Rabu, 28 Julai 2010

Mcm Mana tuR?...Allah Maha Besar....Sekelip mata Dia bayar..Sudah-sudah lah, perbanyak taubat...

'Hubungan romantis', DPP digugurkan dari kes Anwar
Jul 28, 10 9:57am
Kongsi 57
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani (atas, kiri) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

"Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

"Beliau sama sekali tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau persediaan kes termasuk penyusunan strategi pasukan pendakwa," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.

"Pendakwa baru hanya membantu kami dalam menjalankan beberapa tugas yang sama sekali tidak melibatkan perbincangan, penyusunan strategi dan pembentangan hujah di dalam mahkamah," katanya.

Pasukan pendakwa untuk kes berkenaan diketuai oleh Peguam Cara Negara 2, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman dan Farah Azlina.

"Tugas menyoal saksi dilakukan oleh Mohd Yusof, Mohamed Hanafiah, Datuk Nordin dan Noorin manakala Chiang Kiat bertugas membantu aspek perundangan berhubung rayuan dan semakan kes.

"Farah Azlina, Naidatul Athirah dan Mira Mirna hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan mencatatkan segala nota perbicaraan," katanya.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

- Bernama

Komen dari
edyes Jul 28th, 2010 at 11:56 am Setelah Janna Syariza Gugur, Farah Azlina Juga Gugur ?
Masihkah anda ingat lagi dengan nama Janna Syariza Mohd Zaki ? Nama yang sebelum ini meletop kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.
Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.
Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan. Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.
Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang. Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?
Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair. Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I fcuk you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an. Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri – Farah Azlina.
Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum;
“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua….,”
Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya. Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika ‘madunya’ si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas. Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofile tinggi?
Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum. Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri? Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar – Menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.
Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang ketua pembangkang. Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa.
Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim? Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti? Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?
Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan. Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang. Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai ‘lebam sujud’ di dahinya. Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.
Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.
Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.
Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut. Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam. Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.
Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, Anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan. Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!! Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan. Disinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.
Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!
RE-FOR-MA-SI
TAKBIR ! ALLAH HUAKHBAR !!
EDYES – 27 JULY 2010 – 22.52pm
http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/07/setelah-janna-syariza-gugur-farah.html

Kubur di atas kubah Masjid Nabawi

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

 Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!


 Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!


 Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.


 "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam

Wallahu a'lam

Di Petik dari Facebook


jom tengok pix di bawah ni.





Selasa, 27 Julai 2010

Apa guna membaca Al-Quran?

Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Mereka adalah beragama Islam. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah Al-Quran dan menyuruhnya cucunya mengaji Al-Quran..
Didesak rasa ingin tahu,si cucu bertanya, “Mengapa Datuk selalu membaca Al-Quran? Menjadi rutin, setiap pagi?” Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat Al-Quran tersebut,walaupun setelah membaca terjemahannya. “Mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?”
Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka menggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.
Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakul. Tetapi setiap kali air diceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dari rotan tersebut.
Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir,si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.
Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu untuk kembali ke sungai dan mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama: air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah,si cucu akhirnya berkata pada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.
Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,”Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai kesini. Tapi lihatlah, adakah perubahan yang dapat kau lihat pada bakul tersebut?”
Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi untuk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya karena terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dengan bakul tersebut, tapi bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.
“Seperti itulah membaca Al-Quran,” ucap si datuk. “Mungkin masa ini kita belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca Al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati.”
Si cucu masih terduduk lelah dengan nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yang memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yang berharga hari itu.
Ya Allah bimbinglah hambaMU ini untuk selalu membaca Firman-firman-Mu setiap hari, timbulkanlah rasa rindu di hati ini untuk selalu mengkaji kitab-Mu. Aamiin

Khamis, 22 Julai 2010




Tipah Tertipu daaa...., nasib baik tak suka makan pau....baca sampai habis..!!!

Hari tu ada tgk dokumentari kat NTV7 dlm bhs cina.. ttg bagaimana usahawan cina nak berjaya kat M'sia ni...
Rancangan tu interview taukeh PAU AHMAD.. mmg terkejut la tgk dari boss sampai pekerja yg buat pau tu semua bangsa cina..
Main point yg rancangan tu nak highlight dari taukeh PAU AHMAD ni.. dia kata nak berjaya kat M'sia ni simple ja.. kena produce produk yg dapat status Halal. Kalau tak rugila, coz penduduk sini ramai Islam & sentiasa cari produk Halal..

Satu lagi kenapa guna nama Ahmad.. dia kata senang nak ingat & nama tu nama Islam... Ntah la.. rasa nak marah pun ada... rasa tertipu pun ada.... tapi kebanyakan produk yg dpt status halal kat M'sia ni mmg pengasasnya Cina. So.. kita kena lahirkan ramai lagi usahawan Islam.. Bumiputera yg boleh hasilkan produk berkualiti.. . Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini? Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...

Mohd Hisham wrote:

Salam Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi kemana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

Untuk mengesahkan email ini TIDAK PALSU.

Company Name: P. A. FOOD SDN. BHD.
Company Number : 255451 - U

List Of Officers:

Person Id: 400711-08-5382
Officer Name: LOI NGIK YENG
Designation: DIRECTOR
Appointment: 19041999

Person Id: 420215-08-5111
Officer Name: DING LIENG CHIN
Designation: DIRECTOR
Appointment: 06011993

Person Id: 620424-08-5413
Officer Name: DING HONG SING
Designation: DIRECTOR
Appointment: 06011993
F49 Date: 31031998

LPerson Id: 691209-10-6312
Officer Name: SEE SIEW CHOO
Designation: LS0001940
Appointment: 02012002
F49 Date: 02012002

Person Id: 750403-14-5494
Officer Name: NG GEOK LIAN
Designation: LS0007155
Appointment: 02012002

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns, Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls, Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.
Category
SMI

Dipetik dr Facebook:
Fairuz Basri Akil
Fairuz Basri Akil
macam mana kita nak percaya tahap halalnya. ngeri. dok nampak nak kena makan ayaq tangan orang cina bukan islam. aiyaaaaaaaaaaa!!
8 minutes ago · Flag

Proses Ibu Mengandung Sampai Melahirkan

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”

Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”
KEISTIMEWAANNYA
———————
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya
mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat

Wallahu a'lam

Rabu, 21 Julai 2010

Malam nisfu syaaban

Assalamualaikum w.b.t...
 
Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

 
Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
 
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah

ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di  dalam iman &  

    pohonlah segala yang baik dan munafaat.

 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x    

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

 
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

 
4. Berpuasa pada siangnya
)
 
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

 
Antaranya yg termasyhur adalah:

1.     Malam Dimustajabkan Doa

2.     Malam Pembahagian Takdir

3.     Malam Rahmat

4.     Malam Berkat

5.     Malam Pengampunan (Taubat)

6.     Malam Penebusan

7.     Malam Syafaat

8.     Malam Penulisan

9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan

10.    Malam Rezeki

11.    Malam Hari Raya Para Malaikat

12.    Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof   d ida lam syurga.

 
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

 : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

 
Wallahua'alam
 
Wassalam

Memotong kuku dan rambut ketika berjunub

9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Telah disebut dalam kitab syarah Iqna' matan kepada Abi Syuja' kitab fekah dlm mazhab Syafie :Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihyaa Ulumuddin:

"Tidak boleh mencukur, memotong kuku, mencukur bulu ari2, mengeluarkan darah atau memotong sebahagian anggotanya dalam keadaan berjunub. Ini kerana seluruh anggotanya anggota badannya akan dikembalikan diakhirat yg menyebabkan anggota yg dipotong ketika junub akan kembali dalam keadaan berjunub. Dikatakan: Sesungguhnya setiap bulu akan menuntut hak jenabah mereka"

Syeikh Atiah berkata:

"Kenyataan ini tidak bersandarkan kepada dalil yg melarang melakukan perkara demikian ketika berjunub. Tidak wujud juga dalil yg mengatakan anggota yg dipisahkan ketika berjunub akan menuntuk haknya pada hari kiamat."

Imam as-Safarini telah berkata dlm kitabnyaa ghizaul albab:

"Imam Ibnu Taimiah telah diajukan soalan seumpama ini dan menjawab(ini adalah dalil2 yg menunjukkan boleh memisahkan anggota ketika berjunub):

1. Telah datang hadis Nabi s.a.w berkata ketika Abu Hurairah malu berjumpa dgn Nabi ketika berjunub:

إن المؤمن لا ينجس حيا ولا ميتا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang beriman tubuhnya bukan najis hidup atau mati."

(ini menunjukkan suruhan mandi dan wuduk bukan kerana anggota manusia itu najis ketika berjunub tetapi sekadar suruhan ta'abbudi. jadi tidak ada maslah nak memisahkan anggota seperti rambut ketika berjunub)

2. Nabi s.a.w bersabda kepada orang yg masuk Islam:

ألق عنك شعر الكفر واختتن
Maksudnya: "Buanglah rambut kekufuran kamu dan berkhatanlah."

Disini Nabi s.a.w menyuruh orang yang baru masuk Islam utk buang rambut dan berkhitan. Nabi s.a.w tidak menyuruhnya untuk mandi dulu sebelum buang rambut dan berkhitan. Umumnya sabda Nabi s.a.w menunjukkan boleh mendahulukan mana2 yg dikehendaki.

3. Wanita yg berhaid disuruh menyikat rambutnya ketika mandi sedangkan bersikat boleh mengugurkan rambutnya. Maka ini menunjukkan tidak makruh yang demikian.

4. Apa yg disebut berkenaan dgn anggota yg terpisah meminta haknya di hari kiamat itu adalah dalil yg tidak ada sandaran dari mana2 kitab suci Al-Quran atau Hadis.

5. Ata' berkata:

"Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur kepalanya sekalipun tidak berwuduk." (HR Bukhari)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Oleh kerana yg demikian tidak dilarang memotong rambut dan kuku ketika sedang berjunub."

Cara menahan marah

9 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan.Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
Pertama

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif spt lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dlm menghadapi apa2 situasi.)

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

Kedua

Hendaklah seseorang itu menguatkn jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian igt tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan org yg menahan marah dan memaafkn kesalahan org lain. Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :

“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari”
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan”
(hadith riwayat Abu Daud)

Ketiga

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.
Firman Allah Ta’ala :

”dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)

2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dgn keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :

”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Keempat

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Kelima

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda

Nabi SAW bersabda maksudnya :

”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Keenam

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yg dicipta daripada api. maka yg demikian, yg dpt memadamkn api adalah air yg dpt diperoleh daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dpt meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Selasa, 20 Julai 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Wallahu a'lam

Isnin, 19 Julai 2010

Golongan Muda Muflis Kerana Kad Kredit
PETALING JAYA: Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis.
Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata, 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.
Beliau berkata, ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan mereka untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak.
Tambahnya, individu terbabit tidak akan mengalami masalah hutang sekiranya jumlah pinjaman mereka tidak melebihi 40 peratus daripada perolehan kasar pendapatan bulanan.
“Orang ramai perlu mempelajari untuk membuat pengurusan kewangan dan berbelanja bersesuaian dengan kehidupan mereka.
“Jika mereka boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 5 peratus seminggu, mereka boleh menjimatkan 20 peratus menjelang akhir bulan,” kata Devinder yang menyifatkan cara berkenaan dapat membantu untuk membina kewangan asas yang kukuh.
Beliau mengulas laporan Bank Negara bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.
Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000.
Devinder berkata, ramai individu gagal untuk menjelaskan pembayaran kerana pengurusan kewangan yang lemah dan tiada kawalan dalam penggunaan kad kredit.
“Mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang-hutang perlu mencari bantuan awal sebelum sebarang faedah dikenakan ke atas mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca), Datuk Pail Selvaraj turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan golongan muda yang diisytiharkan bankrap dan bersetuju bahawa kebanyakan mereka mengalami masalah berkenaan kerana tidak menguruskan penggunaan kad kredit dengan bijak.
“Apabila mereka diisytiharkan bankrap, kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana nama mereka akan disenaraihitamkan di dalam data Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS),” kata beliau yang menambah bahawa keadaan itu akan menggagalkan permohonan pembiayaan mereka secara automatik.
Paul berkata, kebanyakan golongan muda terperangkap dengan hutang kerana mereka hidup melebihi cara yang sepatutnya.
“Permulaannya, mereka begitu mudah terpengaruh terutama gaya hidup rakan-rakan.
“Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dengan teratur sehingga menyebabkan kredit berlaku berterusan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan sikap mementingkan jenama di kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak mengambil peduli soal kemampuan dalam perbelanjaan.
“Mereka tidak mendapatkan kesannya ketika menggunakan kad kredit, tapi ‘sakit’nya akan dirasai pada akhir bulan,” tambahnya

Sumber Mstar

Penyelarasan Semula Subsidi: Siapa Untung ?

Penulis Tamu - Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Posted by MisbahulMunir Friday, July 16, 2010







Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua... ____________________________________________________________________________ Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?" Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya. Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka
melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab - 1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti. 2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja.

Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu. Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy. Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...


Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah.

Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet. Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara : 1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair.

Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran : (اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah... Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi... 2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku" 3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Hiter patut hapuskan semua Yahudi dulu tapi die tinggalkan sedikit saki baki agar manusia masa hadapan tahu akan keburukan orang Zionis ni !


Dipetik dr laman misbahul munir

Ahad, 18 Julai 2010

Harussani semakin bercelaru.

6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

Hukum Alcohol..

6 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman.

Terdapat banyak pertanyaan tentang penggunaan minyak wangi beralkohol. Disini saya membawa sedikit berkenaan dengan perbincangan hukum alkohol..

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hakikat alkohol ini diantara ianya bahan beracun atau bahan memabukkan..

Jika ianya bahan beracun maka jelas sepakat para ulama kata ia adalah benda yg bersih tidak najis dan boleh dibawa dalam solat..

Adapun sekiranya ia adalah bahan yang memabukkan maka ade 2 pendapat yang kuat dalam masalah ini. Tetapi mereka bersepakat berkata alkohol yangg memabukkan haram diminum. adapun yang 2 pendapat ini adalah adakah ia najis ataupun bersih..2 pendapat itu seperti berikut:

Pendapat pertama: Mereka mengatakan arak dan juga cecair yang memabukkan adalah najis. Ini adalah pendapat utama dlm Mazhb Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali.
Dalil: Mereka menggunakan ayat dibawah:

إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس

Ayat ini jelas menunjukkan kapad arak adalah najis berdasarkn kalimah رجس yg bermaksud najis.

Pendapat kedua: Arak dan seumpamnya tidak najis. Ini pendapat Imam Rabie tok guru Imam Malik, Imam Laith bin Saad, Muzani murid imam utama Syafie, Imam Syaukani, Sun'ani, sidiq hasan khan dlm kitab (Raudah alBahiyah) dan Syeikh Rashid Redo.

Dalil:

1.Perkataan رجس dalam Quran adalah najis dr segi makanawi sahaja seperti najisnya orang kafir.

2. Asal bagi sesuatu adalah suci. Tidak ada Nas yang sahih yang menyatakan ianya najis.

3. Para sahabat telah menuang arak di jalan di Madinah sebaik sahaja datang ayat yang menyatakan ianya haram diminum.

Kesimpulan: Syeikh Atiah Saqor (gambar) mantan Mufti Mesir dlm Fatwanya telah memilih pendapat yang kedua.

Kalauu kita lebih warak kita guna pendapat yang pertama. Tak perlulah kita taksub mana-mana pendapat. Kedua-duanya adalah ijtihad para ulama yang muktabar.

Musibah terhadap seseorang boleh mendidik

6 Syaaban 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Setiap orang tidak ada jaminan untuk selamat daripada ujian Allah. Ujian itu didatangkan Allah mengikut tahap iman seseorang. Orang awam tentu ujian terhadapnya lebih ringan daripada ujian terhadap ulama. Oleh sebab itu ujian Allah tidak sama antara seseorang dengan seorang yang lain.

Jenis-Jenis Musibah dan Tujuan Allah datangkan kepada seseroang adalah:


























Jenis

Bila boleh berlaku

Tujuan

Firman Allah

Bala’

Apabila orang yang jahat melakukan kejahatan.

Dihina di dunia sebelum dihina di akhirat.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Araf 7: 130)

Ibtila’

Apabila orang yang baik melakukan kebaikan.

Sebagai ujian dan meningkatkan darjatnya sebagai orang Mukmin.


Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut 29: 2-3)

Kafarah

Apabila orang yang baik melakukan kejahatan.

Supaya mereka kembali kepada Allah iaitu bertaubat.


Allah berfirman yang bermaksud: “Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’ 21: 35)


Umat Islam yang didatangkan musibah kadang-kadang putus asa dan tidak sanggup hidup menderita. Padahal kalau dia bersabar dan membuat perubahan, mereka dijamin syurga. Namun realiti umat Islam kini tidak begitu, mereka lebih sanggup mati awal sebelum diuji. Sedangkan Allah menegaskan seseorang yang diuji itu adalah untuk meningkatkan iman mereka.


Beruntunglah mereka yang melihat positif kepada ujian atau musibah yang menimpa terhadap dirinya kerana dengan ini dia berpeluang membuat perubahan pada dirinya baik dalaman mahupun luaran.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 7/18/2010 12:06:00 AM

Sains dan Al-Quran

6 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Di ruang ini, saya akan menulis tentang satu ketetapan alam yang telah disebut dalam al-Quran. Ia telah diperakui oleh para saintis masa kini.. diantara mukjizat sains al-Quran adalah seperti berikut:

1. Langit dan bumi asalnya bergabung.

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "Dan apakah orang-orang kafir tidakk mengetahui bahawa lngit dan bumi keduanya dahulunya bersatu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air, mengapa mereka tidak beriman?" (Anbiya: 30)

Ini menunjukkan langit dan bumi adalah bersatu, kemudian Allah memisahkan keduanya.

Pengakuan dari Ahli sains:

Ahli kaji bintang telah menyatakan permulaan alam ini pd 13.7 juta yg lepas. Ini berdasarkan laporan oleh pusat angkasa lepas Amerika Syarikat (NASA) yang menyatakan telah berlaku peristiwa BIG BANG(berpisahnya langit dan bumi).

Dr Roger (seorang pakar astronomi dari Amerika) berkata:

Semua petunjuk dan bukti menunjukkan kepada bahwa bumi dan langit asalnya adalah satu jisim, kemudian ianya berpisah.

2. percakapan di langit

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Dia (Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi; dan dia Maha mendengar lagi maha mengetahui" (Anbiya: 4)

Ayat ini menunjukkan pada adanya percakapan di langit seperti adanya percakapan di bumi.

Untuk menunjukkan benarnya perkara ini saya bawakan satu kisah:

seorang angkasawan ketika dia ke bulan dia mendegar perkataan yg dia tidak dia faham. Bila dia turun ke bumi dia mendengar suara yang sama.. lalu dia bertanya tentang kalam itu.. rupanya suara itu adalah Azan solat..dengan serta merta terus dia masuk Islam..

3. Tanah bergoncang bila turunnya hujan.

Firman Allah s.w.t:

Dan engkau lihat bumi itu diam tidak bergerak, maka apabila turunnya air hujan ia akan bergerak, berkembang dan menumbuhkan bermacam-macam tumbuhan yang indah. (Haj: 5)

Ini menunjukkan kepada tanah itu bergerak apabila hujan turun.

Dalam persidangan yang pertama di Islamabad, seorang ahli botani Dr Qutb amir faragli telah meyatakan:

(antaranya) Apabila hujan turun mengenai tanah, berlakulah cas elekterik pada zarah-zarah tanah. Cas elekterik ini mengakibatkan keadaan pergeseran diantara zarah2 tanah. Maka zarah-zarah tanah ini bergegar dan bergerak..

Rujukan dari kitab Mausuah Zahabiah fi I'jazil Quran al-Karim Wa Sunnah Nabawiyah.

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular