Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah
Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah

- Pernahkah anda solat berjemaah di Masjid atau di Surau. Atau anda biasanya hanya bersolat bersendirian dirumah. Kalaui anda tak pernah solat berjemaah di Masjid, teknik keluar awal sebaik saja memberikan salam yang kedua tidak dapat anda praktikkan. Jadi mulakan dahulu dengan bersolat secara berjemaah untuk mengamalkan teknik di bawah.
- Bagi mereka yang pernah dan menjadi amalan mereka solat berjemaah tentu akan rasa tidak lengkap jika bersolat bersendirian. Banyak juga perkara menarik yang kadangkala tidak kita fikirkan dalam solat berjemaah.
- Salah satu benda menarik adalah melihat bagaimana ada para jemaah yang suka keluar awal tanpa menunggu bacaan doa imam untuk diaminkan. Mungkin mereka terdiri daripada penganut mazhab yang merasakan baca doa beramai-ramai selepas solat berjemaah adalah bidaah.
- Walaupun apa alasan anda, tidak salah sebenarnya untuk keluar awal sebaik saja memberikan salam, tapi ramai yang keluar secara salah apabila ada dibelakang mereka orang yang masbuk ketika berjemaah.
- Sebaik saja imam memberikan salam kedua, mereka yang masbuk akan bangun meneruskan solat bagi melengkapkan rekaat mereka. Cuba perhatikan bagaimana segelintir mereka yang nak cepat keluar buat.
- Ramai yang akan tertunduk-tunduk penuh sopan lalu didepan jemaah yang masbuk tadi. Nampak macam sopan tetapi sebenarnya ia adalah kurang ajar.
- Apa yang peliknya adalah kenapa ramai yang tidak sanggup keluar dengan melintasi di depan mereka yang telah selesai solat dan duduk berwirid bersama imam, sedangkan itulah perbuatan yang lebih sopan daripada melintasi mereka yang sedang solat.
- Saya rasa kebanyakan mereka yang memilih untuk lintas di depan orang tengah solat adalah kerana orang yang sedang solat tak boleh bercakap atau memandang atau menjeling mereka yang lalu didepannya.
- Oleh itu bagi mengelakkan gangguan untuk mereka cabut awal, mereka dengan tergesa-gesa lintas depan orang tengah solat. Mungkin sangkaan mereka, kalau melintas orang sedang duduk berwirid, mereka akan dihalang dan dipaksa untuk duduk kembali.
- Kalau itu yang anda sangkakan, percayalah, tak perlu takut. Lalulah saja didepan mereka yang sedang bersila sambil berwirid itu daripada melintas orang yang sedang solat kerana perbuatan melalui depan orang bersolat adalah haram.
Cari Blog Ini
Catatan Popular
-
1.Knee Ups 2.Leg Raises 3.Cycles 4.Reverse Crunch 5.Leg On Coach Crunch 6.Hip Trust 7.Cross Crunch 8.Reach And touch 9.Cross L...
-
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia Ahad, Jun 12, 2011 724422 @ matyo Ini adalah senarai 5 tempat paling menakjubkan di dunia....
-
Fakta Dan Asas Penanaman Gaharu (Agarwood) Gaharu Si Emas Hitam Gambar: Gaharu dari jenis Subintegra. ...
-
Rahsia bismillah 7 dan bismillah 5 Assalamualaikum guys... Alhamdulillah3.. Hari ini Jumaat bersamaan 12 Syaban 1432H. Cepat benar masa b...
-
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan kamera terbaru dan tercanggih abad ini di Malaysia yang mana mampu menangkap lebih dari 3 kesalahan ...
-
Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti s...
-
MENGHARUNGI lautan, terpaksa meredah ombak dan badai merupakan antara cabaran para jemaah haji yang mahu ke Tanah Suci Mekah bagi menuna...
-
<div style="display:none;"><img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-KAmbFRXjwDgHE.gif?labels=...
-
Siapa Jibrail Disebalik Jibrail Dalam PAS? MEMBONGKAR CERITA ...
-
"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku.. " petikan dialog Aziz Sattar dala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan