Selasa, 16 Oktober 2012

Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood)

Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood)

Gaharu Si Emas Hitam


Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra.

Apakah yang dimaksudkan dengan Gaharu ?

Pokok Gaharu, Karas atau Agarwood merupakan merupakan sejenis pokok hutan yang satu ketikanya banyak terdapat di Malaysia. Ianya juga merupakan sejenis pokok dari keluarga kayu balak dan memakan masa yang lama untuk membesar. Gaharu merupakan nama panggilan bagi sejenis damar yang terhasil melalui kaedah semula jadi berpunca daripada tindak balas atau daya tahan pokok gaharu ke atas serangan fungus hutan, bakteria ataupun penyakit. Tindak balas ini sama fungsinya seperti tubuh manusia di mana keupayaan tubuh bertahan daripada serangan penyakit kemudian menghasilkan hormon atau antibiotik bagi tujuan penyembuhan. Di sini pokok yang telah terkena serangan penyakit atau fungus, mengeluarkan cecair yang merupakan minyak yang berbau bagi melindungi bahagian yang tercedera. Sepanjang proses ini berlaku cecair minyak ini lama kelamaan akan mengeras dan akhirnya dikenali sebagai damar atau resin. Damar yang terhasil daripada proses tidak balas ini mengandungi particle atau resapan damar yang wangi dan kemudiannya dikenali sebagai Gaharu atau resin.
            Gaharu dikenali diseluruh dunia dengan pelbagai nama serta panggilan yang berbeza-beza di antaranya adalah Chen Xiang (Cina), Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode ( Arab). Gaharu atau nama panggilannya 'agaru' di dalam bahasa Sanskrit merupakan tumbuhan yang dilindungi di bawah Convention on International Trade In Endangered Species od Wild Fauna and Flora (CITES). Pokok gaharu yang telah mencapai tahap kematangan boleh membesar sehingga 40 meter tinggi manakala diameternya pula boleh menjangkau sehingga 60 cm. Apa yang menarik tentang pokok gaharu adalah, ianya mempunyai kebolehan untuk hidup hampir dalam semua keadaan dengan penjagaan yang paling minimum.
            Gaharu merupakan sejenis pokok yang terdiri dan tergolong di dalam keluarga Thymelaeceae. Secara semulajadinya pokok-pokok gaharu yang terdapat di dalam hutan di negara kita akan menghasilkan resin atau gaharu apabila usianya umenjangkau 20 hingga 45 tahun, bergantung pada ketahanan serta tindakbalas kecederaan yang dialami oleh pokok. Pokok gaharu sangat diminati  kerana aromanya yang wangi serta menyenangkan apabila dibakar. Merujuk kepada data yang dikeluarkan pada Persidangan Gaharu Dunia pertama di Vietnam  terdapat 16 spesis Aquilaria sahaja yang mempunyai nilai komersilnya yang tinggi.


• Jenis-jenis gaharu mengikut ranking.


i.) AQUILARIA SUBINTEGRA » Thailand
ii.) AQUILARIA CRASSNA » Thailand, Cambodia, Vietnam, Malaysia
iii.) AQUILARIA MALACCENSIS » Thailand, India, Malaysia
iv.) AQUILARIA APICULINA » Philippines
v.) AQUILARIA BAILLONIL » Thailand, Combodia
vi.) AQUILARIA BANEONSIS » Vietnam
vii.) AQUILARIA BECCARAIN » Malaysia
viii.) AQUILARIA BRACHYANTHA » Malaysia
ix.) AQUILARIA CUMINGIANA » Indonesia, Philippines
x.) AQUILARIA FILARIA » China
xi.) AQUILARIA GRANDIFLORA » China
xii.) AQUILARIA HILATA » Indonesia, Malaysia
xiii.) AQUILARIA KHASIANA » India
xiv.) AQUILARIA MICROCAPA » Indonesia, Malaysia
xv.) AQUILARIA ROSTRATA » Malaysia
xvi.) AQUILARIA SINENSIS » China



• Kegunaan Gaharu


Gaharu telah digunakan secara turun temurun dalam pelbagai upacara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek kesenian dan tidak asing pati minyak. Untuk mendapatkan serta menghasilkan bau-bauan yang wangi gaharu ini perlu dibakar, ini telah dipraktikkan sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun. Gaharu banyak digunakan di dalam upacara perayaan, adat-istiadat dan keagamaan. Pati minyak gaharu yang telah di ekstrak daripada pokok gaharu digunakan sebagai salah satu bahan campuran untuk membuat minyak wangi di antaranya minyak attar, iaitu wangian berasaskan air yang mana ianya mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian minyak attar digunakan secara meluas di seluruh dunia oleh orang Islam.
Pada masa ini dengan bantuan teknologi moden ekstrak gaharu telah digunakan dalam pembuatan sabun dan shampo serta sebagai bahan penghalau serangga dan yang paling terbaru adalah teh daun gaharu. Teh ini baik untuk peredaraan darah dan sebagai penghalang penyakit kanser. Kebanyakan harga yang ditawarkan oleh pemborong-pemborong kecil untuk mendapatkan daun gaharu adalah sekitar RM350 sekilo. Ini adalah harga yang ditawarkan oleh peborong kecil-kecilan dan merupakan harga yang paling rendah, bayangkan berapa harga daun tersebut jika dijual secara terus kepada pembeli tanpa melalui orang tengah.
Telah diketahui sejak dahulu lagi gaharu digunakan untuk menguatkan minda, malah digunakan sebagai penyembuh dari penyakit demam selain digunakan untuk menguatkan limpa dan mengurangkan maidah (kisaran perut). Apabila gaharu ditumbuk lumat kemudian dimasukkan ke lubang hidung ianya dapat melegakan hidung yang tersumbat dan seterusnya ia akan membantu menyingkirkan bendasing yang terkumpul dalam lubang hidung. Debunya pula diadun bersama madu dan dilumurkan pada muka, bintik-bintik jerawat akan hilang.


• Nilai Gaharu


Negara pernah dikejutkan dengan cerita dan berita yang menggemparkan berkaitan dengan nilai gaharu, teras gaharu dijual berdasarkan mutunya di pasaran tempatan yang mana ianya dibahagikan kepada gred-gred yang tertentu iaitu di antara RM1000/kg hingga RM25,000//kg.

Pati minyak yang dihasilkan daripada pokok gaharu diekstrak dan dijual dipasaran berdasarkan mutunya serta mengikut gred-gred yang tertentu di antara RM350 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.

Ketulan kayu gaharu yang berlebihan juga bernilai di pasaran serta lebih dikenali sebagai wood chip gaharu dijual juga berdasarkan mutu dan mengikut gred-gred yang ditentukan daripada RM4/kg – RM350/kg.
JPSM (Jabatan Penggredan Semenanjung Malaysia) telah menetapkan grad-gred bagi gaharu di dalam Bengkel Penggredan Gaharu di Semenanjung Malaysia pada awal Jun 2007 di Kuala Lipis, Pahang:
GRED HARGA / kg
Super A RM25K ke atas
Gred A RM20K
Gred B RM18K
Gred C RM15K
Gred D RM8K
Gred E RM3K
Lain-lain Gred RM500 - RM1K
Gred kayu untuk minyak RM5 - RM100
Minyak Gaharu RM300 - RM450/tola (bersamaan 12gm)



• Kesesuaian Kawasan Tanah


Pokok gaharu dan spesisnya merupakan tumbuhan malar hijau serta mempunyai keupayaan untuk tumbuh dalam kadar yang cepat. Pokok gaharu sesuai dan boleh hidup dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanah paya dan tanah yang menakung air. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa menanam adalah pastikan akar gaharu tidak terendam di dalam air, jika ini terjadi pokok gaharu yang ditanam akan mati. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit ataupun dicerun-cerun. Sebenarnya tiada masalah untuk menanam pokok gaharu kerana ianya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan pun. Kesimpulannya tanamlah pokok gaharu di mana sahaja and suka asalkan serta pastikan akarnya tidak terendam di dalam air.


• Sistem Penanaman


Terdapat beberapa jenis sistem penanaman yang telah dipraktikkan, tiga jenis cara dan sistem tanaman yang boleh diusahakan dan dipraktikkan iaitu tanaman monokultur, tanaman campuran, tanaman integrasi. Pola penanaman boleh dibuat secara barisan atau tanaman berkelompok. Penanaman intergrasi adalah lebih baik untuk  meminimumkan risiko, dengan mempraktikkan tanaman integrasi juga boleh memberikan pulangan untuk jangka masa yang pendek dan boleh menampung keseluruhan kos yang telah digunakan sebelum ini. Selain itu tanaman sulaman juga boleh dilakukan dengan tanaman berasaskan herba mahupun tanaman kontang. Walau apapun jenis dan cara tanaman yang anda pilih perlu diingatkan penjarakkan yang sesuai perlulah diberi perhatian.


• Penyediaan Tapak Tanaman


Proses pemilihan tapak tanaman yang sesuai juga diberi perhatian. Tanah yang bakal dijadikan tapak tanaman hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada tumbuh-tumbuhan yang tidak diperlukan seperti tumbuhan renek, rumpai dan sebagainya. Jarak tanaman yang sesuai perlu di ambil kira, begitu juga halnya dengan kedalaman lubang yang hendak dibuat supaya anak pokok gaharu boleh hidup subur. Perlu diingatkan disini gaharu yang tumbuh subur merimbun kebiasaanya akan menghasilkan resin yang rendah kualitinya berbanding pokok yang hidup segan mati tak mahu.


• Kaedah Penanaman


Kerja-kerja penanaman dhendaklah mengikut kesesuaian dan keadaan cuaca serta iklim alam sekitar. Kebiasaannya anak pokok gaharu ditanam sebaik sahaja masuk musim hujan, ini kerana 6 bulan pertama selepas proses penanaman anak pokok gaharu merupakan tempoh di mana anak pokok gaharu memerlukan air yang banyak. Oleh itu penanaman dan pemilihan masa yang betul menjamin tumbesaran yang berkekalan kepada anak pokok gaharu. Kaedah penjarakkan yang biasa dan sering diguna pakai adalah 5 ' x 6 ' , 6 ' x 6 ' , 6 ' x 8 ' , 10 ' x 10 ' , 15 ' x 10 ' dan sebagainya untuk anak pokok sebanyak 1000 - 450 pokok bagi seekar tanah.
i.) Sekiranyan anda menggunakan biji benih sebagai punca mendapatkan anak pokok gaharu, pemilihan biji benih yang berkualiti amat penting untuk tujuan ini. Proses pembenihan ini banyak diusahakan di nurseri-nurseri bagi menjamin bekalan anak benih pokok gaharu dalam kuantiti yang besar tidak putus. Benih anak pokok gaharu atau karas dari jenis Aquilaria Malaccencis berbentuk kapsul, di mana ianya berukuran 3.5 cm - 5 cm panjang dan berwarna coklat. Bahagian luar kulitnya agak keras serta berbaldu dan mengandungi 3 - 4 biji benih untuk setiap buah.






Perlu diingatkan kadar pembajaan mestilah tidak melebihi 100 gm bagi setiap lubang di mana kadar ataupun nisbah yang digunakan bagi baja NPK adalah 15:15:15 sebayak 40 gm – 50 gm manakala TSP pula sebanyak 40 gm – 50 gm digunakan dalam proses penanaman.
ii.) Proses Dan Langkah Menyemai Biji Benih Jenis Subintegra - Sediakan medium tanaman di mana lapisan pertama adalah Medium dengan nisbah 2 : 1 : 1, di mana Medium adalah campuran Tanah/Soil : Pasir Sungai : Baja Kompos, ini adalah lapisan pertama dan berada di bahagian bawah sekali. Lapisan kedua pula adalah baja kompos di mana lapisan ini berada di tengah-tengah atau di atas lapisan Medium. Lapisan ke tiga adalah pasir sungai dan ini merupakan lapisan yang terletak di atas sekali iaitu di atas lapisan baja kompos. Manakala ketebalan setiap lapisan adalah di antara 2 - 4 inci anda boleh menambah ketebalan setiap lapisan mengikut kesesuaian. Secara amnya ketebalan lapisan atas atau Topsoil adalah di antara 2 inches (5.1 cm) - 8 inches (20 cm). Besar medium atau tapak semaian terpulang kepada anda untuk menentukannya.
            Semai biji benih gaharu dengan memasukkan kepalanya ke dalam tanah manakala bahagian ekornya ke atas. Memadai dengan hanya memasukkan kepala biji benih gaharu sahaja ke dalam tanah setakat bahagian kepalanya sahaja. Manakala jarak bagi setiap biji benih gaharu dengan biji benih yang lain adalah 5 mm - 10 mm, lagi besar jaraknya lagi baik bagi proses mengubah anak benih yang bakal tumbuh ke dalam polibag hitam nanti. Proses ini mestilah dilakukan secara berhati-hati untuk menggelakkan akar tunjangnya putus. Inilah sebabnya dan di mana peranan penjarakkan yang sesuai semasa semaian anak benih perlu diambil kira. Memadai jarak di antara setiap anak benih cuma sekadar 5 mm sekiranya anda mempunyai keluasan tapak semaian yang terhad. Perlu diingati anak benih yang ditanam mempunyai peratusan hidup sebanyak 70% - 30% sahaja, kadang-kala langsung tiada yang hidup malah adakalanya semuanya hidup. Ini bergantung kepada anak benih yang anda beli sama ada benih yang cukup matang, baru atau lama, dan sebagainya. Jika ini terjadi kepada anda ingatlah 'Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Buat Selamanya' dan hikmah disebaliknya adalah pengalaman yang sukar diperolehi oleh mereka yang hanya tahu bercakap mengenainya tanpa memahami hakikat sebenarnya.
            Tapak semaian yang telah siap ditanam dengan biji gaharu handaklah dilindungi daripada terkena pancaran cahaya matahari secara terus ke anak pokok. Untuk itu anda bolehlah menggunakan netting hitam atau pindahkan tapak semaian anda di bawah pokok dan sebagainya. Tapak semaian yang terlalu gelap akan menyebabkan pembiakan kulat berlaku pada biji benih yang telah ditanam.
            Kerja-kerja menyiram boleh dilakukan 2 kali sehari pagi dan petang. Sekiranya anda ingin melakukan proses penyiraman 3 kali sehari pun boleh, tetapi pastikan tiada air yang bertakung di dalam tapak semaian. Biji benih yang sudah ditanam akan mulai tumbuh selepas disemai dalam tempoh 2 minggu. Sebaik sahaja ianya mulai tumbuh biarkan dahulu sehingga keluar 2 - 3 helai daun kemudian bolehlah dipindahkan anak benih yang tumbuh itu ke dalam beg semaian atau polibag hitam. Medium yang digunakan adalah sama seperti medium tapak semaian dengan nisbah 2 : 1 : 1 (tanah, pasir sungai, baja kompos), kesemua bahan-bahan ini digaul rata sehingga sebati. Semasa proses pemindahan pastikan anda berhati-hati kerana kecederaan sering berlaku semasa proses ini dijalankan di mana akar tunjangnya mudah patah atau putus. Buat masa ini pancaran cahaya matahari secara terus masih tidak dibenarkan.
           Proses pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali dengan menggunakan baja kompos. Sekiranya terdapat anak gaharu yang gugur daunnya, pastikan jangan buang dahulu biarkan untuk 2 - 3 hari. Selepas 2 - 3 hari masih tiada tanda-tanda daun baru akan tumbuh (mati sepenuhnya) bolehlah dibuang. Untuk memastikan lagi sama ada anak pokok gaharu tersebut betul-betul sudah mati atau sebaliknya, patahkan dari bahagian pucuk anak pokok tersebut sedikit demi sedikit sehinggalah anda menjumpai bahagian yang masih hijau. Sekiranya ada ini bermakna pokok tersebut masih hidup lagi. Semasa tumbesaran anak pokok gaharu di dalam polibag, terdapat pokok gaharu yang hidup segan mati tak mahu ataupun gugur daunnya serta layu. And dinasihatkan supaya memindahkan pokok gaharu tersebut ke dalam polibag yang lebih besar dan lihat hasilnya. Dalam masa yang sama kawalan serangga dan haiwan perosak mestilah dilakukan setiap masa.



• Penjagaan Dan Rawatan Tanaman


Kesemua anak pokok gaharu memerlukan penjagaan yang sempurna pada peringkat awal pertumbuhan, ianya amat sensetif pada pancaran cahaya matahari dan perlindungan daripada pancaran tersebut perlu dilakukan. Ini berbeza apabila anak pokok gaharu berusia 1 tahun ke atas yang memerlukan cahaya matahari secara terus untuk pembesaran. Rawatan susulan termasuk pembersihan disekeliling pokok tanaman daripada rumput serta rumpai yang tidak dikehendaki, pembajaan yang betul serta kerja-kerja pemangkasan perlu dilakukan setiap 6 bulan sekali ataupun bergantung pada keadaan.



• Rawatan Inokulasi Penghasilan Gaharu


Secara semulajadi, pembentukan gaharu atau terasnya adalah disebabkan oleh serangan penyakit akibat terluka dan tersedera, cabang atau batang pokok yang mengalami kerosakkan. Merujuk kepada proses pembentukan gaharu secara semulajadi di dalam hutan yang memakan masa bertahun-tahun, kini proses penghasilan gaharu telah berubah dan dipendekkan berbanding kaedah semulajadi. Proses ini dikenali sebagai proses inokulasi, penghasilan resin gaharu boleh dibuat apabila pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas atau diameternya mencecah 8 cm hingga 10 cm. Batang pokok yang matang akan ditebuk menggunakan drill sekitar 5 cm. Jarak setiap lubang dengan lubang yang lain sekitar 20 cm. Lubang ini akan disumbat dengan buluh atau paip bagi mengelakkan lubang tersebut bercantum semula. Kemudian proses memasukkan kulat atau enzim dilakukan, lubang terbabit kemudiannya ditutup semula dengan lilin atau sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan air hujan tidak masuk ke dalam lubang berisi kulat atau enzim yang telah disuntik tadi.
Kulat yang sering digunakan dalam proses ini adalah Furasium sp, Phytium sp, Lasiodiplodia sp, Libertela sp, Scytalidium dan Thielaviopsis sp. Pokok yang telah diberikan suntikan akan dibiarkan selama 2 tahun atau lebih sebelum mendapat hasilnya. Semakin lama tempoh pokok gaharu yang telah disuntik dibiarkan maka semakin tinggilah nilai gaharu yang bakal dihasilkan. Oleh itu, tanpa proses inokulan, pokok gaharu atau karas tidak akan membentuk gaharu atau resin yang diharapkan bagi tempoh masa yang pendek dan ini berlainan dengan fitrah semulajadinya.
Selain proses inokulasi, untuk mendapatkan resin atau gaharu, pokok gaharu atau karas perlu disakiti dengan cara memasukkan besi, paku dan sebagainya ke dalam batang pokok tersebut. Proses ini juga boleh dilakukan dengan menakik-nakik batang pokok tersebut ataupun dengan melilit wayar di sekeliling batang pokok tersebut. Di antaranya adalah dengan menakik sedikit kulit atau batang pokok tersebut.Secara semulajadinya pokok gaharu akan mengeluarkan antibody bagi melawan penyakit atau kecederaan yang dialaminya. Inilah penyebabnya bagaimana resin atau gaharu terhasil. Pokok gaharu tidak akan menghasilkan atau mengeluarkan gaharu sekiranya pokok tersebut tidak disakiti atau tidak dijangkiti oleh penyakit.



• Penuaian / Penghasilan Gaharu


Penuaian akan dibuat sekiranya pokok tanaman diyakini telah menghasilkan gaharu. Beberapa ujian secara klinikal boleh dilakukan ke atas pokok gaharu untuk memastikan gaharu telah terhasil. Penuaian boleh dilakukan apabila umur pokok mencecah 6 - 7 tahun atau lebih. Setelah melalui beberapa kajian setiap pokok gaharu dianggarkan boleh menghasilkan 5 kg - 20 kg gaharu.


Breed Growth
(cm)
Encourage Agrawood Oil
Price
Average/
5 Years
High from
Ground
130cm
Good Medium Poor Good Medium Poor
Subintegra 50-70
Crassna 20-40
Malaccensis 50-70
Baillonil 20-30



Semakin hari permintaan untuk gaharu semakin melonjak tinggi sungguhpun pengeluarannya berkurangan dan inilah puncanya mengapa harganya bagi kayu gaharu meningkat sepanjang malahan setiap tahun. Kebanyakan hasil gaharu telah dieksport kepada  pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan malahan Eropah.

Telah direkodkan Asia Tenggara pernah mengeksport hasil gaharu yang bernilai RM48.3 million ke Arab Saudi, sungguhpun begitu bekalan gaharu hanyalah memenuhi 20% daripada permintaan pasaran.

Gaharu yang dikeluarkan terus daripada hasil hutan amat sedikit dan terhad. Tanpa proses penanaman semula, pokok gaharu yang banyak didapati di negara kita pada satu ketika dahulu pasti kepupusan disebabkan aktiviti yang tidak terkawal termasuk pengambilan gaharu secara berlebihan dan pembalakan haram.

Projek penanaman dan perladangan gaharu di Malaysia  masih baru dan belum popular, tetapi ini berlainan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand  dan Kemboja. Tanaman gaharu secara perladangan sudah lama diusahakan secara bersepadu dan teratur. Mereka juga mendapat sokongan serta bantuan yang amat kuat daripada pihak kerajaan dari segi modal mahupun teknologi.


Image above taken from Wikipedia, the free encyclopedia.




• Faktor-faktor yang mempengaruhi mutu gaharu


Tanah  :   Pokok Gaharu sesuai ditanam di mana sahaja di antara kawasan tanah rendah hingga ke kawasan tanah tinggi dan curam pada ketinggian 0-750 m dari paras laut.
Taburan hujan  :   Pokok Gaharu yang berkualiti tinggi terdapat di kawasan yang menerima peratusan taburan hujan melebihi 2000 mm setahun.
Keadaan persekitaran  :  Pokok Gaharu yang menghasilkan gaharu atau resin yang bermutu tinggi tumbuh di kawasan yang mempunyai suhu persekitaran yang rendah serta mempunyai kadar kelembapan yang tinggi (24ºC -32ºC ) dan hanya menerima  70% cahaya matahari.
Ciri-ciri tanah   :  Pokok Gaharu boleh menghasilkan gaharu yang bermutu tinggi sekiranya ditanam di atas tanah yang lembut, liat serta berpasir di mana pH tanah di antara 4 hingga 6.

• Ciri-Ciri Spesis Aquilaria 

NAMA SAINTIFIK
NEGERI / KAWASAN SEMULAJADI
CIRI2
1. Aquilaria Hirta Sepanjang Pantai timur, Terengganu, Pahang dan Johor Pokok yang kecil dengan ketinggian 15 m, bahagian bawah daun berbulu, manakala daun berbentuk ovate oblong.
2. Aquilaria Beccariana Kebanyakkan tumbuh di bahagian selatan (Johor) Ketinggian pokok adalah sederhana 20 m, urat di kedua-daun nampak jelas, daun berwarna kelabu dan tidak berkilat.
3. Aquilaria Rostrata Pahang (G. Tahan), habitat gunung. Urat pada kedua-daun tidak jelas.
4. Aquilaria Malaccencis Terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak kecuali kedah dan perils. Permukaan daun berkilat, runcing serta bujur.
5. Aquilaria Microcarpa Johor dan kawasan bakau Pokok besar dan ketinggian dalam 36 m, mempunyai buah yang kecil berbentuk hati.

8 ulasan:

  1. dimana nak dapatkan biji benih atau anak pokok gaharu aquilaria microcarpa

    BalasPadam
  2. Saya ada teras gaharu brrat lebih kurang 500gram...dimana saya nk jual teras saya...wan alif 0124944552

    BalasPadam
  3. Dimana nak cari benih aquilaria malaccencis?

    BalasPadam
  4. nak anak gaharu hubungi saya 012 7647335

    BalasPadam
  5. saya ada jual air suling gaharu.. berminat? hubungi saya di 0129156462

    BalasPadam
  6. mohon izin dikongsikan

    BalasPadam
  7. Usia anak gaharu yang boleh dialih ke tanah tu bila? Tunggu berapa bulan baru boleh alih dari polybeg ke tanah

    BalasPadam
  8. Kursus ttg gaharu ada buat tak??

    BalasPadam

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular