Rabu, 22 Jun 2011

Untuk Peringatan Kepada Penggemar Rekreasi

Untuk Peringatan Kepada Penggemar Rekreasi

Oleh kerana sekarang musim hujan dan para penggemar cabaran masih lagi meneruskan kegemaran mereka, maka saya ulang siar N3 ini sebagai peringatan dan sedikit panduan


Musibah Yang Berlaku Semasa Mendaki

Sejak awal tahun 80an, kegiatan rekreasi telah diminati dan berkembang menjadi satu kegiatan yang popular di kalangan remaja dan pertengahan umur. Pihak Kementerian Belia Dan Sukan sendiri telah mengadakan kursus-kursus Kepimpinan dan melahirkan Pemimpin dan Penggerak yang mahir di dalam bidang ini mengikut modul yang disusun oleh Kementerian itu.

Itu Mountdweller sedang berehat ketika mendaki tapi jangan ikut stailnya mendaki tanpa memakai baju!
Tujuannya adalah untuk menarik minat dan menjadikan kegiatan altanatif kepada golongan belia dan beliawanis. Kaedah dan Peraturan diperkenalkan untuk menjamin keselamatan kepada penggemar kegiatan yang agak berisiko dan mencabar ini.

Saya suka menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sehingga melibatkan kehilangan nyawa kepada peserta yang mengikuti program yang dianjurkan beberapa NGO sebelum ini. Insiden ini adalah insiden yang saya tahu dan dipaparkan secara terpilih.

1. Sesat : Seperti di Gunung Tahan, Taman Negara dan Ledang, Melaka/N. Sembilan dan Gunung Tebu di Basut, Terengganu.

Peserta sesat dan hilang adalah perkara yang sering berlaku. Perkara ini berlaku adalah disebabkan 3 peraturan utama tidak dipatuhi di samping takdir.
Pertama ialah Taklimat Perjalanan dan Peraturan tidak diberikan sehingga perserta betul-betul faham oleh Pengiring atau pun Guide. Kedua, peserta ambil mudah tentang taklimat dan peraturan yang sampaikan oleh Pengiring atau Guide maka mereka tidak mematuhi peraturan. Ketiga ialah Pengiring atau Guide sendiri yang jahil tentang peraturan.

Contohnya
1. Ketika trekking peserta di belakang hendaklah berjalan di dalam jarak yang boleh nampak peserta di hadapanya. Dan begitulah seterusnya.
2. Semua peserta tidak dibenarkan memotong trekker (orang yang mahir dengan trek) yang sepatutnya berada di hadapan sekali.
3. Pengiring yang berada di belakang sekali (Sweeper) hendaklah pastikan dia tidak memotong mana-mana peserta atau tertinggal peserta di belakangnya.
4. Sekiranya hendak berehat, hendaklah berehat di dalam kumpulan dan sekiranya hendak buang air, mesti beritahu peserta lain sama ada yang di hadapannya atau yang di belakangnya. Peserta yang diberitahu tadi hendaklah menunggu sehingga sweeper yang berada di belakang sekali tiba.
5. Sekiranya terpecah juga dan hilang arah (sesat) hendaklah tunggu di tempat itu sehingga bantuan tiba. Jangan cuba mencari jalan sendiri.
5. Sekiranya membawa peserta yang ramai nisbah paling minima antara peserta dan pengiring ialah 10:1

2. Di panah Petir: Contohnya di Gunung Rajah, Pahang.

Juga melibatkan peratuaran berkhemah. Adalah dilarang sama sekali khemah di dirikan di puncak yang paling tinggi di kawasan itu. Tindakan ini akan menjadikan peserta dan khemah sebagai "point of contact" bagi kilat dan panahan petir. Peserta hendaklah berkhemah di tempat yang rendah sedikit dari point yang paling tinggi di sekitar kawasan itu. Misalnya 20 kaki dari paras tertinggi.

Ketika hujan, jangan berteduh di bawah pokok yang tinggi dan rendang. Sebaik-baiknya duduklah di kawasan tanah lapang.

3. Keracunan Gas: Contohnya di Gunung Korbu, Ulu Kinta, Perak.

Melibatkan peraturan asas. Semua bahan bakar dan mancis tidak dibenarkan di bawa ke dalam khemah tertutup. Jenis Igloo, dome dan sebagainya yang kalis air dan angin. Tetapi kadang-kadang peraturan ini tidak diendahkan sehingga ada yang memasak dan membawa lampu gas ke dalam khemah. Sudahlah khemah nylon memang mudah terbakar tetapi juga gas yang keluar untuk hidupkan dapur dan lampu tidak seratus peratus akan terbakar. Lebihan gas ini bercampur pula dengan corbon dioxida akan menjadikan lebih berbisa untuk melemaskan. Peserta akan mati dengan aman semasa tidur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular