Isnin, 29 November 2010

akhil hayy.melodi cinta lama(riyadh)

ababil-cinta belum berakhir

Lakaran Cinta Suci - Analisa

Hamparan Kasih - Analisa

Sabtu, 2010 September 18

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.

Isu yang dibincangkan hanya satu - tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. Isu itu dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

``Saya pun naik semangat bercakap tentang hal orang Melayu ini walaupun tadi ada rasa mengantuk sedikit,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, tengah malam Rabu lalu.

Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.

``Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,'' katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, Syed Mokhtar juga ditanya tentang tanggapan umum terhadapnya yang dilihat sebagai seorang ahli perniagaan yang kerjanya mengambil alih kepentingan demi kepentingan pelbagai syarikat.

``Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tidak ada esok,'' katanya.

Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Wawancara ini adalah antara sedikit yang pernah diberikan oleh tokoh korporat yang selalu cuba mengelak daripada tumpuan media. Ditanya kenapa beliau bersedia ditemu bual pada kali ini, Syed Mokhtar menjawab: ``Saya mahu membela diri.''

``Saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan serong tentang diri saya.''
MINGGUAN: Bagaimanakah Tan Sri melihat hubung kait diri Tan Sri dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

SYED MOKHTAR: Saya menikmati jasa dasar itu semasa memulakan perniagaan dulu, daripada pinjaman Mara sehinggalah kepada bangunan kedai UDA. Saya produk DEB tetapi semua ini melalui proses selama 34 tahun.

Pada tahun 1970, arwah bapa saudara bayar seringgit suruh saya masuk UMNO. Saya menjadi ahli biasa saja, tidak aktif kerana fokus saya ialah kepada perniagaan. Bagaimanapun saya percaya kepada UMNO kerana ia parti yang mendukung dasar itu.

Dalam tempoh lebih 34 tahun ini, apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya memang sudah buat keputusan dari awal bahawa saya mahu buat sendiri. Saya tidak gadai lesen dan permit yang saya ada.

Ini tentang know how atau know who?

SYED MOKHTAR: Semasa mula berniaga dulu saya tidak ada kenal sesiapa. Tetapi selepas saya mengembangkan perniagaan ini memang faktor know who itu penting juga. Bangsa lain tidak mengapa tetapi orang Melayu dalam berniaga kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.

Tetapi saya juga anak UMNO. Saya percaya kepada UMNO dan DEB. Dasar itu tidak sia-sia. Saya boleh mempertahankan manfaatnya. Ini bukan masalah dasar tetapi masalah manusia yang tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri - dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha.

Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.
Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.
Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.
Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Dalam hal ini, apabila saya masuk ke dalam masyarakat saya tidak lihat orang itu UMNO atau Pas. Kalau orang itu memerlukan bantuan, kalau boleh ditolong, saya tolong. Dalam hal-hal kemasyarakatan tidak ada UMNO dan Pas.

Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.
Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.
Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam - 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam.

Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi.

Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya.

Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa?

Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja.

Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.

Tetapi banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita.

Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri - syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang.

Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga - bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu.

Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.

Orang kita terlupa bahawa bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi negara ini. Siapa pula yang memberikan pelbagai kemudahan untuk membolehkan mereka memegang kepentingan itu? Siapa pun tidak kata apa. Inilah masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik Pas dan UMNO; di bandar, berpecah kerana ini.

Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya.

Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

Tan Sri ada sikap yang begitu sensitif kepada keperluan anak bangsa dan saudara seagama. Soalnya kenapakah tidak banyak korporat Melayu yang ada sikap sebegini?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana masalah didikan atau kerana mereka naik dengan begitu mudah. Atau mungkin juga kerana pergaulan mereka. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal-usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang.

Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi.

Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumbang semula kepada masyarakat.

Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.

Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa.

Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan.

Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju.

Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa.

Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

Di kalangan orang Melayu masih ada pemikiran bahawa kerajaan perlu menolong mereka. Bagaimanakah Tan Sri melihat realitinya?

SYED MOKHTAR: Saya ingat kena tengok tahap-tahapnya. Kerajaan kena tolong orang Melayu. Orang Melayu mesti naik berperingkat-peringkat. Bantuan kerajaan sentiasa ada. Sistemnya sudah ada. Kalau orang Melayu masuk ke dalam sistem itu, mereka sudah boleh jalan ke depan.

Tetapi seperti saya katakan tadi mereka perlu melalui proses ujian masa. Mereka yang perlukan bantuan ini ialah mereka yang hendak cepat dan tidak faham apa. Orang Melayu sebenarnya tidak perlu meminta kerajaan membantu kerana dasar itu memang sudah ada. Orang Melayu sebenarnya yang kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

Saya mendapat nikmat daripada DEB sejak awal pelaksanaannya lagi. Ketika itu lebih susah kalau hendak dibandingkan dengan peluang-peluang yang ada sekarang.

Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya.
Kenapa beri wawancara sekarang?

SYED MOKHTAR: Saya rasa saya perlu tampil untuk membetulkan pandangan-pandangan yang serong tentang diri saya itu. Saya kena membela diri. Setidak-tidaknya saya jelas dengan apa yang hendak saya lakukan. Terpulang bagaimana umum hendak menerimanya.

Kepada saya, apa yang benar itu akan kekal. Saya segan kerana kerja saya yang sedikit ini orang besar-besarkan. Niat saya baik tetapi orang fikir sebaliknya. Saya bukan orang jahat. Saya asal orang miskin.

Saya pun sebenarnya bukan hendak menonjol-nonjolkan diri. Saya hormat kepada pemimpin. Saya akan sama-sama membantu. Pemimpin datang dan pergi tetapi saya hormat kedudukan itu. Perjuangan yang mereka tentukan itu akan terus saya bantu.
   

Ahad, 28 November 2010

Petua Untuk Hilang Rasa Takut

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, November 28, 2010 at 12:48am
Amalkan doa ini berulang kali hingga hilang rasa takut atau gemuruh.

1.Selawat 3 kali.
2. Bismillah….. Laa takof walaa tahzan, innaAllah ha makna. 
Ertinya:” Jangan takut, jangan bersedih... ingat Aku yakni (Allah) bersamamu.”


Petua Merawat Migraine

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, November 28, 2010 at 1:23am
Ambil daun misai kucing  dan masukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.

Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
"Allahumma sholli 'alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa'aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa 'alaa aalihi wassohbihi wabarik salam"

Maksud : "Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya"

3. "La yu shod da'una 'anha walaa yunzifun"
Maksud : "Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk"

NOTA: Anda perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dengan tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.



Petua Untuk Anak Pandai Belajar

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, November 28, 2010 at 2:01am
Amalkan membaca Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 79
Yang Bermaksud:
“Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.”


Petua Untuk Mata Terang Sampai Tua

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, November 28, 2010 at 1:48am
1. Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga tua, amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata. Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon. Insyaallah, mata anda akan sentiasa terang walaupun ketika malam.
2. Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A iaitu untuk kesihatan mata khususnya buah-buahan seperti betik.

·

DOA Untuk Memagari Dari Gangguan Syaitan

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, November 28, 2010 at 12:10am
Berikut ialah nasihat dan pedoman untuk memagari rumah dan anak-anak daripada gangguan syaitan seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.

1. Membaca surah Al-baqarah di dalam rumah

Rasullullah bersabda:"Janganlah jadikan rumah kamu sebagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

2. Membaca Bismillah sebelum masuk dan semasa keluar daripada rumah

3. Membaca ayat kursi kepada anak-anak sebelum tidur

 { اللَّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ }

4. Membaca doa berikut kepada anak, sambil tangan mengusap kepalanya :

اعذك بكلمات الله التامة من كل شيطان وشره

Maksudnya : “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan kejahatannya.”

5. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali.“ (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)

6. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan membersihkan hidungnya tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca 100 kali :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير

dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang.


Rabu, 24 November 2010

DOA Untuk Anak Nakal dan Hyper

by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Tuesday, November 23, 2010 at 11:53pm
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.

3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.

Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

5. Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.





Isnin, 15 November 2010

SIMPAN 1 DINAR 1 BULAN. Pasti para pembaca sedia maklum mengenai dinar. Bagi yang belum tahu atau belum pasti, Dinar ialah emas berbentuk seperti duit syiling dengan ketulenan 91.6 % emas atau 22k dan mempunyai berat 4.25 gram.
Walaupun harga emas tidak tetap iaitu turun dan naik tetapi itu bukanlah penghalang kepada para pelabur untuk tidak menyimpan atau menabung dalam bentuk emas. Ini kerana emas adalah pelaburan alternatif dan ianya merupakan pelaburan yang paling selamat dan sejarah membuktikan bahawa harga emas kalis inflasi semenjak 1400 tahun dahulu lagi.
Sejarah harga emas 10 tahun
Sekiranya para pembaca yang mampu untuk menabung RM500 hingga RM700 secara tetap setiap bulan, bertukarlah kepada pelaburan dalam bentuk DINAR EMAS. Cuba bayangkan menyimpan secara tetap dalam bentuk dinar emas ini setiap bulan, para pelabur akan dapat mengumpul 12 dinar setiap tahun dan puratakan harga untuk 1 dinar (kerana harga 1 dinar berubah setiap masa). Pada tahun 2020, insyaAllah harga untuk sekeping 1 dinar ialah RM1758. Jika bermula pada masa sekarang (19/8/2010) iaitu RM586. Cuba bayangkan harga 1 dinar dalam 10 tahun kemudian…
Sila lihat contoh harga 1 dinar pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang seterusnya hingga ke tahun 2020:
Ramalan harga 1 dinar (andaian kenaikan harga emas secara purata 20% setahun)
Bagi yang tidak mampu mengumpul 1 dinar 1 bulan..Tak mengapa..Ikut kemampuan anda & cubalah mengumpul dinar emas sekurang-kurangnya 2 dinar setahun. Harus diingat bahawa emas adalah kalis inflasi dan peranannya yang sebenar selain sebagai pelaburan ialah perlindungan kepada kekayaan kita kerana emas merupakan pemegang nilai yang unggul.
Sumber :
Kempen 1 Bulan 1 Dinar @ Danishgold.net
Terdapat kelebihan yang kita akan perolehi dari jual dan beli emas. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi. Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas Public Dinar, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar. Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.  Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan baik-baik. Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan. Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar- Rahnu jika memerlukan wang tunai. Itulah kelebihan pembelian, penyimpanan dan penjualan emas fizikal.
Sumber:Teknik Beli & Jual Emas @ Danishgold.net
Walaupun saya masih belum bergelar sebagai bapa, sekurang-kurangnya saya boleh berkongsi idea kepada ibubapa-ibubapa baru(muda) atau yang telah lama.
Artikel ini juga boleh dikatakan ditujukan khas kepada ibubapa muda. Maklumlah..masih seronok dan masih belum berapa matang dalam hal keibubapaan. Kalau boleh, setiap tahun nak tukar handphone, sportrim, modified kereta, tukar baju dan fesyen baru, make up yg mahal dan sebagainya. Dah matang dari segi lain tapi kurang matang dari segi lain. Harap para pembaca jangan silap faham… :)
Tanggungjawab anda sebagai ibubapa ialah menyediakan landasan terbaik untuk memastikan anak-anak berjaya di masa hadapan. Salah satu darinya ialah dengan membekalkan ilmu kepada mereka. Kita memberi peluang kepada mereka untuk mereka sambung belajar di Universiti. Namun, untuk melanjutkan pelajaran.. semestinya akan melibatkan kos.. Kebanyakan ibubapa tahu tentang kos yang diperlukan sepanjang tempoh pengajian tersebut. Teknik ini tidak menggalakkan pinjaman PTPTN kerana pinjaman ini boleh menjerat anak-anak kita sekiranya terlampau banyak dan disalahgunakan semasa mereka belajar. Para graduan yang telah meminjam PTPTN sedia maklum betapa susahnya dan liatnya untuk bayar hutang PTPTN.
Mungkin para pembaca boleh menyesuaikan teknik ini mengikut citarasa, adunan, gaya dan kedudukan kewangan anda sendiri. Sekarang ialah tahun 2010 dan mungkin dalam tempoh 20 tahun akan datang, anak-anak anda akan masuk universiti dan semestinya memerlukan pembiayaan pengajian.
Andaian dalam pengiraan:
Tempoh pengajian = 5 tahun
Kos yang diperlukan mengikut pinjaman PTPTN = RM7000 setahun
Kos selama 5 tahun = RM7000 x 5 = RM35000
Harga dinar emas sekarang (Tahun 2010):
1 dinar = RM 580
Harga ramalan dinar emas selepas 20 tahun (Tahun 2030). Dengan andaian kenaikan harga emas 20% setiap tahun, maka selepas 20 tahun kenaikannya ialah 400% (Ini adalah berdasarkan rekod kenaikan harga emas dalam tempoh berpuluh-puluh tahun yang lepas).
1 dinar = RM580 x 400% = RM2900
Kos pengajian 5 tahun = RM35000/RM2900
Dinar yang diperlukan = 12 dinar (dijadikan 15 dinar)
Kita genapkan kepada 15 dinar kerana mungkin pada masa itu kos pengajian lebih meningkat berbanding dengan kos pengajian di masa sekarang.
Jika kita membeli dan menyimpan 15 dinar sekarang : 15 x RM580 = RM8700
Selepas 20 tahun, 15 dinar tadi akan bernilai 15 x RM2900 = RM43,500 [berdasarkan peningkatan harga emas sebanyak 400% dari harga asal (RM580/dinar) selepas 20 tahun]
Dengan itu, dengan 15 dinar kita mampu menyara kos pengajian anak-anak kita sepanjang tempoh pengajian mereka. InsyaAllah..dengan teknik ini kita boleh mengurangkan beban anak-anak kita bila mereka sambung belajar nanti.
Sekiranya ade 5 anak, maka 75 dinar diperlukan untuk mereka. Nak kumpul dinar macam mana?? Bertenang.. jangan gopoh.. dinar boleh dikumpul sedikit demi sedikit. Namun, bagi yang berkemampuan boleh lah terus beli banyak-banyak. Bagi yang kurang berkemampuan, tidak perlu tergopoh-gapah kerana pepatah Melayu mengatakan.. Kumpul sikit-sikit, lama-lama jadi bukit juga.
Oleh itu, sebagai ibubapa muda, anda haruslah korbankan sedikit keseronokan dan cuba rancangkan belanjawan kewangan untuk masa depan anak-anak anda.
Sumber :
Dinar & Tanggungjawab Ibubapa @ Danishgold.net

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

08 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Ustaz Sharhan Shafie

RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Jin dan syaitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah maksudnya:“Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raaf 16-17)

Di dalam firman Allah yang bermaksud : Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini. (Al-An’am 112)

MAKNA PERKATAAN JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie – perkataan tunggalnya “Jinny” yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN

Firman Allah maksudnya:
Dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

“Al-Maarij”
Bermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hiam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

“Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.”
(Al Hajar 27)

“Allah bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al A’raf 12)

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim berikan dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-oang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu). (Al An’am 130)

TIDAK DILIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

Titah Perasmian Bajet 2011 bhg 2

Titah Perasmian Bajet 2011 (bhg 1).flv

Rabu, 10 November 2010

Kisah penjaga Merapi mati bersujud
Posted on Wednesday, November 03 @ 18:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Luar Negara Oleh: satubenih

"VIVAnews - Jarum jam menunjukkan pukul 04.00 WIB. Rabu itu, 27 Oktober 2010, hari masih gelap, tapi rombongan pasukan SAR telah bersiap sedia. Mereka adalah pasukan evakuasi gelombang kedua yang hendak mencari korban debu panas Gunung Merapi. Mereka bergegas berangkat dari posko yang letaknya 1 km dari dusun yang akhir-akhir ini jadi begitu terkenal, Kinahrejo.

Berdua-duaan mereka membonceng motosikal menuju ke atas. Ada pula yang berjalan kaki. Semua dilakukan dengan cepat, menuju kawasan yang telah ditentukan semasa briefing. Di antara rombongan seramai 24 orang itu, Hidayat Wahid, jurukamera tvOne--yang terkenal dengan nama Don Wahid--berada di barisan hadapan.

Dan kekhuatiran mereka akhirnya terbukti.

Mereka menemui jenazah pertama tergolek di pinggiran jalan. Pasukan SAR terus memasukkannya ke dalam kantung mayat, dan kembali meneruskan pencarian.

Cahaya pagi mulai kelihatan, memperjelaskan pandangan mengerikan di sepanjang perjalanan. Di kanan-kiri semua hancur. Pohon dan tanaman tumbang, hangus, kering, berselimut debu gunung berapi yang masih dapat menembusi masker, walaupun mempunyai dua lapisan. Bagi Don Wahid, suasana kehancuran ini seperti mimpi. Sepi, mencengkam.

Kinahrejo berada di hadapan. Rumah-rumah kelihatan rosak teruk. Cuma Masjid Al Amien yang masih tampak bentuk aslinya. Bulu roma Don naik ketika ia memasuki rumah Mbah Maridjan (gambar), penjaga kunci Gunung Merapi yang dulu sering menjadi teman bersembangnya ketika masih bergelar mahasiswa pencinta alam.


Kerusi-kerusi kayu panjang tempat si Mbah sering duduk berehat di depan, sudah lenyap. Rumah itu kini menjadi sisa-sisa runtuhan yang berserakan. Beberapa bahagiannya bahkan tertutup debu putih hingga setebal 30 sm. (Gamabar bawah - sehari sebelum wafat)


Pasukan SAR terus bergerak menuju ke bahagian belakang rumah Mbah Maridjan yang berbentuk huruf ‘L’. Perlahan-lahan mereka menggali tumpukan debu. Tiba-tiba, pandangan mereka tertumpu kepada sesosok jenazah yang tertindih runtuhan kayu. Posisinya sedang bersujud.

“Mbah, Mbah...,” beberapa anggota pasukan SAR berteriak, sambil mengalihkan sisa-sisa kayu dengan serta-merta.

Don tersandar. Dia tidak percaya bahawa tubuh yang tidak bernyawa itu adalah Mbah Mardijan. Lebih-lebih lagi apabila tersebar berita sebelumnya bahawa Mbah Maridjan telah ditemui selamat, meskipun dalam kondisi lemah. Tapi, beberapa anggota pasukan SAR yang amat mengenali Mbah Maridjan meyakinkannya bahwa itu memang jenazah si penjaga Merapi.

Pakaian koyak yang melekat di tubuh itu memang batik dan sarung yang biasa dipakai Mbah. Salawat pun bergema. Air mata Don dan anggota pasukan lain jatuh berlinangan. Mereka pun memasukkan jenazah Mbah ke dalam kantung mayat, menuliskan huruf ‘M’ di atasnya dengan pen marker, dan terus dihantar ke RSUP Dr. Sardjito, Yogyakarta.

Roger...

Bagi sebahagian anggota pasukan SAR, Mbah Maridjan memang bukan orang asing. Bila mendaki Merapi melalui laluan Selatan, mereka selalu melawat terlebih dahulu ke tempat Si Mbah. Di rumah yang kini telah porak poranda itu, dulunya adalah tempat mereka sering duduk bersembang.

Kerana hubungannya dengan pemuda pencinta alam itulah, yang selalu membawa alat komunikasi radio handy talkie, si Mbah mengenal istilah ‘roger’. Maka, jangan hairan bila di akhir percakapannya, Mbah Maridjan sering mengakhiri dengan kata "..., roger.”

Kenangan itu kini terkubur dalam lapisan debu Merapi.

Pada 26 Oktober 2010, pukul 17.02 WIB Merapi mulai ‘batuk’ lagi, sejak meletus kali terakhir pada 2006. Dikatakan, pada letusan yang kelapan pada pukul 18.21 WIB, Merapi mengembuskan debu panas yang dipanggil wedhus gembel yang menyapu bersih dusun Kinahrejo, Umbulharjo, Cangkringan, Sleman, Yogyakarta.

Sehingga berita ini dilaporkan, awan piroklastik itu sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 36 orang di Kinahrejo dan dusun sekitarnya, termasuk juruedit kanan VIVAnews.com Yuniawan Wahyu Nugroho dan sukarelawan PMI Sleman, Tutur Prijono.

Sebenarnya, Wawan--nama timangan Yuniawan--dan Tutur, mempunyai cukup masa untuk meninggalkan Kinahrejo, bersama Agus Wiyarto (pembantu dan saudara Mbah Maridjan), anggota keluarga si Mbah, dan beberapa penduduk desa. Akan tetapi, sesampainya di Umbulharjo, dengan menaiki minibus Suzuki APV, Tutur dan Wawan berkeras untuk kembali menjemput Mbah Maridjan yang memilih bertahan di rumahnya. Di tengah hari yang mulai gelap, mereka tiba-tiba dihujani bara wedhus gembel.

Pasukan evakuasi gelombang pertama menemui jenazah mereka di belakang kenderaan APV yang diletakkan di depan rumah Mbah Maridjan. Ketika ditemui, enjin masih dihidupkan dengan dengan pintu terbuka. Kemungkinan, Wawan dan Tutur sedang menunggu Mbah Maridjan yang sedang bersolat.



Mbah Maridjan dikenali sebagai seorang yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Menurut Agus Wiyarto, si Mbah selalu bergegas meninggalkan segala aktivitinya jika terdengar azan. Jika ada tamu, si Mbah selalu mengajak solat bersama.

Kebiasaan itu masih lekat dalam ingatan Jangkung Suseno Aji, jurukamera Rumah Produksi Indigo. Selesai mewawancarai si Mbah pada 2006, Seno dan wartawannya bersiap untuk pulang. Namun, karena sudah malam, si Mbah menyarankan mereka untuk bermalam.

“Jangan pulang dulu, salat dulu. Balik pagi besok, sekarang sudah gelap,” kata Mbah Maridjan dalam bahasa Jawa.

Sepanjang malam, Si Mbah bercerita banyak hal sambil menyelitkan nasihat-nasihatnya. Meskipun apa yang diucapkannya nampak tidak penting dan mudah, perkataan si Mbah buat Seno ada maksud yang mendalam.

Ketika Merapi kembali aktif pada pertengahan April-Mei 2006, banyak wartawan datang membuat liputan. Mbah Maridjan berkali-kali mengatakan, “Kenapa datang ke sini? Merapi kan sering batuk-batuk. Kenapa tidak ke Selatan, akan terjadi sesuatu di sana.”

Dua minggu selepas itu--entah kebetulan entah tidak--ucapan Mbah Maridjan terbukti. Pada 27 Mei 2006, Yogyakarta digoncang gempa dan menelan lebih dari 6,200 korban jiwa.

Tiga minggu sesudahnya, pada 8 Jun, gunung berapi itu menyemburkan debu panas, melewati kawasan Kaliadem. Namun, ketika itu wedhus gembel tidak menyiram Kinahrejo sehingga Mbah Maridjan dan warga pengikutnya yang memilih untuk bertahan, selamat.

Gaji Rp8,000

Bagi warga sekitar Merapi, Mbah Maridjan adalah tokoh pemimpin. Apalagi, datuk yang lahir 83 tahun lalu itu adalah anak kepada penjaga kunci Merapi sebelumnya, Mbah Hargo. Dia mula terlibat sebagai pembantu penjaga kunci sejak 1965, sebelum diangkat menjadi jurukhidmat istana pada 1974.

Apabila ayahnya meninggal dunia, jejaka yang nama aslinya Mas Penewu Surakso Hargo itu akhirnya dilantik menjadi penjaga kunci oleh Sri Sultan Hamengkubuwono IX dengan gelaran Raden Ngabehi Surakso Hargo.


Sebagai penjaga kunci, beliau diamanahkan untuk menjaga dan mengawasi Merapi.
Menurut keterangan Agus, untuk jawatannya itu si Mbah hanya diberi gaji Rp8,000 sebulan.

Ketika si Mbah menjadi bintang iklan Kuku Bima Energi, ramai yang bertanya kenapa tiba-tiba si penjaga Merapi jadi komersil. Tentang ini, Irwan Hidayat, CEO Sido Muncul, bercerita.

Pertama kali bertemu Mbah Maridjan, beliau dibawa oleh almarhum Sumadi Wonohito, pemilik Harian Kedaulatan Rakyat. Di awal pertemuan, Irwan diperkenalkan sebagai seorang pengusaha kaya dari Jakarta. Mendengar itu, reaksi si Mbah biasa-biasa saja. Menoleh pun tidak. Sekadar menjaga kesopanan, ia hanya berkata, “Inggih, inggih... (iya, iya...)."

Setelah Irwan memperkenalkan diri sebagai adik ipar Anton Sujarwo, si Mbah menoleh dan bersikap ramah. “Saya tidak tahu kalau Bapak adik ipar Pak Anton,” cerita Irwan.

Ditawar menjadi maskot Kuku Bima, si Mbah pada mulanya menolak. Dia kemudiannya menerima setelah dipujuk Irwan yang sering mengaitkan dengan nama Anton Sujarwo. “Pak Anton itu orang baik. Kerana beliaulah, warga di sini bisa mendapat air, memelihara ternakan, dan sebagainya,” kata Irwan sambil meniru gaya cakap Mbah Maridjan.

Mbalelo

Diceritakan Agus, si Mbah adalah seorang yang bersahaja. Beliau berpegang kepada prinsip bahawa seorang manusia itu mempunyai nilai dan dianggap pekerja apabila dia mampu menunaikan amanah dan tanggungjawab. Inilah prinsip yang diamalkannya apabila memegang jawatan sebagai pemegang kunci.

Kerana itulah dia sering membantah apabila ada yang mengatakan Merapi itu merbahaya. Setiap kali Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian mengeluarkan data peningkatan aktiviti Merapi, Mbah Maridjan enggan dipindahkan. Beliau berasa sudah menjadi tugasnya untuk menjaga Merapi sampai akhir hayat.

Anton Sujarwo, tokoh yang mengenali Mbah Hargo, mengatakan sifat-sifat Mbah Maridjan itu menurun dari ayahnya. “Mbah Hargo menurunkan sifat-sifat keteguhan hati, dedikasi, dan pengabdian,” katanya.

Anton mengenali Mbah Hargo sejak 1970, ketika yayasannya, Dian Desa, memulakan projek sosial pemasangan jaringan paip air bersih ke tujuh dusun di sekitar lereng Merapi. Menurutnya, pengabdian itu diwujudkan si Mbah dalam bentuk kerelaan hidup sederhana di tempat berbahaya seperti Merapi.

Karena keteguhan hatinya itu, tidak hairanlah Mbah Maridjan disebut sebagai seorang yang keras kepala. Malah Sri Sultan HB X sendiri menyebut si Mbah sebagai abdi dalem yang mbalelo (jurukhidmat istana yang membangkang).

Pada 15 Mei 2006, Merapi meletus. Presiden SBY meninjau dan bermalam di lokasi. Seluruh ketua dusun di sekitar Merapi menghadap. Cuma seorang yang tidak hadir. Dia adalah Mbah Maridjan.

Ketika Sri Sultan HB X sendiri memujuk Mbah Maridjan untuk berpindah, beliau tidak menghiraukannya.

"Wartawan, tentera, polis ada tugas. Saya pun ada tugas untuk tetap di sini," katanya.

Si Mbah rupanya kerap tidak bersependapat dengan Sri Sultan HB X. Menurut Agus, contohnya dalam reaksi beliau ketika Raja Jawa itu mencalonkan diri menjadi Presiden.

“Kalau Sri Sultan menjadi presiden, nanti Beliau didemo orang. Lebih baik Beliau menjadi Raja Jawa saja, tidak akan ada yang mendemo," Agus menirukan si Mbah. "Mbok yo ojo nggolek jenang, ning jeneng. Yen nggolek jenang, mengko jenenge keri. Nanging yen nggolek jeneng, jenange katut.” (Semestinya jangan mencari jenang [dodol], tapi mencari jeneng [nama baik, kehormatan]. Kalau mencari jenang, nanti jeneng-nya hilang. Tapi kalau mencari jeneng, jenang sudah pasti termasuk di dalamnya].

Sikap keras kepala itu juga yang ditunjukkan dia sampai akhir hidupnya. Lima hari sebelum Merapi meletus, kata Agus, si Mbah masih yakin yang aliran larva aliran Merapi akan mengarah ke Kali Opak dan berhenti di Gunung Anyar, tanpa melukai penduduk.

Mendengar peringatan pemerintah, Mbah Maridjan cuma berkali-kali bekata, “Ning arep mati ojo keakehan polah. Nrimalah (kalau akan meninggal, jangan cuba mengelak. Berpasrah diri sajalah)."

Di kala Merapi masih memuntahkan bahan panas ke angkasa, nisan Mbah Maridjan ditancapkan di tanah pemakaman keluarga di Dusun Srunen, Desa Glagahharjo, Cangkringan. Jasad sang penjaga Merapi kini bersatu dengan bumi yang selama ini dijaganya.

Selamat jalan, Mbah. Roger...
(Laporan: KDW dan Fajar Sodiq, Yogyakarta | kd) Sumber tranungkite online

Sabtu, 6 November 2010

Di balik sekeping gambar Hillary Clinton

Menjadi satu pengalaman amat berharga buat jurugambar Bernama ketika membuat liputan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton baru-baru ini.

Mungkin tidak setanding pengalamannya merakam gambar peperangan di Iraq tujuh tahun lalu, tetapi Harry Salzman Abu Bakar menganggap persediaan sebelum mengambil gambar pegawai diplomat tertinggi negara maju itu harus diteladani bukan sahaja buat dirinya tetapi bagi pemimpin-pemimpin yang ingin gambar mereka menjadi lebih menonjol.


Apa yang diminta oleh pegawai pengiring Clinton beberapa minit sebelum majlis bermula mungkin dilihat remeh tetapi itu merupakan perincian bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan menjadikan pemimpin mereka itu kelihatan lebih menyerlah.

"Sebagai satu-satunya jurugambar mewakili media rasmi saya diajak berbincang tentang persediaan untuk mengambil gambar bekas wanita pertama Amerika Syarikat.

"Saya diberitahu lebih awal warna pakaian yang akan dipakai oleh Secretary Clinton agar dapat menyediakan penataan cahaya yang sesuai," katanya.

Ketika itu Harry Salzman ditugaskan untuk mengambil gambar majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya Selasa lalu.

"Mereka juga bertanya kepada saya keadaan manakah yang sesuai bagi posisi badan pemimpin itu sama ada mengadap ke hadapan atau mengiring ketika berdiri untuk bersalaman selepas menandatangani perjanjian.

"Apabila saya bersetuju posisi bagaimana yang saya mahu, mereka terus menandakan di atas lantai kedudukan yang harus Secretary Clinton berdiri kelak," katanya.

Hasilnya jika dilihat daripada gambar yang diambil, memang anda akan lihat posisi beliau kelihatan 'segak' dan 'kemas' berbanding orang di sekelilingnya, kata anak Perlis ini.

Malah Harry Salzman berkata cara Clinton memegang folder perjanjian sambil bersalaman juga dititikberatkan bagi menunjukkan penghargaan dan mencerminkan "ia urusan yang penting."

Harry Salzman juga berkata beliau sempat melihat bagaimana pegawai-pegawai negara itu menitikberatkan kedudukan bendera yang diletakkan di sebelah pemimpin itu agar kelihatan 'segar' dan 'bermaya'.

"Sebatang penyangkut baju diletakkan dalam gulungan bendera itu agar kelihatan lebih rapi.

"Selain itu, buku lawatan dan folder perjanjian yang bakal ditandatangani Clinton juga ditanda lebih awal agar mudah pemimpin itu untuk menurunkan tandatangannya," katanya.

Malah mereka tidak menggalakkan kehadiran 'dayang-dayang' untuk menunjukkan bahagian mana yang perlu ditandatangani ketika majlis berlangsung, katanya.

Warna tirai baldu juga ditetapkan sebagai biru gelap, digunakan di belakang upacara menandatangani perjanjian dan dibiarkan kosong tanpa sebarang latar belakang yang ditulis berkaitan majlis berkenaan.

Mereka mengatakan mereka tidak mahu menggunakan tirai berwarna terang atau berkilat supaya penataan cahaya lebih baik untuk kamera.

"Cuba kita fikirkan mengapa mereka perlu memikirkan tentang semua ini untuk pemimpin mereka," katanya.

Harry Salzman berkata untuk meletakkan replika kecil kapal terbang bagi majlis memeterai perjanjian antara Malaysia Airlines dan Pratt and Whitney juga diperincikan.

"Saya ditanya di mana mahu diletakkan replika itu. Selepas mendapat sudut yang saya mahu, sekali lagi dibuat satu tanda di atas meja di mana apabila giliran perjanjian itu tiba untuk ditandatangani, replika itu akan diletakkan di tempat yang saya mahukan."

Harry Salzman berkata beliau turut teruja untuk mengambil gambar setiausaha negara itu yang dilihat pandai membuat 'gerakan' yang disukai oleh mana-mana jurugambar untuk merakam gambarnya.

"Beliau kelihatan 'hidup' walaupun gambar diambil dalam bentuk 'stills'.

Pergerakan tangan, senyuman yang lebar dan pandangan yang lembut tapi tepat ke arah lensa dari matanya yang biru.

"Saya berharap pemimpin dan pegawai lain juga dapat menonjolkan diri sepertinya walaupun setakat bergambar. Gambar turut memberi impaknya. Bukankah satu gambar boleh memberi seribu satu cerita?"

--Bernama
Banjir: Shahrizat jangan bermain politik
Harakahdaily   
ALOR SETAR, 6 Nov: Tatkala lebih 40,000 mangsa banjir perlu meninggalkan tempat tinggal mereka akibat krisis banjir yang paling teruk dalam sejarah negeri Kedah, ada juga pemimpin daripada Barisan Nasional yang cuba mengambil kesempatan untuk bermain politik.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan rasa kesal terhadap sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang cuba mempolitikkan krisis banjir di Kedah dengan menyalahkan kerajaan PAS Kedah lembap dalam membantu mangsa banjir.
“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata dalam keadaan semua agensi kerajaan negeri dan semua pihak tengah bersusah-payah dan bertungkus lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah, kenyataan Shahrizat memperlihatkan kehadiran Ketua Wanita Umno itu bukan untuk membantu tapi untuk berpolitik.
Shahrizat, kelmarin dipetik menyalahkan kerajaan negeri Kedah tidak menyediakan pengangkutan untuk membantu untuk menghantar makanan kepada penduduk di kawasan yang terputus hubungan akibat banjir terutama di Padang Terap.
“Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.
“Jadi, sepatutnya beliau sebagai menteri boleh coordinate dengan jabatan kebajikan di bawahnya dengan tentera dan sebagainya untuk mendapat kenderaan-kenderaan berat, kenderaan pacu empat roda, trak dan sebagainya untuk mengharungi kawasan masuk air, dan juga mendapatkan bot-bot besar,” jawab Mahfuz terhadap kenyataan Shahrizat.
Mahfuz juga membandingkan sikap kesudian membantu Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan Shahrizat apabila beliau memintanya untuk mendapatkan bantuan bot besar di kawasan parlimennya, Pokok Sena untuk mencapai kawasan penempatan banjir terputus.
“Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.
“Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart,” katanya.
Situasi penempatan banjir
Mengenai situasi di pusat penempatan banjir, Mahfuz menyifatkan keadaannya sesak dan kurang selesa kerana terpaksa meletakkan hampir dua ke tiga ribu orang di sesebuah pusat penempatan banjir, dan ada pusat penempatan banjir yang terputus bekalan air dan juga elektrik.
“Cuma saya lihat koordinasi masalah penempatan ini – ini juga kelemahan jabatan kebajikan di bawah Shahrizat ini sebab satu-satu tempat pemindahan itu, kalau ia nak digazet ia perlu kebenaran daripada jabatan kebajikan.
“Jadi inilah masalahnya, kadang-kadang kreativiti dan inovasi jabatan kebajikan itu agak perlahan – dia hanya lihat tempat-tempat yang biasa – yang akhirnya kita terpaksa melambakkan 2,000 dan 3,000 orang di satu tempat,” ujarnya sambil menambah mangsa banjir semakin meningkat dengan air mula memasuki kawasan bandar Alor Setar dengan keadaan di kampung yang masih ditenggelami air

Rabu, 3 November 2010

Kisah Nabi Sulaiman dgn Seekor Semut

26 Zulkaedah 1431 H
http://mufakirin.forumotion.net

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah
Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman
merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di
tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah
engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan
dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum
sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan
dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam
bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya
dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak
semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di
atas batu aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji
gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku.

Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku
bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku
takut kamu lupa".
Dua Jalan Utama Jitra-Alor Setar Ditenggelami Air
JITRA: Beberapa jalan utama yang menghubungkan pekan ini dengan Alor Setar ditenggelami air sedalam hampir satu meter, dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan, sekaligus menyebabkan penduduk kawasan sekitarnya terkandas.
Dua jalan utama yang ditenggelami air ialah Jalan Alor Setar-Hutan Kampung dan Alor Setar-Kepala Batas, manakala jalan alternatif atau jalan kampung, turut dinaiki air.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan mendapati aktiviti harian penduduk di sini lumpuh sepenuhnya, dan beberapa khemah didirikan sebagai tempat tinggal sementara mangsa banjir.
Selain itu, tinjauan di kedai runcit mendapati bekalan makanan seperti ikan kering, sardin, telur, makanan segera serta beras, laris dijual dan mungkin menghadapi kekurangan sekiranya jalan utama masih tenggelam.
M.Kalidas, 45, berkata banjir kali ini lebih teruk berbanding tahun 2005 dan tidak menjangka kawasan kediamannya turut dinaiki air kerana perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini. "Air tiba-tiba naik dengan cepat lewat petang semalam, saya tidak sempat menyelamatkan semua barang dan tinggal sehelai sepinggang.
"Saya cuma menyelamatkan lembu ternakan saya sebanyak 50 ekor, manakala semua persiapan untuk Deepavali rosak ditenggelami air banjir," katanya ketika ditemui Rabu.
Kalidas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan bagi Kampung Muhibah berkata, sebanyak 68 keluarga di kampung itu terpaksa berpindah setelah rumah mereka dinaiki air.
Beliau berkata kebanyakannya mendirikan khemah sementara dan tidak pergi ke pusat pemindahan kerana tidak mahu meninggalkan haiwan ternakan mereka.
Sementara itu, M.Hemalatha, 42, berkata kuil di Kampung Muhibah tidak pernah dilanda banjir sejak dibina 38 tahun lalu, dan ini merupakan kali pertama ia tenggelam hampir dua meter.
"Banjir kali ini sangat buruk, semua persiapan seperti kuih raya dan baju rosak dihanyutkan banjir," katanya. - BERNAMA

Isnin, 1 November 2010

Petua Anak Bijak

August 16th, 2010 by admin | Posted under Herba Rawatan Traditional, Petua Keluarga, Petua Perkahwinan, Petua Umum, Woman Health Care Advice.
Nuffnang Ads
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua ini, Insya-Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.



Selamat mencuba!

KETUA AUDIT NEGARA PUJI PENGURUSAN KEWANGAN KEDAH 2009

Sekalung TANIAH saya ucapkan kepada pentadbiran Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Dato Seri Azizan. Ada beberapa sebab untuk saya berkata demikian berdasarkan laporan yang saya baca sepintas lalu.
  1. Mungkin inilah kali pertama Kerajaan Negeri menikmati hasil daripada anak syarikatnya yang mungkian berjumlah puluhan atau ratusan yang diwujudkan. Laporan menyebutkan peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100 PERATUS. Paling menakjubkan ialah daripada KOSONG (0) menjadi 100 PERATUS. Apa maksudnya? Ia bermaksud kerajaan terdahulu tidak pernah menikmati hasil anak syarikat Kerajaan Negeri. Persoalannya apa tujuan kerajaan terdahulu mewujudkan syarikat-syarikat ini. Adakah untuk syok sendiri atau mewujudkan pendapatan kepada kroni? Kerajaan telah memperolehi RM15.17 juta berbanding KOSONG untuk tahun 2008.
  2. Kerajaan juga berjaya meningkatkan 17.4 peratus pendapatan daripada premium hutan. Berbanding tahun 2008, pendapatan melonjak sehingga 205%. iaitu daripada RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 PERATUS !!! bagi tahun 2009 berbanding 2007. Ini adalah hasil polisi ketelusan kerajaan yang mengamalkan polisi tender terbuka bermula 2008. Dengan keluasan yang sama, tetapi pendapatan yang jauh berbeza.
  3. Peningkatan royalti pengeluaran bahan batuan juga amat membanggakan. Peningkatan sebanyak 32 peratus menunjukkan bahawa seolah-olah berlaku masalah semasa kerajaan sebelum ini. Pada tahun 2008 royalti hanya berjumlah RM 14.65 juta berbanding peningkatan sebanyak RM4.75 juta menjadikan RM19.4 juta.
  4. Apa yang saya dapati adalah penurunan hasil kerajaan negeri yang telah mengurangkan kadar cukai bagi tanah sejak April 2008. Saya percaya dasar ini sangat dialu-alukan oleh rakyat yang mendapat manfaat langsung lalu menyebabkan kecekapan bagi kutipan cukai tanah.
Prestasi kewangan Kerajaan Kedah dinilai sebagai memuaskan oleh Ketua Audit Negara. Namun bagi saya, masih banyak perlu ditingkat. Banyak lagi kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu yang perlu diperbetulkan. Perbandingan yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan prestasi yang baik dengan prestasi yang lebih baik. Bukan perbandingan dengan prestasi yang lebih buruk seperti selalu digunakan oleh pembangkang di Kedah.

Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru

Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:


1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi ‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula.
3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkan DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mengujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.
Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular