Tajuk Minum berdiri dan Keajaiban Air Zam-Zam | ||
Oleh Tanpa Nama Hukum Minum Berdiri Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Permasalahan berkaitan minum berdiri ini telah menyebabkan ulama berbeza pendapat mengenai hukum minum berdiri itu. Hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771. Hadis ini menjelaskan larangan yang berbentuk tegahan minum secara berdiri. Namun ulama telah berselisih pendapat mengenai larangan minum berdiri ini. Ibn qym berpendapat hukum minum berdiri ini adalah haram dan hanya dibenarkan sekiranya terdapat halangan yang menghalangnya minum secara duduk Namun beberapa fuqaha seperti imam malik berpendapat laranagn ini telah dimansukhkan dengan hadis Ibn Abbas iaitu: Terjemahan: dari Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri( riwayat muslim). Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab minum air zam-zam berdiri, hadis ke 3776. Hadis ini menunjukkan rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Imam malik telah memansukhkan hadis yang pertama tadi dengan hadis ini yang menunjukkan minum berdiri bukan haram. Perkataan nabi melarang minum berdiri itu, menurut zahirnya larangan minum sambil berdiri itu. Tetapi hadis ibnu abbas menunjukkan bolehnya minum berdiri. Al-Mazuri berkata, orang-orang yang berselisih pendapat dalam masalah ini ialah jumhur yang berpendapat boleh minum berdiri dan pendapat yang lain berpendapat makruh. Hadis dari anas merupakan hadis sunnah qauliyah manakala hadis dari Ibn Abbas merupakan hadis sunnah fi’liyyah. Apabila kedua-dua hadis ini bertembung, maka yang menjadi dasar hukum ialah hadis sunnah qauliyah, manakala hadis sunnah fi’liyyah berperanan menafsirkan maksud sebenar yang terkandung dalam hadis sunnah qauliyah tersebut. Ini bererti tegahan pada hadis anas tadi bukan membawa maksud haram, tetapi makruh. Nawawi berkata yang sebenarnya, larangan yang di maksudkan itu adalah untuk kebersihan dan perbuatan nabi minum berdiri itu menjelaskan bolehnya minum berdiri dan tidak haram. Berdasarkan pada hadis yang menegah minum berdiri itu, dapat di lihat mengapa rasulullah saw menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dgn makanan. Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang (strain) dan pada masa yang sama sisitem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dlm satu masa yg menyebabkan manusia tidak mampu mendapat kerehatan anggota. Kerehatan otot adalah syarat yg terpenting ketika makan dan minum dan wujud ketika mana duduk. Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dlm keadaan tenang dan sensation (rasa) akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambahnya kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman dan akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul. Namun demikian diharuskan berdiri ditempat yg tak sesuai duduk sprti tempat yg terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri,ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri. Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri. Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati. Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut cepat dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut. Keajaiban Air Zam-Zam Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anbodi kepada orang yang meminumnya. Di sini saya tunjukkan perbandingan unsur-unsur yang terdapat di dalam air zam-zam dengan air mineral: PERBANDINGAN UNSUR KIMIA: Antara air ZAM ZAM ( Mg/l ) ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,dan air MINERAL * Klorida (cl) 159,75 ,........................................................Mineral : 30 * Sulfat (SO24) 140 ,........................................................Mineral : 27 * Nitrat (NO3) - ,.............................................................Mineral : 15 * Nitrit (NO2) 0,045 ,........................................................Mineral : - * Bikarbonat (HCO3) 398,22,................................................Mineral : 32 * Flour (F) - ,.................................................................Mineral : 0,7 * Besi (Fe) tak terdeteksi ..................................................Mineral : 0 * Mangan (Mn) 0,014.........................................................Mineral : - * Natrium (Na) 318,0 ,.......................................................Mineral : 20 * Kalium (Ca) 182,2 .........................................................Mineral : 3 * Zat Padat Terlarut (TDS) 858 ,...........................................Mineral : 170 * Magnesium (Mg) 6,86......................................................Mineral : 5 * Zat Organik 2,79-..........................................................Mineral : - * Jumlah Mikro Organisme (TPK) 38 kolom/ml -.........................Mineral : - * PH 7,3.......................................................................Mineral : 7,2 Jadual di atas kita dapat lihat perbezaan yang sangat ketara di antara unsur-unsur yang terdapat dalam air zam-zam dengan unsur yang terdapat dalam air mineral, air zam-zam mempunyai kualiti yang sangat tinggi dan tidak dapat di tandingi oleh mana-mana air. Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan peserta yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari Universiti Malaya). Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa “slide” ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata “banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi” Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi) ,bersinar- sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantiknya. Lalu profesor bertanya “Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini”. Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab “saya rasa itu adalah sampel air zam-zam”. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya “Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. “Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini” Jawab Pensyarah. Profesor berkata ”Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam.” Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat “experiment” bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang ”volunteer” bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yang buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik…maka nampaklah diskrin molekul air berupa seperti sel-sel barah.Subhanallah. …. daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : “Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya” Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah S.W.T Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam. Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan. Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit. Selain itu diantara kelebihan air zam-zam ialah apabila peminumnya berniat menjadikannya sebagai penawar nescaya allah akan menyembuhkannya atau dengan niat untuk mendapatkan pertolongan nescaya allah akan menolong. Oleh sebab inilah rasulullah telah mengajarkan beberapa kaedah dan doa apabila hendak minum air zam-zam ini supaya mendapat keberkatan dari allah. Air zam-zam juga mempunyai kelebihan dimana mata airnya tidak pernah kering, walaupun berjuta-juta umat manusia meminumnya setiap hari terutamanya pada musim haji, bahkan pada masa kini dengan peralatan canggih orang yang berada di masjid nabawi yang jaraknya 450km dari mekah dapat meminum air zam-zam setiap saat dan ianya tidak pernah berkurang apatah lagi kering. Ini menunjukkan keistimewaan yang terdapat pada air zam-zam. Di bawah ini (kanan) saya tunjukkan bukti hasil kajian Dr Emoto. Ini merupakan molekul yang di hasilkan oleh air zam-zam. Cuba teliti gambar ini,jelas menunjukkan molekul air zam-zam ini berkilau sperti Kristal dan sangat menarik. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan yang terdapat pada air zam-zam ini. Molekul ini sangat menarik dan bercahaya. Selain itu menurut Dr Emoto bahawa, kata-kata atau ucapan juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Molekul air berubah mengikut apa yang diucapkan oleh manusia. Profesor Jepun ini telah mengkaji struktur air yang diucapkan dengan beberapa perkataan seperti ‘arigato-khozaimas’, ‘Thank You’, ‘I am sorry’, ‘Go to the hell!’, lirik lagu Linkin Park, dan beberapa lagi termasuk alunan surah Yaasin. Selepas air didedahkan dengan perkataan yang dipilih, strukturnya dianalisa menggunakan mikroskop. Hasilnya air yang dianalisis menunjukkan struktur yang amat menarik. Perkataan yang sopan menghasilkan struktur air yang cantik, sejuk mata memandang dan lebih teratur. Sebaliknya imej air yang kotor dan menjijikkan terhasil apabila terdedah kepada perkataan biadab. Di sini saya akan menunjukkan beberapa hasil gambar molekul yang telah di kaji. Ini diantara bukti kajian yang dilakukan oleh Dr Emoto: Gambar diatas kita dapat melihat perbezaan yang ketara kedua-dua molekul air tersebut, air yang diucapkan dengan perkataan yang baik menghasilkan struktur yang cantik dan menarik tetapi sebaliknya berlaku kepada air yang diucapkan dengan perkataan biadap. Bebarapa contoh air mineral , air paip dan air yang telah di tapis di uji dengan alat water Electrolysis tester bagi menguji tahap kebersihannya. Setelah di uji, di dapati air-air tersebut masih terdapat kekotoron yang tidak nampak (sebelum di uji). Tetapi setelah di uji beginilah hasilnya.Hatta, air yang sudah di tapis dengan penapis berjenama pun tidak berkesan.( masih terdapat kekotoran ) Apabila di uji kepada air zam-zam ini, subahanallah, tidak sampai 5 saat,water Electrolysis tester meletup dan fiusnya terbakar. Ini menunjukkan air zam-zam tidak lagi dapat di pertikaikan kesuciannya. Jadi inilah hikmah kita di tuntut membaca bismillah dan doa ketika hendak makan atau minum, supaya kita mendapat keberkatan dari allah. Molekul-molekul air ini akan mempengaruhi apa yang kita ucapkan. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah hendaklah kita duduk kita hendak makan atau minum kerana ia membawa lebih banyak kebaikkan kepada manusia. Tetapi minum berdiri bukanlah membawa maksud haram Cuma makruh mengikut beberapa pendapat dan mengikut jumhur ianya di bolehkan. Selain itu,kita hendaklah membaca bismillah dan doa semasa hendak makan atau minum supaya mendapat keberkatan dari Allah. Dapat juga di simpulkan di sini bahawa air zam-zam itu mempunyai banyak keberkatan dan kelebihan padanya, dan ianya merupakan air yang paling mulia, padanya mempunyai banyak khasiat dan keberkatan dari allah. Jadilah kita haruslah mengikut apa yang telah di anjurkan oleh Rasulullah ketika hendak minum air zam-zam supaya kita memperoleh barakah daripadanya. Sumber klik | ||
Khamis, 10 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Doa pulih Koma Assalamualaikum. Koma yang bermaksud tidur yang lama. Biasanya ini ak...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan