Selasa, 9 Oktober 2012

5 FAKTA MENARIK 'DI SEBALIK TIANG GOL' PERLAWANAN PERSAHABATAN NOSTALGIA PIALA MALAYSIA '90-AN: KEDAH MLN. SINGAPURA

5 FAKTA MENARIK 'DI SEBALIK TIANG GOL' PERLAWANAN PERSAHABATAN NOSTALGIA PIALA MALAYSIA '90-AN: KEDAH MLN. SINGAPURA



1) Lagenda bola sepak Singapura Samad Allapitchay, 63, sejak mula tiba di Alor Setar telah ditegah oleh pengurus serta rakan-rakan pasukan yang lain daripada beraksi atas faktor usia dan kesihatan. Walaubagaimanapun di atas semangat untuk bertemu pasukan Kedah beliau tetap berdegil
dan meneruskan aksi di tengah padang selama hampir 10 minit sebagai kapten Veteran Singapura.

2) Akibat daripada kelewatannya, jersi keramat nombor 9 Husin Jaafar telah 'dicuri' oleh Idris Man dan Husin akhirnya terpaksa mengenakan jersi bernombor 23 pada perlawanan malam tadi.

3) Rafdi Rashid terpaksa beralah kepada seniornya, Khamal Idris Ali untuk mengenakan jersi kegemarannya, 20. Namun, pada hakikatnya Khamal tidak dapat beraksi akibat daripada kecederaan yang dialami ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan PSKPP Kedah beberapa hari yang lalu.

4) Mohamad Ramlee sebenarnya telah mengambil risiko untuk bermain kerana beliau langsung tidak pernah turut sama berlatih bersama-sama rakan sepasukan veteran yang lain kerana terpaksa memberikan tumpuan penuh kepada persiapan skuad Piala Emas Raja-Raja.

5) Radhi Mat Din merupakan satu-satunya pemain yang cukup 'liat' untuk turun beraksi bersama-sama skuad veteran. Ramai yang terkejut di atas komitmen 100% beliau untuk menjayakan program-program serta perlawanan nostalgia kali ini.
 
sumber:

Persatuan Bolasepak Melayu Kedah Darul Aman (PBMK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular