Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

12 Amazing Ideas to Decorate Your Home’s Exterior Window

12 Amazing Ideas to Decorate Your Home’s Exterior Window

  


a
If you want to increase the curb appeal of your home then a budget-friendly idea would be to dress the exterior window. So take a look at some ideas to get inspired:

1. Add Life with a Flower Box

1Image via: drevsol



2. Construct a Mini Pergola

2Image via: talefromthecoopkeeper

3. Add a Sliding Door with a Color Pop

3Image via: ncarchitects

4. Hang Planters with a Wooden Awning

4Image via: twelveoaksmanor

5. Install a Shelf with Flower Pots on It

5Image via: chiotsrun



6. Add a Unique Thatched Awning

6Image via: houzz

7. Install Decorative Shutters

7Image via: houzz , houzz

8. Put Wrought Iron Grills

8Image via: houzz , houzz

9. Decorate According to the Holidays

9Image via: the2seasons

10. Let The Seasons Shine Through

10Image via: thegraciousposse , redesignguide

11. Paint it Up

11Image via: flickr

Selasa, 11 November 2014

20 Lokasi Unik Ini Buat Kami Rasa Seperti Berada Di Dunia Fantasi. Menakjubkan!

20 Lokasi Unik Ini Buat Kami Rasa Seperti Berada Di Dunia Fantasi. Menakjubkan!

 
20 lokasi unik dan misteri ini buat kami rasa seperti berada di alam fantasi.
Tapi percayalah! Ia memang wujud.
Dan bukan itu saja, hampir kesemua jambatan yang dibina di lokasi ini sebenarnya adalah jambatan yang telah dibina sejak berkurun dahulu.
Jom mengembara bersama kami.
1. Rakotz Brücke, Germany
jambatan 1

2. Devil’s Bridge di Rhodope Mountains, Bulgaria (hah! Devil?)jambatan 2

3. Låtefossen Waterfall, Norwayjambatan 3

4. Multnomah Falls, Oregon, Usajambatan 4

5. Glenfinnan Viaduct, Scotlandjambatan 5

6. Huangshan, Anhui, China jambatan 6

7. Pindos Mountains, Greecejambatan 7

8. Mullerthal, Luxembourgjambatan 8

9. Ronda, Malaga, Spainjambatan 9

10. Gorge De L’areuse, Switzerlandjambatan 10

11. Gaztelugatxe, Spainjambatan 11

12. Carrbridge, Scotlandjambatan 12

13. Stari Most, Bosnia-Herzegovinajambatan 13

14. Root Bridge di Indiajambatan 14

15. Ponte Gobbo Bridge, Italyjambatan 15

16. Hermitage Bridge, Scotlandjambatan 16

17. Jambatan merentangi Sungai The Merced River, Yosemite, Usajambatan 17

18. Tollymore, UKjambatan 18

19. Gapstow, New York, USAjambatan 19

20. Misarela Bridge, Gerês, Portugaljambatan 20
Sumber : BoredPanda
Ps : Nampaknya ada yang dah mula masukkan salah satu dari jambatan ini dalam wishlist lokasi idaman untuk dikunjungi ;)
 

Selasa, 4 November 2014

Cara Menhalau Tikus Di Rumah

Cara Menhalau Tikus Di Rumah
 

Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat BadanTikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

SILA KONGSIKAN DGN RAKAN2 ANDA  KLIK SHARE
 
Cara Menhalau Tikus Di Rumah

Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:
...
1. Daun Pandan
Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.
2. Kucing
Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!
3. Buah Mengkudu
Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.
4. Minyak Mint
Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.
5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)
Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!
6. Cat BadanTikus
Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.
7. Buah Durian
Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.
Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.
Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!
Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!
SILA KONGSIKAN DGN RAKAN2 ANDA KLIK SHARE

Isnin, 3 November 2014

Terbongkar! Pendedahan Cara Ayam Goreng KFC Dimasak Dulu Dan Kini. Anda Pasti Mahu Cuba.

Terbongkar! Pendedahan Cara Ayam Goreng KFC Dimasak Dulu Dan Kini. Anda Pasti Mahu Cuba.
1973 merupakan tahun pertama KFC atau Kentucky Fried Chicken dibuka di Malaysia di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Mungkin anda sudah di tadika/sekolah atau anda belum lahir lagi pada waktu itu :)
Sejak itu rasa keenakan ayam goreng KFC menjadi kegemaran sebahagian rakyat Malaysia.


Semasa memesan ayam goreng di kaunter, kita mungkin boleh nampak mereka menyiapkan ayam goreng di sebalik kaunter servis. Tapi hanya sekadar itu sahaja.
Kini, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana penyediaan ayam KFC dulu dan kini.
Sesetengah pengeluar atau penyedia ayam goreng menggunakan ayam yang telah diproses, digoreng dan disejukbekukan di kilang secara besar-besaran (mass production) sebelum dihantar ke outlet-outlet. Apabila perlu dimasak, ia akan dipanaskan semula.
Keadaan ini berbeza dengan KFC kerana KFC menggunakan ayam mentah dan cara memasaknya di restoran KFC seakan seperti di rumah sahaja! Cuma ia menggunakan mesin penggoreng tekanan tinggi atau “pressure frier”.

Langkah demi langkah:

1. Periksa keadaan dada ayam, peha ayam, kaki ayam, dan kepak ayam.

Bahagian-bahagian ayam diperiksa untuk memastikan tiada lebam, lemak berlebihan, bulu atau tertinggal organ dalaman ayam. Ini adalah seperti pemeriksaan kualiti ayam mentah sebelum ia digoreng.

2. Teknik brine atau rendam dalam air bergaram

Teknik brine ini amat penting kerana ia membantu meningkatkan kualiti rasa ayam yang digoreng.
Teknik ini menyebabkan kelembapan pada ayam makin bertambah. Sebab itu apabila kita makan ayam goreng KFC ia masih lembut, lembap dan juicy!
Rendaman air garam itu juga akan masuk menyerap ke dalam isi ayam. Ini akan membangkitkan rasa sedap keenakan ayam goreng!
Anda patut cuba teknik ini di rumah untuk merasai perbezaannya itu.

3. Toskan ayam sebanyak 7 kali.

Goyang-goyang 7 kali. Teknik ini untuk memastikan ayam tidak terlalu basah untuk langkah seterusnya.

4. Letakkan ketulan-ketulan ayam itu ke dalam campuran tepung rahsia KFC yang telah tersedia ini!


5. Gaulkan ketulan-ketulan ayam itu dengan gaya yang sekata; atas dan bawah, depan dan belakang.


6. Ulang 7 kali.


7. Masukkan ketulan-ketulan ayam itu ke dalam raga berjaring dan lagi sekali….. goyang-goyang 7 kali!

Yup, 7 kali! Ini bagi memastikan tepung-tepung tidak berlebihan menyaluti permukaan ketulan ayam.
Jika anda cuba di rumah, mungkin boleh shake badan anda 7 kali sambil melakukan langkah ke 7 ini :D

8. Susun cantik-cantik di atas rak besi penggoreng

Betul kena susun cantik-cantik. Pihak KFC beri tunjuk ajar khas untuk ini kerana ketulan-ketulan ayam perlu disusun mengikut saiz juga.
Jika saiz tak sama, ketebalan daging ketulan ayam tak sama, ia boleh menyebabkan ada kemungkinan ayam tidak masak sekata dan ada bahagian yang masih mentah.
Jadi catat tip ni: Goreng ketulan ayam yang sama saiz dan sama tebal di dalam satu kuali adalah lebih baik terutama masa menggoreng untuk kenduri.


9. Rak-rak ayam itu diletakkan di dalam mesin penggoreng bertekanan tinggi atau “pressure frier”.

Masuk, tolak dan tutup. Tunggu.

10. Tunggu lebih kurang 10 minit dan….

Dah siap ayam goreng KFC!
Mudahkan! Hanya 10 langkah sahaja diperlukan.
Anda mungkin boleh cuba langkah-langkah ini di rumah.

Ini pula cara penyediaan ayam goreng KFC pada tahun 1985:


 

Khamis, 23 Oktober 2014

Peringatan Kepada Yang Suka Buang Nasi

Peringatan Kepada Yang Suka Buang Nasi




Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita, walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi.


Kenaikkan harga tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa.

Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka.

Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi.

Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.

Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusan-Nya untuk menghina pada kita balik.

Sila habiskan butiran nasi dan makanan, sekiranya tidak habis dimakan, maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berilah kepada binatang-binatang lain seperti kucing, ayam, itik, burung dan ikan. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).

Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya tidak cukup makan dalam sehari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.

Saya bercakap utUk diri saya dan anda-anda sekalian dan bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah.

Selasa, 21 Oktober 2014

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
...
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
* Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
* Bagi wanita pula, lihat pada jari kelingking, kalau meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan & senggugut
* Kalau tapak tangan berbintik, mungkin ada masalah angin.
* jika ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.
* Jika terdapat urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress.
* Bagi wanita cuba tengok kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Wallahualam

 
PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti 

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

* Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

* Bagi wanita pula, lihat pada jari kelingking, kalau meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan & senggugut

* Kalau tapak tangan berbintik, mungkin ada masalah angin. 

* jika ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

* Jika terdapat urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress. 

* Bagi wanita cuba tengok kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Wallahualam
 
 
 
 

Isnin, 20 Oktober 2014

Bahana modal kad kredit

Bahana modal kad kredit
Seorang lelaki sedang kecewa mungkin akibat hutang. - Gambar Hiasan. Seorang lelaki sedang kecewa mungkin akibat hutang. - Gambar Hiasan.                                                      
 

MASALAH kewangan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, walaupun kepada seseorang yang bergelar jutawan.

Musibah ini boleh mengubah hidup seseorang menjadi tidak menentu dan ada keadaan yang boleh menyebabkan seseorang itu terganggu dari segi emosi.

Steven (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemilik bersama sebuah firma multinasional.

Dia mempunyai segala-galanya seperti teman wanita, wang, rumah, kereta, kad kredit dan lain-lain lagi.

Bagi Steven, wang bukanlah satu masalah besar baginya kerana dia seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai rangkaian perniagaan yang pelbagai.

Sebagai seorang ahli perniagaan, Steven mengambil risiko dengan membeli saham yang dirasakannya boleh membuat keuntungan.

Namun, seperti kata pepatah langit tidak selalunya cerah. Perniagaan saham meliputi risiko dan nasib Steven tidak begitu baik. Ekonomi global dunia tiba-tiba merudum sekitar tahun 2008 dan menyebabkan ramai ahli perniagaan kerugian termasuk Steven.

 Steven kerugian teruk sehingga mencecah enam angka. Untuk menyelamatkan perniagaannya, Steven memohon pelbagai pinjaman dan juga menggunakan kad kredit dengan amaun maksima untuk membuat pusingan modal perniagaannya.

Keadaan ini menyebabkan Steven dibelenggu hutang berjumlah ratusan ribu ringgit. Steven terpaksa menjual kondominium dan kereta mewahnya untuk menampung hutang tersebut. Namun keadaan tidak banyak berubah. Beban hutang yang ditanggungnya masih lagi menggunung tinggi.

Steven mengakui dia pernah menolak untuk datang meminta bantuan dari AKPK kerana berasa malu jika orang ramai mengetahui masalah kewangan yang dihadapi. Namun, menjejakkan kaki ke dalam pejabat AKPK dan berjumpa dengan kaunselor AKPK seterusnya mengikuti program pengurusan kredit benar-benar memberi manfaat kepadanya dalam menguruskan kewangan dan membayar balik hutang dengan pihak bank.

Steven mungkin terpaksa melupakan gaya hidup mewah yang diamalkannya buat seketika, namun kelegaan membayar balik hutang dengan pihak-pihak bank dan menguruskan kewangannya secara berhemat memberikan kelegaan buat dirinya.
Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

Sumber : SinarHarian

Silap langkah bantu keluarga guna kad kredit

Silap langkah bantu keluarga guna kad kredit
Silap langkah bantu keluarga guna kad kredit
 
BAHAGIA bersama isteri dan tiga orang anak, Roslan, 40, merupakan seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pengurus di syarikat multinasional.

Sebagai tempat bergantung kepada keluarganya, Roslan mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan kos hidup keluarganya.

Lebih kurang dua tahun lalu, kakak ipar Roslan telah disahkan menghidap kanser.

Memandangkan kakak iparnya tidak berkahwin dan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan perubatannya, Roslan telah membantu dengan membiayai separuh daripada perbelanjaan perubatan kakak iparnya dengan menggunakan kad kredit. Di sini bermulalah kesilapan Roslan dalam menguruskan kewangannya apabila dia telah menangguhkan pembayaran bulanan rumahnya untuk membayar bil kakak iparnya.

Roslan sedar dia tidak mampu untuk menampung perbelanjaan kakak iparnya kerana pada masa sama ada komitmen lain yang perlu dibayar setiap bulan.

Di saat itu, Roslan telah mula memohon lebih banyak kad kredit dan pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan tersebut.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila ayah mertua Roslan pula diserang penyakit angin ahmar dan menyebabkan dia juga terpaksa menanggung perbelanjaan ayah mertuanya yang tidak bekerja.

Ini bermakna, di samping menanggung keluarganya, Roslan terpaksa menanggung perbelanjaan bil perubatan kakak ipar dan ayah mertuanya.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Ditakdirkan kakak ipar Roslan meninggal dunia akibat dari penyakit kanser yang dihadapinya. Walaupun sudah banyak wang yang dibelanjakan oleh Roslan untuk bil perubatan, namun kakak iparnya masih tidak dapat diselamatkan. Namun begitu, Roslan masih lagi dibelenggu hutang kad kredit yang digunakannya untuk membayar bil perubatan kakak iparnya itu.

Roslan sedar  masalah kewangan yang dihadapinya dan bertekad untuk menyelesaikannya sebelum menjadi lebih parah. Apabila mendapat tahu tentang perkhidmatan percuma yang ditawarkan AKPK, Roslan terus datang ke pejabat AKPK dan berjumpa dengan kaunselor AKPK.

Kaunselor tersebut membuat jadual penstrukturan semula pembayaran bulanan pinjaman Roslan kepada bank yang dipersetujui oleh pihak bank dan Roslan. Dengan ini, Roslan mampu untuk membayar balik pinjaman dari pihak bank dan juga menanggung perbelanjaan keluarganya tanpa masalah.

Kisah benar ini menunjukkan bahawa keadaan di luar kawalan kita mungkin timbul dan di luar kawalan. Dengan adanya AKPK yang merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia, kita dapat menangani masalah tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai AKPK, anda boleh layari laman web www.akpk.org.my atau menghubungi talian bebas tol POWER! AKPK Infoline di 1-800-88-2575.

Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my

sumber : Sinar Harian

Rabu, 15 Oktober 2014

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Nama ‘Muhammad’

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Nama ‘Muhammad’

Terkait rahsia di sebalik nama Muhammad, di mana banyak makna tersirat dalam kebesaran nama yang sederhana itu. Mungkinkah ini merupakan salah satu mukjizat atau sekadar kebetulan sahaja, bahawa ada fakta menarik di abjad/huruf-huruf yang tersusun dari nama itu:

1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim-kha-mim-kha-dal, maka akan menjadi sebuah sketsa seorang manusia. Anda tentu sudah maklum jika sebaik-baik makhluk yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah MANUSIA. Dengan segala kelebihan mereka, sementara mahluk lain hanyalah haiwan, tumbuhan dan planet-planet yang penuh rahsia.
2. Kata Ahmad, jika kita perhatikan satu-persatu hurufnya maka huruf-huruf itu akan menggambarkan sosok orang yang sedang melakukan solat, tahukah kalian bahawa SOLAT merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan memaparkan bentuk seakan-akan manusia yang sedang sujud
dalam solat. Gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti penyerahan secara menyeluruh kepada sang pencipta.
Subhanallah, Allahu Akbar, betapa rahsia Allah sangat menggetarkan hati, dan yakinlah masih banyak tersirat rahsia-rahsia lain yang kita tidak ketahui.
Wallahualam.
sumber: billyinfo.blogspot.com

Isnin, 13 Oktober 2014

25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

25 Gambar Bagaimana Haji Ditunaikan 61 Tahun Yang Lalu

 
Musim haji telah tiba lagi dan kita baru sahaja menyambut Hari Raya Korban seminggu yang lepas. Umum maklum yang kini kos menunaikan haji telah semakin meningkat seiring dengan pembaharuan yang dilakukan disana.
Kini, di sekitar Mekah sudah terdapat hotel-hotel mewah, restoran-restoran fastfood terkenal dan juga shopping mall. Sejauh mana menunaikan haji dapat melahirkan rasa keinsafan dalam keadaan sedemikian, itu terpulang kepada masing-masing. Kalau betul niatnya, insyaAllah dipermudahkan.
Pernahkah anda terfikir bagaimana haji ditunaikan 61 tahun yang dulu? Hayati gambar-gambar dibawah yang diambil daripada Majalah National Geographic. Maaf, tiada satu pun gambar selfie.
.
=======================================================================
.
1. Ketibaan jemaah haji yang kebanyakannya menggunakan feri ataupun kapal. Jika dari Malaysia, ianya memakan masa berbulan-bulan lamanya. arriving-by-ferry-at-jeddah-port
2. Bagi mereka yang mampu, mereka menggunakan perkhidmatan kapal terbang daripada negara berhampiran. arriving-by-plane-to-hajj
3. Sama seperti hari ini, bas merupakan kenderaan yang paling banyak digunakan oleh para jemaah. Namun baru-baru ini, perkhidmatan seperti LRT telah dilancarkan untuk memudahkan para jemaah haji.bus-for-hajjis
4. Hanya muslim dibenarkan untuk memasuki kawasan ini untuk menunaikan haji.only-moslems
5. Inilah gambar sekitar masjid mekah. Pemandangan sekarang jauh berbeza sama sekali.makkah
6. Jalan Mekah yang sibuk. Kelihatan menara dari seni bina Khilafah Ustmaniyyah.Makkah-street
7. Ini adalah salah satu jalan masuk Masjidil Haram.masjid-haram-entrance
8. Para jemaah diluar perkarangan Masjidil Haram.haram
9. Rupa kaabah pada masa itu. Begitu ringkas binaan-binaan disekitarnya.masjid-haram
10. Rupa kaabah dari pandangan yang lebih dekat.kaba-mataf
11. Jemaah dibenarkan untuk memasuki kaabah pada masa itu. Mungkin kerana bilangan yang tidak ramai.kaba-door
12. Menunaikan tawaf nampak lebih mudah 61 tahun yang lalu.Screen shot 2014-10-12 at 8.14.55 AM
13. Peniaga-peniaga disekitar Mekah.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.06 AM
14. Pasar dan gerai-gerai.market
15. Jemaah yang berehat menikmati shisha.shisha
16. Kuda masih digunakan sebagai alat pengangkutan.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.23 AM
17. Jemaah sedang memilih kambing untuk ibadah korban.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.39 AM
18. Jemaah akan menyimpan sendiri haiwan-haiwan untuk ibadah korban. Unik.Screen shot 2014-10-12 at 8.15.55 AM
19. Keldai digunakan untuk mengankutan haiwan yang telah dikorbankan.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.10 AM
20. Di Mina, makanan dimasak menggunakan periuk dan unggun api.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.26 AM
21. Jemaah menunaikan solat.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.34 AM
22. Khemah-khemah yang didirikan disekitar gunung Arafah.Screen shot 2014-10-12 at 8.16.44 AM
23. Jamarat yang simboliknya melontar batu kearah syaitan tidaklah sebesar sekarang.
Screen shot 2014-10-12 at 8.16.57 AM
24. Seorang jemaah sedang bercukur.Screen shot 2014-10-12 at 8.17.09 AM
25. Menikmati minuman sejuk dibawah panas terik matahari.Screen shot 2014-10-12 at 8.17.26 AM


Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular