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

3. Lailatul Qadr terjadi pada malam tanggal 21 Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Abi Said al Khudri yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

4. Lailatul Qadr terjadi pada malam tanggal 23 bulan Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais al Juhany, seperti dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim.

5. Lailatul Qadr terjadi pada malam tanggal 27 bulan Ramadhan, berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar, seperti diriwayatkan oleh Ahmad. Dan seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, bahawa Umar bin al Khattab, Hudzaifah serta sekumpulan besar sahabat, yakin bahawa Lailatul Qadr terjadi pada malam 27 bulan Ramadhan. Rasulullah SAW seperti diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, juga pernah menyampaikan kepada sahabat yang telah tua dan lemah tak mampu qiam secara berpanjangan dan meminta nasihat kepada beliau bilakah boleh mendapatkan Lailatul Qadr, Rasulullah SAW kemudian menasihati agar ia mencarinya pada malam ke 27 bulan Ramadhan (Hadis Riwayat. Thabrani dan Baihaqi)

6. Seperti difahami dari riwayat Ibnu Umar dan Abi Bakrah yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim, terjadinya Lailatul Qadr mungkin berpindah-pindah pada malam-malam ganjil sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sesuai dengan maklumat terakhir ini, dan kerana pentingnya Lailatul Qadr, maka selayaknya setiap Muslim berupaya selalu mendapatkan Lailatul Qadr pada sepanjang sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.

JADUAL 1

TANDA-TANDA BERLAKU LAILATUL QADR

Seperti diriwayatkan Oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Pada saat terjadinya Lailatul Qadr itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan". Ada sumber menyatakan pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

PETUA IMAM GHAZALLI UNTUK MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari: Ahad atau Rabu - Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan. Isnin - Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan. Selasa - Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan. Khamis - Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan. Sabtu - Lailatul Qadr dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan. Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

APA YANG PERLU DILAKUKAN PADA LAILATUL QADR

1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hari Ramadhan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi keseriusan beribadah pada hari-hari tersebut. Disamping itu seseorang muslim itu disarankan untuk mengajak ahli keluarganya. Hal inilah yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

2. Melakukan iktikaf dengan dengan sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Melakukan qiamullail secara berjama'ah bersama imam, sehinggalah rakaat terakhir, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar RA.

4. Memperbanyak do'a memohon ampunan dan keselamatan kepada Allah dengan lafaz : "Allahumma innaka 'afuwun tuhibul afwa fa'fu 'anni. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA ketika beliau bertanya : "Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan Lailatul qadr, apa yang mesti aku ucapkan"? (Hadis Riwayat. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

JADUAL 2

HASIL KAJIAN

Saya kongsikan Hasil Kajian secara ringkas pada kali ini. Lihat IMEJ 1. Dalam Surah Al-Qadr itu sendiri, perkataan "Lailatul Qadr" sebut sebanyak 3 kali. Bagi setiap perkataan "Lailatul Qadr" terdapat 9 huruf. Maka secara total, jumlah Huruf bagi perkataan "Lailatul Qadr" ialah 27. Bilangan ini SERUPA dengan pendapat paling popular bahawa Lailatul Qadr berlaku pada 27 Ramadhan setiap tahun. Wallahua'lam.
KESIMPULAN

Saya telah perhatikan POSISI bagi setiap perkataan "Lailatul Qadr" itu. Sila lihat JADUAL 1. Jumlah Posisi dari Pangkal dan Hujung Surah Al-Qadr ialah 1008, dan jumlah itu lebih dari angka 1000. Jika 1000 bulan adalah 83 tahun 4 bulan, maka 1008 (jika difahamkan sebagai jumlah bulan) adalah bersamaan dengan 84 tahun. Perhatikan bahawa terdapat 3 jumlah 1008 itu, menjadi 1008:1008:1008. Jika dicampur mendatar, ia akan jadi 9:9:9. Posisi IMPLISIT bagi 1008 dalam 9 Tapak adalah TEPAT 9, iaitu di akhir perkataan "Lailatul Qadr". Maka 9:9:9 juga TEPAT berjumlah 27. Ini SERUPA dengan Jumlah Huruf bagi 3 perkataan "Lailatul Qadr" dalam Surah ini. Saya dapati bahawa "Lailatul Qadr" ini dari segi matematik banyak merujuk kepada ANGKA 9, dan dari ANGKA 21 hingga 30 (sempena 10 malam terakhir) yang didalamnya ada ANGKA 9 hanyalah 27.

Walaupun tumpuan ramai orang adalah malam 27 Ramadhan, sebaik-baiknya kita lebihkan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan, dengan menumpukan pada malam-malam yang ganjil sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. Lakukanlah ibadah kerana Allah SWT semata-mata. Wallahua'lam.

NOTA: Sebelum ini saya telah menulis Hasil Kajian: Lailatul Qadar Dan Malam 27 Ramadhan, anda boleh baca bersama artikel in


SILA LAYARI LAMAN WEB YANG TERTERA UNTUK MELIHAT HASIL KAJIAN LANJUTAN
http://www.megasutra.com








Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.
Di petik dari Megasutra.com

TS Syed Mokhtar Al Bukhary

Khamis September 10, 2009
Hartawan yang tidak pernah lupa nikmat Allah
Susunan ZIEMAN

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary terkenal sebagai seorang yang dermawan. foto THE STAR oleh NG KOK LEONG
JUTAWAN Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi kisah peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.
Mokhtar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia.
Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya.
Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.
JIWA DERMAWAN DIPUPUK IBU AYAH
Tan Sri Syed Mokhtar ketika menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 yang disampaikan oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Zainal Abidin. foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.
Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960-an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970-an selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.
Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan.
Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.
Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah.
Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996.
YAYASAN ALBUKHARY
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ketika merasmikan pameran di Muzium Kesenian Islam. foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF
Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.
Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, Syed Mokhtar sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Atas kesedaran ini, beliau terfikir untuk memberi budak kampung yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara percuma.
Guru yang mengajar digajikan satu jam RM40 untuk ajar budak-budak dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka tidak mahir. Pusat tuisyen sudah berjalan empat tahun dan 22,000 pelajar sudah mendapat manfaat untuk maju dalam pelajaran.
Bukan setakat itu saja, Syed Mokhtar turut menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik daripada 47 negara yang umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian pada peringkat universiti.
Biasiswa Albukhary, program pendidikan antarabangsa itu sudah berjasa kepada 372 pelajar yang ada antara mereka cemerlang di persada antarabangsa.
Selain bidang pendidikan, Yayasan Albukhary turut mengambil tanggungjawab membina masjid dan memastikan pengurusannya berjalan lancar. Setakat ini, yayasan itu sudah membina 20 masjid di bandar dan luar bandar di seluruh negara.
Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara.
Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.
Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa.
Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah.
Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid.
Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.
Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.
Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.
"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar.
Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.
ANAK KELAHIRAN DEB
Kejayaan yang dinikmati Syed Mokhtar adalah hasil daripada langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kata beliau, DEB telah memberi peluang kepadanya untuk bersaing dengan kaum lain dan seterusnya membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu muncul sebagai konglomerat berjaya di pentas antarabangsa.
"Saya adalah anak kelahiran DEB. Melalui bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi terpaksa melalui proses pahit maung dahulu.
"Tiada jalan singkat untuk berjaya walaupun dengan bantuan kerajaan. Bumiputera harus mengambil peluang ini dan membuktikan mereka juga mampu berjaya," katanya.
Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin.
Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.
Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
DARI BIDANG PENGANGKUTAN KE TOKOH KORPORAT
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.
Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.
Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.
Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.
"Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.

di petik dari Mstar

Selasa, 15 September 2009

Khawatim surah at taubah ayat 9

AYAT LAQAD JAAKUM - KHAWATIM SURAH AT-TAUBAH 9:128-129


Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. (Surah At-Taubah 9:128-129)


NOTA: Musuh-musuh Islam menuduh ayat di atas adalah palsu sedangkan ia adalah WAHYU YANG BENAR dan punya banyak kelebihan tersendiri. Saya sarankan agar anda dan diri saya sendiri menghafal Ayat ini dan selalu membacanya. InsyaAllah

Sabtu, 12 September 2009

Hikmat Ayat Seribu Dinar
Contributed by atay on Wednesday, May 06 @ 00:00:00 MYT

AYAT SERIBU DINAR

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا



Maksudnya:



"..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq 65:2-3)


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

-Apa yang dapat disampaikan,hendaklah kita amal dalam kehidupan kita sehari-harian,walaupun dalam susah dan senang,miskin dan kaya,sihat atau sakit, dan dalam apa jua keadaan.

-InsyaAllah, berkat amalan ini, Allah akan pilih yang terbaik untuk setiap hambaNya...

Amin....

Sumber: http://alivewire.wordpress.com/

Note:
Artikel ini adalah sumbangan atay, seorang warga Megasutra. Syabas dan ribuan terima kasih kami rakamkan.




Hasil Kajian: Memperoleh Rezeki Ibarat Hujan
Posted on Tuesday, August 25 @ 05:49:38 MYT
Topic: Kajian Al-Qur'an






Saya menyeru agar anda baca dengan teliti artikel ini, renungkanlah dan VOTE artikel ini sebagai tanda sokongan anda. Lihat blok Article Rating di sebelah kanan, pilih berapa bintang yang mahu anda beri, kemudian klik Cast my Vote! Komen anda juga amat dialu-alukan.



AMALAN-AMALAN UNTUK MURAH REZEKI

Umat Islam disuruh berusaha bersungguh-sungguh bagi memperoleh rezeki yang halal. Usaha itu secara asasnya boleh dibahagi dua iaitu usaha fizikal dan usaha rohaniah. Ia sepatutnya diseimbangkan, maksudnya tidaklah wajar usaha saja tanpa disertai amalan rohaniah, dan tidak wajar melakukan amalan rohaniah saja tanpa berusaha dari sudut fizikal.



DOA REZEKI YANG BERKAT AJARAN RASULULLAH SAW

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku."
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)


MENGENAI REZEKI

Sebelum membincangkan mengenai usaha rohaniah bagi mendatangkan, melancarkan, mempercepatkan dan meluaskan rezeki dan kekayaan, eloklah kita sama-sama memperhatikan hal-hal penting mengenai rezeki, sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Qur'an:

ALLAH PEMBERI REZEKI KEPADA SEKELIAN MAKHLUK

Allah SWT Yang Maha Pencipta sekelian makhlukNya dan Dia Maha Kaya. Allah SWT sentiasa memberikan rezeki kepada sekelian makhlukNya sama ada makhluk itu manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan, sama ada di daratan atau di lautan, di langit atau di bumi, kesemuanya sentiasa diberi rezeki oleh Allah SWT dan ia tidak akan habis. Antara sekelian makhluk ciptaanNya, manusia diberikan kelebihan dari sudut rezeki, sebagaimana maksud firmanNya:

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan. (Surah Al-Isra’ 17:70)


DOA MOHON KEKAYAAN AJARAN RASULULLAH SAW

"Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu, (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu".
(Riwayat At-Tirmidzi)


Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (Surah Hud 11:6)

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-’Ankabut 29:60)

Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Terangkanlah jawabnya: Ialah Allah... (Surah Saba’ 34:24)

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Surah Al-Isra’ 17:31)

ALLAH MEMBAHAGIKAN REZEKI DALAM KEHIDUPAN


Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Dua kalimat yang ringan di lidah (mengucapkannya) tetapi berat timbangan (pahala)nya, dan keduanya disukai Allah SWT ialah : Subhanallahi wa bi hamdih, subhaanallaahil 'azhiim.(Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia, Maha Suci Allah Yang Maha Agung)
(Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2316)


Jelas bahawa hanya Allah SWT yang memberi rezeki kepada makhlukNya. Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Rezeki yang dibahagikanNya tidaklah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Atas kehendakNya, manusia memperolehi rezeki dan kekayaan yang berbeza-beza, dan rezeki dalam kehidupan di dunia ini telah dibahagi-bahagikan oleh Allah SWT, sebagaimana maksud firmanNya:

Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya.. (Surah An-Nahl 16:71)

..Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita) dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain, (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan. (Surah Az-Zukhruf 43:32)


JADUAL 1


Maka rezeki dan kekayaan manusia dalam kehidupan di dunia ini telah dibahagi-bahagikan dan ditentukan oleh Allah SWT. Kita diperintahkanNya untuk berusaha secara zahir dan batin iaitu bekerja sambil berdoa bagi meningkatkan rezeki dan kekayaan, dan ia menjadi bekal ibadat untuk mencapai redha Allah SWT semata-mata.

ALLAH BERKUASA MELUASKAN DAN MENYEMPITKAN REZEKI

Umat Islam diseru agar rajin bekerja dan berusaha agar sesiapa yang dulunya miskin berubah menjadi kaya. Sebaliknya seseorang yang telah kaya dan banyak rezeki boleh menjadi miskin akibat kekayaannya tidak pernah disyukuri untuk beramal, tapi telah menggunakan kekayaan itu untuk tujuan kesombongan dan melakukan maksiat menderhakai Allah. Maka Allah SWT berhak memperluaskan atau menyempitkan rezeki sesiapa saja yang dikehendakiNya. Maksud firmanNya:


IMEJ 1


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya dan mereka (yang ingkar): Bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat. (Surah Ar-Ra'd 13:26)

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (Surah Al-Isra’ 17:30)

Begitu juga maksud firmanNya dalam Surah Al-Ankabut :62, Surah Ar-Rum :37, Surah Saba' :36, Surah Az-Zumar 39:52, Surah Saba' :39 dan Surah Asy-Syura :12.

ALLAH PERINTAHKAN MANUSIA BERUSAHA MENCARI REZEKI

Umat Islam diperintahkan agar berusaha mencari rezeki yang halal dan tidak hanya duduk diam atau hanya berdoa. Ini sesuai dengan maksud firmanNya:


IMEJ 2


Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Surah Al-Jumu’ah 62:10)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. (Surah Al-Ma’idah 5:88)

Kita diperintahkan agar berusaha mencari rezeki yang halal, dan memohon rezeki dari Allah, dan kita diperingatkan agar menyembahNya dan bersyukur kepadaNya agar kita menjadi insan yang bahagia lagi mulia serta beruntung di dunia dan di akhirat:

...Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu, oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya, (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. (Surah Al-'Ankabut 29:17)


JADUAL 2


BERBAGAI JALAN MENCARI REZEKI

Allah SWT Yang Maha Bijaksana telah memberikan berbagai jalan usaha mencari rezeki seperti menjalankan usahaniaga perdagangan, perusahaan, pertanian, perternakan, makan gaji, atau mengolah sumber-sumber alam. Allah SWT memerintahkan agar kita memilih jalan yang diredhaiNya dalam hal mencari rezeki:


JADUAL 3


... padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba... (Surah Al-Baqarah 2:275)

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Surah Al-Baqarah 2:22)

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah, dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula, (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (Surah Al-Mulk 67:15)

Allah SWT Yang Maha Pemberi Rezeki. Segala rezeki dan kekayaan kurniaanNya adalah merupakan jalan untuk beribadah kepadaNya, dan kita wajiblah mensyukuri segala nikmat kurniaanNya itu. Ini patut saya catat sebagai peringatan kepada anda dan diri saya sendiri, agar kita bersyukur ketika kita susah apatah lagi ketika kita senang, kaya raya, punya kedudukan atau pengaruh.


IMEJ 3


ALLAH TUMPUAN PERMOHONAN REZEKI

Allah SWT Maha Kaya lagi Maha Berkuasa. Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki kepada sekelian makhlukNya. Maka kepada Allah sajalah semestinya kita memohon agar dipermudahkan dan diperluaskan rezeki, serta dipercepatkan kedatangan rezeki dan agar kita dihindarkan dari kemiskinan.

Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Dhariyat 51:58)

... dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi limpah kurnia. (Surah Al-Hajj 22:58)


JADUAL 3


... dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Surah Al-Maidah 5:114)

... Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Surah Al-Jumu'ah 62:11)


IMEJ 4


Maka selain dari rajin berusaha mencari rezeki yang halal, kita patutlah melengkapkan usaha itu dengan ikhtiar batin, bertawakkal dan berdoa kepada Allah SWT. Ada berbagai amalan untuk memohon luas rezeki, yang mana sebahagiannya akan dicatat selepas ini, namun secara asasnya kita perlulah selalu memohon ampun kepadaNya (banyakkan taubat dan istighfar), selalu mengingatiNya (dengan berbagai cara termasuk membaca Al-Qur'an dan mempraktikkannya, tasbih, tahmid, takbir, tahlil) dan berdoa kepadaNya agar kita dikurniakan rezeki halal yang melimpah-ruah, dan kita perlu bertekad untuk memanfaatkan rezeki tersebut ke jalan yang Dia redhai.

JALAN UNTUK MURAH REZEKI

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (Surah Al-Jinn 72:16).

Apakah amalan yang patut kita lakukan setiap hari dalam khususnya memohon agar Allah SWT luaskan atau permudahkan rezeki untuk kita, tapi mungkin kita telah mengabaikannya? Sebagai orang Islam, tidaklah wajar jika kita hanya memohon murah rezeki dari Allah SWT tetapi kita tidak melaksanakan perintahNya. Maka eloklah kita sedari dulu bahawa Allah SWT adalah AR-RAHIIM (Maha Penyayang) dan Dia akan utamakan pemberian rezeki yang halal lagi melimpah-ruah kepada orang-orang yang beriman dan yang ikhlas beribadah kepadaNya.

Dari berbagai sumber, punca masalah sempit rezeki antaranya ialah: (1) Tidak mengingati Allah SWT (2) Meninggalkan atau mengabaikan Solat 5 waktu (3) Enggan membayar zakat (4) Derhaka kepada ibu-bapa (5) Mengelak melangsaikan hutang jika berhutang (6) Banyak dosa besar (7) Makan harta riba (8) Makan harta anak-yatim (9) Suka berbohong atau menipu (10) Terlibat memberi dan menerima rasuah (11) Membiarkan ahli keluarga derhaka (12) Tidak menjaga kebersihan tubuh - contohnya buang air kecil tanpa dibersihkan betul-betul. (13) Kedekut ilmu (14) Suka mengadu-domba (15) Suka menabur fitnah.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hambaNya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

BERIMAN, BERTAQWA, BERIBADAH

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki,yang bermaksud: "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).

BANYAKKAN ISTIGHFAR

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi SAW: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Surah Nuh: 10-12).

Minta ampunkan dosa sendiri. Perkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah SWT ialah istighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah SWT akan menurunkan rezeki kepada hambaNya itu.

Dalam JADUAL 3, saya paparkan istighfar yang elok untuk kita selalu baca, iaitu "Astaghfirullahal 'azim, allazi la ilaha illa hu alhaiyul qaiyum wa'atubu ilaik". Dari sudut matematik ianya BERULANG SETARA 777. (IMEJ 4).

TINGGALKAN PERBUATAN DOSA

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW: "… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

وإن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه

MAksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.

SENTIASA INGAT ALLAH

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. FirmanNya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra’d: 28)

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah ( dengan menyebut nama ) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbilah kepadaNya di waktu pagi dan petang ( Surah Al-Ahzab , Ayat 41-42 )

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raf ,ayat 205)

Dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Surah Jumu'ah: Ayat 10)

BERBAKTI DAN DOAKAN IBU BAPA

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi SAW: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka. Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

BUAT BAIK, TOLONG ORANG YANG LEMAH

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

TUNAIKAN HAJAT ORANGLAIN

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi SAW: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

BANYAK BERSELAWAT

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

BANYAK BUAT KEBAJIKAN

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

Beri Makan Kepada Haiwan. Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah SWT akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah SWT yang lain di muka bumi ini. Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah SWT, inikan makhluk Allah SWT yang bernyawa.

Jangan Menyeksa Binatang. Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah SWT. Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah SWT sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.

BERPAGI-PAGI

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

MENJALIN SILATURRAHIM

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

Sambung Silaturahim. Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan. kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim." (HR Bukhari)

KEKAL DALAM WUDUK

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

MEMBAYAR ZAKAT

Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah SWT itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah SWT Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah SWT akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.

BANYAK BERSEDEKAH

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah SWT telah berjanji melalui firmanNya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalanNya.

MEMBIASAKAN SOLAT TAHAJJUD

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

MEMBIASAKAN SOLAT DHUHA

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat. Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah SWT mintalah semoga Allah SWT membuka pintu rezeki.

Sebagai umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi "segalah" - kira-kira 30 minit setelah terbit matahari - kita boleh mengadu untung nasib kepadaNya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki:

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah Ya Razzaq. Sesungguhnya Dhuha itu adalah Dhuha Mu, Kecantikan itu adalah KecantikanMu, Kemulian itu ialah kemuliaanMu, Keindahan itu adalah keindahan Mu, Keagungan itu adalah keagungan Mu, Kebesaran itu adalah kebesaranMu dan Keselamatan itu adalah keselamatanMu. Ya Allah sekiranya rezekiku masih berada di langit maka dengan rahmatMu turunkanlah ia, sekiranya masih berada di dalam bumi keluarkanlah dan sekiranya berada dilaut nampakkanlah. Sekiranya ia haram, Kau sucikanlah, sekiranya ia jauh Kau dekatkanlah dan seandainya ia dekat Kau permudahkanlah. Sekiranya ia sedikit Kau banyakkanlah dan seandainya banyak Kau berkatilah. Serta kurniakanlah keselamatanMu ke atas diriku dan keluargaku.

"Ya Allah. Demi DhuhaMu, kecantikanMu, kemuliaanMu, keindahan Mu, keagungan Mu, kebesaranMu dan keselamatanMu Kau tempatkanlah aku dan kaum keluargaku di antara orang-orang yang soleh dan mendapat sentiasa memperoleh rahmat dariMu. Amin."

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tanganNya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan".

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: "Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha".

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim Ayat 7)

BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) FirmanNya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

ZIKIR DAN MEMBACA AYAT-AYAT QUR'AN

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul Husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir Surah At-Taubah (Ayat 128-129) atau Ayat Laqad Ja'akum jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Baca Surah Al-Waqiah. Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah SAW

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

Banyakkan membaca Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir dan Zikir Hauqulah setiap hari. Lihat JADUAL 2 dan JADUAL 3. Kumpulan zikir ini dari sudut matematik mempunyai Nilai Mufrad BERULANG 818. (IMEJ 3). Semasa Rasulullah SAW bertemu Nabi Ibrahim Khalilullah (peristiwa Isra' Mikraj), Nabi Ibrahim telah berpesan kepada Rasulullah SAW agar menyuruh umat baginda membanyakkan membaca zikir ini. Yang diajarkan itu ialah secara bersambung iaitu "Subhanallahi wal hamdulillahi wa la'ilaha ilallahu wallahu akbar." (Nilai Mufrad BERULANG 616) dan "La haula wala quwwata illa billahil 'aliyil 'azim". (Nilai Mufrad BERULANG 484).

Lihat pula JADUAL 1. Saya paparkan Jadual Tasbih ringkas yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu "Subhanallahi wa bihamdih. Subhanallahil 'azim". Dari sudut Nilai Mufrad, ia BERULANG SETARA 444. (IMEJ 2).

BERDOA

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepadaNya, nescaya Dia akan perkenankan.

Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah SWT. Mengingati Allah SWT sama ada dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT

Selain daripada berusaha dan bertawakkal, kita juga amat dianjurkan untuk selalu berdoa dan memohon kepada Allah. Di bahagian awal artikel ini saya paparkan dua doa murah rezeki yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita mengamalkannya.

Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat Subuh:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima. Direkod oleh Ibn Majah (No: 925).

BERIKHTIAR BERSUNGGUH-SUNGGUH

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaiNya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

BERTAWAKAL

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. FirmanNya: "Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya)." (At-Thalaq: 3)

Nabi SAW bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

KESIMPULAN

Saya ada mencatat mengenai zikir-zikir yang mempunyai Nilai Mufrad BERULANG 444, 777, 818, 616 dan 484 dalam artikel ini. Itu bukanlah bermaksud agar kita hanya amalkan zikir-zikir yang berulang saja. Ia adalah perkongsian maklumat dan berita gembira mengenai cantiknya Islam itu. Mungkin juga Fenomena Berulang yang kita temui dalam zikir-zikir ini (yang sememangnya dibaca berulang-ulang) menjadi pendorong kepada kita agar banyak berzikir mengingatNya selepas ini, dan kita teruskanlah hingga ke akhir hayat kita.

Secara keseluruhannya, marilah kita sama-sama menjadi hambaNya yang lebih taat dan lebih bertaqwa. Kemudian kita serahkanlah kepadaNya untuk mengurniakan sebanyak mana rezeki yang dikehendakiNya ke atas diri kita masing-masing. Dan kita perlu ingat bahawa rezeki yang dikurniakanNya itu adalah sebagai jalan untuk kita melaksanakan ibadah seterusnya kepadaNya. Maka sama-samalah kita melaksanakan perintahNya agar memanfaatkan rezeki tersebut ke jalan yang diredhaiNya. InsyaAllah.













Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam.

Memperolehi Rezeki Ibarat Hujan

DARI MEGASUTRA.COM

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular