Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa
LOS ANGELES 15 Okt - Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta
rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat
dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian
39km dari aras bumi.
Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam
"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa
kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya,
sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.
Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan
dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu
rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa
manusia.
Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.
Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.
- AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan