Khamis, 29 Mac 2012

Sejarah Ayat Kursi

Sejarah Ayat Kursi

Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Rabu, 28 Mac 2012

Billionaire Pengasas Minuman Red Bull Meninggal




  • Chaleo Yoovidhya membuat ramuan minuman tenaga yang dinamakan sebagai 'Krathing Daeng' atau Red Bull dalam bahasa Inggeris, pada tahun 1970. Dia merupakan pengasas syarikat T.C. Pharmaceuticals. Minuman itu menjadi terkenal dikalangan pemandu lori dan juga para buruh di Thailand.
  • Pada tahun 1984, Chaleo menubuhkan syarikat lain bersama dengan rakan dari Austria. Dietrich Mateschitz pergi ke Thailand pada 1982 dan menemui minuman tersebut lalu terus menemui Chaleo dan anaknya mencadangkan pamasaran ke seluruh dunia. Mereka menubuhkan syarikat bersama pada 1984 dan Red Bull kemudiannya terkenal sebagai jenama antarabangsa.
  • Senarai Forbe tahun 2012 meletakkan Chaleo sebagai orang yang ke-205 paling kaya dunia dengan nilai harta sebanyak USD5 Billion. Beliau merupakan orang nombor 3 paling kaya di Thailand.
  • Dia meninggal pada umur 80 tahun akibat sakit tua.
  • Semua orang samada lambat atau cepat akan menemui ajal. Tak kira samada kita kaya raya atau miskin papa kedana.
  • Persamaan antara orang kaya raya billionaire seperti Chaleo dengan orang miskin macam saya adalah satu perkara sahaja:
    • Sama-sama akan mati dan tidak membawa sedikitpun harta yang dikumpulkan sepanjang hidup. Kalau saya mati, memang tak ada apapun harta yang nak dibawa. Chaleo pula semuanya ditinggalkan untuk dibahagikan pada sanak saudara... 

7 langkah menghasilkan rumah yang sihat



  • Jika pemakanan yang baik serta senaman dapat mempastikan tubuh badan kita sihat, keadaan rumah kita juga sebenarnya mempunyai kesan besar terhadap kesihatan kita. Keadaan rumah serta cara kita menyenggara rumah dapat mengelakkan penghuni rumah daripada berbagai masalah kesihatan seperti lelah, alergi, keracunan, kanser dan kecederaan.
  • Pesan orang tua-tua, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pengalaman juga membuktikan mencegah jauh lebih menjimatkan daripada merawat. Oleh itu marilah kita amalkan langkah-langkah mudah dan murah berikut untuk menghasilkan rumah penginapan yang sihat:
    1. Sentiasa pastikan rumah anda dalam keadaan kering. Rumah yang basah dan lembab adalah punca kepada pembiakan hama, tungau, cendawan, tikus dan lain-lain. Itu semua diketahui menjadi punca kepada serangan lelah.
      1. Sentiasa memeriksa dan segera baiki semua kebocoran pada singki, paip, mesin basuh, bilik mandi, tandas, peti sejuk dan apa-apa saja yang boleh membasahkan rumah anda.
      2. Segera baiki kebocoran pada bumbung dan siling sebelum dinding menjadi lembab dan kulat cendawan mula membiak di dalam rumah anda.
      3. Pastikan tiada kawasan di seluruh lantai rumah anda tidak berlekok dan menampung air.
    2. Pelihara kebersihan diluar dan dalam rumah anda. Ini dapat menghalang pembiakan serangga dan makhluk perosak serta menghapuskan pencemaran.
      1. Letakkan alas kaki di luar dan di dalam pintu rumah anda.
      2. Selalu lap lantai untuk membuang debu.
      3. Selalu lap kipas, lubang udara, dan lain-lain agar tempat itu semua bebas dari tompokan debu.
    3. Jadikan rumah anda bebas dari serangga dan makhluk perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain yang terbukti sebagai salah satu daripada punca masalah lelah dan keracunan di kalangan kanak-kanak.
      1. Lihat tanda-tanda sama rumah anda ada lipas, tikus, kelawar atau lain-lain. Hapuskan mereka dengan menggunakan racun yang selamat.
      2. Tutup semua rekahan atau lubang yang membolehkan serangga atau binatang itu masuk ke rumah anda.
      3. Dapatkan khidmat syarikat Pest Control bertauliah seperti Pest Sciences untuk memberikan khidmat nasihat serta menghapuskan serangga dan makhluk perosak di rumah anda.
    4. Pastikan rumah anda selamat. Ramai kanak-kanak cedera dengan teruk akibat terjatuh di rumah. Orang tua-tua juga sering jatuh dan kadangkala membawa kepada kematian.
      1. Jangan jadikan tandas rumah anda sebagai perangkap maut dengan memasang mar-mar yang licin, begitu juga di bahagian tangga dan lain-lain bahagian lantai.
      2. Pastikan ada tempat berpaut di kawasan licin dan merbahaya seperti tangga dan juga di dalam tandas.
      3. Jangan biarkan bahan merbahaya seperti racun, pisau, dan lain-lain pada tempat yang terdedah.
    5. Pastikan keadaan di dalam rumah anda bebas pencemaran.
      1. Jangan benarkan sesiapa merokok dalam rumah anda. kalau nak merokok juga sila keluar rumah. Ini mampu selamatkan anda dan juga anak-anak anda dari pencemaran udara.
      2. Jangan pasang bahan-bahan yang terbukti merbahaya seperti siling asbestos dan lain-lain di dalam rumah anda.
    6. Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengaliran udara yang baik ini membantu aktiviti pernafasan anda dan menyihatkan tubuh badan anda.
      1. Bukalah tingkap dan biarkan udara sentiasa bertukar.
      2. Pasang ventilator pada bumbung rumah.
      3. Jangan tutup bahagian tandas dan dapur tanpa ada pengaliran udara yang baik, pasang kipas sedut udara di dinding tandas dan juga dapur.
    7. Pastikan rumah anda disenggara dengan baik. Jangan biarkan sebarang kerosakan berlalu tanpa dibaiki. Rumah yang buruk mampu mendatangkan malapetaka pada penghuninya.

Gambaran Donald Trump tentang orang yang mahu berjaya tapi tiada sikap mahu berjaya


Gambaran Donald Trump tentang orang yang mahu berjaya tapi tiada sikap mahu berjaya



  • Kalau kita tanya sesiapa saja yang kita jumpa samada dia mahu berjaya dalam hidup atau tidak, jawapannya sudah pasti, 'YA'. Semua orang mahu berjaya tak kira dalam apa saja bidang yang dia ceburi.
  • Mari kita limitkan skop tajuk kita dalam bidang keusahawanan sahaja. Kenapa lebih ramai yang tidak berjaya berbanding jumlah mereka yang berjaya. Tidakkah dengan adanya keinginan untuk berjaya membolehkan kita menuju kejayaan.
  • Menurut Donald Trump, setakat punyai keinginan untuk berjaya saja tidak cukup. Kita mesti menyusuli keinginan itu dengan mempunyai sikap untuk berjaya.
  • Jika kita perhatikan majoriti daripada kita tidak mempunyai sikap mahu berjaya. Bagaimanakah boleh kita gambarkan tentang seseorang yang tidak ada sikap mahu berjaya.
  • Mudah saja. Ia sebagaimana yang digambarkan oleh Donald Trump sebagaimana di bawah:
    • Jika anda pernah melihat seorang penjual kereta yang meletakkan nota di atas bumbung keretanya yang tertulis, 'untuk dijual', dan anda perhatikan keretanya berdebu comot dan tidak terurus, maka itu adalah satu contoh yang baik bagi menggambarkan jurujual itu mahu berjaya tetapi tidak ada sikap mahu berjaya.
  • Kita boleh ambil banyak lagi contoh lain yang mungkin ada pada diri kita sendiri.

Police traffic knocked down by speeding bus at CIQ

Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah


Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah


  • Pernahkah anda solat berjemaah di Masjid atau di Surau. Atau anda biasanya hanya bersolat bersendirian dirumah. Kalaui anda tak pernah solat berjemaah di Masjid, teknik keluar awal sebaik saja memberikan salam yang kedua tidak dapat anda praktikkan. Jadi mulakan dahulu dengan bersolat secara berjemaah untuk mengamalkan teknik di bawah.
  • Bagi mereka yang pernah dan menjadi amalan mereka solat berjemaah tentu akan rasa tidak lengkap jika bersolat bersendirian. Banyak juga perkara menarik yang kadangkala tidak kita fikirkan dalam solat berjemaah.
  • Salah satu benda menarik adalah melihat bagaimana ada para jemaah yang suka keluar awal tanpa menunggu bacaan doa imam untuk diaminkan. Mungkin mereka terdiri daripada penganut mazhab yang merasakan baca doa beramai-ramai selepas solat berjemaah adalah bidaah.
  • Walaupun apa alasan anda, tidak salah sebenarnya untuk keluar awal sebaik saja memberikan salam, tapi ramai yang keluar secara salah apabila ada dibelakang mereka orang yang masbuk ketika berjemaah.
  • Sebaik saja imam memberikan salam kedua, mereka yang masbuk akan bangun meneruskan solat bagi melengkapkan rekaat mereka. Cuba perhatikan bagaimana segelintir mereka yang nak cepat keluar buat.
  • Ramai yang akan tertunduk-tunduk penuh sopan lalu didepan jemaah yang masbuk tadi. Nampak macam sopan tetapi sebenarnya ia adalah kurang ajar.
  • Apa yang peliknya adalah kenapa ramai yang tidak sanggup keluar dengan melintasi di depan mereka yang telah selesai solat dan duduk berwirid bersama imam, sedangkan itulah perbuatan yang lebih sopan daripada melintasi mereka yang sedang solat.
  • Saya rasa kebanyakan mereka yang memilih untuk lintas di depan orang tengah solat adalah kerana orang yang sedang solat tak boleh bercakap atau memandang atau menjeling mereka yang lalu didepannya.
  • Oleh itu bagi mengelakkan gangguan untuk mereka cabut awal, mereka dengan tergesa-gesa lintas depan orang tengah solat. Mungkin sangkaan mereka, kalau melintas orang sedang duduk berwirid, mereka akan dihalang dan dipaksa untuk duduk kembali.
  • Kalau itu yang anda sangkakan, percayalah, tak perlu takut. Lalulah saja didepan mereka yang sedang bersila sambil berwirid itu daripada melintas orang yang sedang solat kerana perbuatan melalui depan orang bersolat adalah haram.

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular