Rabu, 6 Mac 2013

Kereta Lamborghini Veneno Berharga RM14.10 juta



Kereta Lamborghini Veneno baharu

Kereta baharu Lamborghini Veneno dipamerkan sehari sebelum Pertunjukan Kereta Geneva di sini berlangsung.Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini S.p.A., Stephan Winkelmann menunjukkan kereta tersebut kepada para tetamu dan wartawan kelmarin.





Bagaimanapun, hanya tiga buah kereta berkenaan yang akan dikeluarkan.Ketiga-tiga kereta tersebut sudah pun mempunyai pembeli.Ia dikeluarkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat pengeluar kereta dari Itali itu.



Kereta sport itu boleh mencecah kelajuan sehingga 354 kilometer sejam.Harga setiap sebuah Lamborghini Veneno itu ialah £3 juta (RM14.10 juta).Kereta dua tempat duduk itu dijana dengan enjin petrol 12 silinder yang mempunyai 750 kuasa kuda. -Kosmo 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular