Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

Keadaan Terkini Ustaz Azizan Semakin baik

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah
 
GEORGETOWN - Selepas hampir 67 hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan dilaporkan stabil dan semakin baik.

Isterinya, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaannya bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir hari ini.

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.
"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.

Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan.

Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu setelah dimasukkan ke hospital pada 7 Mei akibat komplikasi diabetik.

Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC) selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.

sumber http://www.kedahlanie.info/2013/07/keadaan-makin-baik-azizan-mahu-buat.html

Gambar Morsi Di Tahan Junta Tentera Mesir



Pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan pada hari Khamis (4/7) setelah tentera menggulingkan Muhammad Mursi dari kerusi presiden. Mereka ditahan di penjara yang sama.

Ketua Parti Gerakan dan Keadilan, Saad El-Katatni ditahan bersama Rashard al-Bayoumi, salah satu wakil pemimpin Ikhwanul Muslimin. Mereka ditahan di penjara Torah, penjara yang juga ditempati mantan presiden Hosni Mubarak serta anaknya Alaa dan Gamal. Mubarak dipenjara setelah penggulingannya pada 2011. Sementara anaknya dipenjara kerana tuduhan korupsi.

Mursi dipenjara oleh pihak berkuasa tentera. Pihak berkuasa keselamatan menyatakan Mursi ditahan di salah satu pusat intelijen tentera.

Pejabat berita MENA yang disiarkan NYTimes melaporkan anggota Ikhwanul Muslimin juga telah ditangkap. Mereka dituduh memulakan rusuhan dan menganggu keamanan.

Mursi digulingkan dari kekuasaannya oleh tentera. Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour menggantikan tempat sebagai presiden. Mansour mengangkat sumpah pada Khamis (4/7) waktu tempatan.

Sementara itu kumpulan Ikhwanul Muslimin, parti yang didokong oleh Presiden Mesir Mohamed Mursi, menggambarkan penggulingan Mursi pada Rabu malam waktu tempatan (3/7) sebagai satu pengkhianatan.

"Hari menyedihkan buat aspirasi demokrasi Mesir, pengkhianatan terhadap revolusi dan jutaan orang Mesir percaya pada demokrasi," kata kumpulan itu sebagaimana dilaporkan Xinhua .

Kumpulan tersebut juga mengutuk penutupan saluran television yang berorientasi pada Ikhwanul Muslimin dan penangkapan kakitangan mereka.

"Penutupan saluran TV itu adalah lankah awal untuk penindasan, era pandangan tunggal," kata Parti Kebebasan dan Keadilan --cabang politik Ikhwanul Muslimin -- di akaun Twitternya.

Pernyataan tersebut dikeluarkan setelah pihak tentera menggulingkan Presiden Mesir dari kubu Islam itu dan mengangkat Ketua Mahkamah Tinggi Perlembagaan Adly Mansour untuk sementara memerintah di negeri tersebut sehingga presiden baru dipilih.

Isnin, 1 Julai 2013

Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang sukar dicari ganti



Hari ini pemikiran Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor diseminarkan. Memang tepat segala ilmu dan idea yang lahir dari tokoh besar itu dibincangkan. Membiarkan pemikiran yang telah menghasilkan sejarah perjuangan Islam di tanahair itu berlalu begitu sahaja tanpa dirujuk kembali adalah pensia-siaan yang sangat merugikan. Sejarah perjuangan Islam yang dibawa PAS masih belum panjang jarak masanya, belum menempuh pun satu abad. Tokoh-tokoh yang hebat dalam jamaah mungkin tidak seramai Ikhwanul Muslimin di Mesir, namun kehebatan tokoh yang sedikit ini mestilah dimanfaatkan ilmu dan pemikirannya sepenuhnya.

Terlalu banyak aspek menarik dan bermanfaat untuk dikaji dari sirnaan pemikiran Ustaz Fadzil, biarlah kita mengutip sisi-sisi yang tersurat sahaja, itu pun cuma selembar dari ribuan manfaat yang boleh digali.
Pencapaian terbaik

Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor pergi meninggalkan kita pada 23 Jun 2002. Sepanjang sejarah PAS meniti perjuangan, Ustaz Fadzil adalah tokoh paling hebat kerana memimpin parti di saat gemilangnya. PAS memimpin permuafakatan parti pembangkang apabila memenangi 27 kerusi Parlimen pada PRU 1999. Beliau dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Sehingga kini PAS belum mampu memecahkan rekod pencapaian kerusi terbanyak itu.

PRU 1999 adalah merupakan detik paling perit bagi Umno kerana majoriti Melayu berpihak kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan bahawa penolakan Melayu terhadap BN pada masa itu ada kena mengena dengan Anwar dianiayai, dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, dibelasah dalam lokap serta dipenjarakan.

Ustaz Fadzil hadir dalam sidang media pertama selepas Anwar dipecat. Ia kelihatan sangat janggal ketika itu kerana persepsi umum adalah, pemecatan Anwar adalah persoalan rumahtangga Umno. Terdapat anggota PAS yang tidak menyetujui kehadiran Ustaz Fadzil bersama Anwar. Biarlah Umno bergasak sesama mereka, mengapa PAS nak campuri urusan dalaman mereka? Ustaz Fadzil ditempelak kerana kononnya membuat perhitungan yang salah.

Ustaz Fadzil menubuh, memimpin dan menggerakkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk mengembeling tenaga parti-parti politik dan NGO menjadi suatu kekuatan berkesan untuk menentang ketidakadilan parti yang sedang memerintah. Selepas ledakan kebangkitan rakyat yang luarbiasa berhubung isu Anwar, barulah tindakan Ustaz Fadzil dianggap betul. Ia menjadi lebih tepat apabila PAS menjadi dominan dalam barisan pembangkang dengan memperoleh kerusi terbanyak, mampu mempertahankan Kelantan di samping menawan Terengganu.

Jika hari ini perpaduan parti-parti pembangkang adalah mantap, sehingga menang di lima negeri pada PRU12 dan hampir-hampir menumbangkan BN di Pusat dalam PRU13 lalu tetapi hakikatnya permuafakatan pembangkang itu digagaskan di masa Ustaz Fadzil memimpin PAS lebih sepuluh tahun lalu. PAS mengadakan permuafakatan dengan parti KeADILan dan DAP yang dianggap parti Cina rasis. Ustaz Fadzil, Datuk Dr. Wan Azizah dan Lim Kit Siang beberapa kali menganjurkan ceramah umum bersama menjelang PRU 1999. Ustaz Fadzil berjaya meyakinkan ahli PAS dan orang Melayu perihal pentingnya sokongan masyarakat Cina jika mahu memerintah negara. Cuma orang bukan Melayu pada masa itu belum berjaya diyakinkan oleh DAP untuk menyokong PAS.

Dominasi Melayu/Islam

Permuafakatan antara parti-parti Melayu/Islam digembelingkan lebih awal oleh Ustaz Fadzil Noor iaitu menjelang PRU 1990. Beliau berjaya 'mengeluarkan' Berjasa dan Hamim dari BN untuk bersama dengan PAS, Semangat 46 dan KIMMA dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Angkatan berjaya membentuk kerajaan di Kelantan pada PRU 1990 dengan kemenangan bersih 39-0.

"Kita telah membina persefahaman dan kerjasama dengan parti Semangat 46, Berjasa dan Hamim dalam Angkatan Perpaduan Ummah. satu usaha yang kita lakukan bersama untuk meletakkan parti Islam dan parti-parti yang didokong oleh orang Islam dalam satu saf bagi menghadapi BN dan memberikan alternatif kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya," jelas Ustaz Fadzil. (Ucapan dasar Muktamar Tahunan ke 36, 25 Mei 1990).

Terlalu banyak aspek menarik untuk diulas perihal kepimpinan Ustaz Fadzil selama 13 tahun selaku Presiden. Kejayaan paling manis ialah memposisikan PAS sebagai pendokong ketuanan Islam pada persepsi dan realiti. Dalam Muktamar PAS ke 42, tema yang dipilih ialah Tegakkan Ketuanan Islam.

Dalam ucapan dasarnya, Ustaz Fadzil menegaskan hanya dengan ketuanan Islam dapat menjamin kemuliaan bangsa dan kemuliaan umat Islam itu sendiri. Meskipun Umno sejak dulu dan kini tidak pernah berputus asa berusaha mencemarkan imej PAS dengan tuduhan tradisi bahawa PAS telah meninggalkan asas perjuangan, namun umumnya ketika itu umat Islam tidak percaya. PAS dominan di kawasan majoriti pengundi Melayu. Di Kedah, PAS menang PRU 1999 sebanyak 12 kerusi langsung tanpa bantuan undi bukan Melayu yang ketika itu memihak kepada BN.

"Senario selepas PRU telah menampakkan Umno/BN gusar dan tertekan dengan hakikat kemerosotan sokongan orang Melayu. taktik paling kotor mereka memanipulasi psikologi orang Melayu iaitu menggembar-gemburkan isu perpecahan orang Melayu yang kononnya agenda perjuangan mereka mengembalikan perpaduan orang Melayu," ujar Ustaz Fadzil. Mengapa situasi PAS dominan di kawasan Melayu itu menjadi songsang kini? Ia perlukan satu kajian khusus.
Ulamak memimpin dan tarbiyah

Sepanjang 13 tahun Ustaz Fadzil memimpin PAS, beliau hanya bergandingan dengan timbalan presiden yang sama, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Apabila kini Ustaz Fadzil sudah tiada, Ustaz Hadi memimpin PAS, timbalan presiden silih berganti. Ini menunjukkan kepimpinan PAS di zaman Ustaz Fadzil adalah mantap dan jelas siapa penggantinya. Pertama kali gandingan kepimpinan Fadzil- Hadi, Naib Presiden PAS ialah Dr. Daing Sanusi Daing Mariok dan Ustaz Hasan Shukri. Kepimpinan ulamak pada hairaki tertinggi parti tampak jelas
ketika itu.

Kepimpinan ulamak dan persoalan tarbiyah adalah dua perkara yang jarang tidak disentuh setiap kali muktamar oleh Ustaz Fadzil, sama ada dalam ucapan dasar atau ucapan penggulungan.
Penegasan Ustaz Fadzil: "Dasar kepimpinan ulamak yang diamalkan selama ini akan terus diperkasa dan dimantapkan. Biar apa sekalipun suasana dan perkembangan politik yang kita hadapi, kepimpinan ulamak akan terus menjadi tonggak dan payung kepada gerakan ini. Ulamak di dalam PAS adalah ulamak yang memimpin dan mengatur manakala ulama di dalam UMNO adalah ulama yang dipimpin dan diatur." (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke 47, 1 Jun 2001)

Harapan yang dipertaruhkan oleh beliau terhadap para ulama dalam PAS sangatlah tinggi. Baginya kepimpinan ulamak bukan setakat pada simbol ketinggian dan kemuliaan, bersesuaian dengan fungsi 'ulama adalah pewaris Nabi' tetapi ulama itu sendiri mesti membina keunggulan sesuai dengan amanah besar tersebut. Ulama juga mesti terus belajar dan mengkaji.

"Demi menjaga imej ulama, maka saya mengulangi seruan supaya ulama tampil dengan kehebatan menggali khazanah ilmu, menekuni dan menyelidiki perkara yang melibatkan keseluruhan masalah masyarakat dan membuat ijtihad atas perkar-perkara yang perlukan pandangan terkini termasuk dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan muamalat. Ulama mesti memimpin masyarakat agar dapat keluar dari kemelut kehidupan ini dengan keyakinan bahawa setiap apa yang kita lakukan itu adalah benar dan mendapat keredhaan Allah SWT," ujarnya. (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Ke 48, 31 Mei 2002)

Beliau memberi makna yang luas mengenai tarbiyah. Tarbiyah bukan sekadar duduk bersila mentelaah teks usrah untuk menjadi 'orang yang baik' dalam jamaah tetapi implikasi tarbiyah mesti terpancar ke dalam masyarakat.

"Tarbiyah adalah nadi kepada PAS sebagai jamaah Islam. Tarbiyah dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dan tamrin serta pengisian ilmu tetapi juga bersedia membentuk diri sebagai petugas Muslim yang mampu memperlihatkan wataknya sebagai role model yang ceria kepada masyarakat, bukan sahaja dari segi syaksiyyah, ilmu, disiplin, malah keterampilannya sebagai mujahid," ujar Ustaz Fadzil. (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Ke 41, 25 Ogos 1995)

Baginya tarbiyah mestilah dapat melahirkan para petugas yang berkualiti serta mampu berhujah berlandaskan ilmu Islam. "Program tarbiyah dan majlis ilmu yang menjadi kegiatan penting dalam parti hendaklah menjurus ke arah melahirkan kader-kader parti yang berkemampuan untuk menyatakan Islam dan menterjemah pelaksanaannya ke dalam masyarakat dengan kemampuan hujah menegakkan Islam dan membatalkan segala ideologi yang menjadi cabaran kini," terang Ustaz Fadzil. (Ucapan dasar Muktamar Tahunan Kali Ke 44, 15 Mei 1998)
Memasyarakatkan PAS

Konsep memasyarakatkan PAS yang ditekankan oleh Ustaz Fadzil hakikatnya telah berjaya merapatkan jurang antara PAS dengan rakyat, khususnya orang Melayu yang terbina sekian lama akibat diskriminasi Umno. PAS muncul bersama masyarakat, menyelami denyut nadi rakyat serta menyelesaikannya sekadar kemampuan. Penekanan ini dimulakan oleh beliau melalui penegasannya, "Telah tiba masanya ahli-ahli parti mesti mampu mengenalpasti masalah yang wujud dalam masyarakat setempat dan mesti juga dapat menanganinya dengan baik. Bantuan tenaga-tenaga mahir dan berpengalaman dalam pelbagai lapangan adalah penting, ia mesti diusahakan."

Di era beliau momokan cerita terpencil kisah pulau memulau, solat dua iman, tidak makan sembelihan dan sebagainya terpadam satu persatu. Penyertaan tenaga professional dalam PAS berlaku dengan pesat. Ustaz Fadzil berkali-kali menegaskan supaya PAS dilebarkan sehingga setiap kampung, taman atau jalan seboleh-bolehnya ada cawangan PAS.

Penegasan Ustaz Fadzil adalah: "Gerakan Islam seperti PAS tidak boleh memisahkan diri dari persoalan-persoalan yang dihadapi oleh masyarakat, peka dengan permasalahan masyarakat dan bergerak di tengah-tengah masyarakat. Kerana itu sebagaimana kita tidak pernah lekang dengan program tarbiyah yang sangat penting memberikan penekanan dalam aspek aqidah dan ibadah, kita juga memberi penekanan dalam aspek sosial dan permasalahan masyarakat yang merangkumi politik dan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya." (Ucapan Dasar Muktamar Tahunan ke 36, 25 Mei 1990)
Mendalami isu semasa

Sisi paling menarik bagi Ustaz Fadzil ialah beliau sangat menghayati isu semasa. Ceramahnya penuh dengan kupasan isu semasa. Ramai yang tertarik untuk mengikuti ceramah Ustaz Fadzil hanya kerana ulasan isu semasanya. Pernah beliau bertembung program ceramah dengan Tun Ghafar Baba dalam pilihanraya kecil Pantai Merdeka. Oleh kerana ceramah terlalu hampir masing-masing dapat mendengar hujah pihak lawan. Ustaz Fadzil menangkis hujah Tun Ghafar secara spontan dengan bidasan-bidasan sinis sehingga orang ramai tak kering gusi mendengarnya. Beliau menang 'debat' yang tidak dirancang itu.

Di Dewan Rakyat Ustaz Fadzil sangat cekap berhujah, beliau meningkah ucapan lawan hanya secara spontan. Beliau melahirkan kekesalan kerana permintaan rasmi untuk berjumpa Ketua Polis Negara (KPN) tidak dilayan. MP kerajaan membidas kerana dalam majlis perasmian sidang parlimen KPN hadir, mengapa Ustaz Fadzil tak jumpa? "Saya nak jumpa KPN bukan nak jumpa mamak pasembor tepi jalan!" menjadi ayat bidasan beliau yang sangat masyhur hingga ke hari ini. Iyalah, masing-masing ada pejabat, ada kerani. Kedua-duanya adalah VIP, mestilah melalui prosedur dan protokol untuk berjumpa secara rasmi.

Jika kita meneliti ucapan dasarnya di muktamar tahunan sepanjang 13 tahun memimpin PAS, maka beliau menggarap isu semasa secara menyeluruh sepanjang tempoh setahun, di dalam dan luar negara.
Bukan sahaja isu luaran yang bergerak di tengah masyarakat tetapi persoalan dalaman parti tiada satu pun yang dipinggirkannya. Sebab itu penggulungan ucapan dasar beliau sewaktu muktamar tahunan adalah masa yang dinanti-nanti oleh seluruh perwakilan dan pemerhati. Ucapannya menjawab setiap persoalan, penuh muhasabah, bidasan dan tidak ketinggalan.. kelakar. Ramai yang masih merindui ucapan penggulungannya di muktamar.
Kepincangan demokrasi dan penipuan pilihanraya

Almarhum Ustaz Fadzil sudah tiada ketika PAS bersama puluhan ribu rakyat Malaysia berhimpun di ibu kota dalam himpunan Bersih 1, 2, 3 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka. Tiada juga bersama dalam himpunan bersiri Blackout selepas PRU13. Namun suara beliau dalam merperjuangkan kemurnian demokrasi telah mendahului zaman kerana kepincangan demokrasi bukan perkara baru di Malaysia.

Seawal kepimpinannya dalam PAS, Ustaz Fadzil sudah menghidu kepincangan kerajaan mengurus demokrasi. "Apa yang kita harapkan, pilihanraya kali ini  (1990) dapat berjalan dengan baik dan bersih dari penipuan. SPR hendaklah benar-benar mencerminkan sebuah suruhanjaya yang bebas dalam amalannya bukan dalam ucapan atau kenyataannya sahaja. Gejala-gejala untuk memesongkan SPR sebagai sebuah badan bebas telah mulai dilihat di mana pemerintah dan partinya memperlihatkan tanda-tanda mereka ingin mengongkong SPR dari kedudukannya sebagai suruhanjaya yang bebas," ujar Ustaz Fadzil 17 tahun sebelum himpunan Bersih kali pertama diadakan.

Beliau melahirkan kebimbangan sikap rakus parti pemerintah yang ingin menghakis kedudukan SPR sebagai suruhanjaya yang bebas sebagai mana mereka menghakis kebebasan sistem kehakiman sebelum ini. Ustaz Fadzil mendesak supaya peraturan dibuat untuk menghalang parti pemerintah menggunakan alat-alat dan jentera kerajaan serta pegawainya untuk diguna bagi kepentingan BN.
Dekatnya dengan akar umbi

Mencari aspek kehebatan manusia bernama Ustaz Fadzil Mohd Noor tidaklah terlalu sukar kerana catatan susur galur kehidupannya, beliau memang seorang yang hebat tetapi sangat dekat dengan akar umbi. Tanpa alasan yang syarie untuk menolak, beliau tetap akan hadir ke mana-mana program yang dijemput hatta anjuran cawangan sekalipun, sedangkan ketika itu beliau adalah pemimpin nombor satu parti.

Beliau hadir sekalipun hanya untuk program jamuan durian, sekalipun kadang-kadang tidak dapat menjamahnya kerana masalah kesihatan. Semuanya lantaran sikap berbesar hati untuk meraikan ahli-ahli di akar umbi. Jika aktiviti di akar umbi pun diraikan beliau, maka tidak sukar baginya meraikan pandangan ahli-ahli di semua peringkat. Ustaz Fadzil adalah seorang pendengar yang sangat baik. Perkara ini tampak kecil namun ia tidak mampu dilakukan oleh semua pemimpin besar.

Sumber di petik dari  http://notautara.blogspot.com/2013/06/almarhum-ustaz-fadzil-noor-yang-sukar.html

Rabu, 26 Jun 2013

Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu

Almarhum Ustaz Fadzil Noor - 11 tahun berlalu

http://pondoktauhid.blogspot.com, 26 Jun 2013

Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dalam Kenangan - 11 Tahun telah berlalu

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)





Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir. Beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah Illahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir Illahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu. Beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan


Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.
Rasulullah menyebut dalam hadisnya : "Golongan mudalah yang membantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Russia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.
Dicatat oleh AL FAKIR Muhammad Fazilul Helmi Raidzan

Rabu, 19 Jun 2013

Misteri Kematian Angkasawan Yuri Gagarin Terbongkar



Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961


Kematian Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori konspirasi.


Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.




Aleksey Leonov



Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Gagarin. Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.


Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter. Akhirnya Pesawat itu yang di pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat Gagarin.




Yuri Gagarin



Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.


Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.


sumber : http://myblogsantai.blogspot.com/

Isnin, 17 Jun 2013

3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS


DETIK DAILY

"Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika men
jalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini.

 YB memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Sudah tentu tiga portfolio yang begitu besar kerana ia melibatkan pembangunan manusia.
 
 Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beri kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas exco Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Kepercayaan ini mungkin satu penilaian atau satu penghormatan Tan Sri kepada saya. Ia juga kepada PAS yang cukup berkeupyaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.

Saya bukan sekadar berlatarbelakang pendidikan agama, tapi saya orang kampung yang hidup dan membesar di luar bandar. Dalam waktu yang sama saya berada di persekitaran dunia pertanian di utara Selangor. Ini merupakan kawasan pertanian yang terbesar di Selangor.

Saya memang nampak kerja ini agak berat. Apabila saya menilai kerajaan Pakatan Rakyat telah mengurus tadbir Selangor sepenggal, ini bererti saya tidak menghadapi kepayahan sangat. Kita telah merintis perjalanan itu dengan rakan-rakan pada penggal lalu. Di tambah dengan moto Selangor `Meneruskan Kecemerlangan'. Tugas saya menjadi sedikit lebih ringan kerana kita telah ada program yang lepas dan boleh digunakan untuk penggal kedua ini.

Cuma perlu melakukan penambahbaikan daripada beberapa sudut dan boleh dilakukan melalui pencambahan idea dikalangan sahabat dan rakan kita samada dalam parti atau kerajaan.

Kita tidak kurang pemikir yang selama ini teruji dan berjaya dalam program kita. Saya sendiri telah menemui beberapa orang pegawai berkaitan dengan portpolio dan kerjasama sangat baik. Semua ini menjadi laluan mudah untuk mengurus tadbir tiga portfolio. Saya harap saya berjaya dan rakyat berasa puashati dengan urus tadbir yang akan saya lakukan nanti.

Bagi saya ini satu kepercayaan yang mesti saya jaga kerana boleh jadi buat pertama kali exco daripada PAS diberi tanggungjawab menyelia pertanian dan pembangunan luar bandar.

Exco Hal Ehwal Agama berhadapan dengan cabaran cukup besar memandangkan Selangor mempunyai rakyat yang majmuk. Adakalanya ia menimbulkan kontroversi apabila melibatkan bab-bab hukum. Jika ia berlaku, bagaimana YB menghadapi situasi ini?

Kadang-kadang kontroversi itu timbul bukan kerana ia suatu perkara yang sukar untuk diatasi. Mungkin timbul kontroversi boleh jadi permainan akhbar arus perdana. Ditambah dengan kenyataan yang dibuat dalam keadaan tidak ada persediaan yang terdedah dengan kesilapan dan dimanipulasi oleh golongan tertentu.

Bagi saya dalam saya mengendalikan Hal Ehwal Islam, apapun berkaitan dengan perkara dasar atau asas, saya akan pergi dulu kepada Tuanku Sultan. Manakala keputusan yang bersifat parti politik saya akan pergi kepada Presiden atau parti.

Dalam hal berkaitan agama kita ada Ketua agama di Selangor. Jadi saya perlu bekerjasama baik dengan Tuanku Sultan. Bukan sekadar melaporkan bahkan perancangan dan apa pelaksanaan untuk rakyat Selangor. Adapun perkara yang bersifat perlaksanana, saya kena merujuk pada enakmen yang sedia ada. Yang kadang timbul kontroversi ini kerana kita menjawab sesuatu yang bukan dalam bidang tugas kita.

Dalam masa terdekat ini apakah YB akan tutup kilang arak dan rumah urut?

Ini bukan bidang kuasa exco Hal Ehwal Agama. Exco Agama tidak boleh menyatakan kehendaknya menutup semua itu. Ini semua akan menimbulkan kontroversi. Jadi, biar kita bercakap dalam bidang tugasan kita. Jadi, dalam bidang kerja ini, kita sudah ada enakmen tertentu yang perlu kita patuhi dan hormati. Sebab itu, selalu kontroversi timbul mengenai perkara-perkara pertembungan yang bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan orang bukan Islam.

Bidang tugas saya fokus kepada kehidupan orang Islam itu sendiri untuk meningkatkan nilai kehidupan manusia. Pertama sekali kita mesti angkat mereka sebagai hamba Allah. Kedua meningkatkan tahap kehidupan masyarakat Islam sama ada soal kemiskinan, kefakiran serta urus tadbir pendidikan Islam. Ini kita kena lihat dalam konteks bidang kuasa saya dan enakmen yang telah disediakan.

Sekiranya timbul beberapa perkara seperti berlaku pertembungan, saya fikir tidak perlu membuat kenyataan terlebih dahulu. Saya bukan orang yang suka buat kenyataan sebelum membuat penyelesaian yang berkaitan. Seperti kes serbuan tehadap kuil atau gereja suatu ketika dahulu yang mengundang kontroversi. Ini kerana keluar kenyataan demi kenyataan tanpa persetujuan dalam Pakatan Rakyat. Jadi, dalam perkara dasar seperti ini kita kena rujuk kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.

YB tidak akan membelakangkan parti dalam membuat keputusan berhubung hal-hal agama Islam?

Ya, perkara yang berkaitan saya, saya boleh putuskan. Manakala hal yang saya lihat perlu komitmen parti, maka saya tidak akan buat apa-ap keputusan melainkan serahkan dahulu kepada kepimpinan untuk buat keputusan. Ini dapat membantu untuk menyelesaikan sesuatu pekara.

Selangor turut memiliki kawasan pertanian iaitu sawah dari Tanjong Karang ke Sungai Besar. Bagaimanapun, seolah-olah tidak nampak keutamaan kerajaan negeri mengutamakan hasil pertanian?

Ya, memang di Selangor kita tidak boleh lari daripada negeri yang menumpukan industri sehingga menyumbang hampir 50 peratus pendapatan negara. Tetapi kita masih lagi mengekalkan kawasan hijau iaitu pertanian. Selangor tetap menjadi pembekal makanan negeri dan negara yang perlu dipertahankan.

Alhamdulillah, keputusan kerajaan negeri meletakkan kawasan pertanian di Selangor sebagai kawasan hijau tidak boleh dibuat pembangunan. Sebenarnya kita masih mempunyai kawasan pertanian yang besar walaupun Selangor sudah menjadi negeri industeri. Keputusan kerajaan ini memberikan satu tugas dan tanggungjawab kepada saya untuk menaikkan taraf pertanian di Selangor. Ini kerana Selangor antara penyumbang pada ekonomi negara. Kita juga masih menjadi pembekal dan menyumbang bekalan makanan dalam negeri yang banyak. Selangor antara negeri pengeluaran padi yang paling berkualiti di Malaysia.

Selain itu, sebahagian besar rakyat Selangor masih mendapatkan sumber pendapatan melalui pertanian. Cuma, kita harapkan kerajaan negeri akan terus mempertahankan sektor pertanian. Dalam waktu yang sama kita hendak naikkan taraf kehidupan mereka.

Sebab itu Menteri Besar memfokuskan pembangunan pada luar bandar. Ini merupakan satu pengikhtirafan luar bandar sebagai kawasan pertanian disamping meningkatkan taraf ekonomi mereka untuk bersaing dengan masyarakat luar bandar.

Ada penambahbaikan yang YB akan lakukan kepada golongan petani?

Kita bantu mereka menaikkan kos yang lain seperti bantuan sara hidup atau sediakan beberapa kemahiran lain untuk menjana ekonomi mereka. Kita banyak beri bantuan kepada golongan nelayan, kita bagi bot, petani bagi racun dan baja. Kita juga akan bantu kepakaran teknologi. Bagaimana hendak meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Umpamanya pesawah yang mengalami padi angin yang banyk sehingga mengurangkan pendapatan. Gangguan makhluk perosak atau penamanan yang tidak mengikut skema. Ini kita akan salurkan teknologi kepakaran dan bekalkan kemudahan untuk mengurangkan bebanan kewangan.

Saya akan bincang dengan rakan-rakan pertanian termasuk veterina, macam mana kita boleh beri satu program kepada rakyat dalam bentuk `mentor'. Kita bukan sekadar bagi bot tetapi kita bagi program perkongsian dan ada mentor.

Katakanlah ada lima orang beliau hendak menternak ayam. Mereka sediakan kawasan dan kerajaan negeri sediakan mentor (pengawal mereka). Ayam kita akan beri tetapi mereka mesti mengikut program kita. Apabila hasil dikeluarkan dan untung maka kita serahkan untung kepada mereka. Ini program mentor yang kita akan lakukan selain kita cuba berbincang membawa pelabur luar kepada pertanian.

YB, pembangunan desa suatu yang sukar untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan daripada penduduk. Sebagai langkah pertama, apa yang YB fikirkan untuk pembangunan desa?

Saya nampak jika negeri sediakan prasarana atau bajet banyak tetapi manusia yang hendak menggerakkan itu tidak amanah dan tidak memikul tanggungjawab, maka kita akan gagal.

Kita tidak mahu menjadi program melepaskan batu di tangga. Sebab itu, pembangunan desa ini saya mengurus Ketua-ketua kampung. Saya mengurus penghulu. Ini elemen yang penting untuk sama-sama menjayakan pembangunan desa. Jika ketua kampung gagal berfungsi bagi saya, banyak mana bajet kerajaan negeri, kita akan gagal juga.

Saya mengurus Ketua kampung lebih kurang 368 orang tidak termasuk permohonan ketua kampung yang baru. Saya fikir sebelum kita laksanakan program pembangunan desa, 368 orang Ketua kampung ini mesti berfungsi.

Saya lihat ada jawatan ketua kampung tetapi mereka tidak buat mesyuarat, tidak buat profil kampung. Akhirnya, apabila kita bagi tugas orang macma ini, terhalang semua kerja kita. Kita bukan diboikot oleh orang Umno tetapi ketua kampung yang tidak amanah tidak menjalankan tanggungjawab.

Kita hendak ketua kampung mesti amanah. Saya sudah bercakap dengan Menteri Besar, mana-mana ketua kampung yang cuai kita tamatkan perkhidmatan mereka. Kita kena berani jika kita betul-betul mahu menjayakan pembangunan desa. Elemen ini mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Sebenarnya ketua kampung bukan sekadar elaun mereka kita naikkan, kita tambah lagi seorang ketua kampung dengan peruntukkan lebih kurang RM10,000 setahun. Ada ketua kampung yang langsung tidak gunakan peruntukkan itu, ada ketua kampung yang ada program membersihkan kawasan setahun empat kali tetapi mereka hanya buat sekali. Ini yang kita tidak mahu.

Kita akan rancang penduduk kampung tidak berasa mereka tertinggal jauh dengan suasana bandar. Daripada sudut kualiti hidup, kewangan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan prasarana setempat. Sebagai contoh, jika orang di bandar ada lampu jalan di kampung pun kena ada lampu jalan.

Melestari desa ini kena ikut sama berkembang dalam memahami acuan ekonomi dalam kerajaan negeri. Jika rakyat Selangor mempunyai taraf hidup yang baik, kerajaan negeri sudah mempunyai keuntungan. Walaupun bukan daripada sudut duit. Mereka tidak jadi orang susah, mereka tidak menanggung bebanan sakit kronik begitu juga golongan belia tidak menganggur dan tidak terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya.

Kita hendak jadikan 10 hingga 20 kampung sebagai kampung contoh. Sebahagiannya kita mulakan di kampung utara Selangor iaitu dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam begitu juga di Hulu Bernam. Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, belum dapat menembusi masyarakat kampung di utara Selangor.

Mungkin mereka masih berfikiran lama tidak mahu melakukan perubahan. Mungkin juga mereka melakukan protes kerana kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada mereka dalam pembangunan jasmani dan rohani

Ahad, 16 Jun 2013

SAYA SAYANG PIMPINAN SAYA MACAM SEORANG ANAK SAYANG KAT AYAHNYA

YB Dr. Abd Rani Osman
SAYA SAYANG PIMPINAN SAYA MACAM SEORANG ANAK SAYANG KAT AYAHNYA

Bila ade kekhilafan, saya melebihkan ayah dan merendahkan diri. Bila ayah marah, saya diam. Bila ayah suruh, saya ikut. Bila ayah sedih, saya bimbang.

Saya ingat banyak sangat pengorbanan ayah,
bukan ayah langsung tak buat salah, sebab ayah pun manusia jugak.

Ada ketika saya pun nak tegur jugak, bila ayah buat silap. Tapi, betulkah ayah silap? Kalau betul pun ayah silap, saya takkan tegur ayah saya dengan marah2 kat FB atau buat sindiran kat blog, mahupun berbincang dgn kawan2 mahu pun jiran sebelah rumah secara terbuka.

Saya hanya pendam atau, mungkin berbincang matang dengan ayah. Saya tahu pengalaman ayah dan pengorbanan ayah lebih banyak dari saya dan tak tebanding dgn saya.

Sebab tuh saya AMAT tak suka orang marah ayah atau sindir ayah, lagikan yg hina ayah, SEKALIPUN YANG MENGHINA ITU KAWAN BAIK SAYA, TIDUR SEBANTAL DENGAN SAYA,

Dia tak beradab dengan ayah saya. Mungkin kawan baik saya tuh kata saya dah didoktrin oleh ayah saya, sehingga saya taksub dengan ayah saya, macam orang kene 'candu'.

Apa pulak perasaan kawan baik saya kalau saya hina ayah dia, tentu marah bukan?

Oh teman2, mintak maaf. Saya sayangkan ayah saya, kerana dia mendidik saya untuk kesyurga bukan untuk dunia semata2.

Terima kasih Ayah Chik.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
(Ayah dan Murabbi dalam Perjuangan)

Isnin, 27 Mei 2013

Tunku Bendahara Kedah serta Isteri telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan lagi..!!

Tunku Bendahara Kedah serta Isteri telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan lagi..!!

Dewan Pemuda PAS Kedah
[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah
[MENJUNJUNG KASIH TUNKU]

Pasangan DiRaja Kedah, Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan isteri YABhg Toh Puan Bendahara Kedah telah mencemar duli menziarahi Ustaz Azizan.

Kunjungan jam 6:45 petang tadi itu disambut mantan Exco Kedah, Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali serta isteri Ustaz Azizan, Datin Seri DiRaja Faekah Sheikh Hamzah.

Ternyata Tunku Bendahara begitu prihatin terhadap perkembangan kesihatan Ustaz Azizan di mana beliau merupakan kenamaan yang paling kerap menziarahi mantan Menteri Besar Kedah itu sejak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Tunku Bendahara dilihat berusaha berkomunikasi dengan Ustaz Azizan. Suasana itu membibitkan keadaan hiba mereka-mereka yang menyaksikannya.

Sebelum berangkat pulang, Baginda dan isteri mendengar perkembangan perubatan yang disampaikan doktor-doktor pakar.

Sumber: Harakah Kedah
kedah lanie.info.

Gambar Berharga Ditemui: Kenalkah Anda Siapa Mereka Bertiga Ini



Dari Kiri : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Dato Mustafa Ali & Ustaz Hussin Awang Semasa Zaman Mahasiswa Mereka.. (klik untuk imej lebih besar).

Kenangan Mengusik Jiwa!!!...

Apa-apapun, rambut Dato Mustafa Ali tetap sama sampai sekarang (Warna rambut jer lain)... Tok Guru Hadi Awang lak hampir-hampir tak kenal sebab dah berbeza sangat...

sumber http://greenboc.blogspot.com/2013/05/gambar-berharga-ditemui-kenalkah-anda.html

Isteri kesal Azizan dipersenda

Isteri kesal Azizan dipersenda
Berita
Written by Editor Warta   
Saturday, 25 May 2013 01:54
ALOR SETAR - Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu. Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu. “Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat.

Sumber : http://www.wartautara.com

Ahad, 19 Mei 2013

Berkasih Sayang Kerana Allah...

Berkasih Sayang Kerana Allah...

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.
Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.
"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.
TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini..."Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.
Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakkan.
TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.
Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.
Sumber: http://sanusisetpol.blogspot.com/


Rabu, 15 Mei 2013

MUKHRIZ Sertai Majlis SOLAT HAJAT Untuk UST AZIZAN

MUKHRIZ Sertai Majlis SOLAT HAJAT Untuk UST AZIZAN

ALOR SETAR, 13 Mei -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) menunaikan solat hajat berjemaah di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.




Mukhriz Mahathir (kanan) bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis solat hajat dan bacaan surah Yassin di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.



Majlis solat hajat serta bacaan surah Yassin diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan untuk bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Ahad, 12 Mei 2013

Mari berdoa untuk Ustaz Azizan

Saturday, May 11, 2013

Mari berdoa untuk Ustaz Azizan


MUHAMAD MAT YAKIM (sinar harian)
10 Mei 2013

PAGI kelmarin, hati saya diceriakan oleh berita akhbar mengenai pertemuan Datuk Mukhriz Mahathir dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang ketika itu sedang dirawat di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar. Pertemuan mereka berlangsung petang sebelumnya.

Dalam berita yang baru saya baca itu, dilaporkan Azizan berpesan kepada penggantinya, Mukhriz untuk memastikan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maktab Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri yang baru.

Bukan pesanan itu saya anggap istimewa tetapi kesediaan Mukhriz untuk menziarah Azizan yang sedang uzur sebagai tanda hormat, mendapatkan pandangan dan nasihat walaupun masing-masing berbeza pendirian politik, bagi saya cukup luar biasa!

Meskipun kunjungan itu mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun dalam konteks politik apa lagi ketika kesan pilihan raya masih berbahang, apa yang dilakukan Mukhriz membawa nilai dan makna tersendiri bagi mereka yang mahu melihat peristiwa itu dari kaca mata perpaduan.

Bukan kita tidak pernah dihadapkan dengan cerita pertentangan antara yang mengganti dengan yang diganti termasuk sama parti. Saya masih tidak lupa apa yang berlaku di Kedah sembilan tahun lalu.


Lalu apa yang dilakukan oleh Mukhriz, juga kesediaan Azizan untuk menerima baik kunjungan 'seteru' yang baru menumbangkan kerajaannya, adalah cerita yang sangat besar bagi saya. Ia tentu dianggap besar juga oleh ramai orang lain yang ternanti-nanti akan episod perpaduan dalam politik Melayu di sebalik fenomena 'tsunami Cina' pada pilihan raya lalu.

Mukhriz membawa penampilan yang segar dalam gaya baru berpolitik yang boleh dijadikan sandaran untuk masa depan politik orang kita.

Manakala Azizan sememangnya diketahui sering bersikap terbuka terhadap pemimpin Umno hingga keterbukaan itu turut membuka dadanya sendiri untuk dijadikan sasaran oleh pihak yang menentangnya dalam Pas.

Mereka berusaha menjatuhkannya dengan tohmahan kononnya dia melebihkan orang Umno daripada orang Pas sendiri dalam pentadbiran negeri.

Azizan tetap Azizan!

Sebagai orang terpelajar, dia tidak mudah tunduk kepada budaya politik sempit. Berbekal didikan langsung daripada Datuk Fadzil Noor, istiqamah Ustaz Azizan tidak harus diragui meskipun dia sering menunjukkan sikap yang lunak dan mesra terhadap seteru politik.

"Di Kedah, Pas dengan Umno seperti adik abang," demikian dia pernah kata ketika kami bersembang di pejabatnya dua tahun lalu. Ustaz Azizan menyatakan itu ketika saya tanya mengenai kemesraannya dengan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Mahdzir yang sering saya lihat hampir berpelukan setiap kali berjalan keluar dari sidang Dewan Negeri.

Dalam saya melayan perhatian terhadap berita istimewa itu, tiba-tiba telefon bimbit berdecit: Ustaz Azizan tenat di Hospital Pulau Pinang!

Serta merta rasa sebak menyerbu dada.

Saya segera hubungi setiausaha politiknya, Sanusi dan diberitahu, bekas MB Kedah itu memang dalam keadaan kritikal akibat komplikasi diabetik.

Saya teringat, sehari sebelumnya - pagi 6 Mei - saya diberitahu Helmi Khalid, setiausaha akhbar Azizan bahawa bosnya itu berada di KMC untuk menjalani rawatan kaki.

Rupa-rupanya luka kecil - sebagaimana yang disebut Helmi - di kaki bekas MB Kedah itu yang dibiar lama, bertangguh untuk berjumpa doktor kerana kesibukan berkempen sebelum pilihan raya, telah melarat hingga menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad.

Masalah diabetik Azizan sememangnya sudah berada pada tahap yang agak serius.

Petang 6 Mei, saya difahamkan memang ada usaha daripada pihak Mukhriz untuk MB Kedah yang baru itu menziarahi Azizan di KMC selepas upacara angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Namun hasrat itu tidak kesampaian apabila proses rawatan yang dijalani Azizan pada petang itu menghalang.

Ketika catatan ini ditulis petang semalam, saya dapat SMS memaklumkan Azizan akan jalani pembedahan major berikutan keadaannya yang agak kritikal.

"Kalau hang nak balik mai pun eloklah. Aku tau hang rapat dengan dia," kata rakan lama saya, seorang doktor dalam pasukan petugas yang merawatnya.

Rapat? Tidak, hubungan saya dengan Azizan bukanlah rapat. Malah saya percaya, dia tidak ingat pun nama saya. Sepanjang dia jadi MB Kedah, hanya beberapa kali sahaja kami bertemu.

Namun bagi saya, sanjungan kepada seseorang pemimpin tidak harus bersyarat. Jangan kita menyanjung hanya apabila kita dikenali secara peribadi. Sebagai pemimpin, mereka tentu ada terlalu ramai kenalan untuk diingat kesemua nama.

Jadi itu bukan halangan bagi saya untuk menyanjung Azizan. Apa yang saya tahu, setiap kali tulisan saya mengenainya disiarkan, Azizan pasti bertanya kepada rakan setugas di Alor Setar, Roslinda:

"Ni sapa pulak yang dok tulih merapu pasai saya ni?"

Lalu dijawab oleh Roslinda: "Lhaa Datuk Seri, Che Mat yang tulih tu. Che Mat orang Mahang, Kulim tu..."

"Oh, dia ka, kirim salam kat dia. Habaq kat dia, jangan dok tulih cerita merapu pasai saya," balasnya sambil tertawa. Apa yang dimaksudkannya sebagai 'merapu' ialah tulisan saya yang ada unsur pujian terhadapnya.

Difahamkan, dia pernah memarahi pegawai-pegawainya kerana tidak memperkenalkan saya kepadanya ketika kami sama-sama hadir satu majlis anjuran Pejabat Menteri Besar Kedah di Petaling Jaya, empat tahun lalu.

Puncanya apabila Roslinda beritahu Azizan mengenai kehadiran saya di majlis yang dihadirinya itu hingga dia bertanya kepada pegawai-pegawainya: "Awat hang pa tak bawak dia (saya) mai jumpa aku!"

Selain itu, saya juga sampai mati tidak akan lupa peristiwa 'dimarahinya' ketika sedang melangkah masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Aman pada suatu tengah hari dua tahun lalu untuk satu pertemuan tanpa temu janji.

"Assalamualaikum Ustaz, minta maaf saya mai ganggu Ustaz tengah sibuk ni," kata saya ketika berada di muka pintu.

"Alaikum salam, dah hang tau saya sibuk, hang dok mai buat apa?" jawab Azizan yang menyebabkan saya saling pandang memandang dengan setiausahanya dengan muka masam-masam manis.

Memahami itulah cara dia bergurau, kami kemudian bersembang mesra di meja kerjanya sebelum beralih ke meja makan.

Walaupun kena marah awalnya, saya hanya melangkah keluar dari pejabat Azizan selepas hampir dua jam 'mengganggunya'.

Walaupun kerajaan telah bertukar di Kedah, saya yakin semangat yang dibawa Azizan tidak akan berubah.

Mukhriz dalam lawatan ke Seri Mentaloon pagi semalam menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha baik Azizan menjadikan kediaman rasmi itu sebagai pusat kuliah agama mingguan untuk rakyat Kedah.

Azizan kini bukan lagi menteri besar.

Namun saya percaya, dia akan sentiasa dekat di hati rakyat sebagai pemimpin yang berjiwa bapa.

Marilah kita sama-sama berdoa untuknya, yang telah menunjukkan teladan perpaduan yang baik dalam kancah politik yang telah banyak memecah belah bangsa dan umat kita mutakhir ini.

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular