Rabu, 29 September 2010

PETUA KESIHATAN: HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
merawat ulser pada baby

Cara merawat ulser pada baby

Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halus kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.

Dipetik dr PetuaMelayu.Com
Tips Petua Orang Melayu Malaysia
Petua Awet Muda Wanita Melayu

Anda semua terutamanya golongan wanita tentunya gembira jika wajah sentiasa kelihatan awet muda. Tapi, mungkin kebanyakan anda masih lagi tercari-cari formulanya, kan? Justeru, itu saya nak kongsi petua awet muda yang tidak menelan belanja besar. :)

Mengikut kajian Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh melambatkan proses penuaan wajah dengan memanfaatkan khasiat pucuk daun gajus.

Pokok Gajus (Anacardium Occidentale)

Terdapat 2 kaedah yang boleh anda amalkan untuk kelihatan awet muda dengan pucuk gajus ni iaitu:

1. Makan begitu saja

- Anda ambil pucuk gajus dan bersihkannya.

- Jadikan pucuk gajus ni sebagai ulam-ulaman semasa makan tengahari atau malam.

2. Minum air rebusan

- Seperti biasa, ambil segenggam pucuk gajus dan bersihkan.

- Rebus pucuk gajus tadi sehingga mendidih.

- Bila dah mendidih, anda biarkan ia suam dan minumlah air rebusan tersebut.

Anda boleh mengamalkan minum air rebusan ni setiap hari jika terdaya. Sebabnya ia bukan setakat untuk awet muda, malah baik untuk kesegaran tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengurangkan kencing manis.

Selamat Mencuba!

Dipetik dr PetuaMelayu.Com
Tips Petua Orang Melayu Malaysia
Penawar Mengubati Resdung Hidung


Penawar Mengubati Resdung Hidung

Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin. Sebelum ini pun, saya pernah berkongsi petua mencegah resdung di sini.

Kali ini, saya nak kongsikan pula petua mengubati resdung. Caranya begini;

1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.

Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih. :)

Mungkin cara di atas ni anda dah pernah dengar atau baca. Jadi, saya nak kongsi lagi satu cara mengubati resdung sebagai alternatif;

1. Anda perlukan dua biji buah pinang yang sudah masak.

2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya saja ya.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang tadi hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya.

Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.

Selamat Mencuba ya!

Dipetik dr PetuaMelayu.Com
Tips Petua Orang Melayu Malaysia

Isnin, 27 September 2010

This Blog
Linked From Here
LAMAN UTAMA
This Blog
 
 
 
 
Linked From Here
 
 
 

LAMAN UTAMA
 
 
 

AL FATEHAH , ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA

Dicatat oleh MisbahulMunir Monday, September 27, 2010
ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Pusat Perubatan Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menerusi twitternya sebentar tadi.
Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Khamis, 23 September 2010

Petua Halau Nyamuk

0diggsdigg
Petua Halau Nyamuk

Caranya ialah dengan menumbuk beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.  Selamat mencuba

Cara merawat ulser pada baby

0diggsdigg

Cara merawat ulser pada baby
Tahukah anda cara yang paling cepat untuk mengubati ulser? Caranya ialah dengan menumbuk halus kulit kayu manis dan campurkan sedikit madu lebah. Setelah itu sapukan ke bahagian yang terkena ulser. Bahan ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya manis, berbau wangi dan yang paling penting tidak memedihkan.

Petua Hindari Pukau

Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.

Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.

Selasa, 21 September 2010

Tian Chua:Anwar Ibrahim Yang Sering Bersangka baik

Dari Merdeka Review
Menawan Putrajaya – satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya – perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka,
arus “keluar parti” yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya.
Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi
seolah-olah di luar kawalannya.
Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di
Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian
Chua, salah seorang “veteran” yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik “kekecohan” ini.
Kelemahan, juga keistimewaan Anwar
Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008.
Namun demikian, isu ini dikendalikan secara “berhati-hati”, malah lebih tepat secara “senyap-senyap”, memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan “kembalinya Anwar secara rasmi” ke dalam parlimen.
Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap
bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan ‘sangka baik’ terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. ‘Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai’ (sikap Anwar).” Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah.
Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan “sangka baiknya”, dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya “Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO”.
“Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut,” katanya.
Antara disiplin dengan perbezaan pandangan
Ketika mengulas siri kejadian yang berlaku, sehingga PKR dilihat “kecoh”, Tian Chua mengakui bahawa partinya masih dalam proses untuk mengimbangkan diri, antara “disiplin” dengan “ruang perbezaan pendapat”. “Adakah kami perlu mengetatkan disiplin ke satu tahap, di mana kesemua daripada kami mencapai muafakat, ‘tiada masalah’ (no problem), ataupun kami dibenarkan untuk mengakui bahawa kami mempunyai pendapat yang berbeza?”
Tian Chua (gambar kanan) menyedari bahawa “demokrasi yang membenarkan ruang perbezaan pendapat kadang-kala menimbulkan riuh-rendah yang membingitkan, sehingga rakyat hilang yakin terhadap parti”, tetapi menganggap situasi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk seandainya PKR-Pakatan Rakyat telah mengambil alih kuasa kerajaan.
Lantaran daripada itu, Tian Chua menafikan tuduhan bahawa Anwar mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dicabar dalam parti. “Jikalau semuanya diputuskan Anwar, maka kami tidak akan mempunyai katak, tidak ada riuh-rendah, tiada lagi orang yang kata ‘saya nak ikut halatuju ini dan ada pula yang mahu ikut halatuju itu di Selangor’.”
Bagaimanapun, Tian Chua mengakui kelemahan PKR yang selama ini beroperasi berdasarkan “idealisme”. Mekanisme ‘puji dan hukum’ (power of reward and punishment) dalam PKR masih lemah, dan perlu diperkasa untuk kepentingan jangka panjang parti, katanya.
Keluar parti: Pengaruh budaya UMNO?
Kebangkitan semula PKR selepas 8 Mac 2008 mungkin cukup memberangsangkan buat reformis yang lebih satu dekad bergelut dalam perjuangan ini. Namun, keghairahan ini surut tidak lama kemudian, lebih-lebih lagi selepas kegagalan rampasan kuasa pada 16 September 2008.
Ada yang menuduh bahawa arus keluar parti ini dibayangi “pengaruh budaya UMNO” yang masih kuat di kalangan anggota, malah pemimpin PKR. Tian Chua menyangkal analisa sedemikian, “padahal PAS mempunyai lebih ramai bekas anggota UMNO daripada PKR”.
Tian Chua meminjam istilah Marxisme, untuk menjelaskan bahawa kebangkitan sesebuah parti yang menganjurkan revolusi (perubahan) biasanya dimulakan dengan golongan “Lumpenproletariat”, iaitu mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dihilangkan (nothing to lose). Golongan pertengahan seperti peguam, ahli korporat biasanya hanya menyusul di belakang.
Menurut Tian Chua, PKR mempunyai ramai anggota seperti itu (golongan Lumpenproletariat), yang tidak semestinya bekas ahli UMNO. Bukan semua daripada mereka mempunyai “agenda reformasi” untuk dimainkan dalam otak. Jadi, apabila PKR memegang kuasa (kerajaan negeri), orang yang tidak mempunyai idealisme reformasi mula merungut.
“Sesetengah akan berkata, untuk 10 tahun saya berkorban, kini tibalah masa saya mengecapi kekayaan dan kemewahan.” Golongan ini akan meninggalkan PKR dengan penuh kekecewaan, apabila parti ini gagal memenuhi kemahuan mereka, jelas Tian Chua.
Golongan kedua pula, dilambung ke atas kerana ombak tsunami politik PRU ke-12, biarpun tidak masak dengan dasar mahupun selok-belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka menyedari bahawa diri mereka tidak layak untuk tempat itu, malah tidak mungkin dipilih semula untuk menyandang jawatan tersebut. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan PKR, memandangkan orang yang baru masuk PKR memiliki kelebihan daripada diri.
Tian Chua mengambil ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim (gambar kiri) sebagai contoh untuk golongan ketiga, iaitu ahli korporat proksi UMNO. Golongan ini dipinggirkan semasa perbalahan dalam UMNO, kerana “tersilap” pilih sekta. Oleh itu, mereka pun menyertai PKR. Selepas PKR menguasai kerajaan negeri, maka mereka pun mendesak agar mereka dilantik sebagai pengarah syarikat tertentu, untuk mengembalikan kemegahan mereka seketika dahulu.
Selain tiga golongan di atas, Tian Chua menganggap suara berbeza yang muncul dalam parti disebabkan corak pimpinan yang berbeza. Tian Chua selanjutnya mengulas perbezaan yang timbul antara Menteri Besar Selangor, dengan Azmin Ali, Naib Presiden yang baru-baru mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor dari Khalid Ibrahim.
Khalid vs Azmin
“Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa,” kata Tian Chua.
Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti.
“Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita.” Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, “mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?”
“Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu,” jelas Tian Chua.
Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali.
“Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya. Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan. Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata ‘nah, kamu pergi selesaikan masalah ini’. Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir.”
“Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap ‘jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain’… Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?”
Tian Chua (gambar kanan) menambah, “Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek. Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang. Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan.”
Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan.
Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media.
Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata “veteran” seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. “Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai ‘wakil dari pusat untuk campur tangan’ dalam isu tempatan, atau negeri,” katanya.

Isnin, 20 September 2010

Dua Rahsia Sulit Terbesar
Posted on Sunday, September 19 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: cipanda

"vaticansIni adalah penjelasan tentang masalah Vatikan, dunia Kristian, misteri okultisme dan kelompok rahsia (occultism and secret societies) Setiap Paus yang dilantik di Vatikan mengetahui sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini. Bukan sahaja Para Paus tetapi para Biskup dan paderi-paderi kanan termasuk pendakwah-pendakwah mereka juga mengetahui rahsia ini dari sumber-sumber yang tidak diketahui.

Siapa yang tidak mengetahui adalah pengikut-pengikut Kristian yang dungu dan tidak dianggap elit oleh Kelompok Rahsia yang mengawal Vatikan dan Dunia Kristian itu sendiri. Ini kerana, dua rahsia ini adalah 'mantera' peringkat pencerahan agung ( Grand Illumination) dalam secret societies yang mengawal Vatikan. Kami panggil ini: Jigsaw Puzzle Kesesatan kerana di dalam Al-Quran orang-orang Nasrani(Kristian)adalah kaum yang menempuh jalan yang sesat. Kami mempunyai kepingan jigsaw puzzle sekarang dan ingin memberikan kepada anda untuk bersama-sama mencantumkan ia ke dalam 'Gambar Besar' kita.Jika anda tidak mahu mencantumnya sekarang,maka anda akan dipaksa mencantumkannya setelah anda menempuh kematian. Ini adalah satu permainan.Ini adalah Mistisfiles.
Pope Benedict XVI

Setiap Paus yang dilantik telah menempuh jalan-jalan 'kebenaran' mereka yang tersendiri.Dari peringkat pelatih (apprentice), paderi, biskup hinggalah mencapai pangkat Paus sebagai ketua umum Gereja Roman Katolik, sudah tentu banyak rahsia yang mereka ketahui.Dan sekurang-kurangnya dua rahsia terbesar ini telah mereka ketahui. Tetapi yang anehnya mereka terpaksa menyembunyikan rahsia ini. Amat terpaksa. Jika rahsia ini terbongkar, maka sudah tentu nyawa, kewibawaan, sumber rezeki hatta keimanan mereka kepada kristian itu sendiri akan punah-ranah.Begitu hebat kuasa yang terpendam di dalam dua rahsia terbesar ini sehingga para penulis, pengkaji dan pembuat filem berlumba-lumba mengorek rahsia yang terpendam ini.Rahsia-rahsia ini yang kami namakan 'jigsaw puzzles', adalah kesimpulan dari misteri di sebalik pergerakan syaitan Illuminati dan Freemason dan perkaitan mereka dengan Dunia Kristian.Terdapat banyak rahsia yang amat kompleks dan bersimpul-simpul di dalam beribu-ribu kisah, mitos, kos-kod rahsia serta harta karun terpendam, namun kami berikan dahulu dua keping jigsaw puzzle ini dahulu. Dua rahsia ini cukup untuk menjawab separuh misteri ini. Selamat Datang Ke Dunia Pemikiran Baru.

Tentu anda terlalu ingin tahu apakah rahsia terbesar yang disimpan oleh setiap Paus atau sekurang-kurangnya majoriti dari mereka. Kami akan memberikan ia kepada anda.Rahsia yang akan kami beritahu ini adalah bertaraf 'Rahsia Dalam Rahsia'. Anda akan bakal mengetahui Mantra Ajaib Pencerahan Agung ini sama seperti yang dipegang oleh Ketua Umum Illuminati atau Imam Besar berpangkat 33 Darjat Freemason atau para Mufti Iblis Commitee 300 ( Majlis Tertinggi pergerakan syaitan Freemason).
 Freemason dari Pulau Pinang

Sungguh!Para pengikut Freemason itu sendiri tidak mengetahui rahsia ini. Ini kerana sudah menjadi prinsip Freemason untuk membuka sedikit-demi sedikit rahsia (atau istilah Freemasonnya 'Pencerahan' - Illumination) selaras dengan peningkatan darjat mereka dalam pertubuhan. Dari kelab-kelab kecil mereka seperti Lion Club atau Rotary Club hingga ke Lodge-lodge Agung mereka, rahsia mengenai siapa Tuhan sebenar dan rahsia Alam Semesta akan dibuka satu-persatu.

Juga, para pengikut Kristian juga amat-amat jahil tentang Dua Rahsia Terbesar yang mati-mati disorokkan Imam Besar mereka; Paus Vatikan di dalam Koleksi Perpustakaan Diraja Vatikan sehingga diwujudkan banyak kod rahsia, lorong rahsia dan bilik rahsia dan segalanya misteri dan rahsia, untuk memadamkan Dua Rahsia Terbesar yang juga mendekati tahap Pencerahan Agung Sang Iblis Izazil Laknatullah ( The Azazel Watcher Lucifer of Fallen Angel). Jika anda betul-betul faham maksud di sebalik dua rahsia ini,ini akan memimpin anda kepada satu 'Zikir Agung' yang selalu diingati oleh Iblis Laknatullah dari era menjawat jawatan Ketua Malaikat (The President of Archangels) hinggalah menjadi makhluk terkutuk.Percayalah, zikir inilah yang selalu dikenang-kenang oleh Iblis sehingga ke saat ini, sehingga mengalirkan airmatanya...sesungguhnya Iblis tidak mampu merubah takdir yang ditetapkan kepadanya walaupun menggunakan seluruh kekuatannya namun kita di sini, mahukah kita mengubah persepsi kita yang banyak menyesatkan atau bersama-sama 'takdir' Sang Iblis? Ingin kami maklumkan disini, rahsia kedua ini amat sensitif kepada umat Kristian. Rahsia pertama juga sensitif, tetapi rahsia yang kedua melengkapi sensitiviti ini, sehingga para pengkaji konspirasi Kabbalah-Kristian cuba mengelak dari mendedahkan rahsia kedua ini, walaupun itulah keputusan yang berulang kali mereka temui dari 'makmal' penyelidikan mereka. Dua rahsia ini amat penting dalam mengungkap rahsia Da Vinci Code, Rennes le Chateau,Knight Templar, Rosicrusian serta golongan-golongan kristian awal seperti Essenes dan misteri skrol Nag Hammadi.

Dua rahsia itu adalah.

di petik dr tranungkite online

Tok Guruku Dibelasah Lagi..

Penulis Tamu - Mohd Sayuti Omar(MSO),

TOK GURUKU terus mencari modal untuk mendapat publisiti dan pemerhatian umum kepadanya. Orang politik kena begitu, kena kreatif dan pandai melemparkan batu ke dalam semak, biar orang ramai-ramai terkejut dan berpaling ke arahnya. Kalau malu-malu dan tidak menonjolkan diri macam siput dan kura-kura selamanya orang itu tidak akan dikenali. Orang politik harus senantiasa ada idea dan mampu meletak diri di atas langit orang lain.

Cara Nik Aziz setiap kali lempar batu dengan menimbulkan pandangan dan pendapat yang kontroversi tak ubah seperti seorang budak cerdik hendak meleraikan perbalahan orang tuanya. Budak itu buat-buat sakit, mengaduh dan melaung untuk mendapat perhatian kedua orang tuanya. Akhirnya orang tuanya berhenti bertengkar berlari untuk membantu anaknya itu. Masa inilah si budak atau pun orang yang memerhati gelagat kedua orang tua itu mengambil kesempatan untuk mendakwah atau memperbaikan semula kedua ibubapa berkenaan.

Begitu juga saya nampak maslahatnya, apabila Nik Aziz dipetik sebagai berkata dia tidak bangga jadi Melayu oleh sebuah akhbar yang memang antinya dan pernah disaman olehnya dan pernah juga meminta maaf kepadanya. Kata-kata Nik Aziz itu menyebabkan hari ini sekalian orang termasuk juga haiwan yang membencinya berpaling muka ke arahnya. Mengkritik pandangan dan pendirian Nik Aziz itu. Secara tidak langsung juga bila Nik Aziz mampu menjadi perhatian umum mencerminkan dia masih sihat walafiat.

Sekali lagi Nik Aziz berjaya meletakkan dirinya dalam mata dan hati orang. Lebih aula, gara-gara itu memberi ruang kepada Nik Aziz ataupun oleh orang memahami pegangan politiknya menjelaskan akan ketidakfahaman ataupun kebutaan orang terhadap pendirian Nik Aziz itu. Mereka yang jahil akan beroleh kecerahan jiwa dan akal dari implikasi dicetuskan Nik Aziz.

Betapa tidak, akan ada ulasan mengenai pendirian ataupun kata-kata Nik Aziz itu. Akan ada perdebatan hangat mengenainya. Wujud pro kontra yang akhirnya membuah konklusi kebenaran terhadap apa yang menjadi pegangannya itu.

Banyak yang murih dan marah apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga menjadi Melayu. Dua tiga orang pemimpin Umno mula mengutuk Nik Aziz dalam tv dan juga akhbar. Orang yang pernah menjadi ahli Umno kena pecat dan kini terhegeh-hegeh ingin kembali berlumut semula dalam Umno juga kritik, meminta nak Aziz tunjuk diri. Seorang pemimpin pula kritik dan bidas Nik Aziz siap dengan membaca ayat-ayat Quran. Kutukan ini akan berterusan selari dengan isu pembunuh taukeh kosmetik.

Ayat-ayat cinta Allah itu dan hadith boleh dibaca oleh sesiapa saja yang kenal huruf Arab. Bacaan tambah sedap dan merdu kalau belajar taranum dan tahu pula tajwid. Susahnya... nak faham dan amalkan mesej atau suruhan yang dimaktubkan di dalam ayat berkenaan. Walaupun setengahnya larangan disebut jelas oleh Quran dan mudah dimengertikan, tetapi tetap juga tidak dituruti.

Kalau dibanding secara emprikal antara beberapa orang yang membaca ayat Quran untuk membidas Nik Aziz, jelas mereka lebih buruk, huduh dan busuk dari Nik Aziz. Lebih keji dari Nik Aziz.

Baik kesalahan kecil dan besar termasuk yang boleh dihukum dibawah kanun Hudud pun ada diperlakukan oleh orang-orang yang mengkritik Nik Aziz ini. Sekiranya hukum hudud dilaksanakan dan mereka terbukti bersalah mungkin setengahnya hanya ada tangan sebelah saja kini! Jadi siapa yang boleh dipercayai antara mereka dengan Nik Aziz?

Apabila Nik Aziz mengatakan dia tidak bangga jadi Melayu dan akan bangga dikenali sebagai seorang muslim, sebenarnya pendirian dan prinsip itu betul dan tepat. Pendirian itulah yang dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Pendirian beliau itu bersendikan kepada agama dan bukannya kepada adat. Itulah hakikat prinsip manusia Islam. Kalau kita bersendikan kepada adat, maka Melayu kena diutamakan. Tetapi lain dengan beliau, beliau mengutamakan agama dari bangsa. Nik Aziz bukan nasionalis, tetapi seorang agamawan. Beliau bukan saja hidup atas dunia nyata tetapi siap untuk kembali ke dunia ghaib.

Skop perjuangan partinya bukan bersendi dan bermatlamatkan bangsa, tetapi ia meluas kepada perjuangan manusia (Islam) sejagat. Bagi Nik Aziz memperjuangkan Melayu dalam konteks bangsanya saja, adalah perjuangan menirus, sempit dan bukan menuruti perintah Allah. Ayat yang bermaksud Tuhan jadi kamu berbangsa-bangsa dan beragama, buka bererti Tuhan suruh kita tegak atas bangsa kita tetapi maksud kenal mengenal itu mengetahui kebesaran Allah. Kenal disitu hendaklah kita membawa manusia ke Syugra dan bukannya ke Neraka. Selepas kita kenal dakwahlah mereka ke jalan Allah. Kalau kita mengenali bangsa lain dan menurutinya, itu bertentangan dengan prinsip Allah. Jangan keliru mengenai ayat ini.

Justeru saking pegangan itu, apa-apa juga keputusan, pandangam tindak tanduk beliau hatta politik beliau ukur dari aspek agama yang syumul. Beliau bercakap atas sifat manusia bukan atas ras atau kaum. Kerana itu pemikirannya sejagat melewati ke tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Beliau tidak berfikir di bawah serkup ayam di belakang rumah, Mat Maslan!

Dia juga berpegang kepada matlamat akhir hidup seseorang manusia yang mempercayai kepada hari akhirat. Beliau menyakini rukun imam, rukun Islam yang boleh membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat dan bukannya rukun Negara atau slogan 1 Malaysia yang diilhamkan Najib Razak itu.

Alasan ataupun pendirian itu juga penting. Kepercayaan Nik Aziz manusia bukan hidup di sini saja tetapi masih ada perkiraan di akhirat besok. Selepas mati manusia akan disoal di Yaumimashar. Manusia akan diajukan dengan beberapa soalan. Soalan-soalan inilah dirumuskan oleh beliau yang akhirnya beliau menyimpulkan dan berpegangan bahawa mengenai bangsa ini tidak penting dan aula.

Soalan-soalan (tamsir ibarat) yang akan disoal sesudah roh berpisah dengan jasad ialah mengenai siapa nama Tuhan, siapa Nabi kamu, apa kiblat kamu, dan siapa kawan kamu? Dalam rangkaian soalan-soalan cepu emas ini tidak ada pun soalan mengenai bangsa atau kaum ataupun harta benda?

Jadi di sinilah Nik Aziz menggubal keyakinan dan piagam hidupnya yang dibawa juga dalam kepercayaan dan permainan politik. Dan didalam al Quran dan hadith itu juga tidak pernah menyebut manusia paling baik dari mana-mana bangsa. Hatta bangsa Arab pun tidak disebut hanya diceritakan bangsa itu melahirkan Nabi dan keturunannya. Apa yang disebut berkali kali dan berkali kali, ialah manusia yang beriman dan bertakwa. Tiada jaminan terhadap mana-mana bangsa atau kaum di dalam Quran yang menyatakan kaum dan bangsa tertentu akan memasuki syurga. Muhamamd sendiri tidak masuk ke syurga kerana ia dari kaum Quraisy, tetapi kerana dia seorang hamba yang beriman dan bertakwa.

Makanya kalau soal bangsa itu penting dan boleh dibawa mati tentu sudah diceritakan di dalam Quran. Kalau adalah mestilah ada di mana-mana jerung (sudut) dalam Quran menyebut mengenai hal itu. Apa lagi mengenai bangsa Melayu satu bangsa termuda di dunia, tidak ada langsung. Usahkan sebut dibayang-bayangkan pun tidak ada. Hakikat ini menyebabkan Nik Aziz tidak merasakan penting dan bangga langsung terhadap Melayu dalam konteks kehidupannya untuk kali kedua nanti.

Terus terang saya juga tidak setuju dengan Nik Aziz mengenai hal ini, kurang memperjuangkan bangsa. Bagi kita yang melihat nama Melayu itu penting, akan marah padanya. Nampak beliau sudah murtad dari Melayu. Memang dari segi semangat dia sudah murtad, kerana tidak lagi mempertahankan perjuangan bangsa yang bersifat duniawi. Tetapi kita harus faham wujud perbezaan falsafah dan matlamat berpolitik di sini antara kita dengan beliau.

Pembinaan masjid bercirikan budaya Cina di jokir (laman) rumah saya di Rantau Panjang saya kurang setuju dan tidak melihat manfaatnya. Saya tidak nampak alasan untuk mengurangkan perasaan perkauman dengan pembinaan masjid itu. Kerana di Kelantan tidak perlu lambang-lambang seperti itu kerana Kelantan tidak pernah berlaku perang perkauman.

Masjid yang wujud di Rantau Panjang itu perlu wujud di Kuala Lumpur, Ipoh, Penang atau Johor Bharu. Tetapi bila ia wujud di Rantau Panjang ini menyebabkan saya merasa kurang bersetuju. Secara tidak sedar alasan diguna pakai tadi untuk mengurangkan perkauman memakan diri sendiri kerana seolah-olah Kelantan lubuk perkauman!

Namun bab beliau menolak Melayu dan menerima Islam adalah sesuatu yang hakikat dan itu adalah kelebihan dan keberanian Nik Aziz. Sebagai ulamak beliau telah membawa banyak pembaharuan dan memecah pemikiran lapok orang Melayu. Begitu juga pendiriannya mengenai Melayu ini sebahagian dari pembaharuan dan keberanian beliau dalam berdepan dengan kejumudan akal dalam menerima dan berpegang kepada sesuatu perkara.

Sememangnya bagi Nik Aziz tiada apa yang boleh dibangga kepada Melayu. Mungkin kita ramai-ramai akan memikir dan bermahasabah semula akan kekeduhan hati kita kepadanya dalam hal ini.

Apakah kita semua boleh berbangga kepada Melayu kalau mereka mengkhianati bangsanya sendiri, menjual hasil negara dan tidak langsung memelihara maruah negara. Apakah kita boleh berbangga dengan Melayu kalau mereka sendiri memalu dan memenjarakan pemimpin Melayu? Apakah kita boleh berbangga kalau Melayu sendiri menjual bangsa sendiri. Persoalan dan pertanyaan itu boleh kita renung dan jawab sebelum tidur, kemudian cuba padankan dengan yang Nik Aziz pertegaskan itu. [wm.kl 9:40 am 20/09/10]

Isnin, 6 September 2010

Sebalik tabir Iklan Raya Petronas 2008

Iklan Raya 2010 Daripada Petronas - www.dauspozi.com

Usah terpengaruh Aidilfitri Khamis ini

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, lapor Berita Harian Online.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin dan tidak semestinya betul.

“Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini,” katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web Jakim.

Laman web Jakim menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

“Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

“Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak,” katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

“Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.

“Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.

dipetik dr malaysiakini
TV3 tarik balik iklan Aidilfitri


2010/09/06
KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.
Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.
Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan

dipetik dr berita harian online
Persatuan Mahasiswa Islam UTM Membantah Penyiaran Iklan Raya 2010 TV3
Posted on Sunday, September 05 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Kenyataan Media Oleh: PMIUTM

"Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) membantah iklan hari raya Aidilfitri 2010 yang dikeluarkan oleh TV3 iaitu anak syarikat Kumpulan Media Prima. Penyiaran iklan yang dilihat ingin menyamakan Islam dengan agama lain melalui pemaparan beca terbang dan bunga teratai sangat dikesali kerana ia jelas mempromosikan konsep pluralism iaitu konsep kesamarataan antara agama kepada masyarakat negara ini.

PMIUTM merasakan bahawa iklan seumpama ini tidak harus dipaparkan dan merasa hairan bagaimana ia diluluskan oleh pihak-pihak berwajib yang meluluskan iklan ini. PMIUTM juga mempertikaikan adakah pihak TV3 merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menyiarkan iklan terbabit.

Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan dibahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Merujuk kepada garis panduan penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri terbabit, iklan hari raya Aidilfitri terbabit jelas telah menyentuh sensitif umat Islam.PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia. Berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun.

Jesteru itu, PMIUTM mengharapkan ada tindakan daripada pihak JAKIM,Kementerian Penerangan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yb Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom,Majlis Agama Islam Negeri-negeri, dan juga NGO-NGO Islam untuk menghentikan penyiaran iklan hari raya ini.

PMIUTM juga berpendapat bahawa semua pihak tidak hanya perlu serius memainkan isu bukan Islam yang memasuki masjid sahaja bahkan memberi fokus kepada isu sebenar penghinaan terhadap Islam. PMIUTM juga mengesa umat Islam yang sedar tentang perkara ini agar melarang ahli keluarga mereka menonton iklan ini kerana bimbang ia akan disalah tafsirkan dan akan merosakkan akidah mereka sendiri. Akhirnya, PMIUTM menyeru seluruh umat Islam agar turut sama menyatakan bantahan dan rasa tidak senang dengan iklan ini.

Mohd Khairul Bin Abdullah Halim
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia"

Iklan Aidilfitri TV3 2010 Macam Krismas

TV3 Buat Iklan Syirik...

oleh Pemuda Jerlun

Kami mengutuk sekeras-kerasnya Iklan yang dibikin oleh TV3, Menyiarkan Iklan Syirik sempena Aidilfitri mulia.

Hancur luluh hati kami Umat Islam akan perbuatan Keji TV3


Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Mel...ayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 -

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk

TV 3 mesti dihukum...

dipetik dr kedah lanie blogspot.com

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular