Ahad, 25 November 2012

Subhanallah..Bayi Lahir Masih Dalam Kantungnya


Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketubang yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara spy kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Silakan share tanpa perlu meminta izin, tiada apa pun yg di FB ni hakcipta terpelihara, kalau tak, takderlah tuannya post kat FB...:)
Subhanallah...

"Gambar yg saya sertakan menunjukkan bayi yg baru shj lahir berserta kantung air ketuban yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorg bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakkal seorg bayi sgt tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan spt apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tp Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yg cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Silakan share tanpa perlu meminta izin, tiada apa pun yg di FB ni hakcipta terpelihara, kalau tak, takderlah tuannya post kat FB...:)

ADUN Anak Bukit dedah, Ketua Pembangkang mengeluh

Rabu, 21 November 2012

11 Renungan Ketika Mendapati Musibah

11 Renungan Ketika Mendapati Musibah


Jangan lupa membagikan artikel ini setelah membacanya

Hal-hal berikut bisa jadi bahan renungan ketika kita mendapati musibah atau cobaan. Dan merenungkannya, musibah akan terobati, kita akan sabar dan mengharap pahala dari sisi Allah.
1- Renungkanlah bahwa manusia dan hartanya semuanya milik Allah, semuanya hanya titipan di sisi kita.
2- Setiap orang akan kembali pada Allah dan akan meninggalkan dunia.
3- Allah akan memberi yang semisal dan yang lebih baik bagi yang telah hilang.
4- Ingatlah bahwa mengeluh dan menggerutu hanya menambah derita, bukan menghilangkan musibah.
5- Jika mau bersabar dan yakin semuanya kembali pada Allah, maka itu lebih besar pahalanya dibanding dengan tidak sabar.
6- Berkeluh kesah hanya membuat musuh kita senang dan membuat Allah murka.
7- Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.
8- Jika kita ridho terhadap musibah, Allah pun senang dengan sikap kita. Sebaliknya jika kita benci, Allah pun akan murka.
9- Ketahuilah bahwa Allah yang menurunkan musibah Maha Hakim dengan hikmah yang ia beri, Penuh Rahmat dengan kasih sayang yang ia beri. Allah tidaklah menimpakan cobaan untuk membinasakan hamba, bahkan untuk menguji seberapa kuat imannya.
10- Musibah itu datang untuk menhindarkan diri kita dari penyakit jelek yaitu ujub dan sombong.
11- Ingatlah bahwa mending merasakan pahit di dunia namun dapat merasakan lezatnya kehidupan akhirat.
Diringkas dari penjelasan Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma’ad, penjelasan tentang petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam saat mengobati musibah.
Semoga Allah memberikan kita kesabaran ketika menghadapi setiap ujian dan cobaan.
Referensi:
Mukhtashor Zaadul Ma’ad, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, terbitan Maktabah Ar Rusyd, cetakan keempat, 1429 H, hal. 265-267.

Soal Jawab Bersama Ustaz Azhar Idrus


UST HADI SEMASA MENGULAS CADANGAN DIA JADI PM:

"Saya alu-alukan nak lantik saya jadi perdana menteri. Syok (nada bergurau) juga sepintas lalu. Tetapi saya kata di sini, saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam, kemudian kalau nak mati, matilah.

Saya tak mahu macam cerita saya dengan Ustaz Azizan. Ustaz Azizan tahu saya minat memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut Yan.

Sebelum pergi, dia berpaling ke anak buah dia, dia kata, tumbuk rempah siap-siap. Nak masak ikan tenggiri, ikan jenahak. Saya pun pergilah, dia pun pergi juga ke laut. Bila balik, boleh ikan belukang sebesar kelinking je. Ustaz Azizah ingat tak peristiwa itu? Saya tak mahu jadi macam tu lah. Belum apa-apa dah tumbuk rempah.

Kita kena belajar dengan Nabi SAW. Bila Nabi nak berhijrah ke Madinah, Nabi berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kabilah yang bersedia menawarkan negeri dan penduduk mereka untuk menegakkan Islam. Allah menjanjikan kemenangan.

Nabi jumpa satu-satu kabilah ini. Masa jumpa kabilah Bani Amir, Nabi tawar Islam, Allah janjikan kemenangan, boleh tegakkan negara bila berjaya. Tiba-tiba pemimpin mereka bertanya, "Kalau menang siapa jadi raja, jadi ketua, jadi menteri" lalu Nabi jawab, "Kemenangan itu bagi Allah, Allah beri kepada siapa yang Dia kehendaki" Itu jawapan Nabi.

Jadi kita PAS ni kena ajar begitulah. Itulah caranya."

Selasa, 20 November 2012

Gambar Budak Comel

Korang tengok la sendiri, budak ini yang comel..mesti bila besar nanti lagi comel. Harap-harap dia akan jadi budak baik bila besar nanti sebab pasti menjadi pujaan ramai jejaka.
Sumber

Isnin, 19 November 2012

Du'a Qunut Nazilah

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!

Ya Allah,
Sesungguhnya kami letakkan
Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka...
Ya Allah,
hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab..
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami.....
ke atas mereka....
Ya Allah............

Palestin Pada Tahun 1900 Berbanding Sekarang

Beginilah keadaan Palestin pada tahun 1900 jauh sebelum penjajahan Israel. Dalam gambar-gambar di bawah ini terlihat jelas aktiviti warga Palestin yang normal seperti berniaga, beribadah dll. Selain itu turut kelihatan keadaan warga Palestin yang maju terlihat dari bangunan dan gedung-gedungnya tidak seperti sekarang ini di mana semua itu direnggut oleh kebiadaban Zionis dan sekutunya.
Sekarang ini….
sumber: billyinfo.blogspot.com
Sumber

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Apa Komen Dr MAZA?

Aftha Safi Season 2008/2009 part 2..... Biar Jasa Jadi Kenangan

Aftha Safi Season 2011/2012... Biar Jasa Jadi Kenangan

Ahad, 18 November 2012

MEKAH Pun Ada STARBUCKS, Macam Mana Nak BOIKOT?

Sumber: http://pulakdah.blogspot.com/2012/11/mekah-pun-ada-starbucks-macam-mana-nak.html

MEKAH Pun Ada STARBUCKS, Macam Mana Nak BOIKOT?

Starbucks ini terletak di Zam-Zam Tower yang hanya beberapa meter sahaja dari Masjidil Haram. 

Setiap kali berlakunya pengeboman di antara Palestin dan Israel, kita akan kedengaran seruan memboikot syarikat-syarikat perniagaan yang ada kepentingan dengan Israel. Antara nama yang popular ialah syarikat Starbucks. Tapi macam mana nak boikot Starbucks ini, sedangkan di tanah suci Mekah pun ada salah satu cawangannya yang tidak kurang eksklusifnya?.

Maka akan wujud beberapa manusia yang menggunakan hujah, "Sedangkan pada zaman Rasulullah SAW, baginda pernah berurusan dan bermualat dengan orang Yahudi. Mengapa kita tidak boleh berniaga dengan Yahudi?. Kau lebih cerdik dari nabi ka?".

Tujuan baginda berdagang dengan Yahudi ketika itu tidak lain dan tidak bukan supaya mereka tertarik kepada ajaran Islam. Namun persoalan hari ini, adakah membenarkan syarikat 'Starbuck' berada di kota suci Mekah bertujuan untuk dakwah atau kerana 'terpaksa' demi menjaga persahabatan erat dengan sekutu Israel iaitu Amerika?. Apatah lagi setiap sen dari keuntungan itu pula ada bahagian untuk peluru yang membedil saudara kita di Palestin.

Itulah kebijaksanaan Howard Schultz yang merupakan pengasas, Pengerusi, Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks dan memiliki 31.6 juta saham Starbucks (dianggarkan bernilai kira-kira USD 1.4 bilion pada Nov 2011). Lelaki ini sesungguhnya seorang zionis aktif.

Pada tahun 1998, beliau telah diberi penghormatan oleh Jerusalem Fund of Aish HaTorah dengan anugerah "The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" di atas perkhidmatannya kepada negara zionis ini kerana "memainkan peranan penting dalam mempromosikan hubungan rapat antara Amerika Syarikat dan Israel". Jerusalem Fund of Aish HaTorah juga merupakan penyumbang dana kepada persenjataan Israel yang dipengerusikan General Shaul Mofaz. Mereka juga terbabit dalam pengeluaran dan pengedaran filem islamfobia yang terkenal ' Obesession '.

Starbucks dengan bangganya memaparkan anugerah ini di laman web syarikat mereka di bawah seksyen 'awards and accolades', bagaimanapun sejak pemboikotan berlaku anugerah ini mula hilang secara misteri dari laman web mereka.

Maklumat ini kemudiannya hilang secara misteri sejak pemboikotan dibuat.


Howard Shultz juga sering melakukan tugas-tugas propaganda untuk Israel dan telah menerima pujian daripada Kementerian Luar Israel kerana menjadi kunci kepada kejayaana jangka panjang hubungan luar Israel. Pada 4 April 2002, ketika tentera Israel menyembelih rakyat Palestin, Howard Shultz telah membuat ucapan provokatif yang menyalahkan Palestin, menggambarkan perjuangan intifada adalah satu manifestasi anti-Semitisme, dan meminta orang ramai untuk bersatu di belakang Israel. Starbucks juga menaja penubuhan dana untuk Israel.

Pernah pada suatu ketika apabila perniagaan lain telah keluar daripada Israel, Starbucks memutuskan untuk membantu ekonomi Israel dengan membuka Starbucks di Israel. Walaupun usaha itu gagal tetapi Shultz telah berikrar Starbucks akan "kembali ke Israel dalam masa terdekat".

Starbucks juga telah membuka cawangan di pangkalan AS di Afghanistan dan Iraq, serta di pusat penyeksaan tahanan di Teluk Bay. Pihak perhubungan pelanggan Starbucks juga menyatakan "Starbucks menyanjungi dan mengkagumi tentera AS .. yang sanggup membahayakan nyawa mereka untuk melindungi rakyat Amerika dan nilai-nilai kebebasan serta demokrasi". Pegawai Barry Tate yang sedang berkhidmat di Guantanamo Bay juga bersetuju bahawa Starbucks membantu \dalam menaikkan "moral" pengawal dan penyiasat di Teluk Guantanamo.

Jadi bagaimana kalian... masih ada lagi yang mempertahankan perniagaan Starbucks ini hanya atas dasar perhubungan perniagaan dan tiada kaitan dengan kepentingan peperangan rejim Israel. Jika ada, teruskanlah meneguk minuman itu tanpa rasa bersalah. Yalahh...apalah sangat setakat minum secawan kopi Starbucks. Sedangkan negara kita sendiri menjalinkan hubungan perdagangan dengan Israel....

Hukum Tahlil ARWAH / Menjamu Tetamu Tahlil - Ustaz Azhar Idrus

Sekali Sekala Layan Lagu Lama Tahun 90an....4 Non Blondes - What's Up? lyrics

What's Up--4 Non Blondes [Lyrics On Screen]

Kehidupan Tok Guru




Antara sebahagian dari cara Tok Guru Nik Aziz mengisi masa lapang dengan mencuci halaman rumah semasa tiada tugas rasmi...
 

Mudah-Mudahan Allah Sentiasa Memeliharanya Sentiasa .... Moto3 Valencia Grand Prix 2012 Zulfahmi Khairudin avoid from champange c...

Pertamanya tahniah buat pelumba Moto 3 Malaysia Zulfahmi Khairuddin kerana berjaya menaiki podium di tempat ke 3 dalam perlumbaan di Grand Prix Velencia.
Lebih istimewa tahniah sekali lagi buat Zulfahmi kerana tidak meraikan kemenangan dengan Champange.Beliau dilihat meninggalkan pentas ketika acara penyampaian air kencing setan itu disempurnakan.Dan datang semula ketika sesi bergambar.
Beliau melakukan perkara yang sama ketika meriah tempat ke 2 di Grand Prix Sepang pada Oktober lalu.Sebagai pelumba muslim beliau tahu batas halal dan haram dalam Islam walaupun beliau kini berada di pentas dunia dalam arena lumba motosikal.Satu contoh yang baik ditunjukkan Zulfahmi untuk kita semua. Allahu Akbar !!!

Sumber NuKiLaN ~ Tinta Hijau DKB

 RACE: (24 laps = 96.12 Km)
POS / RIDER / NAT. / TEAM / MOTORCYCLE / TIME / KM/H / GAP
1 / Danny KENT / GBR / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.891 / 127.88 /
2 / Sandro CORTESE / GER / Red Bull KTM Ajo / KTM / 45'05.947 / 127.878 / 0.056
3 / Zulfahmi KHAIRUDDIN / MAL / AirAsia-Sic-Ajo / KTM / 45'06.005 / 127.875 / 0.114
4 / Brad BINDER / RSA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'06.322 / 127.86 / 0.431
5 / Hector FAUBEL / SPA / Andalucia JHK t-shirt Laglisse / FTR HONDA / 45'10.262 / 127.674 / 4.371
6 / Louis ROSSI / FRA / Racing Team Germany / FTR HONDA / 45'13.496 / 127.522 / 7.605
7 / Jakub KORNFEIL / CZE / Redox-Ongetta-Centro Seta / FTR HONDA / 45'20.822 / 127.179 / 14.931
8 / Maverick VIÑALES / SPA / Blusens Avintia / FTR HONDA / 45'24.386 / 127.012 / 18.495
9 / Niklas AJO / FIN / TT Motion Events Racing / KTM / 45'29.071 / 126.794 / 23.18
10 / Luis SALOM / SPA / RW Racing GP / KALEX KTM / 45'29.136 / 126.791 / 23.245
11 / Philipp OETTL / GER / HP Moto Kalex / KALEX KTM / 45'33.423 / 126.592 / 27.532
12 / Juan Francisco GUEVAR / SPA / Wild Wolf BST / FTR HONDA / 45'36.222 / 126.463 / 30.331
13 / Niccolò ANTONELLI / ITA / San Carlo Gresini Moto3 / FTR HONDA / 45'37.146 / 126.42 / 31.255
14 / Alessandro TONUCCI / ITA / Team Italia FMI / FTR HONDA / 45'40.551 / 126.263 / 34.66
15 / Josep RODRIGUEZ / SPA / Moto FGR / FGR HONDA / 45'56.413 / 125.537 / 50.522

Pole Position: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h
Fastest Lap (New record): Zulfahmi KHAIRUDDIN 1'49.622 131.524 Km/h Lap 24
Circuit Record Lap: New category
Circuit Best Lap: Jonas FOLGER 1'41.263 142.381 Km/h 2012

FINAL CHAMPIONSHIP POSITIONS:>
1 CORTESE 325, 2 SALOM 214, 3 VIÑALES 207, 4 KENT 154, 5 RINS 141, 6 FENATI 136, 7 KHAIRUDDIN 128, 8 OLIVEIRA 114, 9 FOLGER 93, 10 VAZQUEZ 93, 11 ROSSI 86, 12 SISSIS 84, 13 MASBOU 81, 14 ANTONELLI 77, 15 KORNFEIL 71.

Sekadar Berkongsi...Notis Dari McDonald Malaysia... Dah Nama Pun Francais..Macam-macam lah depa nie



Gara-gara takut diboikot, McD Malaysia hari ini mengeluarkan "Notis Segera" menafikan mereka menyalurkan dana kepada rejim Israel. Ada 2 persoalan di sini.

Mereka menekankan bahawa McD Malaysia ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia, tetapi semua tahu franchisee ini berdaftar dengan mereka. McD akan menyewakan kedai McD yang mereka sewa daripada pemilik kedai dengan harga ‘mark up’ sebanyak 40%. Contohnya jika McD sewa USD600/sebulan, jadinya franchisee pula kena sewa pada McDonald dengan harga sewa USD840/sebulan. Betullah franchisee McD Malaysia cakap diorang tak salur dana pada rejim Israel, tapi franchisor mereka di US tu boleh gerenti ke mereka pun tak terlibat?.

Kedua, sebenarnya McD tidak perlu risau dengan 'boikot' ini pun kerana rakyat Malaysia tidak akan boikot lama sangat. Paling lama pun 40 hari, lepas tu mereka akan lupa dan makan McD balik.

Sumber: http://pulakdah.blogspot.com/2012/11/kami-tidak-salur-dana-kepada-israel.html

Khamis, 8 November 2012

Alhamdulillah... Tuanku Permaisuri Agong kini bertudung selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji

Alhamdulillah... Tuanku Permaisuri Agong kini bertudung selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji. Semoga kekal istiqamah dan terus memimpin negara dalam rahmat, inayah dan hidayah Allah Azza Wa Jalla.
Dari FB http://www.facebook.com/nasyidinteam

Nyanyian yang mengejutkan penonton

Wanita puas seks lebih jelita

Wanita puas seks lebih jelita

Gambar Hiasan

DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.

Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

SH

Sumber: http://biaqpila.blogspot.com/2012/11/wanita-puas-seks-lebih-jelita.

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular