Isnin, 6 September 2010

Persatuan Mahasiswa Islam UTM Membantah Penyiaran Iklan Raya 2010 TV3
Posted on Sunday, September 05 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Kenyataan Media Oleh: PMIUTM

"Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia(PMIUTM) membantah iklan hari raya Aidilfitri 2010 yang dikeluarkan oleh TV3 iaitu anak syarikat Kumpulan Media Prima. Penyiaran iklan yang dilihat ingin menyamakan Islam dengan agama lain melalui pemaparan beca terbang dan bunga teratai sangat dikesali kerana ia jelas mempromosikan konsep pluralism iaitu konsep kesamarataan antara agama kepada masyarakat negara ini.

PMIUTM merasakan bahawa iklan seumpama ini tidak harus dipaparkan dan merasa hairan bagaimana ia diluluskan oleh pihak-pihak berwajib yang meluluskan iklan ini. PMIUTM juga mempertikaikan adakah pihak TV3 merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menyiarkan iklan terbabit.

Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan dibahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Merujuk kepada garis panduan penerbitan dari Kementerian Dalam Negeri terbabit, iklan hari raya Aidilfitri terbabit jelas telah menyentuh sensitif umat Islam.PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia. Berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun.

Jesteru itu, PMIUTM mengharapkan ada tindakan daripada pihak JAKIM,Kementerian Penerangan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yb Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom,Majlis Agama Islam Negeri-negeri, dan juga NGO-NGO Islam untuk menghentikan penyiaran iklan hari raya ini.

PMIUTM juga berpendapat bahawa semua pihak tidak hanya perlu serius memainkan isu bukan Islam yang memasuki masjid sahaja bahkan memberi fokus kepada isu sebenar penghinaan terhadap Islam. PMIUTM juga mengesa umat Islam yang sedar tentang perkara ini agar melarang ahli keluarga mereka menonton iklan ini kerana bimbang ia akan disalah tafsirkan dan akan merosakkan akidah mereka sendiri. Akhirnya, PMIUTM menyeru seluruh umat Islam agar turut sama menyatakan bantahan dan rasa tidak senang dengan iklan ini.

Mohd Khairul Bin Abdullah Halim
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini